Gelombang baru di Patani.

March 29, 2013

29hb mac 2003.
Pusingan kedua pertemuan diantara pihak kerajaan penjajah Thai dan wakil kepada rakyat Patani berlaku kelmarin 28hb mac 2013 iaitu sebulan selepas pertemuan pertama diantara BRN-C dan wakil kerajaan Thai. Sejak Dari pertemuan awal dulu berbagai implikasi dan riaksi dari masyarakat umum dan rakyat Patani umum nya. Bahkan dikalangan pejuang pun reaksi yang pelbagai.Ada yang pro dan ada yang kontra.Walau bagaimana pun kesemuanya bersetuju bahawa pertemuan itu amat bersejarah kerana ianya satu tindakan bertolak ansur oleh penjajah Thailand yang selama ini tidak pernah termimpi oleh masyarakat pejuang. Dan yang lebih anih nya hanya partai Demokrat sahaja yang bersungguh menentang pertemuan itu.Ini boleh di fahami kerana tindakan kerajaan YingLuk memulakan inisiatif ini akan menguntung kan mereka dalam pilihan raya Thai akan datang.Thaksin juga munkin sudah berjaya mencari satu formula dengan pihak tentera sehingga menenangkan mereka. Juga tidak ada suara negatif dari pihak istana Siam. Munkin strateji Thaksin ini telah mengambil kira akibat dan reaksi yang munkin berlaku.
Yang paling menarik perhatian kami ialah reaksi dari para intelektual, akademik dan kaum pelajar.Dalam forum ‘Bicara Patani 1,2 &3 banyak noktah-noktah yang menarik telah di bawa oleh para penalis dan pelajar/hadhirin. Yang lebih menariknya seorang pensyarah university yang berasal dari Negara Jepun telah membentangkan hujah-hujah yang kuat dan menarik.Beliau nampaknya lebih faham dari setengah-setengah tokoh Melayu dan tidak keterlaluan kalau kami katakan dari setengah-setengah pejuang jadian.
Dalam pertemuan pertama perbincangan berlaku diantara mereka-mereka yang di colek oleh pihak Malaysia dan Penjajah Thai.Sebab itu walaupun pihak penjajah yang mencadangkan untuk berjumpa dengan pejuang secara langsung mereka masih sempat memaksa; bahawa perbincangan haruslah tidak lari dari perimeter perlembagaan Thai.
Masyarakat Patani melihat pertemuan itu seolah-olah diantara penjajah Thai dan wakil Malaysia yang pakai baju Patani. Maka tidak hairan lah banyak reaksi negatif dari golongan intelektual.akademik dan pelajar serta NGO-ngo patani .
Kami berpendapat adalah keterlaluan kalau semua tangan menuding kearah Ustaz Hassan Taib.Kita harus memahami situasi beliau yang tersepit diantara dua duri.
Dalam pertemuan kelmarin agak berlainan dari yang awal.Setelah mereka mengundang beberapa partai lain(iaitu PULO dan BIPP) perbincangan agak berlainan.Banyak isu-isu yang lopsided (berat sebelah) telah di timbulkan oleh wakil rakyat patani yang terdiri dari enam orang. Hanya Ustaz Hassab Taib yang masih kekal dalam pertemuan kali ini. Yang lain-lain telah di gantikan. Beberapa isu telah disentuh dalam pertemuan marathon yang memakan masa lebih 12 jam itu. Antaranya pihak pejuang membangkitkan soal pejuang-pejuang yang berada dalam penjara Thai.Soal pengunduran tentera Thai dari wilayah Patani.
Pihak Patanikini merasakan adalah terlalu awal untuk dibangkitkan perkara-perkara tersebut.Sepatut nya penekanan harus dibuat untuk menentukan agenda-agenda yang bakal di bincang.Dan ianya harus lah diletak mengikut turutan yang tepat.Kami merasakan apa sahaja tuntutan yang di ajukan yang tidak melibat kan atau menjejas kan isu perlembagaan Thai, mereka akan menyetujui serta merta.
Kerana kita harus ingat dalam perbincangan pasti ada give and take, atau beri dan ambil !!!! Masakan mereka akan meluluskan tuntutan itu tanpa meminta sesuatu dari pihak pejuang.!!
Kita harus kaji secara realistik kenapa mereka sanggup dan minta untuk berjumpa secara langsung dengan kita. Mutakhair ini setiap pemerintah yang baru dipilih akan sentiasa di kritik kerana gagal meng Aman kan bumi Patani atau mendiamkan kebangkitan rakyat Patani.Kerajaan Thai sekarang yang di dalangi oleh Thaksin sudah tentu mahu mengekalkan pemerentahan partai mereka.
Kedua, keamanan adalah suatu kenikmatan yang amat berharga yang sekarang rakyat Thailand sudah mula mengerti. Mereka seolah-olah sanggup membayar dengan harga yang mahal demi mencapai kedamaian.Mereka munkin sudah menjangka jikalau krisis ini berlarutan iainya tidak akan terhad di bumu Patani sahaja. Bahkan akan merebak ke Kota Bangkok dan wilayah lain yang juga ada penyakit yang sedang tidur.
Pihak pejuang pula kenapakah sanggup menyambut undangan kemeja perundingan sedangkan perjuangan sekarang masih lagi di fasa pertengahan?
Sudah tentu kedua-kedua pihak telah mengkaji perkara-perkara ini. Jika di abaikan sinario atau implikasi ini munkin padah akan memakan diri. Ingat!! Telah 200 ratus tahun kita di jajah dengan banyak kali ditipu namun kita tidak akan gentar untuk meneruskan 100 tahun lagi kalau perlu!!. Rakyat Patani janganlah mula untuk mimpi-mimpikan hasil yang indah lagi.Terlalu awal untuk itu.
Jadi adalah penting bagi pihak pejuang memahami secara mendalam sepak terajang yang sedang berlaku. Satu kata nasihat dari pihak kami kepada pihak penjajah Thai dan kerajaan Malaysia; bahawa perbincangan ini mestilah bersemagat win-win situation.Jangan cuba bermain helah dengan rakyat Patani.Padah nya bukan kecil kalau cuba perbudak kan kami.
Bagi kita warga Patani inilah masanya kita harus memulakan penyatuan yang sejati dan ikhlas.Pejuang-pejuang sama ada yag kecil atau besar harus lah m kembuat konsultasi diantara satu dengan lain.Jangan berbalah diats fakta-fakta yang tidak tepat. Bagi kaum akademik,intelektual dan penggerak-penggerak social juga harus melipat gandakan usaha-usaha kearah menyedarkan bangsa kita betapa perlunya kita menentukan masa depan kita sendiri tanpa di paksa.Banyakkan forum dan seminar bagi memberi kesedaran kepada bangsa kita.Ambil lah peluang dari sikap keterbukaan mereka beberapa waktu ini. Jangan mudah menerima apa-apa perintah penjajah secara pasif dan tanpa mengkaji. Mulakan gerakan Non cooperation.
GERAK KAN SATU GELOMBANG BARU,IA ITU KEINGINAN UNTUK BEBAS!


Benarkah Penjajah Thai mahukan penyelesaian?

March 2, 2013

Ustaz Hassan Taib sedang bersalaman dengan Paradom pattanabutr di saksi kan oleh Dato Mohd Tajuddin.

Benarkah Penjajah Thai mahukan penyelesaian?
Kelmarin 28hb feb 2013 kita telah dihidang kan dengan satu lagi siri bersambung perjanjian damai oleh penjajah Thailand dengan kerjasama kerajaan Malaysia dan Pejuang Pembebasan Patani. Sudah beberapa kali perishtiharan demi perishtihara yang di dakwa telah di buat Pejuang Patani dan Penjajah Thailand. Tapi kali ini agak lebih serious kerana ianya melibat Saudara Hassan Taib yang dikatakan salah seorang pemimpin kanan BRN-Coordinate. Beliau sering dilihat dan dilapurkan membuat pertemuan dengan pihak penjajah Thai.Sama ada ianya benar-benar mewakili partai BRN-C kita tidak jelas.Hanya mereka-mereka yang tertentu yang boleh mengesahkan perkara ini.
Tapi yang pastinya Ustaz Hassan Taib telah dilapurkan diculik oleh pihak penguasa Malaysia sejak beberapa hari yang lalu,bersama beberapa orang yang lain lagi.Kebiasaannya bila ada pertemuan dengan pihak penjajah Thai beberapa orang yang lain dari partai-partai tertentu turut di undang.
Lapuran terakhir perjumpaan dengan Penjajah Thai ialah pada tahun yang lalu apabila beberapa orang yang lain, juga diketuai oleh Ustaz Hassan Taib telah berjumpa dengan Mantan Perdana Menteri Thailand,Thaksin Shinawatra,abang kepada perdana Menteri sekarang. Kemuncak dari perjumpaan itu kesemua mereka telah berpeluk-pelukan mesra dengan Thaksin,munkin sebagai tanda terima kasih dan memberi kepercayaan pada usaha-usaha yang bakal dilakukan oleh beliau. Perjumpaan ini turut di hadhiri oleh Dr Wan Kadir,bekas Presiden Bersatu.Beliau baru-baru ini telah di bawa ke Bangkok oleh pihak berkuasa Thailand untuk berjumpa dengan orang tertentu.
Sebenarnya seluruh warga pejuang Patani cukup mengalu-ngalukan jika pihak Penjajah Thailand benar-benar ingin memulakan rundingan tanpa syarat. Tapi dalam proses yang terakhir ini banyak tandatanya yang perlu di perjelaskan. Kita mengalu-ngalukan dan memberi sokongan seratus peratus jika usaha damai yang sahih benar-benar terjadi. Beberapa keraguan yang timbulnya sentiasa bermain dalam sanubari pejuang.
1.Dua hari yang lalu Setia Usaha Agung Majlis Keselamatan Kebangsaan Thailand ,Saudara Paradom Pattanathabutr telah membuat kenyataan rasmi ,bahawa pihak Thai telah memutuskan bahawa mereka bersedia mengadakan rundingan damai dengan pihak pejuang dengan syarat pihak pejuang jangan meletak kan apa-apa syarat dan perbincangan tidak harus tergelincir dari perimeter( garisan had) perlembagaan Thailand!!!!
2.Pihak Thai telah mengarah kan Badut Kasturi Mahkota untuk bercakap dalam TV3 Thai beberapa hari yang lalu.
3.Kebetulan Malaysia sedang menunggu tarikh pilihan raya umum bila-bila masa saja. Apakah pihak pemerentah kedua-kedua Negara sedang mencari political mileage untuk kepentingan masing-masing.
4.Dalam pertemuan kelmarin syarat yang ada dalam letter of intent itu termasuk lah perbincangan damai ini mestilah tak terkeluar dari jurisdiksi perlembagaan Thailand.
Saya yakin Ustaz Hassan Taib bukan lah jenis manusia yang mudah menjual kepentingan perjuangan untuk kepentingan diri. Beliau mempunyai amanat dan mandate yang besar dari rakyat Patani.Beliau memahami aspirasi dan citarasa Rakyat sebenar.
Jadi harus ada penjelasan kenapa masih ada syarat bahawa perundingan ini harus tidak lari dari garisan yang di tetapkan oleh perlembagaan Thailand. Mereka menuntut supaya kita jangan hadhir ke meja perundingan dengan syarat-syarat tertentu,sedang kan mereka meletakkan syarat-syarat. Munkin akan lebih adil kalau kita meletak kan syarat bahawa perbincangan di masa hadapan hanya bermaudu’ kan ‘ bahawa rakyat Patani berhak memilih hala tuju sendiri( Self Determination).
Ada kah dengan kehadiran dan persetujuan untuk berunding ini menandakan kita terlalu kemaruk(desperate) untuk berdamai? Adakah kerana kita sudah letih dengan pejuangan yang telalu lama? Saya tidak yakin Perkara ini boleh terfikir dari kalangan orang-orang BRN. Kerana BRN di kenali sebagai Partai yang mendidik pejuang-pejuang dengan berbagai persediaan. Walau apa tindakan yang di lakukan oleh kita jangan sampai dicemohi oleh anak-anak muda yang sedang berada di barisan hadapan.
Mereka telah mengorban segala kesenangan dunia.Berpisah dari anak isteri,meninggalkan kampong halaman, sentiasa menjadi buruan penjajah. Tapi mereka tidak pernah mengeluh atau merungut dengan kepenatan tugasan. Mereka sentiasa berada di hadapan peluru-peluru hidup yang boleh membunuh. Tapi tak pernah cuba melarikan diri dari tugasan.
Adakah kita dengan hanya menerima amaran dan ugutan dari pihak penguasa Malaysia mudah mengalah? Bila di ugut untuk di tangkap kita harus melarikan diri?
Saya berdoa mudah2an persetujuan ini bukan seperti wayang-wayang yang pernah di main selama ini bagi menunjuk kan dunia bahawa mereka sebenarnya mahukan penyelesaian !!!
href=”https://patanikini.files.wordpress.com/2013/03/teks-perjanjian.doc”>Teks Perjanjian</a