Warkah untuk Penjajah dan sekutu-sekutu nya

 

                         Banyak pihak telah merasa terpanggil untuk memberi komentar terhadap peristiwa pengeboman Hotel Lee Garden Hatyai dan beberapa tempat lain.Terutamanya beberapa pihak-pihak tertentu dari penjajah Thai,pemerentah Malaysia,surat-surat khabar Thailand dan Malaysia.

Rata-rata hampir semuanya membuat andaian bahawa banyak kejadian letupan-letupan yang berlaku ini adalah kerana pihak penjajah sentiasa menghubungi dan berbincang dengan mereka-mereka yang tidak benar-benar menguasai operasi-operasi ketenteraan mujahidin.Justeru itu dakwa mereka Mujahaidin ingin memberi tahu pada dunia bahawa mereka yang ditemui selama ini bukan yang sebenar.

Pada hari ahad 8-4-2012 Mingguan Malaysia yang di terbitkan di Malaysia telah menyiar satu artikel tulisan Saudara Zulkiflee Bakar bertajuk ‘Bom Jangka’di Selatan Thailand.

Beliau di petik menulis, 1).”Antaranya,apakah puak pemisah benar-benar sudah begitu hebat sehingga mampu mencipta satu serangan yang  mengejutkan dunia? 2).Kita tidak menafikan bahawa kerajaan Thailand sentiasa berusaha menyelesaikan kemelut di wilayah Selatan negara itu,namun sehingga kini masih menemui jalan buntu.” Saudara Zulkiflee ini pernah masuk ke blog patanikini dengan menyiarkan tulisan yang pernah di siarkan dalam Mingguan Malaysia dua tahun yang lepas. Dalam tulisan itu beliau menceritakan pengalamannya ketika melawat kampung di Patani.Beliau menceritakan bahawa apa yang dilihatnya rata-rata rakyat Patani sangat kasih pada penjajah Thailand dan tidak mau bersengkokol dengan pejuang-Mujahidin.Di kampung-kampung beliau lihat mereka menaikkan bendera negara Thailand demi cinta kepada penjajah tersebut.Memang waktu itu be  liau telah diupah oleh perisik Thailand bosnya untuk menulis berita palsu dan terhina itu.

Ada juga pihak lain yang menyatakan bahawa pengeboman di Hatyai itu adalah dilakukan oleh pihak-pihak yang bertelagah dalam kerajaan penjajah Thailand. Timbalan Perdana Menteri Thailand  menyatakan bahawa pihak Thai tidak akan membuat hubungan lagi dengan Pejuang melainkan dihadhiri oleh semua kumpulan-kumpulan yang terlibat.Kenyataan ini tak perlu di jawab kerana ianya menggambarkan bahawa pihak penjajah benar-benar kecewa dan dalam keadaan tak tau nak buat apa lagi.

Patanikini ingin nyatakan sekali lagi walaupun pada masa yang lalu telah beberapa kali dijelaskan. Penyelesaian masaalah Patani haruslah dibuat secara komprehensif, Inklusif, Ikhlas dan bukan menjaja Dummy(wayang kulit). Terlebih dahulunya ianya mestilah mendapat mandat dari ketiga Institusi kuasa di Thailand iaitu Badan di raja, Militari dan Parlimen.Hentikan segera drama-drama peace process atau usaha damai yang palsu ini.

Pihak ASEAN,OIC dan negara-negara berkepentingan harus menerima hakikat bahawa penyelesaian masaalah Patani harus diambil kira Aspirasi rakyat Melayu Islam Patani(tuan bumi yang sebenar). Bukan sekadar menjaga maruah Thailand, pembangunan dan kepentingan kapitalis-kapitalis Thailand dan Malaysia sahaja.Jangan hanya memikirkan takut kehilangan hasil minyak yang selama ini di faraidhkan antara Malaysia dan Thailand. Haruslah mula memikirkan penyelesaian jangka panjang yang natijahnya akan menguntungkan semua pihak.Satu formula bersama boleh dirangka yang bakal meletakkan situasi win-win.

1) .Aspirasi rakyat Patani ialah mahu di iktiraf sebagai manusia yang bertamaddun bukan dilayan seperti binatang ternakan seperti sekarang dan dijadikan Pawn atau badut bagi politik negara-negara jiran.Orang Patani di sembelih dan dihina dinegara sendiri dan dianggap pendatang yang bermasaalah dinegara jiran.Pemimpinnya diumpan untuk dijadikan alat bagi tujuan tertentu.Pemimpin Partai-partai perjuang dilaga-laga kan bagi tujuan ugutan untuk mendapat maklumat. Bangsa Patani harus diberi hak memilih hala tuju sendiri ‘a.k.a’ bernegara bebas.

2).Berlawanan dengan pandangan saudara Zulkiflee Bakar bahawa penjajah Thailand sentiasa berusaha mencari penyelesaian bagi kemelut Patani; sebenarnya mereka mencipta drama bersiri bagi mengelabui dunia dengan pelakun utamanya terdiri dari pemimpin dan bekas pemimpin pejuang,bekas wakil-wakil rakyat Melayu, golongan Tok guru palsu, pemimpin Wahabi dan NGO-ngo Islam yang di tubuh oleh mereka-mereka yang selama ini sentiasa bersengkokol dengan penjajah Thailand.Pengarah-pengarahnya terdiri dari pegawai tinggi dan perisik tentera Thailand dan tangan-tangan ghaib dari negara jiran.

3).Konsultasi bagi mendapat konteks dengan pejuang-pejuang sebenar harus dibuat secara serious dan tidak sebagai helah untuk mengenali siapakah pemimpin sebenar.Jangan menggunakan perantaraan badut-badut(waklong dan pak dogol) yang selama ini mencari makan sebagai broker-broker dan mereka ini ada Tuan samaada di Bangkok atau di negara jiran.

4.) Sebenarnya perjumpaan dengan Takhsin adalah ajenda penjajah untuk merisik dan mencari jalan bagi merintis jalan kearah perbincangan yang lebih serious.Akan tetapi kerana perjumpaan itu telah atur dan dihijack oleh golongan tertentu bagi menggagalkan proses seterusnya. Ianya berlaku mengikut script yang telah ditetapkan oleh golongan tertentu.Kesudahannya ada yang meminta supaya Takhsin bagi tiket untuk buat Umrah kemekah !!! Lahaula wala kuwwata illa billah.

5.) Penyelesaian harus dicari dengan segara dan serious.Saudara Zulkiflee menyoal apakah Mujahidin telah benar-benar mampu membuat operasi sehebat Hatyai? Jawapannya lebih dari itu boleh dilakukan jikalau penyembelihan dan pembunuhan beramai oleh penjajah Thai terhadap rakyat Patani tidak di henti.Mereka menarik tentera keluar tapi diganti dengan tentera upahan atau seghe pran.Setiap kali tentera atau seghe pran di bunuh oleh Mujahidin mereka bertindak balas membunuh orang-orang kampung !!!! Apa pilihan yang kami ada jika mereka bertindak diluar batas kemanusiaan? Operasi masih diteruskan dan tidak tahu apa sasaran seterusnya !!!.

6.) Tunjukkkan kesungguhan untuk menyelesai masaalah dengan permulaan menarik semua tentera dan seghe pran dari bumi Patani.(Sekarang ada lebih 9 Battalion Seghe Pran di bumi Patani).

7.) Hentikan memperalatkan badut-badut yang berlagak sebagai pejuang palsu bagi mendapat upahan-upahan.Hentika drama ini.

8.) Hentikan perancangan Rak Patani(kerajaan Patani) atau Patani Mahanakorn yang cuba memberi gula-gula beracun.Umpan ini menjadi rebutan diantara beberapa pemimpin untuk menjadi Ketua pertama.

Buat lah pilihan dengan segera.Mau terus mengganas? Kami sedia berlawan.Mau menerima hakikat bahawa kamu sudah kalah? Kami sedia mendengar !!!.

42 Responses to Warkah untuk Penjajah dan sekutu-sekutu nya

  1. Sa isma says:

    Begitulah hendaknya sebagai mujahid… Tegas dlm mlaksana perintah Agama. Fardhu ain wajib dilaksana.

  2. anakPatani says:

    Zulkeple terbakar seorang ini, memang suka cari musuh, mungkin dia selalu dapat ganjaran benda hidup dari Siam, dia dah lupa dia tu orang Melayu dan beragama Islam. Tergamak dia selalu menghina kita dan terang-terang berpihak kepada Siam.

    Walau bagaimanapun kita doakan supaya beliau segera mendapat gelaran atau ganjaran dari Thailand:
    (Aman, Indah, Dunia, Selamat)=(singkatan ….?) dalam dua tiga tahun ini.

  3. prikthai87 says:

    salam, saya ada baca kedua2 tulisan dari andadan juga dari saudara zulkipli dari utusan.. namun apa yg dapat disimpulkan, anda agak radikal.. tulisan zulkipli ada benarnya.. beliau membandingkan suasana kacau bilau dan radikal puak anda yg makin jelas merugikan penduduk patani sendiri…

    apa anda suka hidup dalam peperangan??? apakah anda katakan mengebom hotel lee garden hatyai sebuah kejayaan namun akhirnya dalam 2 hari terus suspek berjaya diberkas oleh polis thai???? realitinya pejuang patani memang tidak mampu kalahkan tentera thai yg jauh lebih maju kehadapan….

    jalan yg baik adalah dengan damai.. jikalau lagi anda bersikap radikal lagi anda dan kaum anda akan rugi… saya yakin jika wilayah patani yala dan naratiwat tiada lagi bom2 dan bunuh dari puak pemisah.. maka tentera thai akan undur.. dan segalanya akan aman dan bahagia…

    • Zaman says:

      Lebih baik sdr memikir sebelum hdk mengeluarkan fikiran kerna perkataan ada yg jadi racun bagi diri sendiri pun ada, dan dunia IT skrg samua org tahu di mana kita berda ,,IP,,

    • Abu Patani says:

      Salam,banyak kali kita membaca dan mendengar bahawa segala tindakan operasi pejuang itu merugikan kan.Sebenarnya setiap sasaran yang di buat itu setelah kajian mendalam dibuat.Ramai orang tidak tahu bahawa ramai yang terkorban tapi tidak dilapurkan adalah tentera Thai yang sedang berkumpul dalam hotel tersebut.Memang musuh tidak akan mengakui perkara sebenar.Mereka sengaja memutar belitkan fakta-fakta. Itu yang dinama kan perang Psykoloji.
      Pejuang tidak pernah mencari sasaran untuk menyakit kan orang awam.Harus diingat pejuang atau Mujahidin adalah pejuang-pejuang islam yang sentiasa menjaga adab-adab peperangan yang Islam telah gariskan. Pejaung bukan golongan teroris seperti penjajah Thai yang sudah kalah dan kecewa dengan segala strateji yang gagal.Jangan mudah termakan dengan propaganda musuh-musuh Islam.Pejuang hanya membela diri dan menjaga kepentingan tanah air.Musuh yang memulakan keganasan sejak DUA RATUS TAHUN YANG LALU !!!

    • Aku Rakyat Fatoni says:

      bukan kami mau bahgia dan aman tetapi kami mau kemerdekaan dam Mardhatillah. kerna jihad di Fatoni adalah FARDHU AIN, faham?
      Aku Rakyat Fatoni

    • Rashdan says:

      sy sokong pejuang fathoni…kebnyakkan org di Malaysia xfaham ap yg berlaku di Patthani..entah tahu atau tidak kewujutan Patani..kedai2 makan org Pathani pun panggil kedai siam…namun begitu..ku nampak golongan yg bodoh org pathani sendiri terutamanye perumpuan muda yg begitu mengagum ngagum siam..from-Malaysian

  4. Sa isma says:

    Hanya penyembah2 toghut saja yg berpendapt sperti Prikthai87.

  5. pakchumat says:

    Prikhtai87 menilai konflik di Patani dengan kaca mata yang singkat dan semasa, kita perlu lihat lebih jauh dan mendalam, apakah punca sebenar yang terjadi semua, apakah siam memang baik, tidak radikal, membunuh orang2 Patani semahu hatinya… sebelum-sebelum ini… bukankah Patani zon perang!, bahangnya akan terkena pada siapa saja yang mendekatinya….. hindarilah… Mungkin kerana saudara memikirkan yang orang Patani tidak berhak untuk menuntut haknya mengikut seleranya sendiri, kalau nak juga kena ikut selera thai, lagi pun bila Siam sanggup nak berdamai? tak pernah ada kenyataan sedemikian…. dalam suasana seperti ini… semua boleh terjadi… Kesianlah pada orang Patani…. mereka hanya ingin hak mereka dikembalikan tak lebih dari itu… kalau anda menganggapkan Patani itu bukan saudara anda itu hak anda…. orang Patani ada formulanya sendiri dalam kearah penyelesaian yang berkekalan, yakinlah….. Allah akan senentisa bersama mereka.
    Kalau ada siapa yang ingin melihat keamanan di Patani, maka dia kena lihat puncanya adalah Siam, bukan orang Patani, orang Patani tetap mau aman tapi Siam tak pernah mau, itu puncanya.

  6. pakchumat says:

    America lebih maju dari Thailand, jelas sudah diakui kekalahannya, di Vietnam dan di Afghanistan….
    … orang Patani bukan nak itu semua… cuma itulah cara yang boleh mereka luahkan, kalau betul Siam tu baik, carilah cara untuk menyelesai, kenapa bawa sampai 100,000 kekuatan bersenjata ke Patani… itu menunjukan mereka bukan nak damai, nak bunuh orang Patani nak hapus orang Patani… ramai orang Melayu di Malaysia dah tak tahu dah ada orang Melayu di Patani, orang Melayu hanya ada di Sri Langka, di Captown, dan orang Islam yang ditindas oleh orang kafir tak ada di Patani, yang adanya di Palestin, maka berebut-rebutlah mereka merantau jauh, kononya nak bantu sesama Islam, bantulah yang dekat dulu, Palestin beri orang Arab, Turkey, Iran, Pakistan….. yang membantu mereka…… banyak pihak cuba menekan orang Patani secara langsung atau tidak langsung menerima polisi penghapusan ethnik, budaya, identiti bangsa yang dilakukan oleh Thailand terhadap orang Patani. Janganlah orang Melayu sendiri pula bersekongkol dengan Siam dan menambah lagi penderitaan orang Patani…..

  7. PAKDALEH says:

    salam mujahidin patani kalian..
    maju terus..
    maju dan jaya..
    sayabas BRN diatas usaha kalain
    itulah wira dan harapan ummah dan rakyat patani hari ini…
    mari kita cuntohilah BRN

  8. prikthai87 says:

    salam warga patani.. pertama sekali, saya ingin minta maaf atas tulisan saya jika mengguris perasaan warga patani.. saya mungkin jahil dalam konflik siam-patani. saya sama sekali tidak sokong kerajaan kafir thailand!! semoga Allah laknat orang kafir ke neraka!!

    cuma saya agak hairan, kenapa anda mensasarkan pada orang awam yg tidak berdosa?? kadang2 rumah ibadat buddha pun anda bom, tok2 sami pun anda bunuh sekali, guru2 sekolah pun sama jadi mangsa.. mereka orang kafir, tapi adakah mereka golongan kafir yg mengancam keselamatan anda!!!???? iya memang tentara siam bunuh kaum anda, tapi kenapa anda tidak saja balas pada mereka??? selagi keganasan dibalas keganasan maka sehingga itulah dunia takkan aman…

    apakah strategi anda berkesan?? kalau sekadar bunuh2 bom2 di sekitar patani dan sekali sekala bom di hatyai, barangkali tidak membawa apa makna pada siam… bg saya kalau memilih cara perang, lebih baik terus kepada puncanya.. kenapa tak bunuh saja raja siam dan penasihat raja prem tinsulanonda?? merekalah punca segala masalah di selatan.. kalau mampus mereka barulah perubahan drastik berlaku di patani…

    saya warga malaysia sama sekali tak layak mencampuri urusan kalian.. namun insiden bom hatyai, memang mengejutkan.. dan membawa juga efek pada warga Malaysia yg selalu mencari rezeki menyeberang kesana.. hatyai sememangnya tidak kaitan langsung dengan pergolakan siam patani.. hatyai bukan zon perang.. kenapa tempat2 awam pun dibom sekali?? kalau kem tentara thai kalian bom memang patutlah… minta maaf lg sekali andai tulisan saya mengguris hati warga patani…

    • pakchumat says:

      Semacam kita kata: telur dulu kah atau ayam dulu? tak akan pernah selesai! terlalu banyak alasan kalau nak diberi.
      Cara penyelesaiannya ialah: Duduk bincang, berdialog dan berunding mencari persetujuan bersama yang boleh di capai, masalahnya Siam tak mau, walaupun sudah banyak pihak ingin sedemikian dan cuba menggeraknya…. Jadi adakah masih boleh dianggapkan orang Patanilah yang bersalah? dalam konflik yang tak seimbang seperti ini(Siam yang kuat-Patani yang lemah) ia akan banyak berlaku perkara-perkara yang di luar kawalan, akan bercampur baur antara strategi, membalas dendam, melepas geram, bertindak balas. Orang lemah tidak semampu orang kuat untuk mengawal keadaan supaya berlaku mengikut norma-norma sepatutnya.
      Maka saudara prikthai87 kena pertikaikan dahulu sebelum nak menuding jari pada orang Patani: Kenapa Siam mau mengekalkan keadaan sedemikian berterusan, dengan sombongnya menyatakan tidak mau mencari penyelesaian dengan pejuang-pejuang Patani? Inilah punca berlarutnya masalah di Patani, dan bahangnya terkena rakyat Malaysia juga, maka Malaysia juga perlu berperanan aktif untuk memcari penyelesaian di Patani, caranya hentikan semua aktiviti pelancungan ke Kawasan Patani, selagi Siam masih berdegil dan tidak ikhlas dalam mencari penyelesaian secara bersama, kalau penyelesaian sebelah pihak itu bukan penyelesaian itu paksaan namanya, oleh kerana konflik ini berlaku antara dua belah pihak (penjajah dan yang di jajah), maka penyelsain yang berkekalan juga mestilah melibatkan kedua belah pihak.
      Satu lagi saudara prikthai87 kena faham bumi Patani itu meliputi Hadyai dan kawasan Utara darinya, jangan pula mengatakan Patani itu 3 wilayah yang terletak di sebelah utara Malaysia sahaja…. Bukankah sejarah mengatakan Patani itu sampai ke segenting kra?.

    • dalam peperangan semua yang disebut oleh saudara adalah harus kerana patani sekarang ini tidak sama dengan patani 35 tahun tyang lalu. Saya cukup heran rakyat melayu patani yang muda-muda sekarang ini sudah tidak mahu menggunakan bahasa melayu. mereka menggunakan bahasa thai untuk berbual dan saya harap perjuangan brn akan berjaya

  9. AkuAnakTaning says:

    ADA JUGA ORANG MALAYSIA NAMA PRIKTHAI (lada Siaaam) waso noksuka weh,,, ada juga manusia lupa daratan…jahannnaaammm

  10. Anda kalian mau berjuang menuntut tanah air buat apa lagi sedangkan pada tiga tahun akan dating di rantau asian ini akan menjadi kawasan tanpa bersempadan lagi (persatuan ekonimi asian) dan bila sampai masa itu maalah tanah air bukanlah pekra yang penting lagi karana orang-orang islam bebas hendak pergi ziarah menziarahi, menyampaika khabar mengkhabar dan pergi kemana tempat-tempat islam di rantau asian ini.

    Banar bahawa patani mempunyai sejarahnya yang berdikari tetapi menjadi sejarah yang berada didalam kekasran, dendam mendendam yang tidak berhabisan, dia membunuh kita dan kita pun membunuh dia sama-sama tidak membenarkan atas kernahuan masing-masing.

    Sungguhpun allah ta-ala benar mereka membalas dendam tetapi allah tidak mendorang bagi mereka untuk membalas dendam dan bagi mereka itu akan dapat balasan yang sangat pedih pada hari kemudian mereda yang bermaaf dan bersabar sahaja yang dapat rahmat disisi allah ta-ala. Adakah orang yang membalas dendam secara bunuh membunuh itu akan dapat keredaan dari allah ta ala?

    “Dan apa bila seseorang dapat kezaliman mereka itu membalas dendarn dan membalaskan kejahatan dengan kejahatan yang bersamaan oleh itu sesiapa yang memaaf kan dan membaikkan kembali mereka itu akan dapat balasan yang berharga disisi allah ta-ala sesunguhnya allah ta-ala marah kepada mereka yang zalim tetapi jikalau sesiapa membalas dendam setelah didapat kezaliman tidak siapa mengutut kan kepada mereka yang salahnya ialah mereka yang mengzalimi terhadap manusia dan membuat ke musnahan kepada tanah air tanpa keadilan sesungguh nya mereka-mereka itu akan mendapat balasan yang sangat pedih dan bagi mereka yang bersabar dan bermaaf sesungguh nya mereka itu adalah sebahagian dari pada amalan yang kuku dan tegak”
    (as-sura ayat : 39-43)

    Kalau mau mendapat rahmat di sisi allah taala dan sebenar-benar nya beriman dengan allah, masti yakin dan bersabar serta percaya atas balasan allah taala, allah taala sahaja yang akan membalaskan terhadap mereka-mereka yang zalim.

    Ahmad..

    • JejakYangHilang says:

      Truesouththailand7,,,,memang benar ..InsyaAllah…3 tahun lagi asean akan menjadi sebuah negara yang tiada had sempadan,,,kebangkitan Kerajaan Islam Patani Langkasuka akan merealitikan cerita ini….Empayar Langkasuka ini akan kembali dan mengusai seluruh rantau nusantara ini. Dengan kembali Raja nya nanti iaitu Raja Merongmahawangsa maka diwaktu itulah Patani akan kembali gemilang menjadi sebuah kota dan pusat pentadbiran negara Langkasuka yang terbilang di abad akhir zaman ini. Sejarah realitinya legenda Raja Merongmahawangsa ini akan kembali dan menjadikan satu kejutan yang tak disangka2 oleh semua pihak. Proses mengangkat dan membai’ah Raja Merongmahawangsa@Pembantu Imam Mahdi ini sudah pun selesai dan akan disusuli oleh pengistiharannya secara rasmi sahaja dari Guru dan Maulana Nusantara ini. Persediaan rapi dari sudut kekuatan jamaah 313 pentadbiran telah pun bermula. Seluruh rakyat Patani Langkasuka harus bersedia menerima berita dan pengistiharan ini. Apabila berita ini diterima semua pihak harus patuh dan taat serta menerima bahawa Rajanya iaitu Raja Merongmahawangsa akan kembali memerintah dan menerajui Empayar Islam Langkasuka ini. Proses peralihan ekonomi dan perencanaan pembagunannya juga sudah di rencanakan menunggu masanya sahaja untuk pelaksanaan.

      • Pewarissegalawaris says:

        Raja Merongmahawangsa@Pembantu Imam Mahdi adalah adik kepada raja yang sedang memerintah Kerajaan Langit (KL)…..
        bagi mereka yang tidak percaya akan kena sumpah sampai tujuh keturunan……..
        Hah.. sudahlah kali ni…..kenapa rasa mual ni?… nak muntah ko nak batuk?… at…cheh.. oh nak bersin rupanya.

  11. anakPatani says:

    2015 Asian dah semacm EU, satu kali cop masuk boleh pergi kemana-mana tampa sempadan…. itu bukan ceritanya saudara Ahmad….. untuk berziarah, melancung, berniaga mungkin (tapi belum tentu jadi) boleh jadi begitu, kalau semua negara Asian mempunyai infrastraktur pemikiran rakyat dan pemerintahannyanya sama atau dekat-dekat dengan EU. Orang Patani bukan nak berperang, Siam yang mula dulu. Orang Patani menontot kedaulatannya pada bumi Patani.
    Kalau kita menerima nasihat Prof. Ahmad ini, maka:
    – Malaysia tak perlu Ada perlembagaan, tap perlu ada lagi sistem raja Sultan, kerajaan negeri, tak perlu ada parti-parti politik beretenik seperti UMNO, MIC, MCA, semua kena hapus selepas 3 tahun nanti, semua bebas…..semua dah jadi 1 Malaysia….., Semua orang Melayu Cina, India, Kadazan….. mesti diharamkan dari disebut ethnik mereka….

    Ini masalah ekonomi bukan masalah kedaulatan.

    sekadar melancung tak apalah, tapi identiti, masa depan orang Patani, di mana?
    – Palestin tak perlulah orang Malaysia bawa bantuan kesana, mereka kan dah ada negara Israel, terima sahajala, kalau kita melawan Israel sebagai pemerintah yang sah di dunia ini, nanti kita tak akan dapat rahmat di sisi Allah…..

    Ahmad!!! bangun Ahmad!!! sembbahyang subuh waktu dah siang ni.

  12. Zaman says:

    Nampak taksudah dah !
    puakcakap ni,,,,,,saolah orang jahil diskusi sesama jahil, RAKYAT PATANI NAK NEGARA,macam budak nangis lapa susu,,,,,kitaberi benda lain tak jadi,,,,

  13. Harisham Abu Sama says:

    assaalamualaikum…
    Saya warga Malaysia yg sering mengikuti perkembagan di Selatan…Mungkin ramai warga Malaysia sudah dibrainwash oleh media tempatan (malaysia) kerana kejahilan sejarah…saya percaya ramai umat melayu Malaysia yang terasa bila ada umat melayu lain di tindas…dan belum menikmati kemerdekaan, saya sentiasa menyokong kemerdekaan negeri-negeri Melayu yang dijajah. sedangkan Scotland membuat referendum menuntut kemerdekaan daripada United Kingdom, Timor Leste pun dah bebas inikan pulak Pattani. di harap pemin=mpin di Malaysia harus mainkan peranandalam menekan jiran Utaranya dengan kewujudan Pattani Merdeka seharusnya hubungan umat Melayu /Islam dapat dipertingkatkan dan menghapuskan pemikiran rakyat Melayu Malaysia bahawasanya Selatan Thai bukanlah Thai Muslim sebaliknya orang Melayu seperti di Malaysia juga.
    Semoga jadi realiti kemerdekaan itu

  14. Harisham Abu Sama says:

    kat forum Cari ramai anak muda Malaysia bincang pasal Pattani.. usaha terakhir adalah perang Malaysia Thai…..

  15. Pattani Sejati says:

    Salam…Saya rakyat Malaysia berbangsa Patani…Nampaknya memang benar terdapat bangsat Thailand yang memberi komen seolah-olah rakyat Malaysia berada di pihak Thai…

    Kami masih tidak buta sejarah malah keturunan kami yang berada di Malaysia juga adalah mangsa kekejaman Siam berdekad lalu..
    Tidak akan sesekali kami lupakan…

    Teruskan usaha anda… kami akan memberi sokongan yang termampu…

  16. laila says:

    Selarna ini kerajaan thai telah menyelesaikan masaalah selatandengan ikhlas hati dan berasa dukacita atas kesusahan rakyat yang tidak bersalah yang terjejas darikeadaan pergolokan di wilayah sempadan selatan thai perancangan yang zahir dua perkara yang nampaknya meingkat dalam menyelesaikan masaalah setalan daripihak kerajaan yaitu pada tanggal 29 janjuari 2555 B. coronal Thawi Sodsong setia usaha Pusat pentadbiran wilayah sernpadan selatan sebagai ketua menyerahkam wang bantuan sagu hati mengikut peraturan memberi bantuan sagu hati kepada mangsa dan yang terjejas dari perbuatan pegawai kevajaan yang berpunca dari kejadian keganasan di wilayah sempadan selatan padia tahun 2555 B. yany beraku di tempat 1 Kampung Keranji Mukim Buluh buju Daerah Nongcik Wilayah Pattai keluarga si mati dan cedera a orang telah datang menerima wang yang berjumlah semua lebih dari 32 juta bath
    Kemudian pada tangaa 15 May 2555 B tembalan pedama menteri Jeneral Yutasak Sasiprapha sebagai ketua pembukaan majlis persidanaan arah pelaksanaan serta 84 badan jawatan, kuasa yang berkenaan termasuk Kementerian, jabatan, Pusat pentadbiran wilayah sempadan selatan, Pusat keamaan dalam negeri untuk menjelas dan meheri jalanan mengubah suai dalam melancarkan perancangam danseteratigi tentang penye lesaianmasaalah wilayah sempadan selatan di jadikan perancamean segera dilasunakan dan di serahkan kepada pusat keamaman negarasupuya merangkakan seteratigi untuk membina wilayah sempadan setulan tahun 2555 – 2557 B.
    Kalau kita tinjau kepada pelaksanaan memang jelas bahawa dengan ikhlas hati pihak kerajaanmau menyelesuikan masualah wilayahsempadan selatan telapi nampaknya masihada beberapa halangan yang me nebabkan penyelesaian masaalah ini susah di jalankan terutama kumpulan keganasan selalu cuba melakukun dangan tidak di perderlikan langsung atas kesusahan rakyat kampuny yang tidak besalah

    rujukan
    1.http://news.voicetv.co.th/thailand/40398.html 2.http://thainews.prd.go.th/view.php?m_newsid=255505170144&tb=N255505&return=ok
    By faris

  17. solar says:

    Saya warga Thai Muslim in Thailand dan dilihatnya rakyat Patani sangat kasih pada penjajah Thailand dan tidak mau bersengkokol dengan pejuang Mujahidin sama saya.
    Jadi masalah di Patani adalah pejuang-pejuang Patani.

  18. aa says:

    Dengan pegawai kanan OIC melawat Thailand Pada mei lepas, OIC tidak menyokong melakukan keganasan di Patani terutamanya membunuh sesiapapun, ia boleh dibandingkan jika membunuh orang seorang seperti membunuh rakyat seluruh dunia, dan ia juga tidak menyokong memisahkan Patani dari Negara Thailand, ini boleh dikatakan OIC tidak menyokong perbuatan dan tujuan kumpulan pemberontak di Patani tidak kira kumpulan manapun.

    PULO pernah berkata akan berusaha merdekakan patani dengan pelbagai cara maupun dari segi politik, tentera dan pendidikan. Ia lebih menjadi alasan membalutkan PULO sendiri menggunakan keganasan dan kumpulan menjadi mangsa ialah rakyat di 3 wilayah selatan thai. Disebaliknya rakyat itu tidak menyokong perbuatan PULO iaitu Encik Shamsudin Khan, Encik Kasturi Mahkota dan kawan-kawannya di Narathiwat, ini kerana hasil perjumpaan dengan beberapa rakyat pada masa tertentu, rakyat itu berkata mereka mahu mencari rezki serta meneruskan hidup dengan aman damai , oleh itu boleh dikatakan pergolakkan dan keganasan yang rakyat menjadi mangsa selama ini adalah perbuatan beberapa orang yang mahu kuasa dan kepentingan diri sendiri.

    • PRP says:

      Salam mesra dari saya,
      diri saya salah satu saorang yg suka mengikuti gerak geri OIC dgn perjuangan di PATANI kususnya kedatangan yg terakir baru baru ini.mimang betul siapa dgr apa yg di beri perjelasan olih Khasim Misri dan sndewara siam Anak Patani AM nya sangat berduka cita. tambahlagi perjelasan OIC sebagai persatuan islam yg mana di beri hormati olih pengikut islam sedunia, tetapi apa bila sy tijau kesejarah kemajuang dan aktivnya OIC terhadap pergolokan di dunia terutama di egeri Arab sendiri dan di negra islam Amnya, saparti di Midanao di Patni. OIC tidak bagitu aktiv salah satu kerna dasar OIC sendiri. kalau israel bom dia turk bina , dan kalau dgn penjjah mana mana pun OIC selalu masuk dekat kerna dasr nya membina ….kita anak patani tak usahlah keciwa dgn HARIMAU KERTAS .buatlah perhiasan saja.

      sdr bagi merika yng menyetuh nama nama peribadi dalm pertubuhan kususnya dgn PULO , beliau berdengki saja sbb sebelum dari itu saya ada bercakap dgn saorang melayu yg angar diri nya tinggi dgn FB dan jangkanya beliau juga akn jadi tetamu utama yg bulih berjln dgn OIC . tiba tiba bekas ketua Agama Nara thiwas dapat di amanah olih OIC , di situ beliau sangat keciwa maka timbulah sipat hasad dengki sesama melayu.

    • abang says:

      Keganasan yang dimaksudkab oleh OIC itu, termasuk keganasan Siam membunuh orang Patani membuta tuli.
      Saudara aa kena faham, kalau rumah aa diserang perompak, ayah aa dibunuh, ibu aa diperkosa, rumah aa dijadikan milik mereka, salahkah kalau aa menentang perompak terseut, apabila aa membuat kecoh dalam rumah, sudah tentu suasana rumah tidak aman lagi, adik-adik aa yang baru lahir hasil dari perkongsian haram bapa tiri aa dengan ibu aa yang tidak terdaya lagi mereka sedikit sebanyak akan berpihak kepada bapak tiri si perompak.
      Berpisah dan merdeka dua makna yang cukup berbeza, maka salah kalau dikatakan orang Patani mau berpisah dari Thai,
      kerana Patani tak pernah merelakan diri menjadi sebahagian dari Thai, perjuangan Patani untuk kemerdekaan bukan memisahkan diri.
      Kalau aa orang Melayu, maka aa Melayu bacol dan penkhianat bangsa dan agama, tapi kalau aa bukan Melayu, maka aa dikira bercakap tidak mengguna fakta sejarah, semua orang tahu punca keganasan ialah Siam bukan orang Patani. Orang Patani hanya ingin hak dan identitinya dikembalikan, selesai masalah…boleh tutup kes.

  19. PUTEH says:

    cuntuhi BRN dalam perjunagan kemerdikaan ini…
    BRN cuntuh terbaik bagi siapa nak merdika dan nak jahad…
    Allah Akbar

    • Ramalan says:

      Sdr Puteh, dgn ada alasan apa berani mengatakan BRN hendak merdeka Patani. kalau mengikut yang di beri perjelasan olih Gen Chavalit BRN tak nak merdeka , PULO saja nak merdeka.

  20. Harun Patani says:

    Saudara aa, Tak mau berjuang itu adalah hak saudara cuma tanggung dusa saja, tapi ingkar berjuang itu adalah ingkar hukum tuhan dan siapa yang mengingkar hukum tuhan maka jawapannya kufur waliyazubillah. Nasihat saya kepada saudara aa, segeralah bertaubat.

  21. Harun Patani says:

    Salam sdr Puteh, memang betul apa yang dikatakan oleh sdr Ramlan itu, ingat ke? pada tahun lepas Gen. Chavalit ada berjumpa dengan pemimpin BRN dan selepas itu beliau buat kenyataan bahawasa PULO je yang nak memerdekakan Patani ada pun BRN tidak mau, mereka(Pemimpin BRN) dah boleh menerima dah Nakorn Patani yang dipelapori oleh Chavalit itu. Oleh itu, wahai sdr Puteh dan semua anggota BRN di lapangan sedarlah, bangunlah dan pertahanlah jangan dipertipukan dan jangan biar pemimpin anda mengkhianati hasrat dan mimpi anda yang murni dan mensia sia darah dan titik peluh anda itu semua. Dengan itu sekurang kurangnya kalau anda nak berjuang kenal dan pastikanlah siapa pemimpin anda dulu dan kemana beliau akan bawa anda pergi macam juga dengan agama kita, kita tidak dibenar beragama sebagai pak turut, kita mesti kenal siapa dia tuhan kita dan kemana dia akan bawa kita kalau kita buat apa yang disuruhinya. Saya yakin, ramai dari ahli dan anggota BRN sendiri yang sudah berpuluh tahun berjuang tapi malang dan sayangnya tidak kenal pasti sipakah pemimpin mereka yang sebenar saya bimbang Takut takut BRN dicipta oleh seteru kita sendiri(Thailand) seperti mana mereka pernah menciptakan Khru Paksu dulu demi untuk meranatkan Allah yarham Tok Pak Yeh.

    Wallahu a’lam

  22. bagi ramalan dan harun patani…tulisan kamu berdua tu sesuai dengan PULO kerana dari dulu dan sekarang itulah cara puak Pulo bukan cara BRN….

  23. abang says:

    Musuh kita Siam, BRN, PULO dan gerakan lain-lain lagi semua ingin Patani dimerdekakan, mereka mempunyai matlamat yang sama tapi lain pendekatan, anggapkanlah (Pendekatan berbeza itu satu Rahmat)

  24. rotti says:

    Bom Jangka’di Selatan Thailand.

  25. atka says:

    Sekali lagi kumpulan pengganas telah menimbulkan rasa ketakutan kepada kaum muslimin dan muslimat dengan membunuh mereka yang tidak berdosa dengan sewenang-wenangnya khususnya dalam kejadian pada 28 Julai 2555 baru-baru ini. Gambar video menunjukkan 20 orang pengganas menggunakan kereta pikup telah menembak mati 4 orang pegawai. Ini menggambarkan bahawa penjahat-penjahat itulangsung tidak menghormati ajaran Allah dalam bulan Ramadhan – bulan berpuasa untuk kaum muslimin dan muslimat- di mana kita disuruh supaya bersabar , meninggalkan perbuatan-perbuatan yang menyakiti orang lain serta menjauhi perkara atau orang yang mengajak kita melakukan perkara-perkara yang diharam oleh Allah baik dengan tangan mahupun dengan lidah. Sepatutnya kita dapat merasai keamanan dan ketenteraman dalam bulan mulia ini tetapi apa yang berlaku adalah sebaliknya, kita dihujani dengan keganasan yang dilakukan oleh kumpulan penjahat yang kononnya mengaku diri mereka sebagai orang Islam.
    By Faris

  26. atka says:

    Kerajaan telah berusaha menggunakan dasar memahami, mendekati dan membangunkan dalam menangani masalah di Selatan Thai serta elak daripada menggunakan kekerasan terhadap kumpulan penjahat. Di samping itu , kerajaan juga telah berusaha untuk mewujudkan persefahaman di dalam semua kalangan baik dengan orang kampung , pesalah dan termasuk para pegawai kerajaan sendiri. Dalam pada itu, ia juga mengadakan kerjasama dengan masyarakat antara bangsa untuk mengatasi masalah Selatan Thai. Pada bulan Februari 2555 yang lalu, Perdana Menteri Thailand dan Malaysia telah mengisytiharkan satu kerjasama untuk memajukan wilayah-wilayah Selatan Thai termasuk menyelesaikan masalah sempadan , masalah dadah dan perusahaan makanan halal . Selain itu , pada Mei 2555, kerajaan Thai telah mengundang setiausaha agung Pertubuhan Negara-negara Islam atau OIC ke Negara Thai di mana semua pihak telah bersetuju tidak akan menyokong sebarang penggunaan kekerasan untuk cuba memisahkan wilayah-wilayah Sempadan Selatan Thai itu. Walaubagaimanapun , nampaknya kumpulan pengganas yang berpegang kepada prinsip songsang itu telah melakukan pelbagai bentuk keganasan tanpa menghiraukan bahawa semua pihak sedang berusaha keras untuk menyelesaikan masalah Selatan Thailand dengan cara aman khususnya pada 28/7/55 yang merupakan bulan Ramadhan bagi umat Islam. Para penjahat itu telah menembak mati beberapa orang di daerah Maya, wilayah Pattani. Hasil daripada menyaksikan rakaman video tersebut, kerajaan Thailand terasa bahawa kerajaan patut menggunakan langkah tegas terhadap para pengganas itu . Ini supaya maruah kaum Muslimin dan Muslimat tidak akan ternoda . Di samping itu kerajaan akan meningkatkan projek-projek pembangunan yang berpanjangan untuk semua penduduk Thailand ini.
    By Ameh

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: