Awas ! Gula-gula beracun! Autonomi ala penjajah Thai.

July 6, 2011

6hb july 2011

Maaf, kepada para pejuang-pejuang dan pelayar-pelayar Patanikini,kerana pihak kami terlambat memperbaharui dan mengemaskini issu yang terbaru.Mutakhir ini banyak urusan dan aktiviti yang memerlukan masa terpaksa digunakan untuk beberapa kegiatan penting.

 

Kita baru saja menerima keputusan rakyat Thailand memilih puak baju merah bagi menerajui pemerentahan kerajaan mereka.Walaupun gambaran depan kita melihat Thaksin yang menjadi issu utama pilihanraya,tetapi kuasa yang sebenar dibelakang tabir adalah di pengaruhi oleh golongan kiri yang sedang berusaha untuk menghapuskan pemerentahan beraja Thailand.(Banyak tok nujum mereka meramalkan jika berakhirnya pemerintahan raja ini maka terbentuklah Negara Patani !!!) Adalah menarik untuk kita mengikuti perkembangan selanjutnya kerana apakah langkah-langkah berikut yang akan dicetuskan oleh mereka bagi merialisasikan matlamat ini.Tapi yang lebih pentingnya kita harus sedar juga jamu yang mereka telah hidangkan kepada rakyat Patani dalam masa pilihan raya.Melalui badut-badut Melayu yang mengharap kan upah dari majikan mereka rakyat Patani telah diracuni dengan gula-gula Otonomi(ala Bangkok,munkin ramai orang luar tak faham bila Thai menawarkan otonomi.Sebab itulah mereka marah bila kita tak terima otonomi).Janji ini dibuat oleh hampir semua Partai-partai besar.Ramai juga orang-orang kita kagum dengan keberanian penceramah Melayu memainkan issu sensitif,terutama tentang nasib rakyat Patani dalam pilihanraya lalu.Kesemua yang menyertai pilihan raya menjanjikan untuk membela nasib Bangsa Patani!!!. Inilah cerita pak pandir dan pak kadok yang tak habis-habis setiap kali pilihanraya berlaku. Akhirnya apa yang mereka tidak sedar (atau sedar tapi tak peduli) ialah setiap kali kita bekerjasama dalam sistem pilihanraya Penjajah Thailand maka setiap kali juga lah kita mendaulatkan undang-undang mereka yang meletakkan taraf Islam/Melayu senasib dengan binatang ternakan! Keputusan pilihanraya di tiga wilayah adalah mengecewa kan pemimpin melayu dalam partai Pieu Thai. Rakyat Patani memberi undi kepada partai Demokrat.Ini semua petanda untuk menyedarkan kita semua bahawa kita masih bawah penjajah Thai.Kalau seandainya ramai calun-calun melayu menang mungkin kekeliruan besar akan berlaku.Rakyat mungkin menganggap wakil-wakil rakyat boleh membantu menyelesai masaalah Patani.Yang sahihnya mereka akan dapat duit banyak dan kedudukan yang istimewa.

 

Penjajah Thai telah habis berbillion kop untuk memerangi dan menghapuskan kita sejak 2004. Telah empat kerajaan bersilih ganti dengan semuanya berjanji boleh menyelesaikan masaalah Rakyat Patani.Bermacam pembaharuan (diatas kertas) telah mereka taburkan kepada kita dan semuanya berjanji untuk mengurangkan kehadiran tentera di bumi kita.Setiap kali janji ini di lafaz maka begitulah juga peningkatan keganasan yang lebih kejam dilakukan terhadap rakyat kita.Memang Siam pandai bersandiwara.

 

Di persada antara bangsa mereka memperalatkan beberapa ekor badut yang bergerak diluar Patani yang sentiasa dijamu dengan sedikit habuan dan Hotel-hotel mewah untuk menjadi alat mereka memberitahu dunia bahawa mereka berminat untuk menyelesaikan masaalah Patani dimeja perundingan.Banyak pegawai tinggi tentera bersilih ganti berjumpa dengan wakil pejuang(palsu) dengan alasan untuk membina keyakinan atau Confidence Building.Mereka memohon peruntukan yang besar dari kerajaan dan memberi sedikit habuan kepada badut-badut mereka.Baru-baru ini (dalam perjumpaan di Singapura) badut-badut ini berjanji untuk gencatan senjata. Tapi pihak pejuang telah meningkatkan serangan lagi dalam tempuh tersebut.Malang bagi mereka,sekarang sedang berusaha untuk memberi alasan di Jakarta pula.

 

Dalam Negara, mereka juga telah berjaya memperalat kan seorang badut yang pernah tinggal di Jerman untuk menduduki kerusi penting di SO.O.PO.TO Jala.Badut ini dengan bangga mengaku dia lah yang diberi tugas oleh penjajah Siam untuk mengawal selia segala urusan memujuk dan memantau aktiviti perjuangan di Malaysia. Dia mengaku menggunakan semua orang-orang yang pernah serah diri pada penjajah Siam dan lain-lain untuk kerja-kerja  penyusup dan mengintip aktiviti pejuang.Khabarnya dia telah mendapat peruntukan dari NGO Jerman untuk membekalkan beliau dengan dua biji kereta kalis peluru untuk kegunaan peribadinya di Patani.(Kalis peluru bukan boleh kalis mati).

 

Baru-baru ini dunia di kejutkan dengan tertangkap pembunuh kejam Serbia Radko Mladic dan akan dibicarakan. Nasib bangsa Bosnia memang menyayat hati dengan pembunuhan kejam beramai-ramai.Sekurang-kurang mereka sentiasa dipantau oleh dunia.Tapi dalam sejarah perjuangan rakyat Patani beratus-ratus Mladic pernah wujud dengan pelbagai pembunuhan kejam dilakukan tanpa di pedulikan oleh sesiapa pun.Bahkan saudara sendiri dari Malaysia pun tak peduli kerana masih bersengkongkol dengan penjajah Thai untuk menghentikan kebangkitan perjuangan rakyat Patani.

 

Pilihanraya Thai sudah selesai.Selepas ini pilihanraya Malaysia akan menyusul.Dijangka dengan selesainya pilihanraya Malaysia maka mereka akan mengalih pandangan untuk menyelesaikan Masaalah Patani pula.(Dengan formula mereka).Sudah tentu formula mereka ini akan hanya mengambil kira dua perkara penting. Satu,kedaulatan Thai harus dikekalkan keatas Patani dan kedua kepentingan ekonomi Malaysia juga mesti di ambil kira.Nasib rakyat Patani hanya di suapkan dengan gula-gula beracun.Caranya mudah,hanya dengan menyogok kan pemimpin-peminpin masyarakat dengan kedudukan dan kemewahan.Juga mencari Badut-badut dari kalangan pejuang untuk menyokong dasar-dasar ini.Pihak Malaysia akan memberi kerjasama penuh dengan mendesak pejuang-pejuang yang ada bawah naungan mereka.Jika enggan bekerjasama pemimpin-pemimpin ini di ugut dengan ISA atau dihalau keluar dari Malaysia.

 

Mulai sekarang kita,pejuang-pejuang dari semua kumpulan harus Fokus dan menyusun semula saf masing-masing.Tumpu kan tenaga untuk memperkuatkan dalaman dan meningkatkan gerakan didalam Negara.Buat sementara waktu kita usah terperangkap dengan ajakan-ajakan(tipu helah) musuh untuk berunding.Mereka tidak pernah bersedia untuk berunding dengan pejuang.Mereka masih menganggap kita sebagai penumpang.Selama ini semua tipu helah perbincangan yang digembar gemburkan adalah taktik pegawai tentera untuk mencedok keluar wang kerajaan dengan peruntukan yang tinggi.

 

Kita harus istiqamah.Kekalkan Muqawwamah  bissilah kita.Hancurkan lebih banyak Humvee dan Soldadu -soladau.Goncang kan bumi ini sehingga mereka melutut.Bakar kem-kem mereka. Dunia akan melihat ketentuan allah swt diatas apa yang mereka tak sangka selama ini.  Insyaalah!.

Advertisements