OIC,Rakyat dan Pejuang Patani

Lapuran dari Bangkok dan pelbagai sumber-sumber lain mengesahkan bahawa pihak OIC telah mengadakan perjumpaan dengan wakil-wakil pejuang Patani dan individu-individu tertentu. Perjumpaan ini di buat atas alasan untuk memenuhi Resolusi  1/37-MM perenggan operatif no 16-22 yang di buat di Dushanbe ,Tajikistan oleh Menteri-menteri Luar Negara angguta OIC dalam mesyuarat yang Ke-37 pada 18-20- MAY 2010.

Beberapa perjumpaan telah di buat di beberapa Negara-negara Islam. Perjumpaan ini di pengerusi oleh Talal Daous  Pengarah Muslim Minorities and communities Department. 

Implikasi dari perjumpaan ini menimbul pelbagai reaksi dari para pejuang. Walaupun pihak pejuang tidak ada yang menbuat komentar selepas persidang itu namun satu tanda tangan telah dibuat oleh seluruh yang hadhir keatas satu memorandum  yang di bawa masuk oleh OIC .

Kita percaya mereka-mereka yang hadhir ini cukup  berhati-hati supaya tidak terperangkap seperti apa yang pernah berlaku di Langkawi 2006 dulu. Walaupun  tujuan yang dijelaskan oleh wakil OIC itu amat baik untuk pejuang-pejuang ; iaitu untuk memboleh kan semua pejuang bersefahaman(bukan bersatu) dalam satu suara diatas apa-apa isu yang bakal timbul; namun dalam memorandum yang ditandatangan oleh yang hadhir itu termasuk perkara tertentu dalam Resolusi itu perlu di teliti. Terutamanya perkara  17 dan 18 dari Resolusi 1/37-MM  Iaitu :- di perturun kan dari bahasa asal

 17- Affirms that these objectives are achievable through a process whichwould involve the representatives of Muslims in Southern Thailand and relevant segments, such plan be accompanied by a national reconciliation;

 18. Requests the Secretary General to continue his contacts with theGovernment of the Kingdom of Thailand to develop bilateral relations and to urge it that the Government’s plan for the improvement of the situation of Muslims in Southern Thailand include the realization of the legitimate aspirations of the Muslims there with a view to implementing the Government’s plan to address the root causes of the problem as contained in the RES. 1/37-MM Joint Press Statement issued at the end of the visit of the Secretary General to Thailand on 1st May 2007, and calls upon the Member States enjoying close relations with Thailand to support the efforts of the Secretary General in this regard;

 Perkara yang menyatakan ’ such plan be accompanied by a national reconciliation’ ini boleh memerangkap kita supaya tunduk dengan kehendak penjajah Thai supaya kita menutup terus aspirasi kemerdekaan penuh!!!. Dan dalam perkara 18 juga memaksa kita menyelesai masaalah mengikut selera yang di tetap oleh penjajah Thai.

 Seolah-olah perundingan diantara pejuang dan Penjajah Thai ini satu ajenda yang telah diatur oleh mereka yang ada kepentingan keatas bumi Patani.

Jika benar lah perkara ini berlaku berma’na tidak ada siapa-siapa yang benar-benar berminat menyelesaikan masaalah Patani mengikut kehendak rakyat tempatan.Penyelesaian ini hanya untuk memenuhi hasrat negara-negara yang berminat untuk memfaraidh kan kekayaan Patani sahaja!!! Justeru itu Pejuang dan Rakyat Patani jangan dipersalahkan jika kami enggan pergi kemeja perundingan. Kami telah berjuang lebih 200 tahun sendirian,dan tak pelik jika kami mampu sabar dan bertahan beberapa lama lagi walaupun terpaksa menghadapi segala kezaliman dan tekanan dalam serba kekurangan. Kerana ketahanan dan kesabaran kami adalah sifat kebergantungan kepada Allah swt sepenuhnya.

Walau bagaimana pun tidaklah berma’na kami menolak usaha OIC untuk memberi ruang kepada kami untuk bersuara melalui forum antarabangsa, khasnya persidangan OIC sendiri. Sudah tiba masa nya OIC memberi ruang kepada rakyat Patani sekurang-kurangnya sebagi taraf pemerhati dalam mana-mana persidangannya. Kalau penjajah Thailand yang menjadi musuh umat Islam Patani diberi ruang sebagai pemerhati, Apa salahnya kami di beri ruang bersuara berdasarkan suara kami yang sebenar oleh wakil yang kami lantik.Itupun kalau OIC benar-benar ingin mendengar suara sebenar rakyat Patani.

Kita tahu walaupun OIC hanya merupakan harimau kertas, tetapi diatas nama kesatuan Islam sejagat kami bersedia memberi ruang.Tidak ada apa-apa hasil yang di harapkan, hanya sekadar memberi dunia Islam tahu apa sebenar yang diperjuangkan oleh rakyat Patani.

Walau apa terjadi dan apa usaha yang dijalankan oleh pihak-pihak tertentu rakyat dan pejuang Patani harus menjadikan ajenda kesatuan sebagai yang paling utama.Semoga pihak-pihak yang sentiasa berusaha berdamai dengan penjajah Thai melalui orang tengah hendaklah berhati-hati dalam tindak tandup dan kata-kata mereka supaya tidak mencurigai pejuang-pejuang dibarisan hadapan!!!

Insyaallah dalam masa terdekat semua pejuang-pejuang akan bergerak dalam satu suara dan satu tindakan(bukan satu Malaysia). Tambahan pula Penjajah Thai semakin hari semakin lemah.

 Dalam ruang ini juga Pihak Patanikini ingin mengambil kesempatan mengucapkan Selamat Hari Raya Idul Adha kepada seluruh rakyat dan pejuang Patani.Insyaallah sejarah pengorbanan Ibrahim a.s dan Ismail a.s akan menjadi inpirasi kepada pengorbanan kita semua.

Allahu Akbar Allahu Akbar Allahu Akbar walillah ilhamd.

40 Responses to OIC,Rakyat dan Pejuang Patani

  1. Pak Patani says:

    Pihak yang mengambil kesempatan terus memperbesar-besarkan perang mulut yang berlaku antara ahli sebuah Parti politik Patani dengan pemimpin tua merekasehingga tergamak meminta agar orang tua memberi laluan kepada generasi muda memimpin parti berkenaan. Saat-saat inilah yang paling ditunggu-tunggu oleh mereka yang menahan lukah di pergentingan. Perkara ini adalah suatu yang biasa dalam politik. Saling ingat mengingati barulah ada check and balance. Tetapi ia terus berlarutan seolah-olah tidak kesudahan. Orang lain bertepuk tangan melihat kita bertelingkah dalam serba-serbi.

    Sikap terlalu defensif tidak akan menyelesaikan masalah. Lebih baik dibawa berbincang, kerana itu lebih menepati kehendak Islam dan membawa banyak manfaat kepada perpaduan nasional Patani.

    Cukup sudahlah kita berpecah disebabkan oleh perbezaan parti politik dan ideologi, janganlah pula terbawa-bawa kepada sentimen sebegini. Bincanglah apa yang betul, apa yang salah, daripada menuding jari siapa yang betul, siapa yang salah. Cerminlah diri masing-masing, apakah sumbangan kita selama ini?

    Sudahkah kita lupa kata-kata seorang ahli falsafah Cina yang berbunyi, jika anda mahu menjadi pemimpin yang disegani, terlebih dahulu pastikan keluarga sendiri berada dalam keadaan baik. Bagi memastikan keluarga sendiri baik, pastikan diri sendiri perlu baik. Bagi memastikan diri sendiri baik, pastikan hati dijaga demgan baik. Bagi memastikan hati sentiasa baik, ia perlu bermula dengan keikhlasan. Cuba tanya pada diri kita, apakah kita ikhlas menjadi seorang pemimpin?

    Nilai balik apakah sumbangan kita kepada agama, bangsa dan negara? Atau mungkinkan penyertaan kita dalam politik sekadar untuk membuncitkan perut dan membesarkan poket? Inilah pertanyaan-pertanyaan yang perlu dijawab oleh setiap pemimpin yang memikul amanah rakyat, tidak kira siapa. Jika ada jawapannya, tidak perlulah terlalu risau akan orang lain risaulah diri sendiri dahulu.

    Seringkali kita dengar, mereka yang menyertai politik, tidak ada agenda agama, bangsa dan masa depan negara. Agenda utama mereka adalah untuk mendapatkan kuasa dan pangkat, setelah itu mudah untuk mendapatkan pengaruh untuk peribadi. Pemikiran seperti ini perlu dibuang jauh-jauh jika ada.
    Jika tidak, kita akan menjadi bahan kutukan orang. Orang ramai sudah tidak mampu lagi mendengar kata-kata seperti, “keluarga sendiri berpecah belah, tidak terjaga, bagaimana nak jadi pemimpin dan , menjaga rakyat”. Inilah kata-kata sindiran yang selalu kedengaran.

    • imbalo says:

      Tidak juga mesti seperti itu… contoh Nabi Allah Nuh alaihisalam….. toh ratusan tahun berdakwah tak membuat isteri dan anak nya turut nya serta…

      Bukan keluarga yang menjadi patokan …..

      • abduhu mukhlis says:

        anak muda patani telah dimamah siam, yang jernih dituba bagai ikan disungai, hanyut, longlai di tepi jalan, mati tiada harga bak kekatak. dadah diedar sebagai gulagula, anak ptani mabuk dan rebah. yang tua berilmu dikejar peluru, yg segar intelek dipaksa mengaku, fahamilah rakyat patani. Ramai umat melayu tak faham erti jajahan patani, tak seperti belanda, ta sama inggeris, siam adalah israel, tiada penghujung kecuali mati dan merdeka… aminn

  2. isma says:

    slamat menyambut aidhuladhha buat semua. moga kita semua akn mengambil pengajaran pd pngurbanan nabi Ibrahim dn nabi Ismael alsm sbgai prinsip perjuangan kita dlm mnhadapi musuh yg terang lagi nyata kafir siam laknatullah. harapan, moga pejuang2 kita akn terus mningkatkan perjuangan ini. dmana hari ini smakin sepi dan lemah. dlm mengatur strateji. kemenangan akn pasti dgn smangat juang yg istiqomah… Allahuakbar…Allahuakbar…Allahuakbar…

  3. mujahidin says:

    Saya rakyat Malaysia. Jika saya berminat untuk berjihad di Patani, bagaimana caranya untuk saya menyertai kumpulan mujahidin di sana? Ini soalan serius, bukan main-main.

    • hamdeepatani says:

      berjihad di patani sekarang di pimping uleh brn-co
      cara untuk menyertai sukar sedikit kerana rahsia.
      sebab kalau tak ruhsia mudah terbunkar kepada siam
      laknatullah. tetapi awak berduaa lah semuga perjuangan kami berjaya22222222222

  4. watan says:

    Salaam Edil Adha kpd semua Melayu Islam dn Orang Islam sedunia

    Saudara ku cuba kamu renung dng pemikiran yg waras mengapa oic mnerima nagara kafir siam Laknatullah sebagai pemerhati dlm sidang oic manakala kumpulan perjuangan Islam Patani tiada hak nya ??????????
    Apa persutujuan yg mereka buat dlm mesyuarat di Tajikistan ?
    Ini tak ada kena mengena dng orang Islam Patani.
    Sebab orang Patani tak ada wakil pon di dalam nya….

    Wassalam

    • مجاهد الفطاني says:

      النصر الحقيقي هو نصر من الله. ليس النصر من منظمة المؤترالاسلامي. وانما المنظمة وسيلة لوصول الى مباحثات بين مجاهدي الفطانيين وحكومة تايلاندية الملعونة. لدلك نحن شعب الفطاني ان نجاهد في سبيل الله حتى وجدنا نصر من الله . او وجدنا الشهيد. أمين يا رب العالمين

  5. Salam 1 Nusantara…

    Berdasarkan perjanjian bangkok, 1909… adakah benar perjanjian tersebut telah terbatal pad thn 2009 setelah 100 thn d mana bhumi patani bebas dr naungan siam…

    “Tamra di Benua Terengganu”
    “Persiapan dari Madinah Timur”

  6. CuCapra hehe says:

    Assalamualaiku. Cu nak kecep sikit nih..!
    Kasihan belasnya orang Patani, sudah kena jajah dihina orang pula. Takdok orang nak tulung,yang ada hanya puak nak cari makan nak wi bucit perut saja. ambil nama bejuang buat cari makan. puak hak bejuang sungguh tu duk perang dengan siam di tanah air. puak hak dukgi besidang situ sini tu puak hak nak bucit peruttttttttttttttttttt.
    Betul kedok cu kata nih.sebab cu tengok hak duk tanda tangan dalam sidang tu, puak hak caprai-caprai saja.
    maaf semua wih hari raya nih.

  7. Pok Cik Loh says:

    Salam Buat semua Saudara.

    Pok cik nok bekongsi ilmu dan pengalaman sikit nih..Sebut Hal OIC turut amek bicara hal PATANI..satu segi nampak ada perkembangan yang molek..Di sudut lain..POk cik ada rasa risau dan tak sedap hati weh..jadi OIC kena main emgikut telunjuk Siyae jor..Pah Hok dok gi bersidae sama OIC pon jadi Tak Berani nok,bersuara Aspirasi Umat Islam Melayu patani..kalu gitu napok sangat lah..kito ning jadi Broker Perang samcae hok siyae dok kata tuh..

    ..Kalu Kita Tak boleh nok menambah Saham dalam kemenangan Dalam perjuangan kemerdekaan..Pok Cik kata dok diyae diyae lagi baguih..bagi Laluan dan bagi Support kepada Anak MUDA berjiwa PERWIRA di Ranah Berkah terus Menuntaskan Musuh..Itu Adalah satu sikap Yang lebih MULIA dan Lebih JANTAN.

    Maaf wehh,,kalu ada tersetuh perbadi sapor sapor..

    Berjuang terus ..Wahai Anak Muda berjiwa PERWIRA.

    .

  8. raja hijau says:

    saya ingin beri tahu politic semasa sedikit.
    1- sekarang siam di tekang dan keritik berat uleh inter nasional crisis group. bahawa siam terlalu zalim terhadap rakyat patani darussalam.
    2- oic telah membuat dua kali perjumpaan dengan wakil-wakil patani. untun mencari jalan supaya patani aman.
    3- baru2 ini persatuan antara bangsa genewa swisland megatakan bahawa. masaalah patani adalah masaalah antara bangsa bukan masaalah dalaman sebagai dawaan siam.
    4- sekarang siam laknatullah sangat2 lemah. dalam mecari keamanan di patani.sebab gerila patani lawan habis habisan .
    5- harta siam yang habis di patani semenjak tahun 2004-2010 hapir 220.000.000.000.000 kob
    ……..uleh itu kita rakyat patani sedarlah bahawa patani tetap merdeka . sekiranya kita tahan lasak ..bersatu..yakin kepada allah….
    patani tetap merdeka tak lama lagi insaaalah

  9. Jalalani says:

    Allhamdulillah, Tuhan dah mulai buka matahati ewbmaster patanikini, kerna pertama kali sy baca dan terasa nak baca lagi, yg dahulu sy fikir webmaster patani kini adalah pengkianat pemjuang dan pertubuhan kalin, Allahuakbar .Allahuakbar

  10. Syahdan says:

    Assalamu’alaikum wr.wb.
    Saya rasa khawatir dan sangat-sangat kurang yakin dengan Lembaga OIC, walaupun statusnya tingkat internasional, tapi tak ubah harimau kertas yang hanya sekadar menghias dinding rumah saja. Tak pernah dapat selsai permasalahan umat islam di mana saja, jangankan di Patani, di negeri Arab sendiripun belum pernah terbukti, permasalah Pelastin sudah hampir satu abad, Kashmir, Darpu Sudan, Moro, Chisnia dan di mana saja.
    Yang dikhawatirkan takut-takut OIC diperalat oleh penjajah Siam Thai untuk menamatkan revolusi di Patani.
    Cuba pakat-pakat pikir wihhh.

  11. hhhhjjjjjjjj says:

    betul kata syahdan tu.
    oic adalah alat siam.

  12. Cik Loh says:

    Sungguh weh
    OIC ning gamok ko nok tulung orang Taning, kena ko nya tulung kafir Siam. orang taning duk juwae nok wi bangat merdeka, oic mari suruh damai nok wi taning duk dengan siam lagi.
    berat sunguh weh oic ning tak paka po skaro.
    sunguh kedok cik kata nih, kalu tak keno maaf gatik weh.

  13. bluediamond says:

    kalau orang Melayu Patani begitu bijaksana..sekarang adalah masa yg paling sesuai untuk merdeka kerana siam semakin lemah sekarang…reputasi siam diperingkat antarabangsa begitu teruk sekarang….negara Siam sedang menunggu saat perpecahan selepas Raja Bangkok yg tua mati nanti…

  14. budakkampong says:

    Saya pon nampak seperti saudara Jalalani yang mengatakan webmaster Patanikini sebelum ini dilihat sebagai pembawa fitnah yang penuh dengan perasaan dengki pada kejayaan orang lain, kali ini saya juga nampak sudah berubah sikap… baguslah tu
    Tapi kalau beliau tidak menyebut perkataan kami adalah lebih baik sebab ia mengelirukan.
    Siapakah yang diwakili oleh wmpkini? sehinggi berani menggunakan perkataan (kami) seolah-olah dialah satu-satunya juru cakap rakyak Patani, ini tidak tepat sekali.
    Nasihat beliau memang baik supaya wakil-wakil pejuang Patani berhati-hati dengan inisiatif OIC ini.
    Tapi bagi saya ia terlalu awal untuk diberi komen, sabab dia ada baik dan buruknya. Yang baiknya ia telah menjadikan Siam begitu kelam kabut melihat perkembangan ini, yang buruknya pula Siam lebih berhati-hati untuk terus menghapuskan kita.
    Saya nak minta yang selalu menentang proses seperti cuba berfikir perkara berikut:
    1. Adakah perjuangan Patani boleh mencapai kehendaknya dengan hanya bergantung kepada kekuatan senjata semata-mata?
    2. Adakah perkembangan seperti ini kita biarkan ia berlalu dengan tidak disertai oleh kita?
    3. Adakah wujud perjuangan kemerdekaan seperti kita ini (yang dikatagorikan sebagai kaum minoriti dalam masyarakat yang lebih besar)berjaya mencapai cita-citanya tanpa melalui proses perbincangan, dialog dan rundingan yang tersusun?
    4. Adakah menjadi kesilapan kepda pejuang yang menggunakan cara lain dari memegang senjata?
    5. Apakah menjadi satu kesalahan kalau ada pihak-luar datang membantu bagi mengenengahkan perjuangan Patani keperingkat antarabangsa?
    (a) Apa akan terjadi kalau hanya jawapan (ya),
    (b) Apakah kerugian kalau jawab (tidak)
    Saya dapat buat kesimpulan bahawa: si (a) tidak berpijak pada bumi yang nyata, yang ada ialah takut dan terus tak berbuat apa-apa, bukan setakat itu cuba memfitnah sana sini

  15. paklah says:

    sekarang bukan era oic lagi,oic dah burkubur dan mayat berjalan,,,dari du kita dh bergantung dgn oic,apa yg kita dapt?0000000 dan omong 00000000
    ambil iktibrlah dari dulu,
    teruslah wahai revolusinir kalian.jgn peduli orng yg tak faham dan tak ambil iktibar dari dulu,
    karana merika itu mayat2 tak ada roh dlm jiwa merika,merika hanya ombong kosong tak pijak alam nyata dalm jihad kemerdikaan…
    teruslah wahai pejuang revolusinir, era kamulah era yg bulah bawa kemerdikaan sejati.

  16. budakkampong says:

    Syabas saudara Paklah di atas sikap seorang pejuang revolosinir yang kental.
    Tapi Paklah kena ingat, dalam zaman moden ini tidak ada penyelesaian mana-mana konflik yang hanya boleh bergantung kepada kekuatan senjata sahaja walau sekuat mana kita, lihat sahaja Amereka kecundang di vietnam, Iraq dan sekarang meronta-ronta kesakitan di Afghanistan pula.
    Bersenjata ialah perlu untuk menjadi kuasa tawar menawar kita.
    Dari kita tak dapat langsung, biar kita dapat sesuatu dahulu, lepas itu kita bina kekuatan kita mengikut kehendak kita dan norma-norma sejagat bagi mencapai cita-cita besar kita kemudian hari, kalau kita lepaskan peluang seperti ini, orang lain yang bukan dari kalangan pejuang akan mengisi keperluan ini…. percayalah
    Bersemangat itu penting tapi biarlah kita lihat lebih jauh dan luas sedikit dan berdirilah di atas bumi yang nyata.

  17. pakrvls says:

    Al-Faatihah…Prof. Dato’ Dr. Nik Anuar Nik Mahmud Sejarawan Patani dan Sejarawan Bangsa Melayu

    http://ummahpatani.blogspot.com/2010/12/al-faatihahprof-dato-dr-nik-anuar-nik.html

  18. Jalalani says:

    Alhamdulillah nampakNya pengarah webmaster patani kini dah mulai terbuka mata hati mulai hendak cuba beri songkongan terhadap apa saja yang akan cuba hendak menyelesaikan masalah di Patani , mungkin beliau dah mulai sedar diri kata dengan perasaan megah dan ego dia itu akan bertambah rusak ummah patani dan harus sedar kata sebutir kepala saja.

  19. abu fatoni says:

    Saudara Jalalani ni saya rasa samaada termasuk dalam golongan tolol yang tak ada pekerjaan atau pemakan upah golongan monyet tiga serangkai dalam Pulo yang terkenal tu…..

  20. ddddd says:

    pulo tu tak buat apa pun? cari baplisiti saja oooooo

  21. bbbbb says:

    Siapa monyet tiga serangkai pula?, kenapa emosi sangat berilah alasan yang munasabah, cakap macam budak pendek akal saja.
    Setakat saya ikut perkembangan perjuangan Patani saya nampak PULO antara gerakan Pembebasan Patani yang banyak disebut di merata dunia,yang aktif dalam hubungan anatara bangsa, kalau betullah seperti kata d5 dunia terlalu bodoh boleh ditipu oleh PULO kerana terus memberi publisiti percuma dan berterusan, bodohnya dunia ni pulo dapat senang-senang tipu dia!.
    Lebih-lebih lagi setelah kerjasama antara pulo-brn-c kedua gerakan ini saling lengkap melengkapi antara satu sama lain.
    Sila b5 tunjukan gerakan mana yang diterima oleh BRN-c sebagai yang terkuat di medan tempur untuk menjalinkan kerjasama yang luar biasa, atau b5 nak kata BRN-c juga ditipu oleh Pulo.
    Dua fakta di atas sudah membatalkal hujah d5, d5 hanya bercakap 000000 tanpa bukti, selain dari menggunakan bukti irihati dan kejahilan semata-mata.
    berpijaklah sikit di bumi nyata.

  22. papa says:

    Papa rasa Pulo ni bijak benar, dalam keadaan dia tak buat apa-apa pon dunia selalu sebut dia, kalau dia buat kerja lagi akan jadi lebih hebat dia.
    Pulo ni banyak duit kerana Jalalani diupah oleh dia

    Takdak benda lain ko saudara semua nak tuduh menuduh, berilah saranan yang berguna sikit untuk kemajuan Patani, jangan main nak hentam orang saja.

  23. minta tulung says:

    Wahai saudara ku yg seagama dan sebangsa ingatlah, Jatuhnya Islam kerna Ummahnya sendiri dan jatuhnya juga Patani kerna Ummahnya sendiri oleh itu, saya ingin cadangkan supaya kita buatlah apa saja demi membina Ummah dan jauhilah kita dari tuduh menuduh dan fitnah memfitnah diantara satu sama lain serta menerimalah kita kepelbagaian pendapat dan yang penting apa yang dibuat dan diucap itu dapat melemahkan musuh kita serta mendapat keredhaan Ilahi, jangan berperagai macam abu Fatoni beliau lebih marah kepada PULO lagi berbanding dengan penjajah Siam Laknatullah itu dan sedikit cadangan untuk memertabatkan Ummah langsung tidak ada.Angaplah wahai moyet PULO, apa yang dicap oleh abu Fatoni itu semata mata menunjukkan keberkesanan kerja buat saudara saudara untuk Ummah kita maka terus sajalah kerja buat saudara saudara itu dan percayalah bahawasa segala galanya Allah lebih mengetahui.

  24. namasaya says:

    kejayaan revolusi rakyat patani BRN hari ini sangat mmbangakan, banyak ghanimahhh PERANG dan rampasan perang merika dpt melalui projik2 dan duit2 yg turun ke bumi patani,setiap lapisan rakyat patani dpt perkara itu.itulah jasa BRN YG perlu kita semua bersukor dan terima kasih kpd mereka, maka insaallah dgn usaha gigih merika suatu hari kita akn dpt kemerdekaan…amin ya rabb.. sabarlah kalian insaalah cahaya akan menyinar di bumi kita
    wslmmmm

  25. budakkampong says:

    Amin. ya Rabbal Aalamin!
    Kejayaan BRN adalah kejayaan kita semua
    Semuga kejayaan-kejayaan seperti ini dapat diperluaskan lagi skop dan bidangnya biar ia lebih menyeluruh yang dapat meliputi semua bidang perjuangan kita, lebih-lebih lagi dalam keadaan Siam yang kelamkabut seperti sekarang ini.
    Era baru perjuangan Patani sudah bermula dengan rancaknya, ayoh sama-sama kita mengambil bahagian masing-masing setiap orang ada peranannya tapi biar melalui organisasi masing-masing, jangan bertindak sendirian.
    Lihat dan ambil yang positif hindar dan buangkan yang negatif.
    Yang kuat membantu yang lemah, yang lemah bersedia mempelajari dari yang kuat, setiap organisasi ada kelebihannya, maka akuilah kelebihannya dan berikanlah keyakinan kepada organisasi mereka, bersedia untuk bertolak ansur sesama kita, kerana cara kita berfikir berbeza, cara kita bertindak pelbagai, bidang kerja kita berlainan tapi kita semua tetap menuju ke destinasi yang sama menghadapi ranjau dan duri yang sama, maka birlah selera kita sama walaupun makanan berbeza, mimpi kita sama walaupun di atas katil yang berlainan.

  26. budak2 says:

    sebab pa taning tak merdeka lagi… cuba pakat buat kajian
    gatek weh..,.lepas tu pakat cari jale bersama. ning dok kata mung ku.nyanyo ore muda2 hk dk belawe……. hk tua2 hmmmmmm malas nk kata pe….

  27. papa says:

    Sungoh weh budak2… biya sumo pakat caghi jale, hak dok wak keghja tak kigholah muda ko tua kito pakat sokong supaya keghjo dio maju lagi sokong dio buat lagi, jange dok kata gitu kata gini hak oghe buat dah.
    kalu sumo pakat buat jadi weh, jange niat saja, jange kecek saja, tak pana kita belaja, banyok oghe nak aja ghoyak ko kito, cuma nak ko takse, kade2 takut nak buat, kalu kecek, jange sedak, lepong2 ajak buat tu buat ning, nati dulu, masa kecek sadap bena kalah oghe lain, dio soghe jah pana, tapi ….takdok gapo satu.

  28. RIMEUNG PUTEH says:

    يآأَيُّهاَ الَّذِيْنَ آمَنُوا إِذاَ لَقِيْتُمُ الَّذِيْنَ كَفَرُوا زَحْفاً فَلاَ تُوَلُّوْهُمُ اْلأَدْباَرَ. وَمَنْ يٌوَلِّهِمْ يَوْمَئِذٍ دُبُرَهُ إِلاَّ مُتَحَرِّفاً لِقِتاَلٍ أَوْ مُتَحَيِّزاً إِلَى فِئَةٍ فَقَدْ بآءَ بِغَضَبٍ مِّنَ اللهِ وَمَأْوَاهُ جَهَنَّمُ وَبِئْسَ الْمَصِيْرُ

    “Hai orang-orang yang beriman, apabila kamu bertemu dengan orang-orang kafir yang sedang menyerangmu, maka janganlah kamu membelakangi mereka (mundur). Barangsiapa yang membelakangi mereka (mundur) di waktu itu, kecuali berbelok untuk (siasat) perang atau hendak menggabungkan diri dengan pasukan yang lain, maka sesungguhnya orang itu kembali dengan membawa kemurkaan dari Allah dan tempatnya ialah neraka jahannam. Dan amat buruklah tempat kembalinya.” (Al-Anfal: 15-16)..

    Ya ALLAH, TUHAN kami, Segala Kepujian dan Kebesaran Hanya milikMU,
    Ya ALLAH, Yang Maha BERKUASA atas segalanya,
    Yang Maha BESAR dan Maha TINGGI,

    Kami memohon dari KEBESARANMU dan KEKUATANMU, Ya ALLAH,
    Berilah Kemenangan kepada Para Pejuang Islam yang ikhlas di jalanMU, Amiin,
    Ya ALLAH, Semoga ENGKAU Senantiasa di sisi mereka, Amiin,
    Ya ALLAH, Semoga ENGKAU Senantiasa bersama mereka, Amiin,

    Ya ALLAH, ENGKAU Berilah Kemenangan kepada mereka, Amiin,
    Ya ALLAH, ENGKAU Berilah Kekuatan kepada mereka, Amiin,

    Ya ALLAH, Semoga ENGKAU Senantiasa Membela, Memelihara dan Melindungi mereka, Amiin,
    Ya ALLAH, TUHAN kami, Satukan hati, pemikiran dan pandangan mereka, Amiin,
    Ya ALLAH, ENGKAU Fokuskan Matlamat Perjuangan mereka, Amiin,
    Ya ALLAH, ENGKAU Gabungkan Kekuatan dan Hujah-Hujah mereka, Amiin,

    Ya ALLAH, ENGKAU Tetapkan Hati dan Pendirian mereka, Amiin,
    Ya ALLAH, ENGKAU Kuasai musuh-musuh mereka, Amiin,
    Ya ALLAH, ENGKAU Kuasai musuh-musuh mereka, Amiin,

    Ya ALLAH, TUHAN kami, ENGKAU Kuasai musuh-musuh Islam, Amiin,
    Ya ALLAH, ENGKAU Lemahkan dan ENGKAU Kalahkan musuh-musuh Islam, Amiin,
    Ya ALLAH, ENGKAU Pecah-Belahkan kesatuan musuh-musuh Islam, Amiin,

    Ya ALLAH, ENGKAU Lunturkan semangat dan moral musuh-musuh Islam, Amiin,
    Ya ALLAH, ENGKAU Lemahkan kekuasaan dan cengkaman musuh-musuh Islam, Amiin,
    Ya ALLAH, ENGKAU Lemahkan kekuatan tentara musuh-musuh Islam, Amiin,
    Ya ALLAH, ENGKAU Lemahkan ekonomi musuh-musuh Islam, Amiin,
    Ya ALLAH, ENGKAU Campakkan Ketakutan yang amat sangat dalam hati musuh-musuh Islam, AMIN YA RABBAL’ALAMIN……..

    TERUSLAH BERJUANG SAUDARAKU,,,ALLAH BERSAMA KITA JAGAN TAKUT MATI DEMI MEMBELA AGAMA ALLAH,HANYA KEPADANYALAH TEMPAT KITA KEMBALI….
    TAKBIR..الله أكبر…TAKBIR..الله أكبر..TAKBIR..الله أكبر.MERDEKA PATANI.TERIMAKASIH..ASSALAMU’ALAIKUM..WR WB..

  29. Berita Terbaru…

    […]OIC,Rakyat dan Pejuang Patani « Patanikini[…]…

  30. Valuable info. Lucky me I discovered your site by accident, and
    I’m shocked why this coincidence did not happened earlier! I bookmarked it.

  31. Howdy! This is my first visit to your blog!

    We are a collection of volunteers and starting a new initiative in a community
    in the same niche. Your blog provided us useful information to work on.
    You have done a extraordinary job!

  32. I every time spent my half an hour to read this weblog’s articles everyday along with a cup of coffee.

  33. Hi there, just wanted to say, I enjoyed this article.
    It was funny. Keep on posting!

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: