Pendirian Malaysia sebenar terhadap Patani

Autonomi Najib

7hb jun 2013

Dalam Simposium AntaraBangsa Institut Kefahaman Islam(IKIM) yang bertajuk:

 ISLAM DAN ERA BARU NEGARA ASEAN,Perdana Menteri Malaysia Dato Seri Najib Razak telah menyatakan bahawa umat islam yang wujud sebagai minority di bawah penjajah bukan islam harus sedar bahawa pilihan yang terbaik untuk mereka adalah Otonomi.Kemerdekaan adalah tidak realistik tambah beliau.Mereka harus sedar bahawa mereka adalah hidup dibawah pemerintah bukan islam dan harus memberi kerjasama penuh pada pemerintah mereka.Tambahnya, komuniti ini harus mengiktiraf tanggung jawab sebenar dalam Negara masing-masing dan menyumbang untuk pengukuhan moral dan sosio-ekonomi di Negara terbabit.Penyelesaian sebenenar bagi penduduk peribumi islam Thailand,Filipina dan Myammar mesti dicari.Satu bentuk otonomi,bukan kemerdekaan tetapi otonomi ugama,kebudayaan dan pendidikan perlu diberi kepada mereka dan di lindungi termasuk mempertingkatkan peluang sosio-ekonomi.

Katanya Negara Malaysia juga memainkan peranan penting membantu kerajaan Thailand dalam usaha menstabilkan keselamatan dan keamanan melalui kerjasama dua hala dengan puak minoriti Islam di wilayah Selatan Thailand.Kami mahu melihat tambah beliau, bahawa demi masa depan, Malaysia akan terus memainkan peranan.

Sebenarnya  kenyataan ini tidak lah memeranjatkan kami,kerana sememang sejak dari dulu kita menyedari bahawa Malaysia ,kalau di bandingkan dengan penjajah Thai adalah menentang kewujudan sebuah Negara Patani yang merdeka. Ini bukan dasar baru.Kerana Malaysia yang mewarisi dasar penjajah Inggeris telah dari dulu menolak tawaran Patani di masuk kan dalam gagasan persekutuan Tanah Melayu kemudian juga menolak cadangan yang sama ketika penubuhan gagasan Malaysia 1963 dulu.

Kalau Inggeris yang memFaraidkan bumi Patani dengan penjajah Thai melalui perjanjian Anglo-Bangkok ,Malaysia juga dengan sebab-sebab yang mereka sahaja yang tahu meneruskan Polisi ini. Almarhum Tengku Mahmud Mahyidin telah dijanjikan oleh penjajah Inggeris dalam perang dunja kedua untuk memasuk kan Patani kedalam Persekutuan Tanah Melayu jika pihak Almarhum Berjaya mengumpul penenantang secara gurilla terhadap Tentera Jepun. Setelah perang selesai walaupun pihak Inggeris sedia memenuhi janji tersebut tetapi hasrat itu dihalang oleh Amerika.

Yang menjadi persolan sekarang apakah kerana kepentingan Politik-Ekonomi Malaysia -Thai dan keselamatan ASEAN Aspirasi rakyat Patani harus di korbankan dan tidak ada arti sama sekali? Apakah rakyat Patani ini suatu entiti yang tidak perlu di ambil peduli sama sekali.Jika begini pendirian Malaysia,tidak ada bezanya dengan sikap PenjajahThai yang tidak pernah  mengiktiraf Bangsa Melayu  Patani sebagai manusia!!!

Dilema sekarang apakah akan jadi dengan perundingan yang sedang berjalan di antara penjajah Thai dan wakil Rakyat Patani di Kuala Lumpur setiap bulan itu? Apakah skrip nya sudah di siapkan dari awal antara penjajah Thai dengan kerajaan Malaysia? Lebih mengelirukan lagi ialah,pihak penjajah Thai secara tidak langsung mengiktiraf wakil-wakil perunding rakyat Patani itu adalah pejuang pembebasan bukan nya pengganas! Mereka juga telah bersetuju untuk berbincang apa sahaja isu termasuk menentukan nasib sendiri oleh rakyat Patani.Secara tidak rasmi mereka bersetuju menarik balik syarat awal iaitu perbincangan ini harus tidak terkeluar dari panduan garisan perlembangan Thailand.Akan tetapi kami keliru dengan pendirian Malaysia sebenar.

Apakah pihak intellijen Malaysia tidak menjalankan tugas dengan meninjau kedudukan perasaan rakyat Patani sekarang;atau sengaja mempersembahkan lapuran palsu yang di arah oleh pihak atasan?.

Rata-rata di mana sahaja kalau kita pergi ka-kota atau ka desa rakyat Patani sudah bersedia untuk dan sanggup menanggung sebarang risiko di atas keengkaran mereka untuk terus berada di bawah penjajah Thailand.

Penjajah Thai dan sebahagian rakyat mereka sudah sedar dan bosan dengan suasana yang sedang berlaku sekarang di Patani.Ia telah menelan belanja berbilion Dollar dan mengorban beribu-ribu jiwa.Walau apa pujukan dan helah yang di lakukan terhadap rakyat Patani, namun tidak sedikit pun mengurang kan penentangan rakyat terhadap penjajah.Memang kami sedar dan bersedia untuk berjuang bersendirian tanpa bantuan luar sama ada dari dunia Islam atau dunia melayu.Kebangkitan yang menyeluruh kali ini adalah diatas kesedaran anak-anak muda terhadap nasib bangsa dan ugama yang telah di tindas sejak dua ratus tahun yang lalu.

Masaalah Patani tidak semudah yang disangka oleh Dato Najib,iaitu kalau peluang Sosio Ekonomi dan Pelajaran di beri pada kami selesai.Tidak sama sekali!!!! Masaalah kami adalah masaalah Negara kami di jajah kerana kami kalah dalam peperangan.Dan Islam memfardhukan kepada kami supaya mempertahankan aqidah ini dengan Jihad pada jalan Allah swt. Tanggungjawab ini munkin tidak jatuh pada bahu Malaysia atau saudara sebangsa yang lain. Justeru itu pihak luar harus faham dan peka dengan status quo ini.Apa saja perdamaian atau penyelesaian jika tidak di ambil kira kehendak rakyat Patani tidak akan mendapat keamanan yang kekal.Hanya orang yang bebas sahaja akan berhenti berperang dan berjuang!! Malaysia jangan mahu menjaga menjaga kepentingan jangka pendek mereka sahaja.

Kita sedar Malaysia telah makan faraidh lebih dari 1 bilion dolar setahun sejak bertahun-tahun yang lalu hasil dan perjanjian hasil bumi bertindeh di sempadan! Jangan kerana kepentigan yang tidak halal ini sanggup menggadai anak bangsa dan ugama sendiri.

SEKARANG! Apa kah harapan yang Malaysia mahu dari rundingan damai yang sedang berjalan  di Malaysia ini. Munkin beberapa pemimpin Patani nampak mudah di perarah dan di ugut oleh pihak keselamatan Malaysia. Tapi percaya lah Malaysia tidak akan mendapat apa-apa keuntungan dari tindakan begini. Mereka boleh di ugut dengan penangkapan atau dihalau keluar dari Malaysia,tapi tindakan ini tidak akan menyelesaikan masaalah. Sedar lah bahawa rakyat Patani mahu masa depan mereka ditentukan oleh mereka sendiri.Biarkan orang Patani menentukan hala tuju sendiri.

Walaupun tindakan kita pilih penyelesaian dengan cara mengangkat senjata,tapi kami juga bersedia kemeja perundingan jika mereka atau mana-mana pihak bersedia menghurmati pendirian kami. Walau apa perundingan dan perjanjian dibuat,peperangan bersenjata tidak akan di hentikan selagi nasib bangsa dan negara kami masih tidak menentu.

Kami menyeru kepada pihak-pihak yang sudah meletakkan harapan yang tinggi pada rundingan ini supaya mengkaji dan memikir semula di atas pernyataan yang jelas yang di buat oleh Dato Najib itu!

Allahumma solli ala Muhammad Wa aali Muhammad.

26 Responses to Pendirian Malaysia sebenar terhadap Patani

  1. Cinta Merdeka says:

    Buat pertama kali ada rasionalnya Patanikini,Alhamdulillah akhirnya dah sedar dan berlari atas landasan yang betul.

  2. abu sa isma says:

    apa yg harus dilakukan ialah pendirian pejuang yg tegas terhadap perjuangan yg didirikan… sama ada merdeka atau hanya

  3. harman says:

    Dlm mencari penyelesaian kepada konflik di Selatan Thai mungkin autonomi adalah langkah awal menuju kemerdekaan. Dengan mewujudkan pemerintahan autonomi keamanan dapat di kembalikan dan pembangunan sosio ekonomi dapat dilaksanakan. Jadikan autonomi sebagai denai untul menuju kepada kehidupan yang lebih bail

  4. ahmadnejad1975 says:

    Malaysia di perintah menerusi parti UMNO…
    Orang Melayu pun telah menolak parti ini kerana pengkhianatannya…..Jadi jangan anggap kenyataan Najib tersebut mewakili pendapat orang Melayu Malaysia…Kami sangat menyokong perjuangan saudara seagama dan sebangsa kami ini…Teruskan perjuangan ini kerana Patani adalah tanah orang Melayu…

    • darah rakyat tani says:

      salam,
      buat pembaca blog patani kini ini,

      Saya adalah salah seorang rakyat Malaysia dan kedua orang tua saya adalah masyarakat patani. ingin saya tegaskan di sini bahawa politik di Malaysia berbeza dengan di sana. kerana politik masyarakat patani untuk membebaskan negara patani darus salam, sedangkan di Malaysia pula wujud 2 politik yang berbeza satu yang ingin asingkan pentadbiran duniawi kepada masyarakat biasa, dan ukhrawi kepada ustaz2 sahaja, mereka inilah dikatakan orang UMNO ( Barisan Nasional) yang sedang memerintah Malaysia. Mereka cuma mengambil kesempatan untuk mereka terus berkuasa di bumi malaysia sahaja. Satu lagi puak iaitu PAS, yang ini adalah puak yang ingin menjadikan sebagai pentadbiran duniawi dan ukhrawi bergerak seiringan, bagi golongan ini mereka berpegang kepada ayat al-quran ” masuklah di dalam islam keseluruhannya” (al-baqarah 208)”. golongan ini meletakan islam sebagai panduan hidupnya, berbeza dengan UMNO yang meletakkan kepentingan Melayu dahulu baru kepentingan islam. Pas hanyalah memerintah 1 negeri di Malaysia iaitu di Negeri kelantan darul Naim bersebelahan dengan Thailand. Bagi saya apa2 rundingan yang dibuat Malaysia untuk masyarakat patani hanyalah demi kepentingan politik UMNO sahaja. Sekiranya yang memerintah Malaysia sekarang adalah PAS, nasib yang berbeza dapat dirasa oleh masyarakat islam di sana.

      buat pengetahuan pembaca juga, pas pernah memohon untuk pelaksanaan hudud, tetapi di tolak oleh UMNO dengan alasan hukum allah tidak lagi relevan bagi mereka.

      pas pernah menyeru supaya bantuan ketenteraan buat rakyat palestin untuk berjihad di sana, tetapi yang smpai hanyalah bantuan berbentuk kemanusiaan sahaja. spt makanan dan ubat-ubatan.

      harapan saya agar suatu hari PAS dapat memerintah Malaysia supaya hukum ALLAH dapat di tegakkan. dan saya pasti ketika itu peranan PAS dalam membantu masyarakat di sana akan berbeza dengan kerajaan sekarang ini.

      • Ridzz Max says:

        malaysia hantar ketenteraan ke palestin amatlah tindakan yang kurang rasional..kelengkapan tentera kita lebih kecil dibandingkan dengan singapore ..kos untuk berperang amatlah tinggi…. kalau OIC bersatu menghantar tentera baru betul… menulis bukan hanya sedap didengar dan dibual sahaja saudara… tapi implikasi daripada tindakan yang diambil…berfikir sebelum menulis….kadang-kadang kita rasakan kita bijak kerana kita telah memikirkan apa yang akan berlaku esok. tetapi pihak musuh lagi cerdik , kerana mereka telah memikirkan apa yang bakal berlaku seabad akan datang…. dalam isu ini saudara telah memberi cadangan untuk esok hari sahaja…penguasaan ekonomi amatlah penting… seperti ISRAEL atau bangsa yahudi, dahulunya mereka telah ditindas dan dibunuh oleh tentera nazi diketuai oleh general Hitler, mereka bangkit menguasai dunia dengan serangan ekonomi. apabila mereka kaya, mereka memperalatkan kuasa-kuasa besar dunia dengan duit….sekian pendapat dari insan kerdil…

    • Ariana Bt Ijun says:

      Allahuakbar…betul apa kata saudara tu. Najib tak mewakili hasrat hati nurani kami yg sebenar. Pray for Patani, Pray for Taba.

  5. ahmadnejad1975 says:

    Ramadhan : Siam dan BRN setuju kurangkan operasi.

    Lupakan kita tentang kejadian di Takbai? Manusia di tindih2 sehingga mati lemas semasa bulan apa?
    RAMADHAN!!!!!!!!!

    Jangan kita lupa darah saudara kita ini.

    1)Jangan terperangkap dengan teknik perundingan sebegini.Kita sedang dijajah dan kita pula kena ikut permintaan penjajah….Patutnya Siam yang kena keluar dari bumi Patani.
    2)Bulan Ramadhan la sepatutnya operasi kita bertambah kuat.

    Jangan terperangkap.

    • orang lama says:

      فواس رمضان واجب برجهاد جوك واجب كالو دافت لقسان كن دوا2 عملن اين سرنتق اداله افضل . ففراغن بدر الكبرى دبولن رمضان .بولن رمضان تيدق ماسوق دالم بولن يغد لارغ برفرغ يايت بولن ذوالقعدة ذوالحجة محرم دان بولن رجب.

  6. mujahid says:

    Masalah nama tidak penting, merdeka atau otonomi yang penting ialah masyarakat Melayu Patani dapat menentukan nasib mereka dan mengaturkan siyasah mereka sendiri, walaupun datok seri Najib menganggap bahawa masyarakat Melayu Patani sebagai masyarakat siam ,

  7. anak patani says:

    salam…

    innalillah hiwainna ilaihirajioon.
    jumaat 4-7-2013
    hari ini telah pergi seorang pahlawan revolusinir dan ulamak tersohor patani juga pengasas dua pondok satu di perigi yarang patani dan satu lagi di seligi pasir putih kelantan pata jam 8 malam jumaat tadi,4-7-2013 bersamaan 26 syaban 1434h, yaitu tuan guru abdulhamid al-fathani kerana sakit tua.
    semuga roh beliua di cucuri rahmat dan ditetapkan dlm syurga bersama dengan para2 nabi,shidikin, syuhadak dan solihin .amin ya allah.

    al-fatihah

  8. Malu bin marah says:

    Salam,

    Pada dasarnya saya adalah seorang yang bersetuju dengan process genjatan senjata di bulan Ramadan ini bahkan seterusnya. Tetapi saya merasai pelik, bengong, malu dan tak faham bahawa periystiharan itu dibuatkan oleh Dato’ seri Zamzami bukan dibuat oleh BRN sendiri, adakah beliau Dato’ seri ini dah menjadi president ataupun setia usha agong bagi BRN? kalau begitu, bila pula beliau dilantik?

    Cukup lah, Berunding dah dipaksa, genjatan senjata pun demikian juga, kita menerima pertulungan dari mana2 pihak yang ingin menulung kita khususnya Malaysia, tetapi kita tidak boleh menerima penjajah kedua. sahutlah dengan berani dan bijak atas langkah2 yang cuba diatur oleh Malaysia itu, jangan lagi bersifat jumud dan mengecut lagi.

    Terima kasih

  9. Mamat says:

    Kita boleh ambil model MILF di Mindanao yg insyaallah akan memperolehi full autonomi di mana mereka akan menetukan nasib masa depan bangsa sendiri..hanya dasar luar dan pertahanan di serahkan kepada kerajaan pusat. Yang lain dikendalikan oleh kerajaan otonomi. Hendak mendapatkan kemerdekaan…?saya rasa mana2 negara dalam dunia ini akan tentang habis-habisan mana2 wilayahnya yg hendak merdeka kecuali negara itu penduduknya majoriti agama kristian seperti Timur Leste, South Sudan yg akan disokong oleh Amerika laknatullah dan UN. Full autonomy is short of independence. Patani akan terus bergolak sampai bila2 kerana Thailand yg disokong oleh Amerika laknatullah dan UN tidak akan beri kemerdekaan ….jadi sampai bila anak bangsa patani nak menderita…sampai bila mereka nak rasa menentukan nasib masa depan mereka..?? Sampai bila? Ya mungkin pejuang2 Patanai akan kata..kita akan berjuang walupun 1000 tahun lagi. Tapi kehancuran demi kehancuran akan berlaku…fikir2kanlah. Wallahuallam.

  10. Cinta BRN says:

    Sama-sama kita jaga BRN-Insya Allah Patanio tetap Merdeka.
    Autonomi bukan matlamat perjuangan BRN.. Siapapun tidak akan mampu mengikis cita-cita BRN Insya Allah.
    Ya…. Allah ! jagalah BRN, kerana ia hanya satu-satunya harapan Rakyat Patani.

  11. merdeka says:

    merdeka

  12. BANI TAMIM says:

    KEMPEN KIBAR JALUR GEMILANG ..WAHAI RAKYAT PATANI MARILA KITA KIBARKAN JALUR GEMILANG..BERIKAN ISYARAT JELAS KEPADA PEMERINTAH KEDUA2 NEGARA..

    KAMI PERLUKAN ANDA BAGI MENGUATKAN KEDUDUKAN ISLAM DAN ORANG MELAYU

    • BANI TAMIM says:

      RALAT : taip cepat sangat terlupa penambahan beberapa ayat

      KEMPEN KIBAR JALUR GEMILANG ..

      WAHAI RAKYAT PATANI MARILA KITA BERSAMA KIBARKAN JALUR GEMILANG..BERIKAN ISYARAT JELAS KEPADA PEMERINTAH KEDUA2 NEGARA..

      KAMI PERLUKAN ANDA BAGI MENGUATKAN KEDUDUKAN ISLAM DAN ORANG MELAYU DI MALAYSIA..

  13. Raja Dagang says:

    Perdamaian merupakan proses untuk mencapai matlamat akhir bagi setiap kelompok manusia. Kadang-kadang perdamaian ini digunakan oleh kelompok tertentu untuk mencapai kepentingan tertentu. Begitu juga dengan agama, kadang-kadang orang akan menggunakan agama untuk kepentingan mereka. Agama satu nilai yang tertinggi dalam kehidupan manusia sehingga ada yang memperalatkannya untuk mendapat pengaruh dan kuasa. Kemungkinan seseorg akan dipinggirkan oleh kelompoknya apabila menafikan keputusan seseorg pemimpin yang menggunakan agama dalam madah perjuangannya. Jadi, hati-hati dalam menilai setiap perjuangan itu sama ada benar-benar kerana Allah atau sebaliknya.

    Dalam kontek proses dialog antara BRN dan Kerajaan Thai yang difasilitasi oleh Malaysia. Saya merasakan ia sesuatu inisiatif yang baik berdasarkan kepada lima perkara:

    1. Proses ini menunjukkan bahawa niat (political will) untuk berdamai itu memang ada di antara dua pihak. Jadi, ini membuktikan bahawa kedua pihak bukan inginkan kepada keganasan tetapi inginkan keamanan dalam meneruskan kehidupan.

    2. Proses ini dilihat sebagai satu percubaan awal atau pintu kepada proses perdamaian seterus yang perlu diselamatkan demi menjaga keharmonian rakyat Patani di peringkat grassroot yang sering kali menjadi mangsa.
    keganasan.

    3. Proses ini dilihat perubahan yang penting khususnya dalam mentransformasikan kumpulan-kumpulan gerakan dengan menjadikannya sebagai turning-point untuk semua kumpulan berusaha duduk semeja dan membincangkan matlamat yang diperjuangkan bersama.

    4. Proses ini boleh dijadikan sebagai agen kepada kesedaran dan pengalaman kepada semua pihak akan kelemahan diri khususnya setelah menjalani beberapa siri dialog.

    5. Proses ini dilihat sesuatu peluang kepada ahli kumpulan gerakan dan menjadi magnet kepada organisasi sivil society untuk melakukan engagement dengan gerakan dalam membantu dari segi kemahiran, teknikal dan sebagainya lagi dalam pendekatan perdamaian disamping menjalankan advokasi.

    Sekian,

    Raja Dagang.

  14. farid says:

    Saya menyeru agar PULO menyatakan hasrat penduduk PATANI kepada DUNIA untuk menyertai MALAYSIA sebagaimana yang berlaku di Crimea.
    —————————————————————————–
    Crimea rasmi sertai Rusia

    SIMFEROPOL, Ukraine 17 Mac – Parlimen Crimea mengumumkan kemerdekaan daripada Ukraine dan mengemukakan permintaan untuk menyertai Persekutuan Rusia dengan status sebagai sebuah negara republik.

    Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Luar_Negara/20140318/lu_05/Crimea-rasmi-sertai-Rusia#ixzz2wNEBcd4P
    © Utusan Melayu (M) Bhd

  15. satar satar says:

    ya!ALLOH jadikanlah patani satu nagara yang merdeka dari penjajah siam. AMIn

  16. Mushtaq Ahmad says:

    kepada saudara farid,

    kenapa bumi Patani 3 wilayah harus buat referendum untuk masuk Malaysia?????negara bangsa malaysia adalah ciptaan penjajah Inggeris yg mempunyai agenda tertentu yang tidak diketahui oleh rakyat malaysia sendiri…kami bangsa Melayu Patani akan merdeka dan hidup sebagai satu negara sendiri bebas dari sebarang pengaruh Thailand atau malaysia…..

  17. aiman basir says:

    lebih baik patani menjadi negara bebas merdeka dari thailand mahupun malaysia.jadi mcm brunei maju dan makmur.

  18. Rizal says:

    Lihat brunei jadi negara sendiri melayu disana kaya raya.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: