Awas ! Gula-gula beracun! Autonomi ala penjajah Thai.

6hb july 2011

Maaf, kepada para pejuang-pejuang dan pelayar-pelayar Patanikini,kerana pihak kami terlambat memperbaharui dan mengemaskini issu yang terbaru.Mutakhir ini banyak urusan dan aktiviti yang memerlukan masa terpaksa digunakan untuk beberapa kegiatan penting.

 

Kita baru saja menerima keputusan rakyat Thailand memilih puak baju merah bagi menerajui pemerentahan kerajaan mereka.Walaupun gambaran depan kita melihat Thaksin yang menjadi issu utama pilihanraya,tetapi kuasa yang sebenar dibelakang tabir adalah di pengaruhi oleh golongan kiri yang sedang berusaha untuk menghapuskan pemerentahan beraja Thailand.(Banyak tok nujum mereka meramalkan jika berakhirnya pemerintahan raja ini maka terbentuklah Negara Patani !!!) Adalah menarik untuk kita mengikuti perkembangan selanjutnya kerana apakah langkah-langkah berikut yang akan dicetuskan oleh mereka bagi merialisasikan matlamat ini.Tapi yang lebih pentingnya kita harus sedar juga jamu yang mereka telah hidangkan kepada rakyat Patani dalam masa pilihan raya.Melalui badut-badut Melayu yang mengharap kan upah dari majikan mereka rakyat Patani telah diracuni dengan gula-gula Otonomi(ala Bangkok,munkin ramai orang luar tak faham bila Thai menawarkan otonomi.Sebab itulah mereka marah bila kita tak terima otonomi).Janji ini dibuat oleh hampir semua Partai-partai besar.Ramai juga orang-orang kita kagum dengan keberanian penceramah Melayu memainkan issu sensitif,terutama tentang nasib rakyat Patani dalam pilihanraya lalu.Kesemua yang menyertai pilihan raya menjanjikan untuk membela nasib Bangsa Patani!!!. Inilah cerita pak pandir dan pak kadok yang tak habis-habis setiap kali pilihanraya berlaku. Akhirnya apa yang mereka tidak sedar (atau sedar tapi tak peduli) ialah setiap kali kita bekerjasama dalam sistem pilihanraya Penjajah Thailand maka setiap kali juga lah kita mendaulatkan undang-undang mereka yang meletakkan taraf Islam/Melayu senasib dengan binatang ternakan! Keputusan pilihanraya di tiga wilayah adalah mengecewa kan pemimpin melayu dalam partai Pieu Thai. Rakyat Patani memberi undi kepada partai Demokrat.Ini semua petanda untuk menyedarkan kita semua bahawa kita masih bawah penjajah Thai.Kalau seandainya ramai calun-calun melayu menang mungkin kekeliruan besar akan berlaku.Rakyat mungkin menganggap wakil-wakil rakyat boleh membantu menyelesai masaalah Patani.Yang sahihnya mereka akan dapat duit banyak dan kedudukan yang istimewa.

 

Penjajah Thai telah habis berbillion kop untuk memerangi dan menghapuskan kita sejak 2004. Telah empat kerajaan bersilih ganti dengan semuanya berjanji boleh menyelesaikan masaalah Rakyat Patani.Bermacam pembaharuan (diatas kertas) telah mereka taburkan kepada kita dan semuanya berjanji untuk mengurangkan kehadiran tentera di bumi kita.Setiap kali janji ini di lafaz maka begitulah juga peningkatan keganasan yang lebih kejam dilakukan terhadap rakyat kita.Memang Siam pandai bersandiwara.

 

Di persada antara bangsa mereka memperalatkan beberapa ekor badut yang bergerak diluar Patani yang sentiasa dijamu dengan sedikit habuan dan Hotel-hotel mewah untuk menjadi alat mereka memberitahu dunia bahawa mereka berminat untuk menyelesaikan masaalah Patani dimeja perundingan.Banyak pegawai tinggi tentera bersilih ganti berjumpa dengan wakil pejuang(palsu) dengan alasan untuk membina keyakinan atau Confidence Building.Mereka memohon peruntukan yang besar dari kerajaan dan memberi sedikit habuan kepada badut-badut mereka.Baru-baru ini (dalam perjumpaan di Singapura) badut-badut ini berjanji untuk gencatan senjata. Tapi pihak pejuang telah meningkatkan serangan lagi dalam tempuh tersebut.Malang bagi mereka,sekarang sedang berusaha untuk memberi alasan di Jakarta pula.

 

Dalam Negara, mereka juga telah berjaya memperalat kan seorang badut yang pernah tinggal di Jerman untuk menduduki kerusi penting di SO.O.PO.TO Jala.Badut ini dengan bangga mengaku dia lah yang diberi tugas oleh penjajah Siam untuk mengawal selia segala urusan memujuk dan memantau aktiviti perjuangan di Malaysia. Dia mengaku menggunakan semua orang-orang yang pernah serah diri pada penjajah Siam dan lain-lain untuk kerja-kerja  penyusup dan mengintip aktiviti pejuang.Khabarnya dia telah mendapat peruntukan dari NGO Jerman untuk membekalkan beliau dengan dua biji kereta kalis peluru untuk kegunaan peribadinya di Patani.(Kalis peluru bukan boleh kalis mati).

 

Baru-baru ini dunia di kejutkan dengan tertangkap pembunuh kejam Serbia Radko Mladic dan akan dibicarakan. Nasib bangsa Bosnia memang menyayat hati dengan pembunuhan kejam beramai-ramai.Sekurang-kurang mereka sentiasa dipantau oleh dunia.Tapi dalam sejarah perjuangan rakyat Patani beratus-ratus Mladic pernah wujud dengan pelbagai pembunuhan kejam dilakukan tanpa di pedulikan oleh sesiapa pun.Bahkan saudara sendiri dari Malaysia pun tak peduli kerana masih bersengkongkol dengan penjajah Thai untuk menghentikan kebangkitan perjuangan rakyat Patani.

 

Pilihanraya Thai sudah selesai.Selepas ini pilihanraya Malaysia akan menyusul.Dijangka dengan selesainya pilihanraya Malaysia maka mereka akan mengalih pandangan untuk menyelesaikan Masaalah Patani pula.(Dengan formula mereka).Sudah tentu formula mereka ini akan hanya mengambil kira dua perkara penting. Satu,kedaulatan Thai harus dikekalkan keatas Patani dan kedua kepentingan ekonomi Malaysia juga mesti di ambil kira.Nasib rakyat Patani hanya di suapkan dengan gula-gula beracun.Caranya mudah,hanya dengan menyogok kan pemimpin-peminpin masyarakat dengan kedudukan dan kemewahan.Juga mencari Badut-badut dari kalangan pejuang untuk menyokong dasar-dasar ini.Pihak Malaysia akan memberi kerjasama penuh dengan mendesak pejuang-pejuang yang ada bawah naungan mereka.Jika enggan bekerjasama pemimpin-pemimpin ini di ugut dengan ISA atau dihalau keluar dari Malaysia.

 

Mulai sekarang kita,pejuang-pejuang dari semua kumpulan harus Fokus dan menyusun semula saf masing-masing.Tumpu kan tenaga untuk memperkuatkan dalaman dan meningkatkan gerakan didalam Negara.Buat sementara waktu kita usah terperangkap dengan ajakan-ajakan(tipu helah) musuh untuk berunding.Mereka tidak pernah bersedia untuk berunding dengan pejuang.Mereka masih menganggap kita sebagai penumpang.Selama ini semua tipu helah perbincangan yang digembar gemburkan adalah taktik pegawai tentera untuk mencedok keluar wang kerajaan dengan peruntukan yang tinggi.

 

Kita harus istiqamah.Kekalkan Muqawwamah  bissilah kita.Hancurkan lebih banyak Humvee dan Soldadu -soladau.Goncang kan bumi ini sehingga mereka melutut.Bakar kem-kem mereka. Dunia akan melihat ketentuan allah swt diatas apa yang mereka tak sangka selama ini.  Insyaalah!.

41 Responses to Awas ! Gula-gula beracun! Autonomi ala penjajah Thai.

  1. MAD says:

    SIAM PENJAJAH . RAKYAK PATANI JADI HAMBA DI BUMI SENDIRI

    TULONGLAH … MALAYSIA INDONESIA BRUNEI.

    • saya amat berharap 3 negara ini bangun membebaskan Pattani darussalam.

      • JejakYangHilang says:

        InsyaAllah…bila masa dan keizinan Allah sudah tiba Pattani Langkasuka pasti merdeka dan menjadi sebuah Negara & Emapayar Islam yang terbilang di akhir zaman ini. Semua sedang berusaha hanya menanti keizinan Allah SWT untuk mengangkat kerajaan ini kembali.

  2. MAD says:

    RAKYAK YANG TIDAK KELUAR BERUNDI DALAM 3 WILAYAH SEBANYAK 465.655 . SEMUA INI TIDAK MAHU IKUT TELUNJUT PENJAJAH

  3. sa isma says:

    Sbagai org patani yg menyedari diri dijajah oleh org kafir budha tak pernah akan senang slagi tidak mndapat kbebasan atau kemerdekaan. Lagi pula mengetahwi yg jihad ini adalah fardu ain maka mengapa harus berhenti dlm perjuangan. Kita yakin hanya dgn trus berperang saja yg mampu mengembalikan hak2 kita rakyat patani, maka truskanlah. Istiqomah dlm perjuangan, kemenangan akan mnjadi milik islam, insyaAlloh…. AllohuAkhbar.

    • awang says:

      Ya, oleh kerana Patani kalah perang maka kita dijajah maka betul, dng peperangan juga kita boleh mengembalikan hak dan kebebasan kita. Tetapi peperangan itu mesti mengeluruh bukan hanya perang bersenjatasaja, kita mesti memerangi penjajah Siam dengan segala bentuk, menyeluruh dng segala jentera yg kita punya. Apabila mau menghadapi penjajah Siam di segenap bidang dan penjuru, maka tak dapat tidak kita mesti bersatu menentang seteru yg satu, tak mencukupi dng sesuatu pihak, gerakan atau pertubuhan. Dengan melibatkan diri semua pihak inilah, kekuatan Patani akan menunjul ke depan dan penjajah Siam tak akan upaya menahan pencapaian kita lagi.

  4. putrabangsa says:

    Tk. Patanikini
    kerana mendedahkan maklumat2 yg mungkin ramai tak tahu. Persoalannya setakat mana betulnya semua maklumat yang disampaikan?, kita takut ia menjadi fitnah sesama kita.
    Saya juga mendapat maklumat2 yang diberi oleh beberapa orang NGO di Patani mereka mengatakan: Mereka amat tertarik dekat pendekatan pejuang-pejuang terkini yang berfikir berlandaskan realiti untuk mencari penyelesaian berkekalan di Patani , siapa mereka? saya tidak pasti, mungkin badut2 yang dimaksudkan oleh patanikini, atau pasukan sebaris dengan patani kini sebagai pejuang sebenar dan betul?
    yang penting Patani tidak tergadai dan tenaga yang ada dapat kita gembeling untuk menghadapi musuh secara bersama.

    Patani memerlukan pemikir-pemikir Makro yang sentiasa berfikir di luar kotak dan yang sentiasa melihat kepada agenda ummah yang besar bukan remeh temeh. Percayalah!!!!
    Gerakan pembebasan Patani akan lemah dan tidak bermaya mungkin akan jadi lumpuh kalau kita asyik memfitnah sesama kita. Percayalah!!!!!

  5. menetangpengkhianat says:

    Saya rasa Patanikini keterlaluan dengan membuat tuduhan yang tak berasas kepada kawan-kawan kita yang ke Jakarta baru-baru ini, dari apa yang saya dapat penjelasan salah seorang dari mereka yang hadir di jakarta (dalam satu perjumpaan yang dihadiri oleh ramai pejuang setia Patani) katanya: ramai bukan dua tiga orang sebagaimana yang dikatakan disini, dan bagaimana tergamaknya penulis menuduh mereka sebagai pejuang palsu, apakah sumbangan yang telah diberi oleh penulis ini selama ini selain dari menabur fitanah di sana sini, maka penulis ( yang sudah dikenal pasti identitinya dan lokasinya) mesti bertanggungjawab diatas tuduhannya, kerana ia jelas satu pengkhianatan yang nyata kepada perjuangan Patani.

    • tok ayah sim says:

      Patini kini cakap teruskan perjuang dan jangan dok ikut atau berunding yang merugikan Islam Patani. Ramai orang buat silap bila cakap Raja Siam baik, yang jahat tu Perdana Menteri dan tentera. Sebenarnya Raja Siam tulah penjahat yang paling besar yang mengaburi pandangan orang-orang Patani. Tembak Raja Bumiphol tu, Penjahat dan penjarah.

  6. matt says:

    jagan ikut penjajah dan kuncu222 nya

  7. matt says:

    jagan ikut penjajah dan kuncu222 nya
    kuncu22nya dah kenyang
    puak tak pandai juang
    semua orng kenall
    cari hanya untuk perut
    hehhheheh

  8. putrabangsa says:

    Tapi yang dikatakan “Pandai juang” tu buat apa gatek untuk Patani?
    Kalau sekadar bercakap di kedai kopi dan menuduh orng lain jadi kunculah, jadi badutlah…. semua orang boleh buat macam tu!
    samalah dengan penonton bola sepak… yang betul hanyalah penonton yang bersorak dengan penuh semangat…. semua pemain di padang semuanya salah… tapi kalau diberi bola pada dia…. bola akan disepak keluar padang awal-awal lagi… kerana dia tak gheti -hak sebenarnya- nak sepak bola macam mana?… betul tak? betul!!
    BOOOla… tak sah dok fitnah oghe lain, boleh tak? ingatlah berjuang tu bukan satu cara sahaja!

  9. MH. Darussalam says:

    Meja Hijau Darussalam.
    Assalamualaikum. Salam Merdeka..!
    Sebaiknya dalam suasana yang sedang kritis dalam gelora revolusi ini, kita semua sebagai putra bangsa Patani harus berfikir positif untuk memberi saham yang terbaik untuk perjuangan kermerdekaan Patani dan membantu apa saja yg kita mampu kepada sudara kita yg sedang bertukus lumus mengharungi lautan darah revolusi untuk menghalau kekejaman kaumimperialis penjajah Siam Kafir Laknatullah…
    1. Hindarilah dari segala sikap oporcunis yang selalu menghasut jiwa kita untuk menikmati diri di atas penderitaan rakyat Patani yg sedang berjuang dengan tak pernah menuntut jasa dan tak pernah mengharapkan apa-apa upahan, imbalan materialistis dan kemewahan.

    2. Salurkanlah kebijakan, kepandaian, kebolehan, keahlian dan sebagainya yang kita miliki biar sesuai dengan aspirasi dan cita-cita perjuangan kemerdekaan Rakyat Patani.

    3. Awasilah diri dalam mengambil sikap dan sesuatu tindakan atau keputusan yang mengatas namakan perjuangan rakyat Patani. janagan sampai tindakan kita itu dianggap positif tetapi sebaliknya merugikan dan akan menghasilkan nilai yang negatif.

    4. Setiap perjuangan itu pasti memiliki agenda dan proses untuk menuju kepada matlamat dan cita-cita. Yakinkanlah bahwa perjuangan kemerdekaan Patani pasti sudah memiliki agenda yang sangat jelas dalam menentukan haluan perjuangnya.

    5. Menyusun untuk lahirnya sebuah revolusi rakyat itu jauh lebih susah dari menyusun agenda untuk berunding dan berdamai dengan penjajah, maka tenanglah kita dan percayalah bahwa pejuang kemerdekaan Patani pasti akan lebih tahu dan lebih memahami bilakah masanya untuk berunding dan berdamai.

    6. Ucapkanlah dan hulurkanlah sepatah do’a kepada pejuang kita yang sedang memikul amanah rakyat dalam tanah air, semoga Patani Cepat Merdeka. Sekali Merdeka Tetap Merdeka. Allahu Akbar.
    Selamat berpuasa dan Menyambut Idulfitri Al-mubaraq 1432 h.

    Dari Kami : Sudara Sebangsa di Tanah Air Patani.

  10. tahusikit says:

    Salam dan selamat perpuasa kepada semua,
    Saudara ku MH. Darussalam,

    Setakat yang saya tahu dan saya faham, bahawasa semua pertubuhan pembesan Patani berjuang demi untuk mendapatkan hak orang Patani yang dirampas itu dikembalikan ataupun dengan kata yang lain ialah untuk mendapat kemerdekaan,bukanlah pertubuhan pertubuhan ini ditubuh bertujuan untuk berperang semata-mata ,cuma berperang itu adalah salah satu alat dari banyaknya alat-alat yang lain untuk mencapaikan tujuan murni itu, diantaranya melalui rundingan. oleh itu pertubuhan pertubuhan pembesan Patani ini disusun dengan kemas dan rapi yang melengkapi badan dan bidan tugas yang diperlui, seumpamanya,badan ketenteraan,badan ekonomi,badan penerangan, badan politik dan sebagainya tidak terkecuali BRN,BIPP,PULO dan lain-lain lagi adalah sama.

    Maka bagi saya tidak salahnya berunding itu sendiri, sekiranya dapat mengaturkan cara-cara,syarat-syarat yang boleh diterima oleh pihak-pihak yang terlibat.dan saya juga yakin, bahawasa tidak adanya pergolakan(conflict) di dunia ini yang tidak menyelesai pergolakan mereka itu tanpa melalui process perundingan.dan setakat ini juga,saya tidak pernahpun mendengar kata mereka yang berunding itu melarangkan mereka yang berperang untuk melancarkan peperangan mereka.oleh itu bagi saya yang penting ialah tujuan itu tercampai(USUL) adapun cara dan wasa-el itu adalah perkara FURU’ saja yang tidak semestinya menjadi isu propaganda untuk melekeh dan mengijik sesama kita. Wallahu a’lam

  11. Soleh Taning says:

    Salam untuk semua pembaca
    mengikut yang saya tahu, apa hak wm patanikini ceritakan itu adalah benar kalau dichek satu persatu tentang mereka yang suka pergi berunding disana sini itu adalah puak-puak yang tidak diiktiraf dan tidak diwakili oleh party mana-manapun, hanya sekadar pakat puak-puak dia saja dan tak ada hubungan apa-apa dengan pejuang di dalam negeri. mengikut cerita hak saya dengar kata setiap kali orang yang pergi berunding ia dapat duit untuk diri dia sendiri. lepas itu hak pergi berunding dah tak tahu berapa kali dah tidak ada hasil apa sekara. kalau cerita ini sungguh taubatlah kita berdosa besar kalau kita jadi penipu. pahtu buat gelewat pintu gol pula.
    minta maaf kalu hak saya kata tidak betul
    wasalam.

  12. Leh Taning says:

    tulung baca sikap kerajaan siam sekarang :
    นี่คือทิศทางการทำงานในภารกิจ “ดับไฟใต้” ของรัฐบาลชุดใหม่ซึ่งดูจะยังไม่เป็นเอกภาพหรือมีทิศทางสอดคล้องลงตัวกับฝ่ายความมั่นคงมากนัก โดยเฉพาะการจัดตั้ง “นครปัตตานี” และการ “เปิดโต๊ะเจรจา” ซึ่งฝ่ายกองทัพปฏิเสธมาตลอด และนั่นจึงทำให้สถานการณ์ในจังหวัดชายแดนภาคใต้ยังคงอึมครึมต่อไป!
    Yang berunding tu duk berunding dengan sapo. yang ada hanya rencana siam nak berkas puak bejuang laaaaaaa.

    • tok ayah sim says:

      Komen anda bijak. Kapir Siam memang jahat. Raja siam juga sangat jahat. Hapuskan mereka. Bunuh mereka.

      Saya tak suka saudara gunakan tulisan siam kerana tulisan dan bahasa siiamlah yang menyebabkan umat melayu Islam lemah dan lupa diri. Ramai orang melayu di Thai sudah lupa dan merasa hina menggunakan bahasa ibunda, Melayu dan tulisan jawi. Bila bangsa melupakan bahasanya sendiri( anugerah dan nikmat Allah yang besar) sememangnya bangsa itu akan lemah dan dipandang hina.

  13. tahusikit says:

    Saya cuba membahaskan tentang rundingan itu sendiri bukan tentang perunding harap faham, kalau kita nak bahas tentang orang itu tentu sekali tidak habis-habis ada pejuang yang baik ada juga pejuang yang tidak begitu baik ada perungding yang baik dan ada juga sebaliknya kerna ramai di kalangan orang yang kata dirinya berjuang pun banyak juga yang menyerah diri kepada pihak musuh dan menjual dirinya dengan bermacam-macam harga dan inilah punca fitnah memfitnahkan sesama sendiri dan menguna politik murahan,oleh itu,kalau kita nak membahas,bahaslah usul jangan kita bahas Furu’insyaallah masalah kita dapat diselesaikan dengan cepap. Wallahu a’lam.

  14. ’Matjala says:

    Hak saya tahu gini leh Taning, hak mereka pegi itu bukan rundingan, mereka cari jalan kalau2 ada cara nanti masa depan boleh diadakan rundingan, lehTaning kena faham bahawa rundingan tu adalag proses rasmi. Siam dia sebuah kerajaan mana dia nak mengaku berjumpa denagn pejuang, kalau dia mengaku dia dah iktiraf lawan dia. Para pejuang pun macaam tu juga tak mengaku kata wakil dia, sebab benda tak rasmi lagi. Jauh lagi nak sapa ke peringkat rundingan, baru duduk mikir nak cari kayu api, nak cari khemah nak wak pulut tak tahu bila lagi. Biarlah puak2 tu buat kerja dulu cari pengalaman, tanya demo tu tanya demo ni dulu, masa jamu nanti tak lah kekok sangat. Saya tahu ni sebab saya tanya wakil dari jala yang pernah masuk dalam perjumpaan seperti itu.
    Leh Taning kena guna perkataan perjumaan bukan rundingan, baru kena, kalau tidak pakat dok jadi bengong belaka kita ni, letak nama tak kena.

  15. Leh Taning says:

    Trima kasih banyak Abae Mat jala yg memberi penjelasan boleh saya faham,
    Tapi nok tanya sikit lagi AbaeMat weh… puak duk bedil dengan siam tu beso hata kdok wakil gi duk bincang skali dengan demo-demo hak duk gi dah tu? leh bimang takut orae lain duk perang, dengan siam carademo sedangkan kita pula duk gaduh bincang cara kita pahtu bila nok bejayanya. serabut perut juga nih.
    trima kasih.
    Leh ingin tahu hak sebenar.

  16. Wan says:

    Asalamualaikum dan selamat hari raya kepada rakyat patani dan terukan jihad membebaskan tanah patani tercinta.Di sini saya ingin menyatakan jika patani merdeka nanti tidak perlulah bergabung dengan negara Malaysia biarlah Patani membentuk sendiri sebagai sebuah negara kerana kerajaan Malaysia tidak menyumbang apa-apa pun kearah perjuangan membebaskan Patani malah makin menyusahkan dan lebih kepada kearah berunding dengan Thailand.

  17. Wan says:

    Perjuangan membebaskan tanah air tidak terhad kepada secara gerila semata-mata.Ianya boleh juga melalui:-
    1.Cara Berunding
    2.Cara Politik
    3.Cara Resolusi Antarabangsa
    4.Campurtangan Negara Luar
    Semua cara-cara ini boleh dimanfaatkan rakyat patani merdeka menjadi kenyataan.

  18. Raja Azrul Shah says:

    Assalamualaikum dan salam perjuangan..

    Pertamanya saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih di atas perdebatan yang boleh dianggap hangat dalam usaha kita mencari kebenaran. Saya yakin semua di kalangan kita ingin melihat Patani berada dalam keadaan aman, makmur, harmoni dan merdeka. Di sini saya suka ingin berkongsi pendapat dan persepsi terhadap konflik di Patani terutamanya dalam konteks perundingan dan dibincangkan dalam portal ini.

    Sebelum itu, kita harus faham bahawa konflik itu adalah satu proses untuk manusia mencapai kemajuan. Tanpa konflik, manusia akan mundur dan berada di takuk lama. Dengan ada konfliklah akan meningkatkan motivasi dan semangat seseorang untuk lebih aktif dan giat dalam segenap yang diceburi. Cuma tinggal lagi kita perlu pastikan konflik tersebut berjalan dalam saluran yang betul yang tidak membawa kepada kekerasan.

    Saya juga faham bahawa untuk memastikan konflik berjalan dalam saluran yang betul bukan sesuatu yang mudah kerana ia melibatkan sikap, tingkahlaku dan persekitaran itu sendiri. tambahan pula dalam konteks pentadbiran kerajaan Thailand itu sendiri yang telah sebati dengan budaya keganasan dan struktur keganasan.

    Berkenaan dengan rundingan yang dibincangkan, pada saya perlu melalui beberapa tahap dan peringkat. Tahap pertama bagi rundingan mungkin tidak sesuai dinamakan rundingan dan ia lebih kepada dialog dan sekiranya ia melibatkan pihak ketiga ia dinamakan sebagai caucus. Dialog yang dimaksudkan adalah proses kenal mengenal dalam usaha untuk meningkat kepercayaan, keikhlasan dan keyakinan dalam mencapai rundingan yang sebenar. Dialog juga tidak perlu dilakukan secara rasmi dan selalunya dilakukan secara rahsia kerana kedua belah pihak masih lagi perlu menjaga keselamatan dan kepentingan masing-masing. Namun, harus ingat juga melalui dialog ini pihak musuh akan boleh mengetahui kelemahan dan kelebihan kita. Jadi, harus hati-hati dalam hal ini dan tidak perlu tergesa-gesa untuk mencapai sesuatu keputusan. Jadi, saya ingin menegaskan di sini bahawa rundingan yang dilakukan sama ada di Singapura, Malaysia, Indonesia, Arab Saudi, Sweden atau mana-mana tempat itu merupakan proses dialog dan bukan rundingan.

    Justeru, tidak perlu bimbang atau risau dalam hal ini kerana setiap konflik bersifat dinamik. setiap yang dinamik adalah proses yang sentiasa berjalan. Persepsi saya pada pejuang hari ini merupakan proses untuk penyatuan dan kita tidak perlu risau akan pertelagahan dan perselisihan pendapat kerana ia merupakan proses. Cuma ingin saya nasihatkan disini supaya konflik yang dilalui sama sendiri itu perlu berada dalam saluran yang positif. Jangan timbulkan perbuatan atau tingkahlaku yang mengugut atau intimidate sesama sendiri kerana ia akan menimbulkan isu-isu yang lain dan secara tidak langsung mengembangkan konflik ke arah yang negatif dan melambatkan proses.

    Harapan saya semoga kita bersatu atas dasar mardatillah dan memenuhi aspirasi ummah Fathoni darus salam.

    Laksamana Dajang.

  19. Mustadhafin Patani DS. says:

    Salam Merdeka dan Salam untuk Raja Azura
    Memang idenya bagus dan ilmiah sekali, mungkin masih ada hal-hal yang telah difikir untuk kebaikan dan kemajuan bagi proses penyelsian perjuangan ini, sila luahkan di sini untuk kita sama-sama memahami dan mengkaji bersama dan lebih dari itu dapat kita berikan saham perjuangan kepada saudara kita yang sedang berjuang menghadapi penjajah dalam tanah air. semoga Allah limpahkan lagi taufiq dan hidayah kepada Bangsa Patani, khususnya para pejuang kemerdekaan Patani Darussalam. Amin

    Mustadhafin Patani…

  20. mrbelia says:

    assalamualaikum w.b.t buat semua pejuang syhid . Saya sebgai rakyat malaysia berasa terharu dan teramat bersimpati dgn nasib rakyat2 islam di patani . Kehidupan dan ketakutan, masaalah masih belum di atasi meskipun menteri bertukar ganti . Sebagai umat islam di malaysia saya doakan semoga allah pelihara kalian dari kesengsaraan yg membelenggu bangsa2 islam di patani .

    jika ada kesudian jemput kelaman forum saya dan sya harap sudi luangkan masa buat thread berkisar hal2 di patani .

  21. uuuiiiii says:

    prachatipat vs puoathai= siam hancur……patani merdeka
    instusi raja vs instusi taksin= siam hancur……patani merdeka

    prachatipat+raja vs puaothai+taksin = siam hancur….patani merdeka

    revolusi patani vs siam = patani merdeka insaallah

  22. Anak Melayu says:

    Assalamualaikum

    Kami di Malaysia terutama di Pahang turut berjuang untuk merdeka suatu ketika dulu. Di Pahang orang-orang Melayu di bawah pimpinan Datuk Bahaman, Tok Gajah dan Mat Kilau telah menentang kuasa besar dunia British dengan hanya bersenjatakan keris dan lembing. Mat Kilau ketika berjuang baru berumur 21 tahun dan lain-lain terpaksa menjadi pelarian di Kelantan dan Terengganu serta Patani ketika menentang British yang di bantu oleh tentera Siam. Pemimpin perang Pahang Datuk Bahaman akhirnya ditangkap oleh tentera Siam di Kelantan dan dihantar ke Chieng Mai.

    Pahang sendiri menjadi tempat pelarian pejuang Patani. Antaranya Kampung Beserah yang mendapat nama dari “Berserah Kepada Allah”. Seorang pembesar Patani dan ulama telah di buru tentera Siam hingga ke Pahang yang pada masa itu masih hutan rimba dan harimau serta gajah bermaharalela. Tentera Siam tidak masuk ke Pahang kerana tentera Siam pernah dikalahkan Pahang dalam perang sebelum itu. Kemewaham hidup di Patani ditinggalkan akibat kalah perang. Maka pengucapan yang diucapkan apabila mendarat di pantai Pahang ialah ” Berserah Kepada Allah”, hingga kekal mendapat nama Kampung Beserah, Kuantan hinnga kini.

    Jika kami disini boleh menentang kuasa besar dengan hanya keris dan lembing mengapa saudara-saudara seagama dan sebangsa di Patani Darussalam tidak boleh lakukan.

    Insyaallah Patani Merdeka Allah Akbar.

  23. berita indonesia…

    […]Awas ! Gula-gula beracun! Autonomi ala penjajah Thai. « Patanikini[…]…

  24. kota mekah says:

    perkara yang awak bimbang itu .tidak terkena ke orang lain kempulang awak sendiri dgn Din Khan yang aku atau terima ajinda petabediran selantan,SA AR BA TA,. kempulang lain samua tak terima.

    Tulisan awak tu macam dgn kapak pukul kepala awak sendiri.

  25. kotamadinah says:

    Saudara kotamekah,
    siapa yang dimaksudkang (awak)? penulis (Gula-gula beracun! Autonomi ala penjajah Thai) inikah? ada apa-apa bukti?

  26. kota mekah says:

    Awak yang saya maksudkan adalah tuan penulis web master, samua orang tahu dia itu siapa dan berkerija sama dgn siapa.

    setiap kali di tulis selalu di sendir ke orang lain , dia fikir orang tak tahu dia siapa dan duduk di mana?

  27. kotamadinah says:

    O… begitu, terima kasdih atas maklumat
    apa punca sebenarnya ni!?, sekali sekala saya terbaca di sini sebelum ini, menjadi saya rasa bengong juga, apa muslihat disebalik tuduhan melulu semacam itu??????

  28. kota mekah says:

    eh, awak ni sengaja buat tak tahu ke kerna hdk hapus dosa,,,semasa di Pulaupinang di depan wakil siam ( wakil dalam negeri) samua dengar Sudin Khan mengaku dia ada terima SO AR BO TA. ini saya dapat maklumat dari merika yang hadir di sana., dan kata nya Sudin dia sekali dgn tuan WEB master ini,

  29. kotamadinah says:

    Saya tahu juga ada kawan saya dalam NGO di Patani mengatakan mereka (mungkin yang dimaksudkan oleh kota mekah) sudah kirim satu cadangan kepada satu NGO supaya ia dibahaskan diperingkat tempatan yang diharapkan ia akan menjadi salah satu dari cadangan-cadangan damai yang sedang rancak diketengahkan oleh pelbagi NGO. Cadangan tersebut berkisar sekitar penyelesaian ala otonomi yang berasaskan pendekatan So Ao Bo To…. ala makanan segera…. ia hanya menjadi habuan bangkul sampah sahaja….satu perhitungan tergesa-gesa… mereka cuba berdiri di atas batu yang berlumut dan amat licin dalam air yang begitu deras, berdiri pul seorang diri tidak berpaut pada mana-mana pautan… mereka sedang menunggu masa keletihan dan mereka pasti akan hanyut dengan sendirinya selepas itu

  30. tok ayah sim says:

    Tuntutan Daulah Islamiyah Patani Darulsalam.

    1. Menjadi sebuah negara merdeka sepenuhnya daripada pemerinth kapir Siam.

    2. Melaksanan Hukum-hukum Islam dan menjadi negara Islam Ahli Sunnah Wljamaah dan Agama Islam agama rasmi.

    3. Semua tentera dan pihak berkuasa kapir siam berambus dari bumi Patani.

    4.Semua kapir Siam yang bukan anak jati Patani berambus dari bumi Patani.

    5. Semua Pembesar, Raja Thai dan orang -orang yang terlibat membunuh dan memerangi pejuang-pejuang Islam Patani mestilah dihukum dengan undang-undang Islam.

    Kapir Siam hanya ada 2 pilihan , menerima syarat Kerajaan Islam Patani atau bersedia untuk diperangi oleh PEJUANG-PEJUANG JIHAD ISLAM PATANI YANG SEMEMANGNYA SUKA MATI DAN TIDAK TAKUT MATI. ALLAH HUAKBAR.

    Untuk pejuang Islam Patani, abad 21 ini adalah abad kalian. Kejayaan akan bersinar untuk kalian. Kapir Siam semakin lemah dan bengong.Pelbagai penyakit aneh sudah menyerang kapir-kapir siam tersebut. Tunggulah saat kejatuhanmu wahai kapir-kapir siam dan mudah-mudahan seluruh Siam akan disinari dengan nur Islam.

    TERUSKAN JIHAD DAN SEMEMANGNYA ALLAH MEMBAYAR GAJI YANG AMAT-AMAT LUMAYAN UNTUK PARA SYUHADA DIJALAN ALLAH. INGAT PEGANGAN TENTERA JIHAD FISABILILLAH “APABILA SEMUA PINTU DIBUMI DITUTUP MAKA ALLAH AKAN MEMBUKA PINTU-PINTU LANGIT UNTUKMU”

  31. ismasa says:

    Seronok membaca tulisan Tok ayah sim yang bersemangat dan meletakkan harapan tinggi kepada perjuangan Patani, saya yakin itulah semangat dan harapan yang ada pada semua orang yang mengaku dia adalah orang Patani di mana saja mereka berada, tidak kurang walau sedikit pun.
    Akan tetapi, yang kita mau sekarang barangkali: Agenda, polisi dan tindakan yang boleh membawa kepada itu semua. Kita sudah menyediakannya atau belum apa-apa lagi? itu persoalannya, kalau boleh Tok Ayah Sim jelaskan! saya pun nak join sama, semangat dan keinginan dah ada, tapi yang belum ada pada saya perancangan dan tindakan praktikal yang berorganisasi masih belum jelas, kerana saya rasa ia tidak semudah: a b c d

  32. Ibtida says:

    Pening kepala. Hoktu gitu.hokni gini…lagu mana wehh???

    • JejakYangHilang says:

      Tak perlu pening-peningkan kepala,berserah kepada Allah banyakan zikir Laailahaillallah Muahamadurasulullah InsyaAllah anda akan diberi petunjuk oleh Allah akan kebangkitan kerajaan Islam Pattani Langkasuka ini kerana semuanya adalah perancangan Allah di akhir zaman ini. Kepada yang benar-benar ikhlas kerana Allah inginkan kebangkitan Kerajaan Islam Pattani Langkasuka ini,,,InsyaAllah pasti Allah akan memberi petunjuk jalannya. Jika hatinya hitam dan beranggap Kebangkitan Kerajaan Islam pattani Langkasuka ini hanyalah dongengan maka ditutuplah hatinya untuk menerima petunjuk. Syurga ku Luas tapi penghuninya sedikit,Neraka ku sempit tapi penghuninya banyak. Hanya 1 kaum sahaja dari 73 kaum dimasukan ke syurga tanpa dihisab. InsyaAllah… Kerajaan Islam Pattani Langkasuka adalah pencetus kepada 1 kaum ini. Kerajaan yang akan menjadi tapak Empayar Almahdi yang dipimpin oleh Pewaris Raja Islam Pattani Langkasuka@Pemuda Bani Tamim… Pembawa Panji Hitam Kepada AlMahdi..InsyaAllah

  33. AHMAD says:

    saya berharap para pimpinan dan pejuang jihad patoni darussalam akan tetap meneruskan perjuangan anda semua sehingga mencapai hasrat murni kalian semua memerdekakan kerajaan islam patoni dari penjajahan kafir sukuthai,jangan bertolak ansur dengan penjajah thai dan para pengkhianat dari kalangan bangsa melayu islam sama ada dari thai mahupun dari malaysia,matlamat perjuangan anda adalah kemerdekaan penuh patoni !bukan autonomi! yakin lah dengan janji ALLAH S.W.T.! DENGAN TAKLUK QUDRAT DAN IRADAT ALLAH S.W.T. KEMENANGAN MUTLAK PASTI SELURUH PIMPINAN,PEJUANG DAN RAKYAT MUSLIM SELATAN SIAM NIKMATI …TERUSKAN MELANGKAH JANGAN SEKALI-KALI MUNDUR UNTUK MENGALAH!

  34. ahmadmohamad says:

    Autonomi……………satu peralihan/pembaharuan kuasa tapi menpunyai berbagai bentuk dan nama………….ini definasi mengikut nafsu saya………..kita semua kena sedar bilaa sebuah perjuangan yang diharungi sampai ke saat ini ..dan ditawarkan satu bentuk kuasa pemerintahan oleh penjajah,kita sibuk berbahas dan menbuat berbagai andaian bila lahir satu unggapan keramat/penawar/racun yakni autonomi, yang nyatanya kita tidak bersedia untuk berautonomi….kerana autonomi ini bukannya apa yang kita perjuangkan..dalam situasi ini ada beberapa persoalan yang perlu kita tanya pada diri sendiri,antaranya; 1.apa bendanya autonami ni.? 2.sapa menawarkan? 3.adakah ia jalan penyelesaian perjuangan ini? 4.adakah para suhada nak autonomi ini?

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: