Benarkah Penjajah Thai mahukan penyelesaian?

March 2, 2013

Ustaz Hassan Taib sedang bersalaman dengan Paradom pattanabutr di saksi kan oleh Dato Mohd Tajuddin.

Benarkah Penjajah Thai mahukan penyelesaian?
Kelmarin 28hb feb 2013 kita telah dihidang kan dengan satu lagi siri bersambung perjanjian damai oleh penjajah Thailand dengan kerjasama kerajaan Malaysia dan Pejuang Pembebasan Patani. Sudah beberapa kali perishtiharan demi perishtihara yang di dakwa telah di buat Pejuang Patani dan Penjajah Thailand. Tapi kali ini agak lebih serious kerana ianya melibat Saudara Hassan Taib yang dikatakan salah seorang pemimpin kanan BRN-Coordinate. Beliau sering dilihat dan dilapurkan membuat pertemuan dengan pihak penjajah Thai.Sama ada ianya benar-benar mewakili partai BRN-C kita tidak jelas.Hanya mereka-mereka yang tertentu yang boleh mengesahkan perkara ini.
Tapi yang pastinya Ustaz Hassan Taib telah dilapurkan diculik oleh pihak penguasa Malaysia sejak beberapa hari yang lalu,bersama beberapa orang yang lain lagi.Kebiasaannya bila ada pertemuan dengan pihak penjajah Thai beberapa orang yang lain dari partai-partai tertentu turut di undang.
Lapuran terakhir perjumpaan dengan Penjajah Thai ialah pada tahun yang lalu apabila beberapa orang yang lain, juga diketuai oleh Ustaz Hassan Taib telah berjumpa dengan Mantan Perdana Menteri Thailand,Thaksin Shinawatra,abang kepada perdana Menteri sekarang. Kemuncak dari perjumpaan itu kesemua mereka telah berpeluk-pelukan mesra dengan Thaksin,munkin sebagai tanda terima kasih dan memberi kepercayaan pada usaha-usaha yang bakal dilakukan oleh beliau. Perjumpaan ini turut di hadhiri oleh Dr Wan Kadir,bekas Presiden Bersatu.Beliau baru-baru ini telah di bawa ke Bangkok oleh pihak berkuasa Thailand untuk berjumpa dengan orang tertentu.
Sebenarnya seluruh warga pejuang Patani cukup mengalu-ngalukan jika pihak Penjajah Thailand benar-benar ingin memulakan rundingan tanpa syarat. Tapi dalam proses yang terakhir ini banyak tandatanya yang perlu di perjelaskan. Kita mengalu-ngalukan dan memberi sokongan seratus peratus jika usaha damai yang sahih benar-benar terjadi. Beberapa keraguan yang timbulnya sentiasa bermain dalam sanubari pejuang.
1.Dua hari yang lalu Setia Usaha Agung Majlis Keselamatan Kebangsaan Thailand ,Saudara Paradom Pattanathabutr telah membuat kenyataan rasmi ,bahawa pihak Thai telah memutuskan bahawa mereka bersedia mengadakan rundingan damai dengan pihak pejuang dengan syarat pihak pejuang jangan meletak kan apa-apa syarat dan perbincangan tidak harus tergelincir dari perimeter( garisan had) perlembagaan Thailand!!!!
2.Pihak Thai telah mengarah kan Badut Kasturi Mahkota untuk bercakap dalam TV3 Thai beberapa hari yang lalu.
3.Kebetulan Malaysia sedang menunggu tarikh pilihan raya umum bila-bila masa saja. Apakah pihak pemerentah kedua-kedua Negara sedang mencari political mileage untuk kepentingan masing-masing.
4.Dalam pertemuan kelmarin syarat yang ada dalam letter of intent itu termasuk lah perbincangan damai ini mestilah tak terkeluar dari jurisdiksi perlembagaan Thailand.
Saya yakin Ustaz Hassan Taib bukan lah jenis manusia yang mudah menjual kepentingan perjuangan untuk kepentingan diri. Beliau mempunyai amanat dan mandate yang besar dari rakyat Patani.Beliau memahami aspirasi dan citarasa Rakyat sebenar.
Jadi harus ada penjelasan kenapa masih ada syarat bahawa perundingan ini harus tidak lari dari garisan yang di tetapkan oleh perlembagaan Thailand. Mereka menuntut supaya kita jangan hadhir ke meja perundingan dengan syarat-syarat tertentu,sedang kan mereka meletakkan syarat-syarat. Munkin akan lebih adil kalau kita meletak kan syarat bahawa perbincangan di masa hadapan hanya bermaudu’ kan ‘ bahawa rakyat Patani berhak memilih hala tuju sendiri( Self Determination).
Ada kah dengan kehadiran dan persetujuan untuk berunding ini menandakan kita terlalu kemaruk(desperate) untuk berdamai? Adakah kerana kita sudah letih dengan pejuangan yang telalu lama? Saya tidak yakin Perkara ini boleh terfikir dari kalangan orang-orang BRN. Kerana BRN di kenali sebagai Partai yang mendidik pejuang-pejuang dengan berbagai persediaan. Walau apa tindakan yang di lakukan oleh kita jangan sampai dicemohi oleh anak-anak muda yang sedang berada di barisan hadapan.
Mereka telah mengorban segala kesenangan dunia.Berpisah dari anak isteri,meninggalkan kampong halaman, sentiasa menjadi buruan penjajah. Tapi mereka tidak pernah mengeluh atau merungut dengan kepenatan tugasan. Mereka sentiasa berada di hadapan peluru-peluru hidup yang boleh membunuh. Tapi tak pernah cuba melarikan diri dari tugasan.
Adakah kita dengan hanya menerima amaran dan ugutan dari pihak penguasa Malaysia mudah mengalah? Bila di ugut untuk di tangkap kita harus melarikan diri?
Saya berdoa mudah2an persetujuan ini bukan seperti wayang-wayang yang pernah di main selama ini bagi menunjuk kan dunia bahawa mereka sebenarnya mahukan penyelesaian !!!
href=”https://patanikini.files.wordpress.com/2013/03/teks-perjanjian.doc”>Teks Perjanjian</a