Benarkah Penjajah Thai mahukan penyelesaian?

Ustaz Hassan Taib sedang bersalaman dengan Paradom pattanabutr di saksi kan oleh Dato Mohd Tajuddin.

Benarkah Penjajah Thai mahukan penyelesaian?
Kelmarin 28hb feb 2013 kita telah dihidang kan dengan satu lagi siri bersambung perjanjian damai oleh penjajah Thailand dengan kerjasama kerajaan Malaysia dan Pejuang Pembebasan Patani. Sudah beberapa kali perishtiharan demi perishtihara yang di dakwa telah di buat Pejuang Patani dan Penjajah Thailand. Tapi kali ini agak lebih serious kerana ianya melibat Saudara Hassan Taib yang dikatakan salah seorang pemimpin kanan BRN-Coordinate. Beliau sering dilihat dan dilapurkan membuat pertemuan dengan pihak penjajah Thai.Sama ada ianya benar-benar mewakili partai BRN-C kita tidak jelas.Hanya mereka-mereka yang tertentu yang boleh mengesahkan perkara ini.
Tapi yang pastinya Ustaz Hassan Taib telah dilapurkan diculik oleh pihak penguasa Malaysia sejak beberapa hari yang lalu,bersama beberapa orang yang lain lagi.Kebiasaannya bila ada pertemuan dengan pihak penjajah Thai beberapa orang yang lain dari partai-partai tertentu turut di undang.
Lapuran terakhir perjumpaan dengan Penjajah Thai ialah pada tahun yang lalu apabila beberapa orang yang lain, juga diketuai oleh Ustaz Hassan Taib telah berjumpa dengan Mantan Perdana Menteri Thailand,Thaksin Shinawatra,abang kepada perdana Menteri sekarang. Kemuncak dari perjumpaan itu kesemua mereka telah berpeluk-pelukan mesra dengan Thaksin,munkin sebagai tanda terima kasih dan memberi kepercayaan pada usaha-usaha yang bakal dilakukan oleh beliau. Perjumpaan ini turut di hadhiri oleh Dr Wan Kadir,bekas Presiden Bersatu.Beliau baru-baru ini telah di bawa ke Bangkok oleh pihak berkuasa Thailand untuk berjumpa dengan orang tertentu.
Sebenarnya seluruh warga pejuang Patani cukup mengalu-ngalukan jika pihak Penjajah Thailand benar-benar ingin memulakan rundingan tanpa syarat. Tapi dalam proses yang terakhir ini banyak tandatanya yang perlu di perjelaskan. Kita mengalu-ngalukan dan memberi sokongan seratus peratus jika usaha damai yang sahih benar-benar terjadi. Beberapa keraguan yang timbulnya sentiasa bermain dalam sanubari pejuang.
1.Dua hari yang lalu Setia Usaha Agung Majlis Keselamatan Kebangsaan Thailand ,Saudara Paradom Pattanathabutr telah membuat kenyataan rasmi ,bahawa pihak Thai telah memutuskan bahawa mereka bersedia mengadakan rundingan damai dengan pihak pejuang dengan syarat pihak pejuang jangan meletak kan apa-apa syarat dan perbincangan tidak harus tergelincir dari perimeter( garisan had) perlembagaan Thailand!!!!
2.Pihak Thai telah mengarah kan Badut Kasturi Mahkota untuk bercakap dalam TV3 Thai beberapa hari yang lalu.
3.Kebetulan Malaysia sedang menunggu tarikh pilihan raya umum bila-bila masa saja. Apakah pihak pemerentah kedua-kedua Negara sedang mencari political mileage untuk kepentingan masing-masing.
4.Dalam pertemuan kelmarin syarat yang ada dalam letter of intent itu termasuk lah perbincangan damai ini mestilah tak terkeluar dari jurisdiksi perlembagaan Thailand.
Saya yakin Ustaz Hassan Taib bukan lah jenis manusia yang mudah menjual kepentingan perjuangan untuk kepentingan diri. Beliau mempunyai amanat dan mandate yang besar dari rakyat Patani.Beliau memahami aspirasi dan citarasa Rakyat sebenar.
Jadi harus ada penjelasan kenapa masih ada syarat bahawa perundingan ini harus tidak lari dari garisan yang di tetapkan oleh perlembagaan Thailand. Mereka menuntut supaya kita jangan hadhir ke meja perundingan dengan syarat-syarat tertentu,sedang kan mereka meletakkan syarat-syarat. Munkin akan lebih adil kalau kita meletak kan syarat bahawa perbincangan di masa hadapan hanya bermaudu’ kan ‘ bahawa rakyat Patani berhak memilih hala tuju sendiri( Self Determination).
Ada kah dengan kehadiran dan persetujuan untuk berunding ini menandakan kita terlalu kemaruk(desperate) untuk berdamai? Adakah kerana kita sudah letih dengan pejuangan yang telalu lama? Saya tidak yakin Perkara ini boleh terfikir dari kalangan orang-orang BRN. Kerana BRN di kenali sebagai Partai yang mendidik pejuang-pejuang dengan berbagai persediaan. Walau apa tindakan yang di lakukan oleh kita jangan sampai dicemohi oleh anak-anak muda yang sedang berada di barisan hadapan.
Mereka telah mengorban segala kesenangan dunia.Berpisah dari anak isteri,meninggalkan kampong halaman, sentiasa menjadi buruan penjajah. Tapi mereka tidak pernah mengeluh atau merungut dengan kepenatan tugasan. Mereka sentiasa berada di hadapan peluru-peluru hidup yang boleh membunuh. Tapi tak pernah cuba melarikan diri dari tugasan.
Adakah kita dengan hanya menerima amaran dan ugutan dari pihak penguasa Malaysia mudah mengalah? Bila di ugut untuk di tangkap kita harus melarikan diri?
Saya berdoa mudah2an persetujuan ini bukan seperti wayang-wayang yang pernah di main selama ini bagi menunjuk kan dunia bahawa mereka sebenarnya mahukan penyelesaian !!!
href=”https://patanikini.files.wordpress.com/2013/03/teks-perjanjian.doc”>Teks Perjanjian</a

23 Responses to Benarkah Penjajah Thai mahukan penyelesaian?

  1. abu sa says:

    malaysia dn thai sama2 ada kepentingan sendiri dlm menangani pergolakan dipatani. maka mengkhianati umat patani adalah perkara yg mudah. maka behati2 lah wahai saudara seperjuAngan. moka kita tidak terpengaruh dgn sandiwara dunia.

  2. anak Stun says:

    Salam kpd semua pembaca
    Tahniah kpd seluruh warga Patani dan pejuang Patani,
    Satu wajah baru telah tercapai dalam perjuangan anda.
    Harap2 Malaysia tak tertipu lagi dgn lakonan mereka ini….
    Kalau dah dapat asas buatlah terbaik utk ummah Tani. Sudah lamadah rakyat Tani tunggu sesuatu dari oghang juang ni sahinggaada hak kena berpatah balik dan serah diri kpd Siam dah tak boleh bilang berapa banyak….. tanyalah orang bertanggunjawab dalam BRN….

    Tapi kalu ulang balik tayangan filem ini, agak kemana nakgi penyelesaian Tani? krn seingat hamba bahawa orang yang sama yg sain ini telah terima dan telah hantar surat kpd Chawalit bahawa pihaknya (BRN) hanya juang nak keadilan saja… rasa2 sidi penjelasan masih lagi tersimpan dengan orang ramai… bukan gapa sebut ni krn takut apa yg dbuat oleh dia tak sama dgn kehendak puak juwae dlm Tani…. jadi, disini hamba tulis ni krn tuan punya ertikel ni nampak salah baca fakta tetang siapa sebenah Hassan Taib ni… minta cari dan bertanya puak BRN sendiri…..

    Hamba harap, jangan tipu Msia lagi padah nanti dan memalu orang Tani khasnya para pejuang Tani lain… BRN buat BRN kena tanggung hasil dan resikonya…
    Doa selamat berjaya pada Tani.

  3. Raja Azrulshah says:

    Konflik Patani telah melalui pelbagai liku-liku menuju kepada perdamaian. Bermula dari Haji Sulong sehinggalah ke hari ini, usaha perdamaian masih lagi menemui kegagalan. Melalui kegagalan ini sudah berapa ramai warga Patani yang menanggung kerugian kehilangan nyawa, maruah dan harta benda. Jadi, selagi ada usaha atau pelaung untuk mencari damai di Patani, semua pihak perlu sokong, Agreement yang ditandatangani 28Feb 2013 lalu boleh dianggap sebagai permulaan proses kepada dialog dan rundingan. Perlu diingatkan masa untuk mencapai penamat kepada proses ini masih lagi jauh dan pasti berliku-liku. Justeru, kenapa kita tidak mencuba selagi peluang masih ada. Gunakan peluang ini untuk kebaikan bersama dan bukannya untuk mencari musuh sesama sendiri dan menuduh atau mencari kesalahan orang lain. Oleh itu, perlulah berdamping dengan mereka yang boleh membantu dari segi kemahiran dan ilmu perdamaian ini. Jikalau hanya berbekalkan semangat sahaja sedangkan kemahiran dan ilmu dialog atau rundingan tiada maka kita tidak akan ke mana-mana.

  4. Sunan gunung Jati says:

    Salam, saya mengalu-alukan atas agreement yang ditanda tangani oleh penjajah siam dengan Saudara Hassan Taib ketua pejabat BRN , untuk mulai proses dialog, jika tidak tercapai kejayaan yang dikehendakinya, sekurang-sekurangnya disegi politik kita sudah mencapai kemenangan, pertama penjajah siam telah mengakui secara rasmi perjuang pembebasan Patani, kedua perjajian ini telah diketahui oleh dunia, memang menurut sejauh yang tahu bahawa Saudara Hassan Taib pernah terlibat dalam usaha perdamain pada tahun 2008 dengan penjajah Siam, tetapi tidak diketahui oleh dunia.

    Sementara Si Badut Kasturi yang mengaku dirinya selaku presiden PULO keluar di TV 3 yang dibangga-banggakan oleh budak-budaknya yang tidak tahu politik, tapi bagi orang-orang yang tahu politik kualiti yang ia sampaikan sangat-sanagat memalukan.

    harap maaf jika terkasar

  5. Mat Jabat says:

    Salam Patani merdeka kpd semua

    telah diterma dan kali ini orang yg sama juga jadi dalang, dalam peristiwa ini 28 Feb 2013.

    atas nama

    PKRRP mengemukakan draft proposal yang disediakan oleh sebuah Komiti diberi nama Komiti Usaha Damai atau Jawatankuasa Perundingan Damai mengandungi 8 orang anggota. Proposal ini dihantar kepada Tentera Bagian Empat pada 18 Nobember 1991.
    Isi TUNTUTAN 22 PERKARA (Cabutan dari proposal asal)
    1. Kerajaan Thailand hendaklah mengiktiraf pembentukan Majlis Tertinggi Pemimpin Islam Selatan Thailand sebagai badan legislatif dan eksekutif tertinggi di Selatan Thailand untuk mengambil-alih fungsi dari Pusat Pentadbiran Wilayah Sempadan Selatan Thailand.
    2. Kerajaan Thailand hendaklah segera melantik seorang Gobenor General untuk menjadi ketua dan mengambil-alih fungsi Pengarah Pusat Pentadbiran Wilayah Sempadan Selatan Thailand
    3. Kerajaan Thailand hendaklah melantik semua governor di lima wilayah dari kalangan orang-orang Melayu.
    4. Kerajaan Thailand hendaklah mengiktiraf Bahasa Melayu sebagai Bahasa Resmi Kedua di Selatan Thailand.
    5. Kerajaan Thailand hendaklah mengiktiraf Islam sebagai Agama Resmi di Selatan Thailand.
    6. Kerajaan Thailand hendaklah mengambil sekurang-kurangnya 50 % orang Islam/Melayu menjadi kaki-tangann dan pegawainya.
    7. Kerajaan Thailand hendaklah membentuk Mahkamah Shariyah di peringkat Wilayah dan daerah.
    8. Semua pembangunan economi hendaklah diluluskan oleh Majlis Tertinggi Pemimpin Islam Selatan Thailand.
    9. Semua cukai dan hasilan yang diperolehi di Selatan Thailand hendaklah dibelanjakan untuk pembangunan di Selatan Thailand.
    10. Kerajaan Thailand hendaklah menjadikan Bahasa Melayu sebagai matapelajaran wajib di sekolah-sekolah di selatan Thailand.
    11. Pendidikan Agama Islam hendaklah diajar sebagai matapelajaran wajib di sekolah-sekolah kebangsaan Thai kepada pelajar-pelajar Islam.
    12. Semua pembangunan sosial hendaklah mengikut prinsip agama Islam.
    13. Pelacuran, salahguna dadah dan pusat perjudian hendaklah dihapuskan di Selatan Thailand.
    14. Saluran televisyen dan radio dalam Bahasa Melayu hendaklah diadakan di Selatan Thailand.
    15. Budaya, adat-resam dan adat-istiadat Melayu hendaklah dikekalkan di Selatan Thailand.
    16. Semua pejuang pembebasan hendaklah dibenarkan pulang bersama keluarga mereka tanpa sebarang rekod jenayah.
    17. Semua pejuang pembebasan yang berkelayakan hendaklah diterima sebagai kakitangan kerajaan.
    18. Kerajaan Thailand hendaklah membentuk pasukan pengaman mengandungi semua pejuang-pejuang pembebasan.
    19. Kerajaan Thailand hendaklah membentuk sebuah pasukan kepolisian mengandungi anggota-anggota pemisah bagi menjadi keamanan dan ketenteraman awam.
    20. Mana-mana tuntutan jika ada, hendaklah dimajukan kepada Duli Maharaja untuk mendapat restu dan kelulusan baginda.
    21. Semua perjanjian atau dokument bertulis mengenai hal ehwal Selatan Thailand hendaklah mendapat restu dan perkenan di raja.
    22. Semua ahli-ahli Jawatankuasa Perundingan Damai hendaklah dilindungi dan dihormati berdasarkan kepada Perlembagaan Thailand.

    • Anuar says:

      slm. Mat ni sama dgn hak puak Jabat yang kerija sama dgnChavalit ko? sbb sselalu cakap kerajaan thai kerajaan thai.dah puas hati ko duduk di bawah kerajaan thai,orang ramai nak merintah sendiri

    • dialog BRN dgn penjajah thai bukan bermakna berhenti perjuangan dan revolusi bersenjata..hinga kita dapat merdika mutlak 100%
      MARI BERDO`A DAN SOLAT HAJAT BANYAK2 SEMUGA PATANI BERJAYA DAN MERDIKA…
      MERDIKA
      insya ALLAH

  6. awe tani says:

    sudah menjadi adat dan rukun wajib patanikini setiap kali maqolah yang ditulis mesti kena diskredit dan menjatuhkan orang lain. sepatutnya saat-saat seperti ini kita tumpukan kepada memperkasakn usaha mencari penyelesain membantu saudara Hassan Taib yang sekarang smacam ada suara penentangan dari dalam BRN senduri, menjelaskan kepada ahlinya supaya mereka kena beri skongan padu disamping mengajak semua gerakn. pihak-pihak dari dalam negeri dan orang-orang yang merasakan dirinya pandai berpolitik turut sama terlibat dan memberi saham.
    usaha-usaha telah banyak dibuat oleh pelbagai pihak untuk mengajak siam berbincang dengan pejuang melalui orng tengah, semua itu sudah menjadi kenyataan. Apa yang perlu dibincang seleoas ini sudah tentu ia mestilah datang dari semua pihak banyak sedikit itu mestilah berdasarkan kepada peranan sebenar masing-masing di lapangan.

  7. anak Stun says:

    Salam
    PKRRP telah jelas dan nyata bukan dari pejuang Patani, krn dlm permintaan PKRRP tidak ada satu kalimahpun menyebut Patani,,, dengan arti kata mereka ini telah mengaku bahawa mereka adalah warga Thai, dan bukan berjuang utk Patani….

    Amat malang sekali jika benar seperti penjelasan Mat Jabat kpd perjuangan Tani… dan sekali lagi Msia ditipu oleh mereka ini….

    Sekali lagi saya kata : KL28/2 BRN yang buat BRN kena bertanggung jawab.

    Selamat berjuang kpg para pejuang Patani

  8. awe tani says:

    saya yakin Hassan Taib tidak sebodoh itu untuk menanda tangani proposal yang didedahkan oleh mat jabat itu.
    tetapi kalau ia benar maka sesuatu yang malang telah menimpa kita semua.
    harap semua bertenang tunggu perkembangan seterusnya , perjalanan masih jauh ia tidah semudah abc, penyelesaian tidak mungkin berlaku sekelip mata, tapi kalau ia berlaku juga itu petanda sesuatu yang tak betul sedang melanda.

  9. padei says:

    PERJANJIAN صلح الحديبية BRN.PEMBUKAAN DAN keMERDIKAan PATANI darussalam INSYAALLAH
    berdo`a semuga berjaya seperti pembukaan kota mekah di zaman nabi kita muhamad sallahalaiwaslam…

    • KITAAA says:

      http://www.deepsouthwatch.org/node/4013
      صلح الحديبية ممباوا فتح مكة دان صلح الحديبية BRNاين أكن ممباوا فتح فطاني دار السلام إنشاء الله تعالى

      • amo says:

        Amo ghso taklehdoh nak kiro supo denga suluh hudainiah oghe dok royak kechek beno punoh raikan belako napok ni. amo kejuk tengok youtub ni.

      • dialog BRN dgn penjajah thai bukan bermakna berhenti perjuangan dan revolusi bersenjata..hinga kita dapat merdika mutlak 100%
        MARI BERDO`A DAN SOLAT HAJAT BANYAK2 SEMUGA PATANI BERJAYA DAN MERDIKA…
        MERDIKA
        insya ALLAH

  10. imbalo says:

    semoga apa yaang dicita cita kan terkabul hendaknya amieen

  11. Tarmizi says:

    Maaf off topic. Saya mencari pekerja Melayu Patani untuk bekerja di restoran. Lokasi di Kepong. Berminat email saya tarmizi.ramly@gmail.com sms 017-2805540

  12. dialog BRN dgn penjajah thai bukan bermakna berhenti perjuangan dan revolusi bersenjata..hinga kita dapat merdika mutlak 100%
    MARI BERDO`A DAN SOLAT HAJAT BANYAK2 SEMUGA PATANI BERJAYA DAN MERDIKA…
    MERDIKA
    insya ALLAH

  13. Abu Fathoni says:

    Kpd. . . En Tarmizi, orang melayu patani di tempat saya ramai, tetapi semua yg cendera, adakah En Tarmizi bersedia mengambil mereka ini bekerja di restoran En, berapa Orang Kah yang En perlukan ? insya-allah sy boleh hantar sampai di tempat. sk / tm

  14. Abdul Majeed says:

    Do you need an urgent loan? email abdulmajeedloancompany@gmail.com for more info….

  15. AHMAD says:

    KALAU INGIN MERDEKA SEMUA RAKYAT PATTANI HARUS BERSATU. HIDUP PATTANI DARUSSALAM.

  16. AHMAD says:

    AYO berjuang demi masa depan ummat muslim di PATTANI DARUSSALAM. MERDEKA atau MATI.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: