Penjajah Thai masih belum mau berdamai.

Perdana Menteri Thailand telah membuat lawatan berjumpa rakan sejawatnya di Malaysia,kelmarin.Khabar  yang dimaklumkan melalui akhbar ialah beliau memohon dari Malaysia supaya disediakan apa saja bantuan dan kerjasama untuk berdepan dengan para Mujahidin Patani.Beliau membuat kenyataan” kami bersetuju bahawa masaalah ini adalah masaalah dalaman Thailand.Dan mendesak penduduk selatan supaya mengenepikan perjuangan kemerdekaan Patani.Mereka juga mesti menolak cara keganasan dan mesti menjadi rakyat yang setia pada Maharaja Thai.” Dia menambah lagi dengan asas yang demikian kita mesti berusaha mencari jalan penyelesaian.Penglibatan ekonomi yang lebih luas dan issu yang sensitif bagi ummah Patani harus dititik beratkan.Beliau Menyatakan bahawa Malaysia memberi jaminan membantu untuk mencari jalan penyelesaian yang kekal bagi masaalah tersebut.

Adalah jelas bahawa penjajah Thai masih mau meneruskan dasar Tindas,Bunuh,paksaan dan pembohongan terhadap rakyat Patani.Mereka masih begitu yakin bahawa mereka akan berjaya dengan dasar ‘Etnic cleansing’(Penghapusan etnik) dan pencabulan secara besar2an.

Sejak akhir-akhir ini mereka meningkatkan keganasan ala serbia terhadap-orang-orang kampung.Strajeji terakhir ialah dengan menarik balik Pasukan Tentera tetap ka utara.Mereka menggantinya dengan tentera upahan dengan mengambil orang-orang tempatan kedalam pasukan’ Seghe Pran’.Pasukan ini sangat terkenal dengan keganasan dengan membunuh buta tuli dan merogol perempuan-perempuan kampong.

Dasar memperalat kan orang-orang Melayu terutama yang pernah bertugas dalam partai perjuangan masih diteruskan.Mereka juga memperalatkan bekas wakil rakyat melayu,Ngo-ngo islam dan golongan wahabi bagi melobi ummah untuk menerima otonomi ala mereka. Ramai juga pemimpin-pemimpin dalam negara dan tokoh-tokoh Patani diluar negara yang termakan dengan pujukan ini.

Tidak mustahil mereka sekali lagi akan mendesak pemerintah Malaysia supaya memaksa Mujahidin Patani menerima rancangan damai mereka.

Kita tidak menghalang kalau kerajaan Malaysia mau bersikap pro-aktif dalam urusan dengan kami.Tapi setiap perbincangan harus juga mengambil kira aspirasi Rakyat Patani yang mau pemerintahan sendiri.Rakyat Patani harus di beri peluang memilih hala tuju dan masa depan sendiri.

Sepatutnya penjajah Thai dan Jiran-jiran Asean telah sedar bahawa kewujudan negara Patani bukan lagi satu khayalan atau cakap-cakap kosong. Kesungguhan rakyat Patani   mengangkat senjata dan berjuang bermatian bukan sesuatu yang boleh dipandang remeh.Ianya suatu reality yang tidak boleh tidak harus terjadi.Iaitu Patani sebagai sebuah negara berdaulat yang hidup ditengah-tengah masyarakat Asean.

Perjuangan Patani tidak boleh disamakan dengan perjuangan rakyat Acheh atau Moro.Kami mempunyai latar belakang sejarah dan corak geograpi yang berlainan. Setiap hari kemarahan rakyat Patani terhadap penjajh Thai makin meningkat.Istilah baru yang diberi kepada tentera Thai ialah ‘Babi’. Ini menandakan bahawa setiap pengganas tentera Thai wajib dibunuh tanpa soal.

Sekali lagi kita ingin menasihati mereka yang sentiasa menyambut agenda bohong penjajah Thai supaya berhenti dengan tindakan ini(Terutama golongan peace building yang di pimpin oleh saudara Michael HDC) .Semua pihak termasuk OIC pun sudah maklum dengan lakunan mereka-mereka ini.Begitu juga dengan bekas-bekas Wakil Rakyat melayu,NGO-ngo Islam. Hentikan lah tindakan saudara-saudara yang hanya menguntungkan penjajah dan merugi masa depan tuan-tuan itu.

Perjuangan sedang menuju era seterusnya.Iaitu peperangan secara konvensional!. Mari sama-sama kita merapatkan saf.Buat kerja-kerja yang lebih berfaedah .Berusaha supaya rakyat lebih sedar bahawa mereka masih dibawah penjajah Musyrikin Thai.

Bilik gerakan mujahidin didalam negeri telah mengeluarkan statistik dan gambar-gambar kejahatan penjajah.

  1. Statistik kejadian-kejadian dan kesan sejak tercetus Revolusi Patani 2004-2011 m.
Tahun BerLaku/kali JUMlah mati

Jumlah

sakit

Askar,Polis,

Pegawai

Org.awam

Pejuang

Mati

sakit

Mati

sakit

syahid

sakit
2004 1154 566 639 179 278 271 351 116 6
2005 2078 574 1113 209 409 355 686 10 18
2006 2064 648 1187 222 373 410 799 16 15
2007 2664 943 1687 221 567 678 1111 44 9
2008 1370 536 970 155 504 339 455 42 11
2009 1348 544 1035 51 305 455 728 38 2
2010 1165 491 938 41 334 428 604 22 5
2011 689 507

796

97 381 377 407 33 7
Total 12532 4809 8365 1175

3151

3313

5141

321 73

Kita menjangka bahawa sesuatu perubahan drastic akan berlaku susulan dari lawatan PM Thailand ke Malaysia.

33 Responses to Penjajah Thai masih belum mau berdamai.

  1. bapa patani says:

    walau bagaimanapun terus kita berjuang. kerana perjuangan di patani ini adalah perintah allah . bukan perintah malaysia.

  2. natyya says:

    sekarang siam memperalatkan bekas rkk melalui orang shiah atas nama satu parti untuk bertemu jumpa dengan orang2 berjuang di dalam negeri dan di luar negri sepaya pujut mereka2 itu untuk menyerah diri dan kembali ke tanah air.

  3. Sa isma says:

    Harus diketahwi bahwa pemimpin malaysia disaat ini adalah dikalangan munafikin, maka jika kita ada mngharapkanya ia sesuatu yg sia2.

  4. Al-fathoni says:

    Saya do’akan semoga Allah yang maha kuasa beri hidayah dan kesedaran kepada penganut-penganut Michael, bahawa mereka sedang berada dalam keadaan yang tidak tentu arah. kata lain kegiatan mereka selama ini tidak ada artinya bagi masyarakat Patani.

  5. naktanya says:

    Michael tu agama kah, atau ilmu sesat kah?, kalau ya, apakan ajaran mereka, dan di mana mereka tersebar? dan apa hunbung kait dengan Patani pula?

  6. Subhanallah, semoga Allah SWT memudahkan segala urusan kalian. Janganlah berhenti mengharap disamping terus-terusan berusaha.

  7. Nakgoyak says:

    Selain daripada Islam adalah kafir

  8. realiti says:

    Kita lebih selisa mengatakan mereka tu tak betul dan mereka ini tak benar. Bagi saya sesiapa saja yang telah dan sedang melakukan sesuatu untuk Patani mereka adalah benar dan betul, cuma berapa peratus betul salah mereka dan setakat mana kita mengtahui dan mendalami yang sebenar-benarnya yang telah mereka lakukan dan kemana mereka akan pergi? itu semua perlu duduk bersama, cuba memahami antara satu sama lain.
    Kalau tidak kita hanya tolong buat pahala pada orang, …… tapi bagus juga boleh bersedekah!.
    Biar kita berani jadi anak jantan, ajak mereka yang dikatakan tidak betul duduk berbincang, apa sumbangan yang boleh masing-masing berikan…. Ia payah…. ada ego masing-masing… tapi inilah cara sebenar-benarnya, ia mudah, ringkas dan menjimatkan (kalau semua mau)

    Yang parahnya: Kita kata: Orang lain salah, tapi kita tak buat apa pun lagi, mereka mungkin salah pada tahap tertentu pada pandangan orang.
    Salahkah kita kalau kita diskaun beberapa barangan kita yang terpilih pada hari ini bertujuan untuk menarik lebih ramai pelanggan baru pada besok pagi, fikir-fikirlah bersama.
    Berilah sumbangan positif, bertindaklah mengikut realiti dan senario sebenar yang sedang terjadi.

  9. Patani wajib merdeka.Patani bebas daripada jajahan Thai. Patani sekiaian lama ditindas oleh penjajah.Patani Darussalam BUKAN sebahagian daripada Thailand

  10. pokcik says:

    الثورة الفطانية + الثورة السورية ……= الثورة المباركة الله أكبر

    http://ummahpatani.blogspot.com/

  11. MalaiischeIntelligez says:

    Semoga kesabaran kita diberkati Allah s.w.t. Pemimpin M’sia kebanyakan dari gologan munafiq tetapi bukan semua. Bersama sama kita berdoa semoga pemerintahan M’sia kembali kepada para Ulamak. Pergolakan di Patani semakin runcing ketika Taksin memerintah ini adalah desakan dari Singapura yg takut Patani Merdeka dan memasuki Persekutan Tanah Melayu iaitu M’sia. Jika Patani memasuki jajahan M’sia maka projek Terusan Segenting Kra pasti menjadi kenyataan, yang mana akan memusnahkan sekali gus ekonomi Singapura. Kami di M’sia buat setakat ini tidak dapat membantu dari segi ketenteraan kerana ancaman dari Indonesia yg di dalangi Singapura akan meyerang M’sia pada bila bila masa. Di jangka peperangan M’sia Indonesia akan meletus pada tahun depan. Kami memahami bagaimana perasaan warga Patani yang menagih pertolongan dari M’sia dan sayangnya M’sia tidak dapat membantu dari segi ketenteraan.

    Saya berharap warga Patani dan juga sesiapa saja yang membaca komen saya ini berbanyak bersabar. Kepada perjuang Mujahidin Patani doa saya semoga anda semua mendapat kejayaan Jihad. Saya juga berharap keberanian pihak Mujahidin Patani mendedahkan kezaliman Thailand ke alam maya. Melalui video youtube atau leaklive dapat membantu anda semua.

    Akhir sekali saya berdoa semoga kita semua di lindungi Allah dan tidak sesat dari Agama Islam. Allah akan makbulkan doa orang yang dizalimi. Patani akan berjaya walaupun tidak mendapat pertolongan ketenteraan dari M’sia.

    Takbir

    Allahu Akbar.

  12. Nur says:

    A. kum
    Perjuangan Patani semekian hari semekian kuat tidak pernah dalam sejarah perjuangan Patani di sanjung tingi oleh rakyat
    patani baik didalam dan luar . Dunia dah tahu masaalah Patani
    dan saya rasa gerakan gerakan perjuangan Patani dah perlu
    menubuhkan Kerajaan buangan Patani ( Exile government ) bertujuan mengadakan Exile government adalah……
    – Menyatukan kekuatan perjungan patani.
    – Mewakili seluruh rakyat Patani
    – Satu bendira ,satu lambang , satu sejarah dan satu peta Patani.
    – Satu president dan satu congress di bawah satu perlembagaan
    Patani.
    Selain daripada apa yang saya sebut di atas banyak lagi isu isu
    yang perlu di bahas dan di bincang oleh gerakan gerakan dan mengambil satu pendirian demi kita kuat mengadapi penjajah Siam.
    Marlah i kita sama sama berdialog dan mencari jalan untuk memajukan perjungan Patani.

    • rela says:

      Apa itu istilah ‘kerajaan buangan’ sebenarnya? tanpa kajian mendalam terlebih dahulu tidakkah ia nanti akan jadi perkara gupuh seperti org kata ‘beghuh’, Kerajaan buangan di dunia cyber boleh bila2 masa tetapi di era realiti alam ICT sekarang ini, dengan mengheboh di blog ini seperti nak ‘mmadah makae pulut’ ini bukan main2 dong! Kalau setiap segi cukup matang dan disokong oleh setiap lapisan, urusannya berlangsung secara top secret, cuma nanti perisytiharan saja, itu lain. Tetapi ini tak, tiba2 utk sedap mulut & utk baca komen feedback, sdra.lah merumetkan urusan jika org lain, yg betul2 sedang mempersiapkan perkara ini. Suatu hal yg sdra patut ingat dan berkali2 diperingatkan oleh beberapa org feedback yg berniat baik dlm blog ini, awasilah kerana setiap cebis info yg dimuat ke dalam blog ini siapa tahu dlm beberapa saat saja sudah berada di meja pihak keamanan penjajah. maaksudnya secara tak langsung tolong membocorkan rahsia umat kpd pihak lain, bukan pengecut, ok, Itukah yg sdra mau? Cuba lihat sebesar masalah Palestin dan suatu masa dulu mereka berpindah ke Tunisia, itupun cuma pejabat PLO saja, bukan ‘kerajaan buangan’. Sebesar perjuangan bangsa moro yg mempunyai angkatan bersenjata canggeh berpuluh2 ribu, tidak juga terlintas dalam fikiran prof. dr. nur misuari dulu atau pimpinan sekarang. Kerajaan buangan berhajat kepada negara penyokong, sudahkah sdra dapat greenlight di mana2 tt hal ini? Kedua, ‘kerajaan utk kumpulan sdra saja ke atau nak pengiktrafan antara bangsa? bukan berarti saya menentang idea kerajaan buangan, tetapi caranya yg salah. agak bodoh sikit! cara macam ni lah dikata org bomo ular akan mati kerana ular! malu la sebagai org patani yg dulu namanya sebagai pusat ilmu di rantau ini, cuma pandai jual perangai saja yg sdra tahu.

  13. pataniraya says:

    Cadangan kerajaan buangan adalah satu cadangan yang menarik, tapi ia tidak semudah yang diimpikan, perlu banyak infrastrukturnya terlebih dahulu, kearah itu tidak salah dan ia boleh difikirkan dari sekarang, tapi ia tidak boleh menjadi agenda utama.

    Saya berpendapat: Menyatukan kekuatan…hingga…. satu kongres (sebagaimana yang dicadangkan saudara Nur) itu bukan tujuan, ia lebih merupakan kepada langkah-langkah kearah melaksanakan cadangan kerajaan buangan (KB) bukan sebaliknya.
    Adakah KB itu satu keperluan masa depan atau tidak? ia banyak bergantung kepada masa dan perkembangan perjuangan Patani ketika itu.
    Semua boleh difikirkan dari sekarang, apa yang baik untuk Patani akan diterima baik oleh semua pihak yang terlibat.

  14. Nur says:

    A.kum .
    terima kasih kepada pataniraya yang sudi berkungsi dan memberi pandangan tentang cadangan KB.
    Apakah agenda utama bagi pendapatan PR.?

    Terima kasih

  15. pataniraya says:

    Mungkin satu bedera dulu… atau apa-apa sahaja yang boleh dipersetuju bersama… sebagai permulaan membuka langkah seterusnya

  16. Nur says:

    technical ok….sebagai permulaan ..tak kisah lah isu apa sahaja yang boleh bincang bersama dan yang pentingnya semua pihak boleh duduk round table dan berkongsi idea masing masing
    demi memajukan perjuangan Patani . Untuk kesetabilan foreign
    policy supaya negara negara luar recognise perjungan Patani
    dan langkah langkah strategy politik yang penting menghadpi penjajah Siam adal perlu wujudkab KB dengan secepat munkin.

  17. kota mekah says:

    Saya kadang masuk baca di sini,kadang kadang sy fikir kamal Tuk jangut tuan web master ini dia tersa hasat dengki terhadap Patani, kerna dia bekas askar malay, dia suka sekat dan beranika cara sepaya Patani gagal .semasa dahulu dia lah yg keluar fikiran ajak gerela PULO keluar kemalay atas asas nak tulong buat latihan, sampai di hari ini gerila pulo tidak masuk dan hampir mati nya pulo kerna peranan saorang KAMAL Tukjangut si ah ini, skrg sy nampak sekali lagi dia akn cuba halang kemajuan perjuangan patani AM nya. dia duduk di kelantan bila nak langkah ke sebelah sana………….

    • Abu Patani says:

      Salam,sdr kota mekah aka banyak lagi(nama2 yg di pakai !).
      Nampaknya sdr begitu marah dan berdendam sekali dgn wm patanikini hingga hilang pertimbangan perbahasan secara intelectul walaupun sdr ini boleh lah di anggap intelektual dengan kelulusan pengajian sdr itu.
      Dari pengakuan sdr itu seolah-olah sdr kamal tukjanggut ini seorang yang begitu berkuasa dan berpengaruh dalam PULO sehingga dia seorang boleh keluarkan gerilla PULO dari medan perang dan menghalang mereka masuk hingga tersekat dikedai tomyam.Nampaknya sdr marah sangat bila patanikini membongkar cerita-cerita golongan Michael HDC! Ada kena mengenakan dgn mereka ke?.Atau marah kerana tak boleh makan duit TaskForce lagi. Jangan terlalu berani ugut sana ugut sini.Walau berbagai-bagai nama yang di pakai dan cuba mengugut untuk bunuh jangan terlalu yakin!!
      Buat lah kerja-kerja damai sdr tu selagi ada untung, tapi jgn marah orang lain yang tidak suka.Kalau nak marah sgt buat blog sendiri hentam patanikini habis-habisan.Tak usah ugut nak bunuh atau sebagainya.Jadi jantan lah sikit.

      • kota mekah says:

        Abu Patani, oh ya,,,awak sdng mkn sehidang dgn Kamal juga ko, bulih terasa pedas sangat tu, saya tak kata nak bunuh itu perasaan awak terhadap orang pengkianat. tetapi orang semacam ini kalau duk di Patani hidup tak banyak hari nya buat kerija di RKK atau RY thai.

        orang apa samua orang buat tak kena, hak dia saja kena , NGO samua salah kerajaan buat juga salah yg betulnya dia buat, itu adalah perangai PERAUN.

        Sy tak nak bunuh tetapi kalau nak tera siapa saja yg cuba helang perjuangan pergi main di dalam PATANI akn bulih rasa lah.

      • kota mekah says:

        Sdr Abu Patani,
        saya tak kena mengena dgn PULO juaga Machael HDC , ada lah saya pernah terdengar Michal HDC yang pernah hadir di majlis mkn lembu di kelantan dgn Abg Din khan.
        Hanya sejarah tuk janguk kamal tu sy dgr semasa almarhum Haji had Jaha , jihad Dusunyur , tukyah Nik dan orang lain lain lagi cerita betul dan benar wallah hualam..

        Berharap berhentilah menhalangkan perjuangan sekiranya OIC dan HDC dan ngo ngo yang lain dan negara tak ambil kita buat kira bicara bererti kita sangat lemah sedarlah diri.kini sy ada terdengar berita angin bahawa pihak keselamatan di sini ada undang penjuang untuk hdk menulong PATANI, berharap jgn menetang tetapi kalau terasa nak juga cuba lah kedebir dia dgn SB yg mana kah kuat

  18. anakPatani says:

    Nati aku gi kelate lepah ini nok chaghi sapo dio oghe ni, terima kasihlah kota mekah tolong bui tahu, we… ghosak wee.. kito.. kalu ado oghe machang ni. sayo denga kato dio ni juga masuk ugama shiaah, shiaah tuu la… hak boleh nikoh mataah….mache oghe tino bilik…. nak kena baya nikoh, lepah tu cegha…. betulkah? eeeee… gligliguk weh

    • Abu Patani says:

      Salam.
      Nampaknya ramalan saudara kota mekah tu tepat sekali.Memang betul seperti yang saudara kota mekah kata pihak keselamatan sini nak undang pejuang-pejuang Patani untuk menolong mereka.
      Memang sudah di panggil dan berjaya menyerah memorandum pada Thaksin(bekas PM Thailand), iaitu minta Thaksin tolong hantar orang-orang yang hadhir pergi UMRAH.Sebab itu selepas perjumpaan tu berpelok-pelok semua yang hadhir tu dengan Thaksin !!! Munkin sudah dapat apa-apa natijah yang di perjuangkan selama ini.
      Satu pertanyaan menarik untuk saudara kota mekah. Saudara ni bekas penyokong tok ayah nik dengan haji had Dusun Nyior ko? Haji Had Jaha tu memang saudara tak pernah jumpa lah.Kerana masa…tu saudara masih belajar.

  19. AL-ENAYAH says:

    Perbezaan pendapat dan cara bertindak dalam perjuangan adalah perkara biasa, apatah lagi jika ia melibatkan mereka yang “mengakui” sebagai pejuang bangsa “mewakili” Rakyat Patani. Sebaik cara ialah kita bersemuka,mencari titik persamaan untuk maju,mengenepikan perbezaan pendapat demi agenda yang lebih besar.
    Kalau ini tidak dapat dilakukan,seribu tahun lagi masalah Umat tidak akan dapat dirungkai.

  20. Anak Melayu says:

    Assalamualaikum

    Kepada para pejuang Patani, kemenangan bakal tercapai kepada mereka yang bersabar. Kemenangan juga boleh dicapai hanya dengan gunakan bahasa. Bahasa Melayu boleh dijadikan alat untuk menekan penjajah Thai memberi kemerdekaan atau sekurang-kurangnya autonomi atau paling kurang Maha Nakhon Pattani jadi kenyataan.

    Dengan guna bahasa Melayu penjajah Thai akan berasa terasing berada di 3 wilayah Patani. Dunia terutama barat akan melihat rupanya bangsa Melayu di Patani ini berbeza dengan bangsa Thai, kerana barat amat suka melihat kelainan bahasa yang ada di dunia ini. Malah di Kanada negeri Quebec yang berbahasa Perancis di beri autonomi oleh kerajaan Kanada yang berbahasa Inggeris.

    Kelebihan rakyat Patani yang boleh bertutur 2 bahasa ( Melayu dan Thai ), menulis dalam 3 tulisan ( Rumi, Jawi dan Thai ) boleh digunakan sepenuhnya. Guna sebanyak mungkin bahasa Melayu dalam bercakap dan menulis di mana-mana. 3 tulisan ( Thai, Jawi dan Rumi ) dan 2 bahasa ( Thai dan Melayu ) diguna pada semua tempat – nama masjid, papan tanda jalan dan nama kampung.

    Lama kelamaan penjajah Thai akan menerima kehendak rakyat Patani dan mengakui bahawa Patani bukan sebahagian dari negara Thai, tapi cuma untuk ditadbir seperti dilakukan British yang me-merdeka-kan negeri Melayu di Malaysia. Sebelum perjanjian dengan British pada 1909 Patani juga menghantar bunga mas kepada Siam sama seperti negeri Melayu lain di Malaysia seperti Kedah dan Kelantan.

    Insyallah mencapai kemenangan.

  21. pataniraya says:

    Betul juga, rupa-rupanya bahasa juga boleh memberi sumbangan yang tingagi dalam perjuangan Patani, kesimpulannya kita boleh buat apa saja untuk menaik-tarafkan identiti Melayu Patani.
    Betul Anak Melayu, semuga Patani akan menjadi sebahagian dari Melayu Raya akhirnya yang sudah pasti Islam adalah pegangan mereka.

  22. Paknara says:

    Ehh bapa Rela ni marahhh bodoh ,bengong macam macam bahasa karut digunakan oleh Seorang intelek Patani .oh hhhh Bapa takut nanti apa segala informasi yang ter kandung di blog in akan di ketahwi oleh Penjajah jaga tuuuuu di malaysia tu pun penuh dengan mata mata tukna yaaaaa kalau takut pindah lah ke Indonesia eh ehh Indo tupun dekat sangat Bapa Di tunisiapun komander Israel senyap senyap buat operasi bunoh Abu jihat. Sebab ada intelek macam Bapa ni lah perjuangan Patani mundur.

    • rela says:

      saya cuma kata bodoh iaitu lawannya perkataan cerdik dari segi bahasa saja, sama seperti kita kata seorang Islam lawannya ‘bukan Islam’ atau kafir. Tetapi yg buat saya/pembaca lain menjijik terhadap apa yg diposkan dlm blog ini kerana tidak sedikit mendedahkan hal2 urusan umat Islam Patani berbagai kelompak yg sedang melawan musuhnya iaitu kafir siam buza. Maka di medan perang di Patani sana yg ada hanya Islam lawan(Vs) kafir, tetapi dlm Patanikini disini nampaknya selama ini sedang reka suatu istilah alternatif iaitu ‘Islam Vs Islam’. Fitnah memfitnah tanpa usul periksa yg beriri hati dan tak bersyukur dng apa yg ada. Inikah yg sdra nak kata sebagai cerdik? kalu sekadar nak bertukar pendapat seperti perbezaan di antara mazhab dlm hukum sapu muka sekali Vs 3 kali semasa ambil wudhu’, itu boleh saja.

      Apa yg sdra sedang memancar di sini adalah perkara hidup/mati, jihad. Bolehkah ini dipermain2kan? Adakah kena pada tempatnya yang sdra sebagai penyokong kuat blogmaster Patanikini mendedah yg selama ini sesetengah isu atau urusan umat Islam Patani yg sepatutnya sdra juga mesti menjaganya tak kira oleh siapa, buat apa dan di mana asalkan ada matlamat kebaikan utk ummat, nak kritik/nasihat boleh saja tetapi disaluran tertentu yg tidak menjejaskan kepentingan ummat. Atau adakah sdra banding gerakan perjuangan Patani serendah atau hanya sama saja dng gerakan boroh, persatuan perniagaan, persatuan itu dan ini, khasnya aliran dan invididu yg bertentangan dng sdra, boleh saja mendedah apa saja seperti di kedai2 kopi. Bukankah mereka juga dari sebangsa seagama (cuma berlainan mazhab) dng sdra, atau macamana? Berarti sdra tak faham apa dia disiplin. Saya tidak sebut perkataan ‘bengong’, itu semata2 tambahan sdra. Juga saya sebenarnya tidak bermaksud utk menghina seseorang sebagai manusia yg zat nya berperangai bodoh, tetapi hanya sifat berdasarkan curahan buah fikiran dlm bentuk perkataan semata2.

      Di suatu pihak sdra atau blogmaster nampaknya menjunjung jihad di jalan Allah, tetapi di pihak lain sdra juga menyediakan ruang/tempat mencaci sesetengah individu yg sudah beritkad nak dan sedang berjuang tatapi tidak sebulu dng sdra dng menyelit ‘Golak mata dua’ selit di kilas kain di pinggang. Cuba mentauladani gerakan Hizbullah di Lubnan, mereka sangat luas arus pemikirannya dng menuding jari hanya kpd seteru yg satu, iaitu yahudi dng tidak sedikit pun menyentuh samada perihal sesama arab atau sdra2 Filistin. Bahkan menholor bantuan kpd sesama Islam tak kira kelompak aliran ataupun mazhab.

      Dari skrg bolehkah sdra/blogmaster dan gang sdra yg sefahaman sedar dan berpaling sasaran hanya kpd seteru yg sama iaitu Siam buza kafir harbi? Kalau betul sdra menganggap sesama Islam adalah bersaudara.

  23. pataniraya says:

    Relaks! bercanggah pendapat menunjukan kita bebas berpendapat, mengeluarkan pendapat menjadi salah satu exercise pada sesetengah orang. Marah juga bagus boleh merangsang pemikiran, macam kita makan nasi kalau ada lada lagi berselera.
    Positif-positifkan apa yang ada, anda akan rasa hidup ini lebih bermakna dan bertenaga.

  24. Paknara says:

    Memang betul kata kata Pataniraya tu tapi kadang kadang bila masok dalam blog mana mana alahhhh mak teruk sangat gunakan bahasa tak sepatuk digunakan macam budoh, bingong dan tudoh menudoh .Kita bukan kenal nya semua siapa c itu sipa c ini harmat mengharmati lah sesama pejuang pejuang Patani nak bagi pandangan nak kritik tak jadi masaalah kerana kita kan bibas nak bagi idea demi memajukan perjuangan

  25. SYABAS PEJUANG2 PATANI KALIAN…
    SYABAS …BRN…
    MARA TERUS..
    INSHAALLAH PATANI AKAN MERDEKA…
    ….
    …..
    ……

  26. mrbelia says:

    Rakyat malaysia sentiasa berdoa dan berharap Patani akan merdeka dan mempunyai kedaulatan negaranya sendiri . Bagi kami di malaysia patani adalah saudara sedaging kami sendiri .. Bersamalah kita berdoa semoga islam2 di patani akan dikeluarkan dari penindasan ini ,. Insyallah ….

  27. awang says:

    AJARLAH ANAK-ANAK MELAYU PATANI UNTUK BELAJAR BAHASA MELAYU DISEKOLAH-SEKOLAH DEMI MASA DEPAN YG LEBIH GEMILANG

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: