PENJAJAH TERDESAK RAKYAT MAKIN BERANI

September 30, 2012

30,September 2012
Mutakhir ini nampaknya penjajah Thai telah benar-benar kecewa dan dalam keadaan dilemma(bengong).Bermacam-macam cara dan tactic telah mereka guna bagi menindas rakyat Patani.Operasi tentera,peras ugut orang kampung,pembunuhan secara kejam,penculikan orang-orang yang lemah,percubaan untuk menculik pejuang-pejuang di Malaysia dan pelbagai cara yang terfikir oleh mereka telah gunakan.Yang terakhir mereka juga menggunakan khidmat bekas-bekas pejuang bagi menjadi alat mengaku sebagai pejuang yang baru serah diri.Ada antara mereka itu yang dah beberapa kali serah diri.

Maklumat yang baru di terima dari pihak intelligents, penjajah akan mengumpul beberapa orang yang didakwa sebagai pimpinan pejuang(RKK) dengan mengadakan upacara penyerahan diri beramai-ramai berserta senjata-senjata mereka.Mereka-mereka ini adalah terdiri dari orang-orang upahan penjajah yang dulunya diarah mencipta pasukan pejuang palsu. Rakyat jangan mudah terpedaya dengan perang saraf musuh. Mereka sangat-sangat terdesak sejak akhir-akhir ini.

Serangan demi serangan secara terbuka dan bijaksana telah dilancarkan oleh pejuang. Ketika hari kemerdekaan Malaysia yang lalu pejuang telah menaikkan bendera Malaysia di lebih dari 400 tempat. Operasi ini di lakukan bagi memberitau musuh bahawa rakyat Patani masih di jajah dan menolak segala penyelesaian selain merdeka.

Kelmarin rakyat telah menunjukkan keberanian luar biasa.Seluruh rakyat Patani telah menghentikan segala jenis perniagaan dan pekerjaan pada hari jumaat. Sebelum itu pejuang telah menyeru agar rakyat menghentikan segala jenis perniagaan pada hari tersebut.Seluruh peniaga termasuk orang-orang Siam dan China menyahut  cadangan ini dengan bersama-sama berhenti berniaga di tiga wilayah !!. Tindakan ini bagi membuktikan pada penjajah dan dunia seluruhnya bahawa rakyat hanya bersama dengan pejuang menolak penjajahan yang telah berlanjutan. Tindakan seterusnya rakyat akan lebih agresif lagi menzahir non kompromi dengan penjajah. Tunggu dan lihat!!

Walaupun akhir-akhir ini penjajah telah mendapat kerjasama pihak Polis Malaysia bagi menjalankan aktiviti perang saraf,tetapi pihak pejuang juga meningkatkan kegiatan dan operasi.Banyak pemuda-pemudi yang baru telah mula berkhidmat dalam angkatan bersenjata Mujahidin. Perjuang sudah hampir dengan kemuncak kejayaan. Insyaallah segala impian akan tercapai.

Advertisements