PATANI MASIH MEMBARA !!!

April 2, 2012

Update!

Letupan-letupan car bomb telah mencederakan lebih 500 orang di Jala dan Hadyai.Sebelum itu rumah kediaman saudara Najbudin(bekas ahli Parlimen Thailand) telah dibomb.Kejayaan ini munkin boleh membawa kepada beberapa implikasi.

1).Bahawa semua pihak harus sedar yang pejuang-pejuang masih tidak tumpul semangat walaupun sebilangan besar pemimpin yang letih telah mula mencari alternatif lain.Terutamanya musuh, iaitu penjajah Thai sepatut telah sedar dan harus memulakan usaha untuk mencari jalan selesai yang sebenar.Bukan sekadar untuk mengelabui mata dunia mengambil pelakun-pelakun dari orang-orang melayu Patani sendiri.Sepatutnya pihak musuh menghentikan serta merta segala episod drama-drama perdamaian sama-ada dengan bantuan negara-negara jiran ASEAN atau bantuan NGO ciptaan barat.

2).Tiga kuasa yang saling tidak percaya antara satu sama lain dalam pemerentahan Thailand harus mengambil satu sikap.Iaitu bersatu menyelesai masaalah rakyat Patani. Tiga kuasa ini yaitu i)Kumpulan Raja yang dipimpin oleh penasihat raja ,bekas PM Thailand, iaitu sdr Prem Tisulanonda,ii)Tentera, yang sentiasa ingin meneruskan operasi yang sia-sia,mereka ini Pro Patchatipak iaitu parti Demokrat.Bukan kerana mahu menghapuskan musuh-musuh mereka akan tetapi lebih berminat menghisap wang peruntukan perang sebanyak munkin oleh pegawai-pegawai kanan mereka!!! dan yang iii),golongan politik yang menguasai Parlimen.Mereka sebenar mahu mencari jalan penyelesaian,akan tetapi sentiasa di naungi oleh pemimpin yang sentiasa cuba mengambil mileage politik diatas apa-apa isu yang bersangkut dengan rakyat Patani.

3).Mesej pejuang Patani(dari episod pengeboman ini) munkin untuk memberitau pada pemimpin yang telah letih sehingga sanggup menemui bekas PM Thai Taksin dan berpelokan.Kononnya Taksin telah meminta maaf diatas apa-apa yang berlaku selama ini sejak 2004.

Syabas kepada pejuang-pejuang yang masih tidak hanyut dan istiqamah.Insyaallah jika saudara benar-benar ingin memerangi Toghut harus waspada bahawa mereka ini ada diluar dan ada hidalam hati.Yang luar mudah dikenali dan di perangi,tapi yang dalam hati amat sukar untuk menghindarnya.Harus memohon bantuan allah supaya sentiasa memberi petunjuk.

Sebahagian Syuhada masih dalam masjid

1.Trajedi pembunuhan air payang masih terbayang jelas.

2.Trajedi pembunuhan orang-orang kampung yang sedang dalam perjalanan kemasjid untuk solat jenazah.

3.Trajedi pembunuhan beramai-rami masjid kerisik masih menjadi asas perjuangan.

4.Trajedi pembunuhan kejam beramai-ramai didepan balai Polis Takbai tahun 2004.

Advertisements

Penjajah Thai masih belum mau berdamai.

February 23, 2012

Perdana Menteri Thailand telah membuat lawatan berjumpa rakan sejawatnya di Malaysia,kelmarin.Khabar  yang dimaklumkan melalui akhbar ialah beliau memohon dari Malaysia supaya disediakan apa saja bantuan dan kerjasama untuk berdepan dengan para Mujahidin Patani.Beliau membuat kenyataan” kami bersetuju bahawa masaalah ini adalah masaalah dalaman Thailand.Dan mendesak penduduk selatan supaya mengenepikan perjuangan kemerdekaan Patani.Mereka juga mesti menolak cara keganasan dan mesti menjadi rakyat yang setia pada Maharaja Thai.” Dia menambah lagi dengan asas yang demikian kita mesti berusaha mencari jalan penyelesaian.Penglibatan ekonomi yang lebih luas dan issu yang sensitif bagi ummah Patani harus dititik beratkan.Beliau Menyatakan bahawa Malaysia memberi jaminan membantu untuk mencari jalan penyelesaian yang kekal bagi masaalah tersebut.

Adalah jelas bahawa penjajah Thai masih mau meneruskan dasar Tindas,Bunuh,paksaan dan pembohongan terhadap rakyat Patani.Mereka masih begitu yakin bahawa mereka akan berjaya dengan dasar ‘Etnic cleansing’(Penghapusan etnik) dan pencabulan secara besar2an.

Sejak akhir-akhir ini mereka meningkatkan keganasan ala serbia terhadap-orang-orang kampung.Strajeji terakhir ialah dengan menarik balik Pasukan Tentera tetap ka utara.Mereka menggantinya dengan tentera upahan dengan mengambil orang-orang tempatan kedalam pasukan’ Seghe Pran’.Pasukan ini sangat terkenal dengan keganasan dengan membunuh buta tuli dan merogol perempuan-perempuan kampong.

Dasar memperalat kan orang-orang Melayu terutama yang pernah bertugas dalam partai perjuangan masih diteruskan.Mereka juga memperalatkan bekas wakil rakyat melayu,Ngo-ngo islam dan golongan wahabi bagi melobi ummah untuk menerima otonomi ala mereka. Ramai juga pemimpin-pemimpin dalam negara dan tokoh-tokoh Patani diluar negara yang termakan dengan pujukan ini.

Tidak mustahil mereka sekali lagi akan mendesak pemerintah Malaysia supaya memaksa Mujahidin Patani menerima rancangan damai mereka.

Kita tidak menghalang kalau kerajaan Malaysia mau bersikap pro-aktif dalam urusan dengan kami.Tapi setiap perbincangan harus juga mengambil kira aspirasi Rakyat Patani yang mau pemerintahan sendiri.Rakyat Patani harus di beri peluang memilih hala tuju dan masa depan sendiri.

Sepatutnya penjajah Thai dan Jiran-jiran Asean telah sedar bahawa kewujudan negara Patani bukan lagi satu khayalan atau cakap-cakap kosong. Kesungguhan rakyat Patani   mengangkat senjata dan berjuang bermatian bukan sesuatu yang boleh dipandang remeh.Ianya suatu reality yang tidak boleh tidak harus terjadi.Iaitu Patani sebagai sebuah negara berdaulat yang hidup ditengah-tengah masyarakat Asean.

Perjuangan Patani tidak boleh disamakan dengan perjuangan rakyat Acheh atau Moro.Kami mempunyai latar belakang sejarah dan corak geograpi yang berlainan. Setiap hari kemarahan rakyat Patani terhadap penjajh Thai makin meningkat.Istilah baru yang diberi kepada tentera Thai ialah ‘Babi’. Ini menandakan bahawa setiap pengganas tentera Thai wajib dibunuh tanpa soal.

Sekali lagi kita ingin menasihati mereka yang sentiasa menyambut agenda bohong penjajah Thai supaya berhenti dengan tindakan ini(Terutama golongan peace building yang di pimpin oleh saudara Michael HDC) .Semua pihak termasuk OIC pun sudah maklum dengan lakunan mereka-mereka ini.Begitu juga dengan bekas-bekas Wakil Rakyat melayu,NGO-ngo Islam. Hentikan lah tindakan saudara-saudara yang hanya menguntungkan penjajah dan merugi masa depan tuan-tuan itu.

Perjuangan sedang menuju era seterusnya.Iaitu peperangan secara konvensional!. Mari sama-sama kita merapatkan saf.Buat kerja-kerja yang lebih berfaedah .Berusaha supaya rakyat lebih sedar bahawa mereka masih dibawah penjajah Musyrikin Thai.

Bilik gerakan mujahidin didalam negeri telah mengeluarkan statistik dan gambar-gambar kejahatan penjajah.

  1. Statistik kejadian-kejadian dan kesan sejak tercetus Revolusi Patani 2004-2011 m.
Tahun BerLaku/kali JUMlah mati

Jumlah

sakit

Askar,Polis,

Pegawai

Org.awam

Pejuang

Mati

sakit

Mati

sakit

syahid

sakit
2004 1154 566 639 179 278 271 351 116 6
2005 2078 574 1113 209 409 355 686 10 18
2006 2064 648 1187 222 373 410 799 16 15
2007 2664 943 1687 221 567 678 1111 44 9
2008 1370 536 970 155 504 339 455 42 11
2009 1348 544 1035 51 305 455 728 38 2
2010 1165 491 938 41 334 428 604 22 5
2011 689 507

796

97 381 377 407 33 7
Total 12532 4809 8365 1175

3151

3313

5141

321 73

Kita menjangka bahawa sesuatu perubahan drastic akan berlaku susulan dari lawatan PM Thailand ke Malaysia.


Penghinaan Berterusan dari penjajah

November 21, 2011

Takziah dari Patani untuk rakyat Thailand yang terpaksa menanggung penderitaan ditenggelami air banjir.Ini hanya lah salah satu dari tanda-tanda kekuasaan Allah swt.Sepatutnya bangsa Thai boleh lah mula memikirkan apakah ingatan yang Allah swt ingin sampaikan pada mereka.Kekuatan orang mukmin adalah doa.Kelemahan orang-orang kafir adalah tidak mau memikirkan apakah isyarat Allah swt terhadap mereka bila diturunkan sesuatu ujian.Ini ujian kecil kalau dibandingkan ujian kekalahan yang memalukan yang bakal berlaku dibumi Patani.InsyAllah.

Rupa-rupanya penjajah Thai ini masih tidak serik lagi dengan bala yang dilalui mereka.Sekarang mereka telah melangkah setapak lagi dalam gerakan untuk menentang Islam.Baru-baru ini kita di kejutkan dengan penghinaan yang dilakukan oleh penyanyi veteran mereka bernama Karibou.Dia mencipta senikata lagu dan menyanyi.Lagu tersebut telah sangat-sangat menghiris jiwa orang-orang Islam.Dia telah mempersendakan Allah swt,Rasul saw dan azan serta orang-orang Islam.Tak cukup dengan itu dia telah mencipta lagi satu lagu rap yang dinyanyikan pula oleh penyanyi lain bernama Cho I Bou.Lagu ini juga menghina Allah swt, Rasul saw dan Islam.Tapi sekali ini Syeikhul Islam telah bertindak tegas dengan membuat bantahan dan mengishtiharkan jihad bagi menghukum mereka-mereka yang menghina Islam.Yang paling dibanggakan ialah salah seorang pegawainya telah dalam khutbah solat idul adha juga mengishtihar supaya mereka-mereka ini ditangkap dan bunuh.

Walaupun sebegitu rupa dihina oleh orang-orang Thai pembesar-pembesar Melayu/Islam yang mendokong bendera Pratet Thai diam seribu bahasa.Dikalangan mereka ini ada yang termasuk dalam kumpulan NGO Islam yang menyediakan memorandum kepada penjajah Thai bagi memohon otonomi untuk bumi Patani!!! Amat memalukan.Mereka-mereka ini telah menunjukkan belang yang sebenar. Syabas dari kami untuk Sdr Abdul aziz,Sheikhul Islam dan mereka-mereka yang sehati dengan beliau.

Sememangnya cerita kegilaan untuk berbaik-baik dengan penjajah Thai ini masih lagi hangat,hatta dari kalangan pejuang(atau palsu). Ada yang telah cepat-cepat mengishtihar dirinya jadi Presiden Parti setelah mendapat tahu dipecat dari parti.Dan yang paling lucunya,mendakwa secara palsu bahawa beliau dilantik oleh orang-orang kuat parti.

Sejak bulan ramadhan hingga sekarang banyak kejayaan besar yang telah dicapai oleh pejuang-pejuang dibarisan hadapan.Operasi ini akan berterusan sehingga akhir tahun.Ini tips yang boleh dibagi untuk penjajah dan kuncu-kuncu mereka.

Buat masa ini semua partai-partai yang terlibat bersama dalam operasi menentang penjajah masih kental dan belum ada satu tanda-tanda untuk mengalah lagi.Biarpun ada orang-orang tertentu mengaku sudah mencapai kemajuandalam rundingan  dengan pihak Thai tapi pejuang masih belum bersedia. Ini kerana pihak penjajah pun masih belum bersedia untuk mengaku kalah.

Tujuan penjajah masih membuat hubungi dengan orang-orang tertentu ialah untuk mengalehkan focus dunia terhadap permasaalahan sebenar rakyat Patani.Selagi mereka boleh guna beberapa orang untuk menjadi alat-alat mereka biarkanlah.Ada yang diberi pejabat dan peruntukan untuk kerja-kerja mengelabui mata rakyat,dan ada yang di beri immunity untuk pulang bila-bila masa ka Thailand.Mereka ini kalau masih meneruskan kerja-kerja pengkhianatan akan bertemu dengan ke aiban yang besar tak lama lagi. Kita menyeru sebelum terlambat kembalilah ke pangkal jalan.


Awas ! Gula-gula beracun! Autonomi ala penjajah Thai.

July 6, 2011

6hb july 2011

Maaf, kepada para pejuang-pejuang dan pelayar-pelayar Patanikini,kerana pihak kami terlambat memperbaharui dan mengemaskini issu yang terbaru.Mutakhir ini banyak urusan dan aktiviti yang memerlukan masa terpaksa digunakan untuk beberapa kegiatan penting.

 

Kita baru saja menerima keputusan rakyat Thailand memilih puak baju merah bagi menerajui pemerentahan kerajaan mereka.Walaupun gambaran depan kita melihat Thaksin yang menjadi issu utama pilihanraya,tetapi kuasa yang sebenar dibelakang tabir adalah di pengaruhi oleh golongan kiri yang sedang berusaha untuk menghapuskan pemerentahan beraja Thailand.(Banyak tok nujum mereka meramalkan jika berakhirnya pemerintahan raja ini maka terbentuklah Negara Patani !!!) Adalah menarik untuk kita mengikuti perkembangan selanjutnya kerana apakah langkah-langkah berikut yang akan dicetuskan oleh mereka bagi merialisasikan matlamat ini.Tapi yang lebih pentingnya kita harus sedar juga jamu yang mereka telah hidangkan kepada rakyat Patani dalam masa pilihan raya.Melalui badut-badut Melayu yang mengharap kan upah dari majikan mereka rakyat Patani telah diracuni dengan gula-gula Otonomi(ala Bangkok,munkin ramai orang luar tak faham bila Thai menawarkan otonomi.Sebab itulah mereka marah bila kita tak terima otonomi).Janji ini dibuat oleh hampir semua Partai-partai besar.Ramai juga orang-orang kita kagum dengan keberanian penceramah Melayu memainkan issu sensitif,terutama tentang nasib rakyat Patani dalam pilihanraya lalu.Kesemua yang menyertai pilihan raya menjanjikan untuk membela nasib Bangsa Patani!!!. Inilah cerita pak pandir dan pak kadok yang tak habis-habis setiap kali pilihanraya berlaku. Akhirnya apa yang mereka tidak sedar (atau sedar tapi tak peduli) ialah setiap kali kita bekerjasama dalam sistem pilihanraya Penjajah Thailand maka setiap kali juga lah kita mendaulatkan undang-undang mereka yang meletakkan taraf Islam/Melayu senasib dengan binatang ternakan! Keputusan pilihanraya di tiga wilayah adalah mengecewa kan pemimpin melayu dalam partai Pieu Thai. Rakyat Patani memberi undi kepada partai Demokrat.Ini semua petanda untuk menyedarkan kita semua bahawa kita masih bawah penjajah Thai.Kalau seandainya ramai calun-calun melayu menang mungkin kekeliruan besar akan berlaku.Rakyat mungkin menganggap wakil-wakil rakyat boleh membantu menyelesai masaalah Patani.Yang sahihnya mereka akan dapat duit banyak dan kedudukan yang istimewa.

 

Penjajah Thai telah habis berbillion kop untuk memerangi dan menghapuskan kita sejak 2004. Telah empat kerajaan bersilih ganti dengan semuanya berjanji boleh menyelesaikan masaalah Rakyat Patani.Bermacam pembaharuan (diatas kertas) telah mereka taburkan kepada kita dan semuanya berjanji untuk mengurangkan kehadiran tentera di bumi kita.Setiap kali janji ini di lafaz maka begitulah juga peningkatan keganasan yang lebih kejam dilakukan terhadap rakyat kita.Memang Siam pandai bersandiwara.

 

Di persada antara bangsa mereka memperalatkan beberapa ekor badut yang bergerak diluar Patani yang sentiasa dijamu dengan sedikit habuan dan Hotel-hotel mewah untuk menjadi alat mereka memberitahu dunia bahawa mereka berminat untuk menyelesaikan masaalah Patani dimeja perundingan.Banyak pegawai tinggi tentera bersilih ganti berjumpa dengan wakil pejuang(palsu) dengan alasan untuk membina keyakinan atau Confidence Building.Mereka memohon peruntukan yang besar dari kerajaan dan memberi sedikit habuan kepada badut-badut mereka.Baru-baru ini (dalam perjumpaan di Singapura) badut-badut ini berjanji untuk gencatan senjata. Tapi pihak pejuang telah meningkatkan serangan lagi dalam tempuh tersebut.Malang bagi mereka,sekarang sedang berusaha untuk memberi alasan di Jakarta pula.

 

Dalam Negara, mereka juga telah berjaya memperalat kan seorang badut yang pernah tinggal di Jerman untuk menduduki kerusi penting di SO.O.PO.TO Jala.Badut ini dengan bangga mengaku dia lah yang diberi tugas oleh penjajah Siam untuk mengawal selia segala urusan memujuk dan memantau aktiviti perjuangan di Malaysia. Dia mengaku menggunakan semua orang-orang yang pernah serah diri pada penjajah Siam dan lain-lain untuk kerja-kerja  penyusup dan mengintip aktiviti pejuang.Khabarnya dia telah mendapat peruntukan dari NGO Jerman untuk membekalkan beliau dengan dua biji kereta kalis peluru untuk kegunaan peribadinya di Patani.(Kalis peluru bukan boleh kalis mati).

 

Baru-baru ini dunia di kejutkan dengan tertangkap pembunuh kejam Serbia Radko Mladic dan akan dibicarakan. Nasib bangsa Bosnia memang menyayat hati dengan pembunuhan kejam beramai-ramai.Sekurang-kurang mereka sentiasa dipantau oleh dunia.Tapi dalam sejarah perjuangan rakyat Patani beratus-ratus Mladic pernah wujud dengan pelbagai pembunuhan kejam dilakukan tanpa di pedulikan oleh sesiapa pun.Bahkan saudara sendiri dari Malaysia pun tak peduli kerana masih bersengkongkol dengan penjajah Thai untuk menghentikan kebangkitan perjuangan rakyat Patani.

 

Pilihanraya Thai sudah selesai.Selepas ini pilihanraya Malaysia akan menyusul.Dijangka dengan selesainya pilihanraya Malaysia maka mereka akan mengalih pandangan untuk menyelesaikan Masaalah Patani pula.(Dengan formula mereka).Sudah tentu formula mereka ini akan hanya mengambil kira dua perkara penting. Satu,kedaulatan Thai harus dikekalkan keatas Patani dan kedua kepentingan ekonomi Malaysia juga mesti di ambil kira.Nasib rakyat Patani hanya di suapkan dengan gula-gula beracun.Caranya mudah,hanya dengan menyogok kan pemimpin-peminpin masyarakat dengan kedudukan dan kemewahan.Juga mencari Badut-badut dari kalangan pejuang untuk menyokong dasar-dasar ini.Pihak Malaysia akan memberi kerjasama penuh dengan mendesak pejuang-pejuang yang ada bawah naungan mereka.Jika enggan bekerjasama pemimpin-pemimpin ini di ugut dengan ISA atau dihalau keluar dari Malaysia.

 

Mulai sekarang kita,pejuang-pejuang dari semua kumpulan harus Fokus dan menyusun semula saf masing-masing.Tumpu kan tenaga untuk memperkuatkan dalaman dan meningkatkan gerakan didalam Negara.Buat sementara waktu kita usah terperangkap dengan ajakan-ajakan(tipu helah) musuh untuk berunding.Mereka tidak pernah bersedia untuk berunding dengan pejuang.Mereka masih menganggap kita sebagai penumpang.Selama ini semua tipu helah perbincangan yang digembar gemburkan adalah taktik pegawai tentera untuk mencedok keluar wang kerajaan dengan peruntukan yang tinggi.

 

Kita harus istiqamah.Kekalkan Muqawwamah  bissilah kita.Hancurkan lebih banyak Humvee dan Soldadu -soladau.Goncang kan bumi ini sehingga mereka melutut.Bakar kem-kem mereka. Dunia akan melihat ketentuan allah swt diatas apa yang mereka tak sangka selama ini.  Insyaalah!.


Giliran Patani sudah hampir tiba.

February 27, 2011

Syabas kita laungkan pada rakyat Mesir,Tunisia,Yemen,Bahrain dan yang terakhir dan paling menakjubkan ialah Libya. Kita tidak pasti samaada mereka ini bangkit diatas nama Islam ,tapi yang pastinya mereka tidak sanggup lagi membiarkan diri mereka di zalimi.

Kebangkitan mereka kesemuanya justeru tidak sanggup lagi berada dibawah pemerintahan anak watan sendiri yang tergamak membunuh dan menzalimi darah daging sendiri. Kewajaran perjuangan mereka tidak dapat dinafikan lagi melainkan kapada golongan yang sememangnya sentiasa dilaknat allah dan para malaikat di langit dan Bumi. Hanya golongan-golongan (seperti ulama jadian dan pejuang-pejuang jadian) jadian dan reaksyioner yang akan menentang kebangkitan begini.

Tapi disaat begini ramai juga yang akan cuba atau telah mencuba menjadi hero dengan tampil kedepan secara hidung tak mancung pipi terhegeh-hegeh.Ketika kebangkitan bermula atau di persimpangan mereka juga lah yang menyambung suara-suara musuh dengan mengecap pejuang-pejuang sebagai pengganas atau perjuangan tidak syari’I dan sesiapa yang mati sebagai mati sia-sia.

Jika perjuangan yang kita bawa menyamai jalan dan wadah yang dibawa oleh Rasul allah sawa maka perjuangan ini adalah suci. Dalam Islam tidak ada perjuangan radical,pengganas atau musta’jilun. Selagi kita berpandukan pada allah dan Rasul akram dan ulama fundamental selagi itu kita masih dibawah naungan ilahiah. ‘Bersikap tegas terhadap mushrikin,lemah lembut sesama mukmin dan tidak mempedulikan apa penonton dan musuh nak kata kita tetap berjihad di jalan allah swt.’

Perjuangan dan kebangkitan rakyat Patani adalah Jihad Sabillillah.Kebangkitan Patani tidak ada kena mengena dengan kebangkitan rakyat di tempat lain. Kebangkitan Rakyat Patani adalah untuk membebaskan diri dari belenggu penjajahan Thai dan mengembalikan kedaulatan Islam keatas Insan. Perjuangan ini akan berjalan berperingkat-peringkat tanpa bersusah payah mengajak musuh berunding atau menerima tawaran-tawaran palsu kedamaian.Sudah berabad-abad kita dizalimi dan di hina.Kita tidak akan berpaling lagi.

Tapi bila Islam mula bangkit di Patani maka adalah pihak-pihak tertentu cuba memujuk kita supaya menghentikan cara yang kita bawa dan memilih jalan hina, iaitu perundingan tanpa syarat dengan musuh-musuh islam. Mereka menggunakan pelbagai NGO(Pertubuhan bukan kerajaan),kerajaan-kerajaan dan pakatan kerajaan seperti OIC, bagi memujuk kita kemeja perundingan.Walaupun sudah berulang kali kita menyatakan bahawa kita bukan menolak perdamaian; tapi penyelesaian masaalah haruslah mengutamakan agenda pengembalian Negara ini kepada kita  baru lah boleh kita bincang urusan perdamaian. Itulah ‘Peace Building”( usaha damai) yang sebenar. Memang kita benci peperangan untuk duniawi. Tapi peperangan kita adalah perjuangan ukhrawi.

Setelah kita perhatikan mutakhir ini semua jenis kebangkitan perjuangan tapi perjuangan kita lah yang paling jitu,siap suaka dan bermatlamat serta tersusun(oleh langit).Perjuangan kita adalah perjuangan contoh. Contohnya ialah bahawa keyakinan kita bukan kepada senjata bikinan manusia tapi hanya semata-mata Nasru minallah.

Setiap kali kita dengar suara-suara sumbang dari mereka-mereka yang sentiasa berunding dengan musuh bahawa Siam tak akan bagi kita merdeka mudah-mudah.Jadi kita haruslah realistic (jangan khayal) dengan sanggup bertolak ansur sedikit. Mula-mula kita terima otonomi kemudian baru kita usaha kearah kemerdekaan penuh.

Sekali lagi kita nyatakan bahawa perjuangan ini bukan dibuat mudah-mudah, tapi tidak ada damai selagi tidak ada kedaulatan. Giliran kita sudah hampir tiba. Biar lambat sedikit asal kemenangan hakiki yang kita perolehi. Seluruh senjata kafir akan jadi senjata kita. Orang-orang kita yang sedang bertugas dengan penjajah telah mula sedar.Insyaallah mereka-mereka ini akan bersama kita dalam masa terdekat.

Dengan banyak peristiwa tempur sejak akhir-akhir ini pihak penjajah sepatutnya sudah sedar, bahawa masa mereka akan dinyahkan dari bumi Patani sudah hampir. Pertempuran-pertempuran mutakhir ini adalah sebagai latihan untuk para mujahidin kita memperkemaskan saf-saf. Allah tetap bersama kita selagi kita masih yakin dan bertahan dengan cara-cara yang allah izin serta akan meneguhkan tapak-tapak kaki kita.

Giliran kita sudah hampir.Ini zaman penyusunan allah bagi menyiapkan kita kearah perjuangan yang lebih agung bersama-sama umat Islam sejagat untuk membebaskan Palestin dari Zionist-Ahzab. Palestin kecil adalah Patani.

Insyaallah Patani berdaulat akan berlaku dizaman kita dan kita akan sama-sama membena bumi ini menjadi agen penyebaran Islam di Nusantara.

Statistik aksi-aksi tempur/bom/serangan

yang dikeluarkan oleh  Markas Mujahidin

 Julai hingga Disember 2010 

Wilayah Bom Tempur Sabotaj AskarThai AwamThai Mujahidin AwamMelayu
        Mati Sakit Mati Sakit Syahid Sakit mati Cedera
Jala 16 47 3 18 34 11 7 4 17 18
Patani 11 65 9 7 28 27 15 6 16 15
Menara 36 47 10 16 46 1 8 1 25 31
Senggora 3 1 11 1 1
Jumlah 66 160 22 41 119 39 31 11 59 64

                                  

 Serangan Bom oleh Mujahidin Sejak 2004 hingga 2010

1 Tahun 2004 111 kali
2 Tahun2005 248 kali
3 Tahun 2006 328 kali
4 Tahun 2007 484 kali
5 Tahun 2008 268 kali
6 Tahun 2009 303 kali
7 Tahun 2010 261 kali

 

 


Kemenangan terbesar Mujahidin Patani

January 24, 2011

Pada 19hb januari 2011 jam19.30 sepasukan pejuang Mujahidin Patani telah melakukan serangan berani keatas sebuah kem penempatan TenteraThai, pasukan petugas Naratiwat 38 di Merbol Barat, daerah TanjungMas(Rangae).Serangan yang di lakukan melalui pintu hadapan ,iaitu satu-satunya pintu masuk.

Serangan ini telah berjaya membunuh 10 tentera musuh dan lebih dari 10 orang cedera parah.Yang terbunuh termasuk lah dua pegawai bertaulaih berpangkat Kaptan dan empat lain-lain pangkat.Pejuang juga Berjaya merampas labih dari 50 puluh senjata ringan dan dua senjata berat yang di guna diatas kereta perisai HUMVEE 15 .Tentera musuh yang masih selamat telah sempat melarikan diri dan meninggalkan senjata-senjata mereka.

Susulan dari serangan malam tadi pihak Mujahidin juga telah melakukan beberapa serangan-serangan dan letupan bom terhadap musuh di tempat-tempat lain.Tindakan ini telah mengorbankan beberapa orang lagi tentera penjajah.

Serangan ini membuktikan bahawa para Mujahidin masih bertenaga dan bersedia untuk meneruskan perjuangan suci ini jika pihak penjajah masih berdegil dan bertapak di bumi Patani.

Dengan kemenangan terbaharu ini pihak pejuang memberi isyarat bahawa kami bersedia dengan apa sahaja jenis permainan yang di kehendaki oleh pihak musuh.

Lagi berita kejayaan………

Tahniah pejuang-pejuang unit katong Jaha.

 Pada jam 19.30 25hb januari 2011 sepasukan perisek tentera Thai yang berpakaian pereman telah di di serang hendap oleh pejuang-pejuang yang bertugas berhampiran kampong Padang ru mukim katong,Jaha.Musuh yang berkenderaan telah di bantai dengan bom seberat 25 kg buatan sendiri.

Musuh mengalami korban yang besar.Sembilan angguta tebunuh dan 3 lagi cedera parah.

Pihak pejuang yang telah memerhati selama beberapa hari, tindak tanduk perisik yang menyamar sebagai pemburu babi hutan Berjaya melaksanakan operasi tersebut.

Syabas dan tahniah dari rakyat Patani terhadap kejayaan besar ini.Disamping itu kejadian pertempuran juga berlaku di kawasan lain yang membawa kejayaan kepada Mujahidin.


OIC,Rakyat dan Pejuang Patani

November 14, 2010

Lapuran dari Bangkok dan pelbagai sumber-sumber lain mengesahkan bahawa pihak OIC telah mengadakan perjumpaan dengan wakil-wakil pejuang Patani dan individu-individu tertentu. Perjumpaan ini di buat atas alasan untuk memenuhi Resolusi  1/37-MM perenggan operatif no 16-22 yang di buat di Dushanbe ,Tajikistan oleh Menteri-menteri Luar Negara angguta OIC dalam mesyuarat yang Ke-37 pada 18-20- MAY 2010.

Beberapa perjumpaan telah di buat di beberapa Negara-negara Islam. Perjumpaan ini di pengerusi oleh Talal Daous  Pengarah Muslim Minorities and communities Department. 

Implikasi dari perjumpaan ini menimbul pelbagai reaksi dari para pejuang. Walaupun pihak pejuang tidak ada yang menbuat komentar selepas persidang itu namun satu tanda tangan telah dibuat oleh seluruh yang hadhir keatas satu memorandum  yang di bawa masuk oleh OIC .

Kita percaya mereka-mereka yang hadhir ini cukup  berhati-hati supaya tidak terperangkap seperti apa yang pernah berlaku di Langkawi 2006 dulu. Walaupun  tujuan yang dijelaskan oleh wakil OIC itu amat baik untuk pejuang-pejuang ; iaitu untuk memboleh kan semua pejuang bersefahaman(bukan bersatu) dalam satu suara diatas apa-apa isu yang bakal timbul; namun dalam memorandum yang ditandatangan oleh yang hadhir itu termasuk perkara tertentu dalam Resolusi itu perlu di teliti. Terutamanya perkara  17 dan 18 dari Resolusi 1/37-MM  Iaitu :- di perturun kan dari bahasa asal

 17- Affirms that these objectives are achievable through a process whichwould involve the representatives of Muslims in Southern Thailand and relevant segments, such plan be accompanied by a national reconciliation;

 18. Requests the Secretary General to continue his contacts with theGovernment of the Kingdom of Thailand to develop bilateral relations and to urge it that the Government’s plan for the improvement of the situation of Muslims in Southern Thailand include the realization of the legitimate aspirations of the Muslims there with a view to implementing the Government’s plan to address the root causes of the problem as contained in the RES. 1/37-MM Joint Press Statement issued at the end of the visit of the Secretary General to Thailand on 1st May 2007, and calls upon the Member States enjoying close relations with Thailand to support the efforts of the Secretary General in this regard;

 Perkara yang menyatakan ’ such plan be accompanied by a national reconciliation’ ini boleh memerangkap kita supaya tunduk dengan kehendak penjajah Thai supaya kita menutup terus aspirasi kemerdekaan penuh!!!. Dan dalam perkara 18 juga memaksa kita menyelesai masaalah mengikut selera yang di tetap oleh penjajah Thai.

 Seolah-olah perundingan diantara pejuang dan Penjajah Thai ini satu ajenda yang telah diatur oleh mereka yang ada kepentingan keatas bumi Patani.

Jika benar lah perkara ini berlaku berma’na tidak ada siapa-siapa yang benar-benar berminat menyelesaikan masaalah Patani mengikut kehendak rakyat tempatan.Penyelesaian ini hanya untuk memenuhi hasrat negara-negara yang berminat untuk memfaraidh kan kekayaan Patani sahaja!!! Justeru itu Pejuang dan Rakyat Patani jangan dipersalahkan jika kami enggan pergi kemeja perundingan. Kami telah berjuang lebih 200 tahun sendirian,dan tak pelik jika kami mampu sabar dan bertahan beberapa lama lagi walaupun terpaksa menghadapi segala kezaliman dan tekanan dalam serba kekurangan. Kerana ketahanan dan kesabaran kami adalah sifat kebergantungan kepada Allah swt sepenuhnya.

Walau bagaimana pun tidaklah berma’na kami menolak usaha OIC untuk memberi ruang kepada kami untuk bersuara melalui forum antarabangsa, khasnya persidangan OIC sendiri. Sudah tiba masa nya OIC memberi ruang kepada rakyat Patani sekurang-kurangnya sebagi taraf pemerhati dalam mana-mana persidangannya. Kalau penjajah Thailand yang menjadi musuh umat Islam Patani diberi ruang sebagai pemerhati, Apa salahnya kami di beri ruang bersuara berdasarkan suara kami yang sebenar oleh wakil yang kami lantik.Itupun kalau OIC benar-benar ingin mendengar suara sebenar rakyat Patani.

Kita tahu walaupun OIC hanya merupakan harimau kertas, tetapi diatas nama kesatuan Islam sejagat kami bersedia memberi ruang.Tidak ada apa-apa hasil yang di harapkan, hanya sekadar memberi dunia Islam tahu apa sebenar yang diperjuangkan oleh rakyat Patani.

Walau apa terjadi dan apa usaha yang dijalankan oleh pihak-pihak tertentu rakyat dan pejuang Patani harus menjadikan ajenda kesatuan sebagai yang paling utama.Semoga pihak-pihak yang sentiasa berusaha berdamai dengan penjajah Thai melalui orang tengah hendaklah berhati-hati dalam tindak tandup dan kata-kata mereka supaya tidak mencurigai pejuang-pejuang dibarisan hadapan!!!

Insyaallah dalam masa terdekat semua pejuang-pejuang akan bergerak dalam satu suara dan satu tindakan(bukan satu Malaysia). Tambahan pula Penjajah Thai semakin hari semakin lemah.

 Dalam ruang ini juga Pihak Patanikini ingin mengambil kesempatan mengucapkan Selamat Hari Raya Idul Adha kepada seluruh rakyat dan pejuang Patani.Insyaallah sejarah pengorbanan Ibrahim a.s dan Ismail a.s akan menjadi inpirasi kepada pengorbanan kita semua.

Allahu Akbar Allahu Akbar Allahu Akbar walillah ilhamd.