OIC,Rakyat dan Pejuang Patani

November 14, 2010

Lapuran dari Bangkok dan pelbagai sumber-sumber lain mengesahkan bahawa pihak OIC telah mengadakan perjumpaan dengan wakil-wakil pejuang Patani dan individu-individu tertentu. Perjumpaan ini di buat atas alasan untuk memenuhi Resolusi  1/37-MM perenggan operatif no 16-22 yang di buat di Dushanbe ,Tajikistan oleh Menteri-menteri Luar Negara angguta OIC dalam mesyuarat yang Ke-37 pada 18-20- MAY 2010.

Beberapa perjumpaan telah di buat di beberapa Negara-negara Islam. Perjumpaan ini di pengerusi oleh Talal Daous  Pengarah Muslim Minorities and communities Department. 

Implikasi dari perjumpaan ini menimbul pelbagai reaksi dari para pejuang. Walaupun pihak pejuang tidak ada yang menbuat komentar selepas persidang itu namun satu tanda tangan telah dibuat oleh seluruh yang hadhir keatas satu memorandum  yang di bawa masuk oleh OIC .

Kita percaya mereka-mereka yang hadhir ini cukup  berhati-hati supaya tidak terperangkap seperti apa yang pernah berlaku di Langkawi 2006 dulu. Walaupun  tujuan yang dijelaskan oleh wakil OIC itu amat baik untuk pejuang-pejuang ; iaitu untuk memboleh kan semua pejuang bersefahaman(bukan bersatu) dalam satu suara diatas apa-apa isu yang bakal timbul; namun dalam memorandum yang ditandatangan oleh yang hadhir itu termasuk perkara tertentu dalam Resolusi itu perlu di teliti. Terutamanya perkara  17 dan 18 dari Resolusi 1/37-MM  Iaitu :- di perturun kan dari bahasa asal

 17- Affirms that these objectives are achievable through a process whichwould involve the representatives of Muslims in Southern Thailand and relevant segments, such plan be accompanied by a national reconciliation;

 18. Requests the Secretary General to continue his contacts with theGovernment of the Kingdom of Thailand to develop bilateral relations and to urge it that the Government’s plan for the improvement of the situation of Muslims in Southern Thailand include the realization of the legitimate aspirations of the Muslims there with a view to implementing the Government’s plan to address the root causes of the problem as contained in the RES. 1/37-MM Joint Press Statement issued at the end of the visit of the Secretary General to Thailand on 1st May 2007, and calls upon the Member States enjoying close relations with Thailand to support the efforts of the Secretary General in this regard;

 Perkara yang menyatakan ’ such plan be accompanied by a national reconciliation’ ini boleh memerangkap kita supaya tunduk dengan kehendak penjajah Thai supaya kita menutup terus aspirasi kemerdekaan penuh!!!. Dan dalam perkara 18 juga memaksa kita menyelesai masaalah mengikut selera yang di tetap oleh penjajah Thai.

 Seolah-olah perundingan diantara pejuang dan Penjajah Thai ini satu ajenda yang telah diatur oleh mereka yang ada kepentingan keatas bumi Patani.

Jika benar lah perkara ini berlaku berma’na tidak ada siapa-siapa yang benar-benar berminat menyelesaikan masaalah Patani mengikut kehendak rakyat tempatan.Penyelesaian ini hanya untuk memenuhi hasrat negara-negara yang berminat untuk memfaraidh kan kekayaan Patani sahaja!!! Justeru itu Pejuang dan Rakyat Patani jangan dipersalahkan jika kami enggan pergi kemeja perundingan. Kami telah berjuang lebih 200 tahun sendirian,dan tak pelik jika kami mampu sabar dan bertahan beberapa lama lagi walaupun terpaksa menghadapi segala kezaliman dan tekanan dalam serba kekurangan. Kerana ketahanan dan kesabaran kami adalah sifat kebergantungan kepada Allah swt sepenuhnya.

Walau bagaimana pun tidaklah berma’na kami menolak usaha OIC untuk memberi ruang kepada kami untuk bersuara melalui forum antarabangsa, khasnya persidangan OIC sendiri. Sudah tiba masa nya OIC memberi ruang kepada rakyat Patani sekurang-kurangnya sebagi taraf pemerhati dalam mana-mana persidangannya. Kalau penjajah Thailand yang menjadi musuh umat Islam Patani diberi ruang sebagai pemerhati, Apa salahnya kami di beri ruang bersuara berdasarkan suara kami yang sebenar oleh wakil yang kami lantik.Itupun kalau OIC benar-benar ingin mendengar suara sebenar rakyat Patani.

Kita tahu walaupun OIC hanya merupakan harimau kertas, tetapi diatas nama kesatuan Islam sejagat kami bersedia memberi ruang.Tidak ada apa-apa hasil yang di harapkan, hanya sekadar memberi dunia Islam tahu apa sebenar yang diperjuangkan oleh rakyat Patani.

Walau apa terjadi dan apa usaha yang dijalankan oleh pihak-pihak tertentu rakyat dan pejuang Patani harus menjadikan ajenda kesatuan sebagai yang paling utama.Semoga pihak-pihak yang sentiasa berusaha berdamai dengan penjajah Thai melalui orang tengah hendaklah berhati-hati dalam tindak tandup dan kata-kata mereka supaya tidak mencurigai pejuang-pejuang dibarisan hadapan!!!

Insyaallah dalam masa terdekat semua pejuang-pejuang akan bergerak dalam satu suara dan satu tindakan(bukan satu Malaysia). Tambahan pula Penjajah Thai semakin hari semakin lemah.

 Dalam ruang ini juga Pihak Patanikini ingin mengambil kesempatan mengucapkan Selamat Hari Raya Idul Adha kepada seluruh rakyat dan pejuang Patani.Insyaallah sejarah pengorbanan Ibrahim a.s dan Ismail a.s akan menjadi inpirasi kepada pengorbanan kita semua.

Allahu Akbar Allahu Akbar Allahu Akbar walillah ilhamd.

Advertisements