Selamat menyambut Ramadhan Al Mubaraq

1 hb Ramadhan 1431

Salam dari Patanikini dan selamat berpuasa bagi ummah Patani walau dimana saja berada. Semoga bulan Ramadhan tahun ini akan menambah kan lagi kerahmatan yang allah swt sentiasa curah kapada bangsa ini. Dengan kita berebut-rebut mengambil peluang dibulan ini sebagai tetamu allah swt dan memperbanyak bacaan alquraan alkarim, solat malam,bermunajat dengan lenangan airmata dan menghitung kembali dosa-dosa yang telah banyak kita lakukan. Kita bermohon allah swt supaya jangan lah menghisab dan menghukum kita dengan keadilan nya ,tapi hukumlah dengan Rahman dan rahimnya.Telah banyak anugerah allah telah diberi yang tidak kita minta dan telah banyak dosa kita yang diampuni tanpa kita merayu.

Barisan pejuang didalam negara juga telah bermuhasabah dan memperbaharui azam bahawa perjuangan akan diteruskan selagi masih ada kekuasaan penjajah dan toghut bertapak dibumi ini. Mereka memperbaharui keazaman untuk menyambut tawaran allah swt untuk membeli nyawa dan darah mereka dengan jannah jika toghut dapat di hancur hingga keurat tunjang.

Walaupun baru-baru ini beberapa orang petualang telah mengishtiharkan genjatan senjata kearah penjajah tapi ajenda untuk mengkucar kacir saf hadapan ini tidak diambil peduli oleh para Mujahidin. Mereka dengan tidak segan silu cuba mengkucar kacir orang-orang BRN-Coordinate dengan mengishtihar bahawa satu pakatan telah dibuat dengan pimpinan BRN-C  dengan menamakan pakatan ini’Patani Malay Liberation Movement’. Bukan sahaja perkara itu tidak wujud, bahkan seluruh pimpinan dan anggota partai mereka juga terkejut dengan perishtiharan tersebut. Bahkan Pimpinan PULO sendiri menafikan tentang kewujudan hal tersebut.Kita tidak tahu ajenda siapakah mereka ini berkerja,akan tetapi punca perpecahan terakhir dalam PULO dalam pemilihan yang lalu adalah bermula dari komplot kumpulan ini.Sehingga seluruh orang-orang tua dalam PULO terpaksa campur tangan dan berlaku sedikit keretakan.

Kumpulan ini sentiasa membuat kenyataan-kenyataan yang tidak menggambarkan kehendak Partai mereka yang sebenar.Mereka juga sering membawa lapuran-lapuran palsu kapada OIC dan melapurkan juga segala kepalsuan dan pembohongan kapada Majlis Tertinggi mereka.

Seluruh Partai dan kepimpinan perjuangan Patani harus berhati-hati dengan kumpulan ini.Yang pastinya mereka ini dapat peruntukan banyak untuk bergerak kesana kemari, tapi pasti bukan dari partai mereka.

Sekarang disana sini para pemerhati politik Patani terasa kecewa dan sering bertanya tentang kesohehan berita-berita yang datang dari golongan ini. Mereka tak ramai hanya beberapa orang yang kebetulannya teman-teman akrab sejak dari kecil lagi. Mereka ini hanya muncul ketika kerajaan Malaysia menubuhkan Task Force 2010 yang sekarang sudah berkubor.Mereka lah yang telah memutar belit kan maklumat kapada Task Force 2010 sehingga membawa kapada kegagalan badan tersebut.

Pihak kami sangat-sangat berharap semoga semua partai-partai dan para Mujahidin Patani meneruskan muzakarah diantara satu sama lain semoga kita sama-sama dapat menghalau Penjajah Thai dari bumi Patani.

Bermula lah dibulan yang penuh keampunan ini,mudah2an kita mendapat petunjuk dari allah swt.

Kita juga harus berhati dengan ajenda Barat yang mereka munkin salurkan melalui OIC dan di persetujui oleh Penjajah Thai.Mereka mendesak pemimpin Patani yang berada diluar Negara supaya menghentikan segala aktiviti Militan dengan alasan dunia sekarang hanya boleh menyelesaikan segala masaalah melalui consultation dan perundingan.Mereka berjanji akan menyokong perjuangan jika kita sanggup meninggalkan Jihad.Ini lah pra syarat OIC dan barat untuk membantu Patani. Allah swt telah memberi amaran tentang perkara ini dalam alquran alkarim Surah Almaidah ayat 53

 أأَذِلَّةٍ عَلَى ٱلۡمُؤۡمِنِينَ أَعِزَّةٍ عَلَى ٱلۡكَـٰفِرِينَ يُجَـٰهِدُونَ فِى سَبِيلِ ٱللَّهِ وَلَا يَخَافُونَ لَوۡمَةَ لَآٮِٕمٍ۬‌ۚ ذَٲلِكَ فَضۡلُ ٱللَّهِ يُؤۡتِيهِ مَن يَشَآءُ‌ۚ وَٱللَّهُ وَٲسِعٌ عَلِيمٌ (٥٤)

Dia; mereka pula bersifat lemah-lembut terhadap orang-orang yang beriman dan berlaku tegas gagah terhadap orang-orang kafir, mereka berjuang dengan bersungguh-sungguh pada jalan Allah, dan mereka tidak takut kepada celaan orang yang mencela. Yang demikian itu adalah limpah kurnia Allah yang diberikanNya kepada sesiapa yang dikehendakiNya; kerana Allah Maha Luas limpah kurniaNya, lagi Meliputi PengetahuanNya.

Amaran allah swt ini terhadap pejuang-pejuang supaya jangan peduli kepada ugutan,cemuhan dan pujukan musuh. Kerana mereka bertindak demikian kerana mereka sedang merasa.

   Perjuangan rakyat Patani masih utuh dan bertenaga

82 Responses to Selamat menyambut Ramadhan Al Mubaraq

  1. abu Sa says:

    assalamualaikum buat semua pejuang pembibasan patani.
    memang dlm perjuangan banyak liku2nya. onak dan duri pasti akan tertempuhi dijalanya. andai kecekalan dan kesabaran ada pd diri pasti tidak menjadi kberatan bagi setiap pejuang dlm menempuh mencari kemuliaan. kemenangan pasti kan tercapai dgn penuh keberkatan kemuliaan dan redho Ilahi. Allahuakhbar…

  2. kkkk says:

    merdika hanya yg rakyat patani kehandak…
    tetap merdika…
    selamat ramadan…
    bulan ibadah…
    bulan al-qur`an…
    sukran trma kasih dgn tulisan ini

  3. serai wangi says:

    Assalamualaikum wbt…kepada seluruh saf pejuang2 pembebasan Patani. Selamat berpuasa dan selamat meraih segala keberkatan dan keampunan di dalam bulan mulia ini.

    Harapan…agar seluruh Anak Patani diberikan kekuatan, kecekalan dan kesabaran dalam meneruskan liku-liku hidup perjuangan.

    Bersabar saudaraku…KEMENAGAN PASTI TIBA…!

  4. serai wangi says:

    Assalamualaikum wbt…kepada seluruh saf pejuang2 pembebasan Patani. Selamat berpuasa dan selamat meraih segala keberkatan dan keampunan di dalam bulan mulia ini.

    Harapan…agar seluruh Anak Patani diberikan kekuatan, kecekalan dan kesabaran dalam meneruskan liku-liku hidup perjuangan.

    Bersabar saudaraku…KEMENANGAN PASTI TIBA…!

  5. AnakWatan says:

    Assalamualaikum wr.wb.
    Salam Merdeka sy ucapkan kepada segenap kakitangan pejuang kemerdekaan pembebasan Patani, semoga dibulan Ramadhan al-mubaraq yg mulia ini senantiasa dirahmati Allah swt. dan melimpahkan segala kekuatan zahir dan batin, Amin.

    Kepada segenap bumi putra anak Melayu Patani..!
    dibulan yg mulya ini marilah sama-sama kita angkat tangan mohon do’a semoga Allah swt. melindungi pejuang Patani yg sedang bertugas di tanah air yang selalu berhadapan dengan segala tantangan dan ancaman serbuan musuh penjajah Siam Kafir durjana. Semoga Allah swt. memberkati dan memberi kejayaan atas segala usaha, rencana dan cita-cita mulya perjuangan umat Islam Bangsa Melayu Patani serta melemah dan menghancurkan penjajah kafir Siam di atas bumi Patani, Amin…
    Berjuang terus pantang mundur, Patani tetap merdeka.
    Allhu Akbar..!

  6. Insof says:

    Assalamualaikum…
    Salam sejahtera barakah ramadan al-mubaraq kepada semua para Mujahid Patani dan anak Melayu Patani tersayang sekalian..!

    Dalam perjuangan yg penuh dengan liku-liku pahit getir yang selalu menuntut kepada pengurbanan jiwa raga, harta benda dan segala-galanya ini, semestinya kita semua pasti salin bertegan rasa dengan penuh rasa insof dan sedar atas segala kesusahan dan pengurbanan yang telah diberi oleh para pejuang yg sedang bertukus lumus di medan perang hanya semata-mata untuk merebut kembali hak pusaka umat islam Patani, sudah hampir ribuan saudara kita telah gugur syahid di medan tempur, mereka bangkit sebagai pahlawan bangsa, mereka adalah wira negara yang telah membuktikan bahwa Melayu Patani bukanlah bangsa dayus dan pengecut, mereka telah menebus dan membela kehormatan anak bangsa Melayu Patani semua.

    Maka oleh yang demikian..! awasilah sikap dan kelakuan kita, janganlah sekali-kali kita menjadi manusia yang suka menanggut ikan di air keruh..! jangan sekali-kali kita menjadi manusia yang suka mencari kesempatan dalam kesempitan..! jangan sekali-kali kita suka menikmati diatas penderitaan titisan darah keringat orang lain..!
    Semoga Allah senantiasa merohmati kita semua, wassalam.

  7. Pata setia says:

    assalamu alaikum….
    Salam dan selamat berpuasa kepada Patani kini dan mujahideen Patani semua,
    saya seorang anak Patani bertangong jawab dan insaf bahwa ummah dan bumi Patani di jajah oleh orang kafir Siam dari 1902 di bantu oleh pengjajah English sampai hari ini.Perjuangan kemerdikaan orang Patani semengjak Ayah Hj.Solong Tohmeena,Tengku Mahmood Maidin,Tengku Yala,Hj.Amin,Hj.Karim dan Tengku Bira ini adalah bapak perjuangan yang banyak jasa terhadap perjuangan kemerdikaan Patani.
    Saya sangat bersetuju atas tulisan web.master Patani kini kali ini tentang “kumpulan ambil perluang” perjuangan2 hari ini oleh generasi baru kebanyakan berilmu dan tinggal di luar nangri khusus nya di Sweden dan di Malaysia.kumpulan 2 ini usaha ke sana-sini ke Jarkarta-Jeddah-Bahren-Manila-Europa-Kl.sanggub berjumpa dengan siapa seja asal kan agensi2 itu nak jumpa,bantu duit dan promosi nama 2 kumpulan, yang merika berjumpa di luar nangri kebanyakan di atur oleh penjajah Siam(Bekas-General askar Siam)dan agensi Yahudi yang beroperasi di Singapura.
    -kumpulan bawah tanah s.Thai(Langka suka) istihar melalui tv Siam pada 2008.
    -Kumpulan patani malay liberation movement PMLM(serepehan PULO-BRN coordinate)istihar di surat khabar siam dan tv3 Malaysia 2010 baru 2 ini.
    Dengan Bulan yang mulia Ramadan al-mubarak ini mari lah kita berdoa kepada Allah swt.sepaya perjuangan kemerdikaan sampai ke matalamat kita, harap kaji dan ambil peratian jangan sekali-kali bagi peluang kepada kumpulan 2 yang kerja sama dengan penjajah Siam dan agensi Yahudi ambil tempat.Marilah kita sama2 ambil tahu dan cari siapa kah pemimpin kumpulan2 ini? Patani mesti merdika dengan usaha orang Patani sendiri orang asing tidak ada hak..Allah swt akan bantu kita Insya Allah dan Allah bersama Yang benar.
    Allah u Akbar 3 wassam.

  8. ramadhon says:

    Salam Ramadhon kepada semua pelayar patanikini.
    Saya rasa keliru dengan fakta yang dibawa oleh WMPK dan saudara Pata setia, takkanlah pejuang-pejuang yang dikatakan itu sanggop bekerjasama dengan musuh, itu tuduhan sudah melampau, yang saya faham melalui penelitian saya mereka telah banyak melakukan kejayaan yang tak pernah boleh dilakukan oleh pejuang-pejuang sebelum ini sama ada di medan tempur atau di peringkat antara bangsa. Saya nampak WMPK dan Pata setia ketinggalan arus, maka timbulalah perasaan tak puashati, dan saya yakin kalau saudara berdua mengetahui perkara sebenar yang mereka telah lakukan saudarapun ingin buat perkara yang sama. Ubahlah sikit cara kita bertindak jangan duduk di takok lama rugilah bangsa, buatlah kelainan sikit jangn berjuang hanya berlandaskan semangat sahaja tak kemana, gunalah kebijaksanaan, strategi yang berkepakaran&berpandangan jauh, letakan diri di alam nyata jangan berkhayal, buatlah sesuatu untuk Patani, tak ada pejuang yang nak jual bangsa…mana ada percayalah itu tuduhan yang dibisik oleh syaitan semata-mata, rebutlah peluang yang ada. Takut nak rebut peluang satu sikap yang merugikan, jangan pula merebut peluang untuk bercakaran sesama sendiri inilah cara yang Siam mahu, perbuatan seperti inilah sebenarnya menjadi talibarut Siam.

  9. syabas says:

    Saya kira perjuangan Patani sudah mencapai kemajuan yang tak pernah berlaku sebelum ini, tapi hairan juga kenapa masih ada yang tak berpuashati?. Pencapaian yang dilakukan sudah cukup baik apa. Berilah peluang kepada orang yang bekerja, yang nak cakap sahaja cukuplah gelewak pitu gol saja, buat apa tidak.

  10. Sedar says:

    Selamat berpuasa dan selamat berjuang kepada semua pejuang pejuang kemerdekaan Patani semoga di bulan yang barakah ini sama sama kita puhun agar segala tindak tanduk kita senangtiasa diredhai Allah subhanahuwataala,Amin ya rabbal alamin.

    Saya rasa WMPK ada sedikit tidak adil didalam analisnya tentang perkembangan terkini khususnya hal PULO dan genjatan senjata dan ini kemungkinan besar berpunca dari beberapa maklumat yang tidak tempat yang diterima oleh beliau ataupun semata mata beliau cuba memusing dan memutar belik fakta yang sebenar.

    1,PULO hanya cuba menjalankan process syura didalam menjalankan apa saja bentuk aktivitinya dan termasuk juga lah process pemilihan pucuk pimpinan,maka didalam process pemilihan(syura) pucuk pimpinan itu dah tentu menjadi kebiasaan ada yang gugur dan ada juga yang kekal dan yang gugur itu juga bukan lah bererti mereka diketepikan bahkan tugas yang lain banyak lagi yang diperlukan untuk mereka dan percayalah pengorban semua individu dan kelumpak diperlukan didalam usha mencapaikan matlamat perjuangan murni kita ini.

    2,Setiap langkah yang dibuat sekarang khususnya didalam PULO adalah berdasar kepada keputusan yang diambil dan dibuat bersama oleh mereka mereka yang diamanahkan oleh akar umbi adapun kedengaran di kedai kedai kopi itu adalah biasa dan semata mata cakapan yang hanya untuk menyedap mulut dan tidak bertanggungjawab yang sedikitpun tidak mesti diguna pakai.kita sekarang cuba menghakiskan perangai ayam bertelur seluruh kampung dapat didengari.maka ternyatalah banyak WMPK tidak dapat ikut sama dalam process yang laju cukup teratur dan berdisplin ini.

    3,Process genjatan senjata tidak ada seorang pun dalaman dan luaran mempersoalkan dan mempertikaikan kejayaannya(hanya beberapa kerat yang hasad dan dengki dan semata mata tidak mau melihat orang lain berjaya) bahkan pihak kerajaan Thailand sendiri yang dianggap sebagai tali dan batu pengukur bagi process ini memperakui bahawasa process itu berjaya dan juga memperakui tentang command and control oleh pihak pejuang Nah,kalau process ini dilakukan dan dirancangkan dengan beberapa kerat saja sebagaimana yang diperkatakan oleh WMPK itu tentu sekali process ini tidak akan berjaya tetapi sebagaimana saya katakan diatas,apa pasal dan apa sebab semua ini mesti kita memperjelaskan kepada WMPK yang mana hanya untuk membawa perkara perkara ini untuk persembahan beliau di kedai kedai kopi saja.

    3,Adakah Rasululah tidak pernah mendapat pertulunggan dan perlindungan dari kaum yahudi dan nasrani?saya cadangkan supaya WPKN memperluaskan lagi ilmunya tentang sejara perjuangan Islam itu yang sebenar.

    Saya setuju dengan kata saudara Syabas,jangan banyak gelewak di pintu gol susah bagi pemain untuk menjaringkan gol nanti.

    Islam suruh kita menghormati orang tua dan kunjungkan jasa baik mereka tetapi Islam mengambilberat tentang prestasi dan penggorbanan seseorang dan dengan prestasi dan penggorbananlah Islam meletakkan sebagai batu asas dan tali pengukur bukan umur dan juga bukan title.

    Wallahu A’lam

  11. Bukit Budo says:

    Salam yang hormat kepada orang orang yang pejuang untuk Kemerdeka Patani semua,berkenaan degan orang orang yan cari peluang itu dah laku lama, tak kata kumpulang penkhianat, atau mata mata penjajah punsudah berusaha nak masuk sekala degan majam2 caralepaskan keanggotaan yang kenal.Mereka itu sama bangsa, bahasa dan agama pun sama, mereka masuk degan polisi penjajah yang lama dan mereka nat tahu siapa kah di buat dan siapa kah di organis dan tingal dimana,mereka itu dah lalu dari pegalaman2 beberapa cara dan bermajam,itu biasa di musrikat kita,sebab kita hidup di bawah penjajah Siam yang lama.setegah kawan2 kata akan pasti perang di dalam kain slimut atau perang sama sendiri baru mendeka.ini satu sipat.

    Sepat yang ada lagi suka amek hak orang lain buat, kata puak mereka puat. seperti lagu lagu Patani, Patani Darusalam, Kerajaan Patani Darusalam buat untuk bahagi kepada rakyat Patani semua untuk degarkan. tertapi bulih kepada puak cari peluang itu,mereka bobuh didalam yuetube degan Bendera kumpulan dia untuk mengenari tububnya mereka kata ini lah bendera Patani darussalam.cari peluang Bendera bersatu Fadir.orang tahu belaka.

    dan sepat satu buboh bendera lagu2 mereka dan bendera dan kata bendera itu bedera Patani Darussalam yang kami tahu masa dulu bendera ini ialah bendera PANYOM dan lepas itu jadi Patani Raya tapi sekarang kata Patani Darussalam juga.berdera ini seperti degan bendera bersatu Fadir tertapi puak ini warna hitam,puak Fadir itu warna hijau.

    Buat lah macam mana pun,Patani sebeblum mendeka lagi
    kamu bepas tiap2 orang degan idialogi.Asalnya Patani mendeka.

    Kami pun ada juga Bendera kami, kami sudah Istizar pada 2001 di atas nama Kerajaan Buangan Patani Darusalam atau Islamic Republic of Patani, siapa ada dan tidak ada kami tahu, kami tidak akan sebut pada hari ini, permimpen tertingi awak lah tahu dan salam seterus kepada rakyat patani semua,selamat bulan puasa dan harap selamt setiap tiap perkara.

    Selamat bejuag dan selamat bulan puasa.

    Pejuang kemerdekaan Patani
    Patani Darusalam

  12. Kris aseli says:

    Salam, Selamat bulan puasa. Buat kira lah macam mana2 asal Patani Merdeka.

  13. Pata setia says:

    Salam kpd.Sdr ku,sedar,syabas dan ramadhan.
    Bukan senang nak jadi seorang Bertaqwa dan perjuang yang Ikhlas.
    Bukan susah nak jadi munafiq dan pengkianat.
    Harap sdr. maklum dan sedarlah, Saya cakap bukan dengan ghoyalan dan fitenah sdr dan “kumpulan ambil peluang”(si Putar Alam).
    Akibat dan process dengan cara damai dengan penjajah kafir diamalkan oleh kumpulan sdr.sejak 5 tahun lalu, langsung tiada perubahan dan tiada peningkatan. Satu-satunya peningkatan yang berjaya dicapainya ialah genjatan senjata di 3 kawasan, tetapi penjanjian ini dengan wakil askar penjajah. pehak pejuang mujahidin dalam negeri tak ada masuk campur, umat Patani sedar apa kumpulan ambil peluang sedang buat dengan ishtihar genjata senjata kani ini, di kedutaan Thai di Kuala lumpur ada orang Patani berkerja di situ(setia dan ikhlas) mereka ini nampak siapa keluar-masuk dalam kedutaan Thai,hotel mana tinggal.Jangan inggat apa yang kumpulan sdr. buat orang tak nampak dan tak tahu.
    2.pejuang dalam negeri mujahedin,rkk dan lain2 berkerban dengan harta,nyawa dah masuk 6 tahun berterusan tidak berinti dan umat Patani secara umumnya sokong…Tetapi ada pehak “kumpulan ambil peluang”suka buat cerita dan ishtihar dalam surat khabar dan tv.Manusia jenis inilah yang kita patut ambil peratian buat tak sama cakap, musuh kita adalah kawan dia…apa kita nak nak hukum ? pengkiant atau munafiqin.
    3.Marilahkita tinggalkan sikap,tabiat dan kelakuan burukyang tidak ada manfaat untuk agama dan bangsa.Marilah menjadi bangsayang jujur dan ikhlas kepada bangsanya sendiri.
    Apa akan jadi kepada umat Islam Patani,Orang Patani yang jadi pemimpin angkuh,orang Patanilah yang jika diberi amanah terus culas ? orang Patani yang patut berjuang habisan,terus tidur.Pemuda Patani yang patut berjuang masih lalok dengan daun ketong.
    Terimalah hakikat….ayuh kita berubah
    Wassalam.

  14. setia kawan says:

    Salam kpd.Sdr ku,sedar,syabas dan ramadhan.
    Bukan senang nak jadi seorang Bertaqwa dan perjuang yang Ikhlas.
    Bukan susah nak jadi munafiq dan pengkianat.
    Harap sdr. maklum dan sedarlah, Saya cakap bukan dengan ghoyalan dan fitenah sdr dan “kumpulan ambil peluang”(si Putar Alam).
    Akibat dan process dengan cara damai dengan penjajah kafir diamalkan oleh kumpulan sdr.sejak 5 tahun lalu, langsung tiada perubahan dan tiada peningkatan. Satu-satunya peningkatan yang berjaya dicapainya ialah genjatan senjata di 3 kawasan, tetapi penjanjian ini dengan wakil askar penjajah. pehak pejuang mujahidin dalam negeri tak ada masuk campur, umat Patani sedar apa kumpulan ambil peluang sedang buat dengan ishtihar genjata senjata kani ini, di kedutaan Thai di Kuala lumpur ada orang Patani berkerja di situ(setia dan ikhlas) mereka ini nampak siapa keluar-masuk dalam kedutaan Thai,hotel mana tinggal.Jangan inggat apa yang kumpulan sdr. buat orang tak nampak dan tak tahu.
    2.pejuang dalam negeri mujahedin,rkk dan lain2 berkerban dengan harta,nyawa dah masuk 6 tahun berterusan tidak berinti dan umat Patani secara umumnya sokong…Tetapi ada pehak “kumpulan ambil peluang”suka buat cerita dan ishtihar dalam surat khabar dan tv.Manusia jenis inilah yang kita patut ambil peratian buat tak sama cakap, musuh kita adalah kawan dia…apa kita nak nak hukum ? pengkiant atau munafiqin.
    3.Marilahkita tinggalkan sikap,tabiat dan kelakuan burukyang tidak ada manfaat untuk agama dan bangsa.Marilah menjadi bangsayang jujur dan ikhlas kepada bangsanya sendiri.
    Apa akan jadi kepada umat Islam Patani,Orang Patani yang jadi pemimpin angkuh,orang Patanilah yang jika diberi amanah terus culas ? orang Patani yang patut berjuang habisan,terus tidur.Pemuda Patani yang patut berjuang masih lalok dengan daun ketong.
    Terimalah hakikat….ayuh kita berubah
    Wassalam.

  15. khayal vs kenyataan says:

    salam,setia kawan!
    Nak tanyo sikit deh, apa maksud sdra duk ajak org berubah? kae sdra duk usha nak ajak org kelik ke zaman 60han & 70han dulu? Tahu kedak kata kehidupan rakyat Patani di bawah belenggu penjajah siam itu se olah2 mereka sedang mengalami penyakit yg sangat parah. Maka cara perubatan nya bukae lagi masa cari bomo dukun, mokpek, main teri main makyong pelepas angin la apa la. Kalu sakit teruk2 lani org hata ke Hosptal Jala, Mo-O Hat yai terus dah. Sedar sikit gak dan apa dia arti yg selalu sebut2 hal ‘puak ambil peluang’ sapa bengeng telinga. alo.. heh, Nak bedil pun kalu tak ada peluang, masa dan ketika boleh kae buat tembakan? semua tu kena ada perancangan, srda. tapi maksud bukae di situ tu, rasanya sdra duk tuduh org hak duk kerja luar negeri lani duk ambil manfaat org dalam negeri, gitu? Kelebek mata wi luas sikit, bae telinga perati molek sikit. Org dlm negeri buat kerja cara dlm negeri, hak duk usaha cara luar negeri, buat cara antara bangsa. Apa lagi katanya kedua2 dalam dan luar negeri bermuafakat berkerja sama. Pah duk bimbang apa lagi? tu yolo dah tu. Atau kerana puak duk usaha di luar bukae dari kalangan sdra? Kalu harap ke cara mundur seperti sdra, sampai sekarang pun tak jadi kerja sebab sdra fikir tak sampai dan secara kampong2, pah nak wi org lain fikir kampong2 seperti sdra juga? Di bulan mulia bulan ramadan ini, sdra lah yg patut berubah dan buat amal ibadat lah sebanyak mungkin dng seikhlas2nya. Jangan sampai ada penyakit tak puas hati apa yg ada, lepas tu iri hati org berkerja sungkur semban di berbagai lapangan. Nama saja amal ibadat maka amal artinya kerja, bukan hanya pandai khayal cakap kosong, dalam hal itu jangan sekali2 lari dari usha ke arah perpaduan, lari dari kenyataan. Inilah rasanya cara menjalani perintah Allah dng khsyo’ dan tawadha’ dng se ikhlas dan sebenar2nya.
    wassalam,
    K&K

  16. pak leh says:

    semua yg di kata tu adalah pendapat masing2.apa baiknya kita mari bersama2 dgn grkan yg bekerja sekarang,bantu lah dia, tingal lah yg dulu mari barsama yg duk kerja karang semua orng tahu siapa kan? tak payah banyak puak glewat dpn goal.susuh nak susun.apa kata kita mari bersama yg duk buat karang dan bantu dia…siapa tu kita tahu kan?
    ayuh mari bersam.nanti kita kan berjaya.revolusi patani tetap maju jaya…
    syabas wahai para2 revolusinir kalian kamulah harapan ummah patani hari ini.

  17. Damai says:

    Salam Ramadan, dari perkembangan dan senario perjuangan pembebasan Patani di akhir-akhir ini dapat saya simpulkan:
    1. Ada kumpulan pejuang setia pada cara pendekatan yang diamalkan sebelum ini (lama)(tapi tidak berapa kerat sahaja, bolehlah sehidang dua) tapi tidak cuba mengupgradkan taraf perjuangan mereka, kerana tiada kemampuan pada banyak aspek, mungkin juga sebilangan orang ini patuh buta tuli kepada hanya satu orang yang melatakan dirinya sebagai pemimpin agong dengan berlagak serba boleh tapi tak mampu buat apa-apa untuk kebaikan kumpulannya, kerana cara tindakannya tidak betul dan ketinggalan zaman
    2. Ada Kumpulan yang cuba mengupgradkan gerakan mereka tapi terus buntu kerana tiada penyokong, tiada idea dan tiada kemampuan untuk bergerak secepat kilat lagipun mereka tiada asas untuk berpijak dan berdiri tegak sehingga terduduk dan tak terbuat apa-apa. (kesian!)
    3.Kumpulan yang mungkin terdiri dari 1 orang atau dua tiga orang yang dikenalpasti identitinya, kerjanya menyala ubur fitnah di sana sina , orang ini adalah pengacau daun, yang berlagak untuk cuba menjadi serigala secara solo dipadang pasir yang luas

    4. Ada kumpulan ramai benar yang menjauhkan diri dari melibatkan diri dalam perjuangan, tapi mereka sedang mengintai siapa yang paling berjaya, yang boleh membawa perjuangan Patani muncul di alam nyata

    5. Ada kumpulan yang bijaksana yang berwawasan jauh bekerja dengan cukup mantap dalam pasukan yang smart yang meliputi hampir semua aspek tugas perjuangan, mereka sering membut kejutan luar biasa.

    Kumpulan K5 inilah yang sedang mengubah senario landscap politik dan perjuangan Patani masa kini dan kumpulan inilah yang juga tidak di senangi oleh kumpulan 1,2 dan3. Maka kumpulan satu dua tiga(ringkasannya sawatiga) inilah yang selalu tak puas hati pada kejayaan kumpulan 5, kerana keinginan mereka untuk melakukan sesuatu seperti k5 dapat buat tak pernah boleh mereka capai, maka di situlah mereka cuba menimbulakan fitnah memutar belitkan maklumat sampai ke peringkat menuduh yang bukan-bukan yang tak masuk akal dan langsung tidak berfakta yang boleh dijadikan rujukan dan sandaran pemikiran lojik akal.
    Tuduhan mengambil kesempatan, kerjasama dengan penjajah, dengan general-general musuh, talibarut yahudi….masuk keluar kedutaan thai di KL dan banyak lagi.. ini semua datang dari irihati, tak puashati melihat kejayaan k5, dimana kumpulan ini mampu untuk melakukan kerja-kerja besar yang tak pernah berlaku dalam sejarah perjuang Patani semenjak lebih dari seabad lamanya.
    Maka kumpulan sawatiga ini akan terus berdendam, sehinga riwayat kerja mereka berakhir dan pengikut-pengikut mereka meninggal mereka dan membiarkan mereka di penjuru malam yang tidak bertepi.

  18. syabas says:

    Kalu betol kata sudara damai, maka amo raso Kumpolan3 ialah penulis Patanikini sendiri, sbb dia bekerja seorang diri, kesana kemari, dia ada agendanya sendiri semua orang tahu, kawan-kawannya banyak di Tehran, Selatan Lubnan, Damsyik, Singapura dan beberapa orang pensyarah beberapa buah universiti di Malaysia. Sebab itu dia marah sangat sebut saja OIC, lebih-lebih lagi Arab Saudi tempat orang buat Haji. Sapo dio dia ni eh?!!

  19. orangkompong says:

    Salam semua pembaca patanikini …
    saya rasa keleru dan tak jelas sangat apa sdr.damai cerita k1 k2 k3 k4 dan k5 dalam pulo. hak saya fahamnya sdr.damai ni orang peting dalam kompulan k5 nampaknya metahan habisan dan tulis memuji orang sendiri “masuk dalam bakol dan junjong sendiri” selamat berpuasa.

  20. baqirul-ulum says:

    refolosi{negara} di fatoni itu tak akan berhasil tetapi refolosi kebudayaan adajalan buleh dapat kemenangan sebab kemerdekaan itu harus sesuai dengan masa dan tempat……..

  21. k&K says:

    salam ramadan,
    Tengok la tu ‘Pak Leh’, sabek pakLeh tak leh jadi org tengah sangat, gaeno tak merepek gatek ke Setia Kawan (atau OrangKampong), selama mana serpihan semakin pecah pecir, masih tak mmikir kembali barisan utuh masing2 hak ada sekarang, jadikan barisan perjuangan suatu institusi yg boleh jadi harapan dan idaman rakyat patani amnya, selama tu lah askar siam dan pihak berkuasanya semain mencaci rakyat kita sewenang-wenangnya. PakLeh sebagai org tua dan berakal waras di sini, serulah ke jalan yg benar, berilah kesedaran ke pihak yg suka jijak tumit kawan2 sendiri yg pada suatu masa dulu berikrar sehidup semati bahawa kelakuan seperti itu tak ke mana2 melainkan ummat kita lah yg menimpa kerugian! Jadikan ramadan tahun ini sebagai betul2 pembersihan diri masing2, beribadah yg salih, iktikaf,tahlil dng tulus dan ikhlas dan sebenar2 taqwa semuga Allah memberi hidayat kpd kita semua yg akan bermaafan pada hari raya nanti supaya fajar baru hidup baru yg bermakna akan terang gemilang sesuai dng tujuan hidup sebagai khalifah Allah di muka bumi ini, Amin.

  22. Sedar says:

    Saya rasa apa yang dikatakan oleh saudara damai itu memang cukup benar dan juga apa yang saya dapat faham K5 itu tidak terhadpun kepada individu individu tertentu bahkan sesiapa saja kumpulan mana saja yang bersifat demikian dan boleh memertabatkan mereka ke K5 maka mereka itulah bagi saya berhak digelar sebagai pejuang yang sebenar dan yang patut kita ikut juga patut kita sanjung.kemungkinan sekarang ada beberapa individu yang dikatagoriskkan ke dalam K5 ini oleh sauadara Damai itu tetapi itu bukan bererti kita akan berhenti disitu justeru perjuangan kita kemungkinan memerlu ramai lagi pelapis pelapis yang dapat memprestasikan dan mencorah penggorbanan mereka sekurang kurangnya setanding seperti mana yang dilakukan oleh K5 itu ataupun lebih dari itu lagi.Apa yang diserang oleh saudara Baqirul-Ulum terhadap Damai kanunnya memuji orang sendiri itu memang tidak betol kerna saudara Damai cuba memuji sifat dan sikap pejuang yang sebenar yang disimpulkan ke K5.

    Wallahu A’lam

  23. Sedar says:

    Maaf Baqirul-Ulum,bukan saudara yang menyerang Damai bahkan yang betolnya ialah saudara Orang kompong.

  24. Damai says:

    Walau apa yang dikatakan disini, ia hanyalah sekadar pandangan peribadi masing-masing sebagaimana yang dikatakan oleh bapa kita (Pakleh). Saya yakin semua mahu Patani Merdeka, semua nak hak Patani dikembalikan, semua ingin kuasa mentadbir Patani diberi kepada orang Patani sendiri.
    Terima kasih kepada patanikini.wordpress yang memberi peluang kepada kita semu berhujjah di sini, anggaplah ia sebagai latihan minda dalam mengaktifkan pemikiran kita demi Patani asalkan kita jangan lupa Patani, dan kita sendirilah yang akan menjadi hakim untuk sama-sama mencari kebenaran dalam menuntut hak kita.
    Saya yakin saudara semua sayangkan PATANI.

  25. patani says:

    salam…
    hanya REVOLUSI saja yg maju jaya di bumi patani hari ini…
    terima kasih para revolusinir patani kalian…
    kalian lah harapan ummah patani sejati…
    selamat maju jaya…
    syabas…
    allah bersama kalian…
    haram patah lah kalian…
    shurga lah balasan kalain…

  26. Tok Benar says:

    Salam Perjungan kepada semua yang berjuang kerana Allah untuk membebaskan Patani.Tahniah kepada semua penulis yang tawaduk dan rendah diri serta menyokong usaha yang dilakukan oleh generasi Patani untuk membebaskan ibu pertiwinya.

    Saya ambil kesempatan memaklumkan bahawa kebanyakan tulisan yang mempertikai perjuangan dan usaha cerdik pandai kita sekarang telah ditulis oleh orang yang buta dan tak tahu apa nak buat untuk membebaskan Patani.

    Maka jadilah mengacar tak tentu arah lalu membuat fitnah kepada orang lain dengan bermacam tuduhan dan kata kesat.Orang yang bercakap tak serupa bikin inilah sebenarnya pengkhianat perjuangan Patani.

    Saya ucap syabas dan tahniah kepada mereka yang telah berusaha gigih sekarang membawa perjuangan Patani menjadi makin kuat dan tersebar luas ke seluruh dunia sehingga menggegarkan Siam.

    Kepada yang bercakap kosong tak tahu nak buat apa,hok orang buat semua tak kena,cubalah insaf diri ambil cermin suluh diri dan tanya siapa aku?Jangan duduk sebar fitnah kalu tak tahu.

    Dah lah orang Patani kena jajah oleh orang Siam,Di sini pula pakat buat perkara yang boleh menguatkan Siam.Dari apa yang ditulis saya dapati jauh selewing dari apa yang sebenarnya berlaku.Pembaca pula akan dijajah oleh penulis fitnah sekali lagi.

    Cakaplah apa yang kita tahu .jangan sebar apa yang kita tak tahu.Kalu tak jelas maka ingatlah kamu sebagai penyebar fitnah kalu sebar yang kita tak tahu.

    Sepatutnya kita beri cadangan membina supaya orang buat kerja.Ini tidak,duduk sebar fitnah dan buat cerita yang bukan-bukan terhadap orang yang buat kerja.

    Kepada semua pejuang ,teruskan usaha anda ,jangan peduli dengan orang yang tahu cakap tapi tak tahu nak buat apa.Tahniah anda berjaya dan Patani merdeka

  27. syabas says:

    Syabas kepada semua pejuang Patani, kata-kata Tok benar memang ada kebenarannya.
    Saya seru semua masing-masing berfikir untuk memberi sumbangan tapi jangan selalu berfikir untuk menyibuk orang yang nak buat kerja.
    Selamat berpuasa, selamat mengejar kebaikan sepuluh terakhir Ramadhan, Syabas untuk mereka yang berjaya melakukannya dan selamat menyambut Hari Raya.

  28. TenteraDarussalam says:

    Salam Merdeka, Salam Idul-fitri al-mubaraq…
    Kepada semua kaum revolusioner Patani Darussalam..!
    Kepada Saudara se-agama, se-bangsa dan se-perjuangan..!
    Atas nama Tentera Pembebasan Patani, kami seru dan kami jelaskan :
    1. Kami Tentera Pembebasan Patani yang sedang berperang melawan penjajah kafir Siam, dengan teguh berprinsip bahwa Merdeka penuh adalah sebagai tuntutan kami.
    2.Kami Tentera Pembebasan Patani tidak akan pernah ada walaupun satu polisi untuk berdamai dan berkompromi dengan penjajah Siam walau dalam bentuk apa sekalipun.
    3. Kami tidak pernah ada polisi untuk gencatan senjata dan memberhentikan peperangan ini selama mana Patani masih dijajah oleh kaum imperialis Siam.
    4.Kami tidak pernah ada polisi untuk berunding dan berdamai dengan penjajah Siam walau dalam bentuk apa sekalipun.
    5.Kami akan terus berperang untuk menghancurkan kaum imperialis Siam di atas bumi Patani, sampai kepada titisan darah terakhir.
    Semoga Allah memberkati dan memberi kejayaan atas segala usaha jihad fi sabilillah ini.
    Semoga Allah lapangkan dada serta limpahkan taufiq dan hidayah kepada segenap Anak Bangsa Patani.
    Semoga Allah tingkatkan kesabaran serta tambahkan kekuatan kepada kami Tentera Pembebasan Patani Darussalam. Amiin.

    Saudara tahu berapakah jumlah Tentera Pembebasan Patani telah Syahid..? HAMPIR 800 ORANG DOH WEH…
    Maka jangan berkelahi dan bergaduh sesama sendiri, coba pakat-pakat berdo’a dan membantu KAMI yg sedang bertempur, jauh lebih baik dari pada bertingkai di sini. buat rugi otok, tuhan marah.
    Atas nama Tentera Pembebasan Patani Darussalam, Kami ucapkan Selamat Menyambut Idul-fitri Al-mubaraq. Ma’af zahir batin.
    Wassalam.

  29. Syabas says:

    Syabas kepada Tenteradarussalam di atas sikap dan pendirian yang berprinsip, penuh dengan semangat juang yang tinggi dan suci.
    Saya harap dan yakin itulah suara pejuang-pejuang kita sebenar yang menjadi harapan kita, ia semestinya begitu keadaannya. Itu pendirian penjuang, pendirian seorang pahlawa yang kental…..
    Soalannya! adakah itu sahaja cara kita!?, apa kata orang politik pula, apa kata masyarakat umum, sekita dan antabangsa….apakah di sana tak ada perkiraan lain yang juga boleh menjurus dan membantu kearah matlamat yang sama.
    Kalau kita mahu menyekat pembiakan nyamuk (sebagi contoh)maka kita hanya menutup pintu rumah, menyalakan ubat nyamuk dalam rumah dan cuba mencari nyamuk yang ada dalam rumah yang sudah kekenyangan hinggap didinding, kita pun hentam dia pecah perut mati melekat di dinding dengan tanda merah… itu selalu kita buat…
    Tapi salahkah kita kalau kita keluar sikit dari rumah kenal pasti sumber pembiakan nyamuk dan terus menghapuskannya, membersih kawasan rumah sebersih-bersihnya, dan kita pergi pula jumpa pakar serangga mencari baka nyamuk jantan yang sudah dimandulkan dan hansum-hansum pula tu, lalu kita lepaskan di depan rumah kata sebanyak yang mungkin…. Boleh tahankah nyamuk betina kalau ada si jantan yang kacak lawa datang mengorak?….
    Salahkah kalau itu yang kita lakukan juga serentak dengan apa yang kita lakukan dan yang pernah kita lakukan dalam rumah selama ini….?
    Mungkin tak salahkan? itulah maianan politik, Dek weh!!
    Fikir-fikirkan!!!

  30. Pata setia says:

    Selamat Hari Raya dan salam Merdika kepada kawan2 seperjuangan,
    saya salut dan terima kasih kpd.jurucakap tentera pembebasan patani Darulsalam… di atas pendirian sdr.dengan penjajah Siam, saya sangat bersetuju dan sokong atas stratigi dengan jelas itu.Setiap perjuangan atau Revolutioner asasnya kekuatan militari dan sokongan penduduk kampong terutamanya, politik dan ekonkmi akan datang, masyarakat negara jeran baik pun antara bangsa akan akui siapa ada kuasa yang sebernarnya.Yang ada masa Allah hari ini kita di kalangan berjuangan2 stratigi tak ada persamaan inilah menjadi halangan makan masa, setengah kelumpak(si PUTAR ALAM)ada ajinda sendiri mengada ada propaganda dan promosi diri sebagai jurucakap perjuangan Patani dan buat baik baik dengan penjajah ada perjumpaan di Jarkarta,Kl,Genewa dan selalu ingin nak kompromi tanpa sarat dengan jenjajah.

    Pada bulan yang mulia ini saya ingin ajak kawan2 seperjuangan demi cempat perjuangan kita ke arah kemerdikaan, tak perlu sangat mendakwa diri “dah campai kejayaan besar keluar surat khabar dan tv” perjuangan kita ini masih underground atau pun patut berhati hati bukan terbuka sangat dan yang pentang nya stratigi dan pendirian bersama hadapi satu musuh.
    bukan suka buat musuh sesama sendiri mari lah kita cari jalan yang terbaik susun stratigi dengan bijak.Kekuatan penjajah kita tak takut yang kita takut kita tak bolen bersatu.Patani kalah berperang dan di jajah oleh Siam sampai hari ini sebab orang Patani tak satu hati kerja sama dengan penjajah kafir.Maaf Zahir dan Bathin…Merdikia Merdika Merdika.

  31. Damai says:

    Yang penting kita buat sesuatu untuk Patani masalah tuduhan orang tak penting, sebab orang tak tahu apa kita telah buat.
    Kadang-kadang orang menuduh kita sesuatu supaya kita bangun mempertahankan diri lalu kita bongkar segala-galanya tujauan kita untuk menegak kebenaran maka habislah maklumat diceritakan.
    Maka satu pihak boleh senyum sementara, tapi kedua-keduanya tersengeh-sengeh, ternganga-nganga, menepuk-nepuk kepala dan akan menyesal sepanjang masa, kedua-duanya rugi.

    Yang bekerja teruskan, jangan hirau tuduhan orang…
    Yang tak buat kerja teruskan dengan tuduhan anda, kerana itulah kepuasan anda dan cara anda berjuang selama ini…

    Percayalah! semuanya akan dinilai, hanya masa sahaja yang akan menentukan.

  32. Hariraya says:

    Selamat menyambut hari raya.
    Saya setuju dengan Pata setia, perjuangan kita adala Underground, tapi itu hanya untk gerakan bersenjata sahaja, sebagaimana yang dipimpin oleh Tenteradarussalam (katakanlah itu betul bukan dakwaan semata-mata).
    Tapi percayalah saudaraku Pata setia adalah suatu perkara yang tidak bijak kalau aspek lain juga sepenuhnya dibawah tanah, cuba lihat perjuangan lain di dunia ini mereka begitu hebat menonjolkan diri ada jurucakapnya khas. Saya yakin semua ini patut dilakukan dengan lebih hebat lagi, sekarang ini masih baru permulaan, dalam tahap percubaan.
    Yang saya faham apa yang sedang berlaku mendapat lampu hijau dari tenteradarussalam sendiri, itulah mainan politik: Bercanggah diluaran bagi melaksanakan dasar persepahaman bersama yang senyap(Masam zahir ketawa senyap).

  33. AnakPatani says:

    Selamat Hari Raya dan Selamat Berjuang.
    Saya berasa yakin terhadap sikap Tentera Darussalam, kerana dengan penuh semangat dan teguh pendiriannya dan pejuang yang seperti ini lah yang kita harapkan boleh memerdekakan negeri Patani dari penjajah siam. kerana negeri Patani tak akan merdeka dengan orang yang tak ada pendirian dan orang yang tak ada sikap perjuangan yang jelas.
    maaf lahir dan batin. semoga Patani cepat mmmeeerrrdddeeekaaa.

  34. orangkompong says:

    Selamat Hari Raya dan selamat berjuang…
    Jurucakap Tentera pembebasan Patani Darulsalaam buat ucapan dan koment kali pertama,sebelum ini saya tak pernah dengar lagi.Saya di faham kan tentera pembebasan patani Darulsalaam(Brn-c+rkk)ada idealogi dan princept yang jelas hadapi musuh kafir Siam, tak ada polisi kompromi dan tolak ansur sangub berperang sampai titisan darah terakhir dengan imperalis siam.Saya dan mungkin ramai lagi anak patani yang ingin nak rasa Hari kemerdikaan akan bersama dan sokong dengan tentera pembebasan patani darulsalaam.
    yang saya tak faham dan keliru sikit nya baru baru ini ada kelumpak yang sebar berita melalui mass media Malaysia dan Thailand kata “Brn-c dan Pulo buat gabongan atas nama Patani Malay liberation movement(PMLM)istikhar gencatan senjata di 3 kawasan” ini Brn-c mana pulak ? atau pun berita ini berita palsu semata2.
    Insya Allah Patani Akan Merdika cempat….Maaf zahir dan bathin.

  35. orangdhaif says:

    Selamat Aidilfitri kepada semua.

    saya rasa la BRN-c dan PULO terbahagi kepada dua gulungan secara kasar kasar:-
    1-BRN-c dan PULO yang berkerja mengikut setrategik dan keputusan,gulungan ini semata mata berkerja dan mengkorban apa saja tidak kecuali harta dan jiwa demi untuk mencapai matlamat yang dilaung laungkan oleh orang Patani kadangkala mereka meningkat operasinya dan pada ketika lain pula mereka dapat memestikan command and control.

    2-BRN-c dan PULO yang hanya tahu bercakap,berretorik,menuduh, memfitnah dan melekeh lekeh sesama sendiri dan kerja mereka ini dah menjangkau masa hampir setengah abad berlalu tidak berubah ubah pun.

    BRN-c,PULO dan party party perjuangan Patani yang lain tidak akan sedikit pun menggugat dengan mereka mereka gulungan ke 2 itu insya-allah.

  36. orangbanda says:

    Semua orang boleh isytihar apa saja di laman ini, kerana sukar untuk dikesan identitinya.
    Cuma saya yakin gabungan segala-galanya sahajalahlah yang boleh membawa kepada kemajuan dalam menuju kepada kemerdekaan Patani, hanya dengan bergabung:

    1. Semangat + prisip + strategi + tindakan
    2. Kekuatan senjata + Diplomasi + logistik + Sokongan
    3. BRN+PULO+BIPP+MUJAHIDIN.(tiada selain dari ini)
    4. Doa + Kehendak Allah

    Kalau pincang dimana-mana yang disebut di atas akan merugukan kita semua.
    Jangan merancang untuk rugi!!
    Ingat setiap orang dan pihak ada kekuatan dan ada kelebihannya.
    Sila gabung segala kekuatan yang ada dan bertindaklah berasaskan gabungan yang kuat.

    (kecek sedak tapi nak buat payah weh!!)

    Sila komen diri sendiri: apa yang telah saya lakukan untuk Patani?
    Kalau tak buat apa-apa lagi, carilah orang yang telah buat kerja bergabunglah dengan mereka.
    Hentilah cakap kosong… mungkin ini termasuk diri saya juga…

    Pilih diantara gerakan-gerakan pembebasan Patani yang ada yang sesuai dengan kemampuan kita.
    suara gabungan suara keramat.
    Suara individu keseorangan sura gelewak dan menyibuk.

    Semua orang tahu kita kuat kalau bergabung, tapi kebanyakan orang cuba menegak benang yang basah.!

  37. orangkuat says:

    Kepada orangdhaif!
    Kalau gunung sudah kuat apa nak takut lagi pada yang menyalak, biarlah mereka dengan salakan mereka, apabila mereka penat berhentilah mereka.
    Anggaplah mereka itu sedang melepas perasaan kecewa dan irihati yang tak berkesudahan… nak buat sendiri tak pandai.. apabila orang buat dia menyibuk…kalau bagi kerja satu tak jadi…berdepan senyap… jauh riuh…semua orang buat tak kena… dia sendiri tak buat apa…cucuh situ cucuh sini… tak dak orang cucuh pinggang sendiri…geli sendiri…
    Kalau bijak dan betul sangat buatlah sesuatu boleh orang lain tumpang gatek…
    Saya nak jadi orang kuat, saya nak bantu orang buat kerja, kalau tak kena saya akan komen terus kepada mereka, saya tak mau komen di kedai kopi, itu kerja orang penakut bin pengecut.

  38. anak tani says:

    Artikel Dalam web site patani watcher.com
    betol ke? saya rakyat Patani,saya tida tahu apa2 pun.

    BERSATU Teguh Bercerai Runtuh
    Pada umumnya rakyat Melayu Islam Patani bebas untuk memilih organisasi baik organisasi politik maupun organisasi massa (NGO) sebagai landasan perjuangan untuk kemerdekaan negara bangsa mereka dari belenggu penjajahan Siam Thailand, perjuangan untuk membebaskan negara bangsa Patani adalah wajip (fardhu Ain) pada seluruh rakyat Patani lelaki dan perempuan sebab negara mereka di jajah, dimana kewajipan itu tidak akan berubah selagi Patani tidak merdeka.

    Hakikatnya, rakyat Patani tidak perlu takut untuk menyertai mana-mana parti atau NGO menurut apa yang di fikirkannya serasi, tapi dalam soal menentang penjajahan dan kezaliman Siam Thai, rakyat Patani di tuntut BERSATU demi menyahut perintah Allah swt, menuju kejayaan yang abadi.

    Kebebasan memilih itu tidak berarti menggalakan rakyat Patani berpecah dan berpuak-puak sesama mereka apatahlagi sebangsa, seagama dan senasib. Firman Allah yang maksud: Dan berpegang teguhlah kamu semuanya kepada tali Allah dan janganlah kamu bercerai berai, dan ingatlah nikmat Allah kepadamu ketika kamu dahulu bermusuhan, lalu Allah mempersatukan hatimu, sehingga dengan nikmat-Nya kamu menjadi bersaudara, sedangkan kamu berada di tepi jurang neraka, lalu Allah menyelamatkan kamu dari sana. Demikianlah, Allah menerangkan ayat-ayat-Nya kepadamu agar kamu mendapat petunjuk. (ali-‘Imran: 103)

    Firman Allah yang dimaksudkan dalam ayat diatas hendaklah di pegang oleh rakyat Patani. Walau pun boleh berbeza pendapat dan pendirian tapi mereka wajib BERSATU berjuang menuju matlamat yang satu iaitu keredhaan Allah swt, dalam masa yang sama mereka di tuntut untuk berkerjasama berjuang menentang musuh yang satu (penjajah Siam)

    Oleh itu, barangsiapa menolak atau merosakkan perpaduan rakyat Patani boleh dianggap seperti menolak rahmat Allah. Allah telah menjanjikan kesejahteraan, keselamatan dan kejayaan di dunia dan akhirat kepada mereka yang mementingkan ikatan kerjasama di semua aspek (BERSATU) dan menjauhkan persengketaan sesama sendiri.

    Sejarah perpecahan umat Islam bermula sejak awal lagi, iaitu pada tahun 37 H/657 M, dalam Perang Shiffin, perang saudara yang pertama dalam sejarah umat Islam, antara kumpulan Ali dengan kumpulan Muawiyah hingga kehari ini bahannya dirasai belum dapat di padamkan.

    Perjuangan kemerdekaan Patani lahir atas kewajipan dan keimanan bukan lahir untuk berpecah belah sesama sendiri (sebangsa), sebenarnya ia lahir atas niat untuk menyatu padukan rakyat Patani menentang penjajah Siam Thai hingga ketitisan darah yang terakhir (syahid atau hidup mulia). Di samping itu juga organisasi lahir untuk membahagikan tugas dan kuasa membuat plening, mengerak dan mengkontrul pentadbiran organisasi masing-masing kemudian BERSATU mengnyahkan penjajah untuk pemerintah sendiri negara Patani Darussalam menurut tugas dan kewajipan menurut undang-undang.

    Perpecahan bukan berpunca daripada dasar perjuangan tapi mungkin disebabkan kepentingan politik, pengaruh dan puak dari sesetengah pemimpin yang berfahaman sempit. Oleh itu, organisasi yang belajar dari pengalaman tenggelam timbulnya perjuangan Patani mengingatkan ahlinya bahawa perbezaan pendapat dan ideologi perjuangan adalah perkara tiknikel, tapi sekiranya generasi itu tidak ada kesedaran beragama, berbangsa dan bernegara selama itulah perpecahan menjadi halangan utama berjuangan rakyat untuk maju dan berjaya.

    Rakyat Patani sudah serik dengan perpecahan dek kerana sikap bertolak ansur ahli politik Patani yang menghabiskan masa mahu jadi pemimpin agama di selatan dan wakil rakyat kononnya berjuang melalui undang-undang penjajah hingga kini mereka tidak berbuat apa-apa sebaliknya menjadi anjing penjajah untuk menyalak rakyat menurut kata tuanya (Siam) cara dan gaya itu sudah gagal, jangan di ulang lagi sejarah hitam itu kembali untuk menipu generasi bangsa Patani kini, akibatnya akan timbul ramai menipu rakyat atas nama agama dan demokrasi; membiarkan undang-undang darurat berpanjangan (6 tahun) rakyat di zalimi tentera, berpecah belah dan di perkudakan penjajah

    Bangsa Patani tidak cukup dengan ramai ulamak dan umarak seperti di hari ini kerana sebahgian besarnya telah di belenggu pemikiran dan ilmuannya di paksa menurut telunjuk penajah Siam demi kepentingan diri sehingga keulamakan dan keumarakan mereka sekadar simbul sahaja, di kalangan mereka tidak ada yang berani bangkit menentang kezaliman penjajah Siam aatas nama undang-undang dan demokrasi, patahlagi untuk menerajui kepimpinan nasional (BERSATU), seperti ulamak dan umarak Hj. Sulong Bin Abdul Qadir (1895 – 1954).

    Penyatuan dan perpaduan rakyat Patani penting (wajib), selain untuk membuktikan bangsa Patani telah bangkit berperanan dan berjuang ”Berani kerana benar takut kerana salah”. Menuntuk hak memikul tanggungjawab memastikan penyatuan dan perpaduan dapat benar-benar wujud untuk medokong kepimpinan nasional bagi membolehkan pembentukan pemerintahan (kerajaan) Patani Darussalam yang merdeka dan berdaulat berasaskan ”Melayu, Islam dan Berpelembagaan”.

    Usaha untuk menyatukan rakyat Patani di bawah satu kepimpinan nasional merupakan satu usaha yang tepat oleh semua pihak sehingga tertubuhnya Barisan Bersatu Kemerdekaan Patani (BERSATU) 15 Jun 1997 telah berjaya mengadakan bendera, lambang, peraturan Majlis Pemesyuaratan Rakyat Melayu Patani (MPRMP) dan pelembagaan negara Patani Darussalam. Harus di teruskan oleh gerakan politik di hari ini akan datang dan seterusnya hingga berjaya.

    Kemenangan dan kemerdekaan Patani yang menjadi cita-cita bersama seluruh rakyat itu akan tiba dengan izin Allah swt, apabila terciptanya perpaduan di antara pemimpin dan rakyat maka seluruh rakyat BERSATU di belakang kepimpinan nasional, bantu membantu antara satu dengan yang lain ”Berat sama di pikul ringan sama di jinjing” menentang penjajahan Siam dan anjing-anjingnya hingga dapat di kubur dan di halaukan dari bumi tanahair Patani yang tercinta buat selama-lamanya.

    Selamat berpuasa.

    ”Bersatu Berjuang Merdeka”

  39. orangdhaif says:

    Salam kepada Anak Tani,

    Saya dan kesemuanya orang Patani boleh dikatakan dengan secara keseluruhan bersetuju dan sedar kununnya perpaduan,berpakat,berkerja sama serta saling bantu membantu diantara satu sama lain dalam kalangan ummah Patani demi untuk mengkumbalikan hak yang dirampas,identiti sedang terhakis,penindasan yang bermaharajalela serta untuk memestikan Islam dapat berdaulat di bumi tercinta itu adalah diwajibkan confirm.Tetapi yang saya ragukan disini, bersatu yang saudara maksudkan ciri cirinya lebih besar mengajak orang lain untuk semata mata bersetuju dengan pendapat saudara dan kumpulan saudara saja tanpa sedikit pun menciri penerimaan pendapat yang berbiza. diantaranya,saudara dengan terang terangnya di sini melekeh lekehkan peranan Ulama dan peranan Wakil rakyat di selatan yang bagi saya kesemuanya lapisan rakyat kecil besar,lelaki perempuan,tua muda,Ulama khru,peladang pekebung,uzur sihat dan….. semuanya adalah saham bagi kita didalam menghadap Siam Kafirin.

    2-Cukuplah mengungkit ungkitkan lagi BERSATU yang telah lama berkubur itu. Kita perlukan satu process yang baru berdemocrasi, lebih mantap dan tergulung dari orang orang yang di wakil serta berwibawa yang betul betul boleh membawa wadah perjuangan kita yang saudara alu alukan itu.

  40. anak tani says:

    Terimakasih kepada orangdhaif:

    Bermaksuk nya kumpulan http://www.Patani Wacher.com itu berkubur dah lama. tertapi kenapa mereka buat web untuk apa? dan ada degan bendera untuk apa? untuk propaganda degan internet kepada orang tidak tahu seperti saya ke?,Jikalau bergitu mereka berjalan tidak betol, macam mana kah orang yang tidak tahu seperti saya nak beri sokongan kepada orang jenis itu. Jawapan saya 0. Termasuk di dalam kumpulan apa saya tadak tahu anda lah tahu.

    Terikasih sekali lagi yang beri jawapan kepada saya.

  41. syabas says:

    Syabas, bagi saudara2 yang mengajak semua pihak yang mengaku dirinya dari Patani supaya bersatu, itulah cara terbaik.
    Suara inilah yang terbanyak sebenarnya, suara yang ingin bersatu yang meliputi semua pihak lebih-lebih lagi yang berperanan secara aktif dalam gerakan pembebasan Patani.
    Maka kalau ada usaha-usaha kearah itu berilah sokongan, janganlah pula membuat tuduhan itu tuduhan ini, tak kemana dan merugikan kita semua.
    Tapi tak apa golongan yang melihat bersatu dalam sudut yang sempit tak ramai, orangdhaif jangan bimbang, mereka akan terarus dalam arus perdana akhirnya, percayalah! sebab serigala yang hebat dan kuat sekalipun akan tumbang kalau dia bergerak sendirian, serangan yang berjaya adalah serangan berkumpulan.
    Kumpulan yang ramai yang mantap dengan tindakan yang meliputi semua aspek yang berdasarkan strategi yang bijak dan menyeluruh, itu yang mesti kita cari dan kita dokong.
    Bukan cara WM Patanikini, menyibok, gelewak piti gol, mungkin dia rasa dia dah jadi serigala tapi dia kena ingat dia seorang diri, tunggulah saatnya kalau menjadi penghalang kepada kehendak ramai tambah lagi kalau membawa fahaman yang bercanggah dengan ahli sonnah wal jamaah.

  42. Waras says:

    Salam Idulfitri untuk semua pelayar Patanikini.
    Kita mulakan era baru kita
    Era yang boleh membawa masalah Patani untuk mencapai penyelesaiannya yang terakhir dan berkekalan.
    Era yang tidak bergantung kepada perasaan semata-mata
    Era yang bertindak berdasarkan fakta dan yang terjadi dengan sebenar-benarnya
    Era yang semua pejuang yakin kepada kekuatan bersepakat
    Era yang menolak perkara remeh temeh
    Era yang menolak tuduh menuduh
    Era yang menolak usaha-usaha mendiskredit kepada kejayaan ummah
    Era yang menyokong kepada usaha dan pemikiran yang boleh membawa isu Patani ke tahap yang membanggakan
    Era yang mengharap semua orang memberi sumbangan bukan menjatuh-jatuhkan
    Sepakat bermaksud gabungan segala kekuatan yang ada
    Gabungan walaupun kecil tetap memberi kekuatan yang luar biasa kalau bijak diuruskan
    Dentuman bergegar adalah petunjuk kepada gabungan sudah mula beroperasi.
    Jangan takut kepada badai kerana rumah kita semua ditakdirkan berada di tepi pantai

  43. soleh says:

    http://www.harampatah.com
    http://www.ambranews.com
    http://www.amanpattani.blogspot.com
    sila layarilah dgn penuh semangat di laman2 ini…
    selamat wahai ummah patani kalian dlm urusan kerja kalian di dunia dan akirat….

  44. Budak Patani says:

    Salam perjugan kepada pejuang Patani

    Saya mengucapkan syabas dan tahniah kepada para pejuang yang bertungkus lumus untuk nmenjayakan perjuangan Patani.Saya sentiasa mengikuti dari dekat perkembangan mutakhir perjuangan Patani.

    Saya juga telah baca artikel-artikel fitnah yang ditulis oleh mereka yang jumud dan tak tahu nak buat apa untuk perjuangan Patani.

    Jika kail kita sejengkal lebih baik tidak memancing di laut dalam.Kalu kita dangkal dengan polisi dan cara bertindak menjayakan perjuangan Patani lebih baik kita jadi penonton sahaja lebih baik dari meraba menulis menyebar fitnah.

    Bila saya perhati tulisan-tulisan di atas saya dapati banyak sekali fitnah dan kata-kata yang penuh dengan pembohongan dan mengikut nafsu semata-mata.Saya juga berdoa pimpinan yang memajukan perjuangan Patani sekarang supaya jangan terus maju ke depan dan tak payah layan fitnah penulis-penulis khianat di atas.

    Dari apa yang saya tahu,apa yang sedang rancak disusun,diatur dan dibuat oleh pimpinan sekarang sangat hebat dan insyaallah penyelesaian Patani akan cepat berhasil

  45. patani moden says:

    Salam perjuangan rakan2 pejuang yg saya hormati dan kagumi…

    Saya menyokong apa dikatakan oleh Budak Patani di atas…saya tahu benar kekuatan, keikhlasan, pengorbanan dan gerak kerja semua pimpinan dan pejuang2 yang telah berjaya menaikkan imej perjuangan Patani sekarang…Seruan Doa pd perenggan pertengahan Budak Patani mungkin tersilap taip tuh…ManuSia tidak lekang dengan kesilapan..

    Apa-apa pun, SYABAS budak Patani

    ALLAHU AKBAR!!

    P/S: Kepada set2 gelewak tu, nilai diri dan cari le apa yg anda dapat lakukan buat warga Patani.

    Wassalam

  46. orangdhaif says:

    Bagi saya pada hakikat sebenarnya perjuangan Patani di kebelakangan ini saja lah yang dapat mengangkat imej perjuangan keperingkat national dan international dan itu disebabkan oleh adanya dua perkara yang tidak pernah berlaku dengan secara serentak di masa dulu iaitu:-

    1-Bergeraknya activis dalaman dengan secara menyeluruh.
    2-Bergeraknya activis luaran(politition)yang mantap dan berani membawa khadiah Patani ke apa saja bentuk asset media masa(TV,Akhbar dan lain).

    Olehyangdimikian tuduh lah apa saja wahai orang yang kerja menuduh tapi itu lah hakikatnya.Tahniah saya kepada dua dua activis itu dan teruskanlah kerja anda kami tetap menyokong dan percayalah princip yang anda tayangkan itu akan dapat diikuti oleh generasi pejuang Patani seterusnya.

  47. minta tulung says:

    Salam perjuangan kepada semua,

    Saya ni rasa terharu dan keliru sikit dan ingin meminta penjelasan dari kawan kawan seperjuangan sekalian sekira adanya penjelasan.

    Jadi saya duduk lihat nampaknya tidak beberapa orang sekali yang selalu menunjul diri,merela segala galanya untuk mempertahankan hak hak orang Patani dan menjelaskan intapati dan hala tuju perjuangan Patani kepada orang orang seperti saya dan juga kepada dunia maka bagi saya orang orang inilah yang sepatut saya hormat dan bagi simpati serta membantu sekadar apa yang saya mampu kerna saya pun ingin juga menikmati balasan syurga di akhirat kelak sebagaimana dijanji oleh Allah itu.Tetapi malang dan sayangnya terdengar saya juga di akhir akhir ini kata katanya mereka ini pun serong juga, maka cuba jelaskan kepada saya SIAPAKAH dan gulungan mana kah secara individu ataupun pertubuhan yang benar dan betul serta apa kah bakti sumbangan mereka untuk perjuangan Patani besar dan kecil?kalau tidak ada,saya minta kepada penuduh penuduh dan pengeliru pengeliru ini cukup lah mengelirukan terhadap orang orang yang nak ikut berjuang seperti saya ini rugi oh rugi berhentilah nanti perjuangan anda yang akan membawa anda kesyurga itu membuat U-Turn ke neraka pula.

  48. ooooo says:

    nampak orng tulis2 dlm cmn222 ini satu dua orng saja nampak gaya tulis tu sama ja.dan satu tujuan saja nampaknya itu akulah habat PULO lah hebat.pada sebanarnya kamu tak ada apa2 pun disisi orng patani karang dan orng patani sekarang tahu apa yg duk belaku di bumi patani sekarang.

  49. minta tulung says:

    Wahai saudara 00000,

    Cukup lah politik kepartian yang sempit itu marilah kita sama sama memikirkan politik kepartian yang luas yang tidak bertaksub buta tuli kepada pihak pihak tertentu dan binalah sungguh sungguh kewibawaan parti anda itu tetapi jangan pula kita menafikan kewibawaan parti kawan kita dan yang penting sekali wahai kawan ku 00000 keuntungan Ummah mesti diutamakan.

  50. Waras says:

    Saudara 5kosong sudah tersilap tafsir kerana termakan hasutan dan tuduhan WM Patanikini.
    Yang kita tidak mau ialah berfikiran sempit. Yang penting pihak yang boleh mengenengahkan isu Patani ke persada antara bangsa kita angagap itu satu kejayaan untuk Patani kerana itu aspek politik, diplomasi, penerangan…. kenapa itu pun tak boleh terima?,
    Yang memegang senjata itu tidak boleh ditunjulkan itu rahsia kekuatan kita, sayap kanan senjata dan sayap kirinya pula diplomasi (dan adik beradiknya), setakat ini tiada siapa yang mengisytiharkan memiliki sepenuhnya pejuang-pejuang bersenjata, maka angkatan bersenjata adalah milik kita bersama, saya dah tanya ramai orang yang berkaitan, kata mereka kami tak berparti. itulah pendirian betul, semua orang boleh bantu, jangan takut saudaraku 5zero, terlalu banyak perkara yang perlu kita perlu buat, tak selesai kalau kita hanya befikir untuk komen kejayaan orang lain macam WMPK buat.
    Kerja mesti ada persaingan kalau tak ada persaingan kaku, anggaplah ini semua persaingan sihat ((jangan menyalah proses persaingan, salahkan diri sendiri dulu kerana tak mau bersaing))
    Kalau saudara 5kosong ikhlas, masuklah mana-mana gerakan dan libatlah diri dalam sayap kanan ko atau kiri ko!.
    Sepatutnya nampak orang buat, kita pun buat lebih dari itu lagi,dan kalau nak suruh orang tahu hak kita buat kita kena bagi tahu barulah dikatakan anak jantan kenapa nak sembunyi kejayaan kita, salahkah kita bagi tahu apa yang boleh kita bagi tahu, tak salah kan! jangan bergelepar macam cacing kepanasan pula, ceritalah hak apa yang kita telah buat, rakyat pun nak tahu. Sekarang ini orang politik dan bersenjata sudah bersama, atau 5kosong anggap itu satu kesilapan besar kalau mereka berpakat?
    Ubahlah sikit cara berfikir, carilah kemajuan, buktilah apa yang kita buat, bukan bersemangat sahaja tak kemana!.
    Saya menunggu kejayaan yang akan dibuat oleh 5kososng, tapi jangan cakap kosong, kerana kosong tak boleh menghasilkan apa-apa, sama ada melalui proses tambah, tolak, bahagi dan darab ia tetap menghasilkan 00000. Saya nak jadi nyahkosong!

  51. ooooo says:

    00000…camment2 di sini saya rasa dua tiga orng ya…satu menyukong yg satu lagi mengkritik orng.. spya nak kata kita itu hebat kan…semua tu 00000 belaka…
    hehehehehe dah rasa pedas tuuuuu.tapi saya yakin patani tetap merdika tapi bukan dgn orng cmn2 tuu…lihat lah jauh di sana,jauh lagi hati merayu kpd ilaahi…///???

  52. kami says:

    sila layari blog yg menarik di http://www.ummahpatani.blogspot.com
    do a..insaallah suatu hari patani merdika3
    allah hu akbar3

  53. positif says:

    Itulah harapan kita Patani tetap merdeka.
    Tapi kalau kita suka jatuh menjatuh sesama sendiri mudahkah kita nak dapat itu semua?.
    Gerakgeri gerakan-gerakan pembebasan Patani kearah bersepakat saya dengar dah rancak benar.
    Kita sokong sahaja mereka, sebab setiap gerakan ada kelebihannya, kita buang yang negatif ambil yang positif. Dengan cara ini setiap gerakan dan individu boleh memberi sumbangan masing-masing dan secara bersama.

  54. 00000 says:

    perkataan…Gerakgeri gerakan-gerakan pembebasan Patani kearah bersepakat saya dengar dah rancak benar….itu perkataan orng pulo laa krna mencari kesempatan dlm perjuangan,dah berapa lama merika berkata macmtu,perkataan2 seperti itu senang nak kata laa wehh,itu tipu saja,baplisity je,tak ada apa2 pun dlm dunia riality, apa yg merika buat,catum sana catum sini,dan keluar ucapan,hanya itu semua adalah cara yg kono dan lama dlm dunia politik pulo,begitulah cara perjuagan mereka dlm keadaan nyawa ikannnn.cuba ubah laa cara tek wehhh,jagn kata pada orng saja,mana rakyat kita nak taruh harapan kalu caranya macm tu,fikir2222laaahhhh,harappp fahammmm.

  55. 00000 says:

    ya allah selamat dan merdikalah bumi patani dari penjajah .ya allah angkualah tmpt kami minta pertulongan.

  56. positif says:

    Kenapa saudara 00000 takut sangat pada bersepakat, apakah bersepakat itu sesuatu yang salah? tak penting siapa dia yang mengajak untuk itu, yang penting kita bersepakat (BRN, PULO, BIPP, Mujahidin… )bukankah orang yang menunjuk jalan kepada kebaikan itu mendapat pahala seperti orang yang melakukan kebaikan itu sendiri?.
    Apakah Patani hanya untuk saudar 00000 sahaja, janganlah bersikap macam tu, macam budak-budak, nak main soghe sahaja, setiap gerakan ada peranannya, tak sikit banyak, yang ada kekuatan sikit peranannya mestilah diberi sedikit dan sebaliknya.
    Saudara 00000 mungkin ketinggalan sedikit perkembangan terkini, semua pihak sedang diajak untuk bersepakat, ini bukan cerita lama, masih panas-panas.
    Atau saudara 00000 memang awal-awal lagi tidak diterima. Banyaklah kemungkinan… sebab saudara ini orang yang anti kepada perpaduan.
    Orang yang takut kepada perpaduan biasanya ialah orang yang banyak mempunyai kelemahan, takut rahsia kelemahannya terbongkar apabila semeja dengan orang lain, jalan yang paling baik untuk dia menolak terus usaha kearah itu. Tapi sebaliknya orang yang mempunyai kekuatan merasakan perpaduan dapat meningkat lagi kekuatan yang sedia ada sebab itulah perpaduan tu penting, ia bukan mudah untuk dilaksanakan kalau ada orang yang semacam 00000, kerana semuanya akan jadi 00000, bercakap 00000, bekerja kearah 00000 semuanya Zero2222 yang tak berkesudahan.

  57. 00000 says:

    kerana macm tu la kita kena 00000 kan meraka yg tidak ada apa tapi buat gelagak macm dah pandai semua dh ada barbagai2.nak apa lagi dgn perpaduan yg membawa kpd perpecahan bhkan membuat keluarg orng lain ber carai barai krna hasutan dan dan dan tak payah sebut di sini////?????macm BERSATU dulu apa yg ada hanya 00000 saja hehehehheh.sejarah dah mengajar kita.memang la 00000 ni budak lagi baru ja bljr.tapi sejarah mengajr kita untuk nilai yg ok ok ok dgn yg 00000.

  58. positif says:

    Saya bersetuju seratus peratus dengan saudara 00000 bahawa kita patut belajar dari kesilapan kita yang lalu, itu amat penting, tapi kita tak boleh cepat berputus asa kalau kita menghadapi masalah, percayalah itu sementara sahaja. Kalau saudara 00000 bertanyakan akar umbi, perlu atau tidak: kerjasama/perpaduan/penyelarasan kerja/… dan apa saja nama kearah itu, sudah tentu jawapan mereka: Perlu dan memang patut pun.
    Perpaduan ini adalah kehendak ramai.
    Saya sudah diberitahu bahawa usaha seperti itu sudah bermula, mengikut apa yang saya faham, mana-mana kumpulan yang tak mau ikut, akan dengan sendirinya tertinggal dan sukar untuk mendapat peluang kali kedua untuk menyertai dalam arus yang cukup kuat ini yang belum pernah berlaku sepanjang sejarah perjuangan Patani, kumpulan seperti itu akan lenyap dengan sendiri pada akhirnya kalau masih memilih jalannya sendiri. (saya harap pandangan saya ini akan menjadi kenyataan akhirnya)
    Kita kena belajar dari kesilapan lalu (Saya setuju dengan saudara 00000). Tapi saya pun tak tahu dan tak faham bagaimana perpaduan itu boleh membawa kepada perpecahan dalam keluarga, macam saudara 00000 kata?, apa kaitan keluarga dengan perpaduan, sukar nak difahami kata-kata ini!?
    Saya namakan diri saya positif, sebab saya nak lihat perjuangan kita dalam aspek positif sahaja buat masa sekarang ini.
    Orang mengatakan bahawa BRN berpecah dua, PULO berpecah tiga, BIPP juga ada riaknya kearah itu…Mujahidin sahajalah mungkin tak ada.
    Macam mana kalau kita anggapkan/bayangkan itu bukan perpecahan, itu adalah keegoan segelintir pemimpin dalam gerakan masing-masing yang cuba membawa haluan dan fahaman sendiri-sendiri.
    Maka mereka ini perlu diajak masuk semula kedalam gerakan masing-masing (sekarang adalah waktunya yang sesuai), kemudian duduk semeja dengan semua gerakan yang ada, setiap gerakaan pula mesti menerima peranan masing-masing yang dipersetujui berdasarkan kekuatan sebenar yang dimiliki oleh gerakan masing-masing dimedan (maksud medan disini banyaklah: tempur, diplomasi, hubungan antara bangsa, pebiayaan, media massa, pendidikan, kemasyarakatan…)( yang kuat mengangkat yang lemah, yang lemah membantu yang kuat)yang akan terbentuk nanti semacam majlis kebangsaan… dan akhirnya menjadi satu ikatan yang cukup kuat.
    Walaupun saudara 00000 mungkin akan mengatakan ini khayalan saudara positif sahaja, cakap mudah nak laksana sukar…, tapi kita perlu bekerja kearah itu.
    Kita bukan berpecah, tapi berselisih pendapat, maka ruang untuk duduk bersama masih luas.
    Terima kasih kerana sanggup membaca sampai habis khayalan saya ini.

  59. 00000 says:

    saya rasa kita beri peluang yg luas untuk gerakan yg memang berkerja.kita yg lain mari bantu dan duduk di bawahnay. itulah paling baik dan genteman kannnn
    allah hu akbar3

  60. minta tulung says:

    Saudara ku 05,

    Kita jangan hanya melihat kepada sekerat sejarah bahkan seharusnya kita mesti melihatkan sejarah secara menyeluruh semenjak mana bermulanya gerekan gerakan pembebasan Patani sehinga sampai ke hari ini sudah berapa gerakan pembebasan Patani telah dirubuh dan dihancur oleh pihak musuh(penjajah) bukan erti kata yang saudara 05 menganggapkan kuat itu tidak mustahil di satu hari muka akan boleh berkekalan serta bertahan seterusnya lebih lebih lagi kalau kita melalai dan berbangga dengan sekadar apa yang ada pada kita tidak langsung berfikit untuk mengabdate lagi tidak mau melihat kepada kelemahan kelemahan yang ada,sikap seperti inilah yang akhirnya membawa kepada kehancurannya.

    -Perjuangan Al-syahid tuan guru haji Sulung dihancurkan.

    -PULO di awal lapan puluhan sampai ke pertengahan sambilan puluhan gurilanya sudah dapat bermain sepak di kampung kampung ashkar penjajah tidak berani datang walau sekalipun diminta datang itu menandakan betapi hibat pejuang pejuang kita di masa itu tetapi akhinya terpaksa menyusun semula juga.

    Olehyangdemikian wahai 05 lihatlah kebelakang gatip weh dan jangan lupa lihat jaoh kedepan juga.

  61. 00000 says:

    tetap pendirian adalah pentiang dlm perjuangan. wawasan dan pendirianlah penting dan akan kekal dlm melaksanakan perang jihad revolusi di patani.lihatlah sejarah ya lepas. yg kekal adalah yg gigih berusaha. dulu orng berkata sekiranya siapa dan gerakan mana yg tak bersama dlm BERSATU akan ketingalan dan hancur.tapi apa yg berlaku sebenar adalah sebaliknya.terimalah hakikat rialiti, barulah kita tidak di perbodohkan oleh sejarah.
    allah hu akbar3

  62. positif says:

    Kali ini kalau dah kenal pasti cara BERSATU (yang telah terkubur)tidak boleh membawa apa-apa matlamat, maka pendekatan lain perlu diambil, mungkin cara BERSATU dikendalikan tidak sesuai, tidak adil, kuasa ditangan orang yang tidak berkuasa, tidak berperanan dan tidak berkemampuan.
    Faktor KEMAMPUAN, PERANAN YANG TELAH DAN SEDANG DIMAINKAN, PENGUASAAN MEDAN&SEKTOR DAN SANGGUP MENERIMA HAKIKAT YANG ADA perlu dititik berat dan diambil kira sepenuhnya, sebelum pengagihan kuasa dibahagi-bahagikan.
    Untuk lebih selamat yang kuat dikalangan mereka membuat keputusan yang kurang kuat bersedia membantu, tapi dengan syarat, yang kuat juga membantu yang kurang kuat bangun berdiri dan memaksa mereka berlari… sukar dilaksanakan… tapi inilah cara yang praktikal, kalau semua boleh menerima maka sejarah yang pernah berlaku pada BERSATU tidak akan berulang lagi.
    Usaha kearah itu perlu dibuat sebaik-baiknya
    Ingatlah membantu kawan kita jadi kuat akan menjadikan kita lebih kuat dari kawan kita.
    Tangan yang memberi lebih baik dari tangan yang menerima.
    Jangan mengalah sebelum mencuba…
    Itu saja.

  63. 00000 says:

    sukrann.sejarahlah yg mengajar kita lebih matang dan lebih barmakna dlm perjuangan.kerana kita sedang dlm perjuangan perang.maka iktibat dan tinjau dari sejarah memeng perlu.dan kiraan yg baik dan betul dlm langkah menuju alam rialiti dlm jihad perang ini akan lebah berhasil.selapas berhasil merdika, siapa yg akan merintah dan membawa ummah patani kita serah kpd allah dan rakyat.
    inshaallah dgn kerja keras dan ikhlas dari para pejuang2 revolusinir kalain dgn izin allah ummah patani akan dpt kemerdekaan serta allah menridhai nya di dunia dan akirat. allah hu akbar3

  64. Waras says:

    Cara yang dikemukan oleh saudara positif ada nampak menarik, cuma setakat mana idea itu dapat dilaksanakan. Pada pandangan saya mesti ada pihak luar yang boleh dihormati oleh semua gerakan dan yang tidak berkepentingan selain dari kepentingan penyelesaian isu Patani sahaja bagi mengusahakan kearah persepakatan yang dimaksukkan itu, barulah ia boleh dilaksanakannya sebaik mungkin, sebab pengalaman lalu, pihak seperti tersebut tidak diyakini oleh semua gerakan lebih-lebih lagi yang betul-betul aktif.
    Formula saya pula : Makanan mesti dibahagi berdasarkan kepada berat badan penerima dan yang membahagi makanan pula orang luar yang dipersetujui bersama setelah semua orang memecat baju masing-masing kemudian menimbang berapa KG berat badannya, itu baru makanan.
    Kalau peranan dan tugas kerja pula, mestilah berdasarkan kepada kemahiran dan kemampuan masing-masing…..si kurus sebagai contoh boleh ditugaskan untuk berlari, si berbadan besar tak sesuai….
    Yang penting kosep: al-Adl wal-Ihsan perlu dilaksanakan sepenuhnya. WalLaahu Aa’lam

  65. pataniKU says:

    kesian saya di sini lihat orng kita, lebeh2 lagi PULO ashik bercakp teteng kuasa kuasa dan penbahagian kuasa,malu lah kita selaku rakyat patani,ada segelintir orng kita cari peluang untuk nak jadi tu jadi ni,nak bergaya macm menteri tu menteri ni,itulah cara kerja pulo dari dulu dan sekarang.duk mencari kuasa.nampak keduniaan sangat.insaf dan sedarlah dengan deri tik wehhh.malu dgn budak kampong tik wehh.dengar kata belajar tingi juga.tapi pikiran macam budak kebudakan.

  66. Waras says:

    Jadi pada pendapat saudara pataniKU, semua kerja untuk Patani kita tak perlu pikir tentang pembahagian tugas antara gerakan, kerana pembahagian tugas dan kuasa itu perkara kotor dan menjijikan? ikut jumpa kerja saja terus buat, mungkin ia baik pada satu ketika tetapi bukan untuk saat sekarang.
    Kita sekarang hidup dalam dunia moden yang penuh dengan peraturan bukan dalam hutan rimba, bukan di zaman batu, yang tak perlu semua peraturan persepahaman dengan orang lain, hidup sendiri-sendiri, yang kuat terus membaham yang lemah dengan rakusnya. Semua orang kena rebut kerja di dunia ini kerana ia akan dikira pahala dosa pada hari akhirat nanti.Salahkah ini?
    Sudah tidak berbangkit lagi siapa yang mahu kuasa, kalau ada pihak yang mengatakan tak mahu kuasa itu bohong dan satu pembohongan yang memalukan, sebenarnya hasrat berbaik-berbaik semua gerakan sudah dimulakan oleh BRN-C-PULO, mereka bergerak kearah itu sekarang, maka di mana cacatnya?, dua kumpulan inilah yang terkuat, apa yang saya katakan ia adalah inti pati kehendak dua kumpulan ini, lebih-lebih lagi dari pemimpin berkalibar dari BRN-C, atau ada lagi kumpulan lain yang kuat?, kalau ada mungkin yang dipimpin oleh pataniKU dengan dibantu oleh patanikini!.
    Kenapa nak malu pada budak-budak kg? mereka juga ingin melihat semua bekerja sama, apabila ada kerja sama mestilah dibahagi-bahagikan tugas, salah macam tu? yang orang kampong marah sangat sebab ada orang berfikiran macam saudaraKU keras kepala tak boleh diajak berunding, tak tahu apa yang dia nak???.
    Kita tunggulah pemimpin-pemimpin gerakan sendiri yang membuat keputusan, kita pula beri sokongan.
    Soalannya bolehkah sesuatu perkara itu dapat bergerak tanpa kuasa? tak boleh kan? maka kuasa itu perlu!
    Punca banyak masalah didunia ini ialah kerana pengagihan hak dan kuasa berlaku secara tidak adil.
    Atau saudara pataniKU orang angkasa yang datang dari luar planet bumi yang hidup tanpa bergantung kepada kuasa. Mana ada makhluq tuhan yang hidup tanpa kuasa?, walaupun ia jahat pada pikiran pKU, kerana anda melihat kuasa dalam kacamata jahat, kalau anda pikir ia sesuatu keperluan maka ia akan menjadi tuntutan kita.. dan tuntutan kita bersama.

  67. dunia says:

    “Kalau kita ada tanah jangan buat geran tanah kerana buat geran tanah nampak nak kuasa pada harta dunia sangat! jahat! tanah tak boleh dijual beli dan pindah milik! itu perbuatan orang yang suka pada dunia!
    Kalau kita ada kereta kita tak boleh cakap pada orang ini kereta kita, kerana itu harta dunia!, malu pada orang kampung yang tak ada kereta. Malu weh ada kereta!
    Orang kampung tak boleh tanam getah kerana getah boleh beri duit, dan duit jahat kerana dia harta dunia dia boleh melalaikan kita dari mengingati tuhan! untuk buat masjid kita perlu mintak sedekah sahaja, memintak sedekah perbuatan suci dan mendapat pahala. Memiliki harta, bercakap tentang memiliki harta dunia adalah dilarang kerana harta dunia adalah milik orang kafir sahaja. Kita kena malu pada budak-budak kampung sekarang kerana mereka sudah tidak lagi berfikir pada kuasa dan masa depan ummah, kerana perbuatan itu boleh dianggap ingin merebut harta dunia, kita hanya perlu berkhayal… sambil-sambil hisap ganja” petikan dari kata-kata pataniKU yang suci lohor yang tidak ingin memiliki apa-apa di dunia ini. Insan suci hingga tak perlu lagi berbuat apa-apa dan memiliki apa-apa di dunia.
    Ini adalah ciri-ciri penghisap dadah!

  68. pataniKU says:

    ah ah ah ah ah marah betul nampaknya.saya tak nafi kata semua tu memang ada betulnya.tapi yg saya nampak trant pejuangan PULO adalah sangat ashik dagan kuasa.kerja tak tahu kemana lagi. nasib2 membawa padah orng lain masuk penjara siam seperti mana pernah berlaku zaman BERSATU dulu. kena tangkap dan lari melintank ponggang.hati2 la wahai para revolusinir kalian. jgn terpadaya sangat dgn umpan2 dan manisan2 yg bercampur racun dan bahaya macam ular kapak.kerana di sana ada orng yg sdng mencari kesempatan. hati2 ya smga tidak terjerlus.

  69. dunia says:

    Sebenarnya bukan marah, hanya ingin membuktikan bahawa hal perpaduan ini sudah begitu serius sekali.
    Dalam masa dua minggu lepas ramai pemimpin kita sudah duduk semeja atau dipertemukan, maka kita boleh bayangkan mereka akan berpakat sesuatu, cepat atau lambat akan kita nampak hasilnya, kerana apa yang difahamkan proses itu akan terus berjalan samaada kita mau atau tidak, yang saya dengar semua mau dan semua tak mau ketinggalan, baguslah, boleh kita beri tepukan, alhamdu lilLah, satu pencapaian sudah bemula!.
    Diantara isinya sudah tentu (pada pandangan saya)berkisar pada pembentukan kerangka umum kerjasama dan pembahagian tugas, peranan, kuasa… siapa peranan siapa.. atau itu tak boleh bincang biar dia terjadi secara semula jadi, kalau mereka bincang itu satu kesilapan besar?, tak betul tu.!?
    Yang kita bincang disini pun hanyalah sekadar menyuarakan betapa pentingnya agihan-agihan dilakukan nanti biar ia berlaku sebaik mungkin, sekiranya mereka juga ada membaca tulisan kita, maka kita harap idea-idea kita mungkin dipertimbangkan atau mungkin tidak, itu terpulanglah kepada mereka, mereka lebih beroturiti dalam hal-hal seperti ini, yang penting kita bersuara, nasib baik patanikini ada (marah-marah pun sayang juga!) boleh kita tupae di jemoghae dio!.
    Mereka duduk semeja atau dipertemukan bukan untuk berfikir cara untuk merenggang antara satu sama lain, tapi untuk merapatkan antara mereka dan gerakan mereka, dan kita boleh bayangkan masalah yang akan mereka hadapi nanti, kalau tidak ada cara dan langkah yang baik dan cerdik, maka sejarah BERSATU akan berulang sekali lagi dan Patani dijajah lagi oleh penjajah kedua. Saya faham itu yang pataniKu tak mahu. Jangan saudara pataniKU menuding jari hanya pada satu pihak yang merebut kuasa, semua nak kepada kuasa, kalau ada pihak yang mengatakan sebaliknya, itu pembohongan yang nyata, atau orang itu tidak berada di alam nyata, kenapa perselisihan antara kita selalu berlaku, puncanya itu lah. Kita berjuang ini pun untuk menuntut kuasa, apa dosa pada kuasa?, itu anugrah tuhan supaya kita dapat menjaga hak kita.
    Berhati-hati itu perlu, tapi jangan sampai kita tak berbuat apa-apa, nak rebut peluang takut orang kata mencari kesematan, takut termakan racun, takut terjerlus…peluang yang ada kita lepas, semua terlepas, orang lain yang kebas, kita pula ketinggalan bas.

  70. pataniKU says:

    tapi saya nampak itu trent dan budaya pulo yg begitu ashik sekali dgn kerusi,kuasa,pengkat dll.yg mana budaya tu tak begitu sihat dan baik. ketahwilah biasanya orng yg ashik mencari kuasa akhirnya tak akan dpt.sjrah tlh bukti dlm hal itu.

  71. dunia says:

    Memang itu ada nampak sangatlah, sebab cara pulo (pendekatan lamanya) terlalu terbuka tidak semacam BRN dia terlalu tertutup, maka segala perselisihan yang berlaku dikalangan mereka mudah tersebar, biasanya perselisihan berlaku disebabkan merebut jawatan…yang sepatutnya mereka merasakan itu tanggongjawab bukan jawatan…itu bagi saya perkara semula jadi bagi manusia kalau iman sudah kendur dan ideologi perjuangan kosong.(Maka sebab itu pengagihan peranan secara adil itu penting dan serius sekali apabila persepahan berlaku nanti dikalangan mereka) Tapi kalau saudara pataniKU mengatakan itu satu trend (yang dimaksudkan saudara dengan trent)pulo dan semua anggota pulo asyik dengan merebut jawatan, saya rasa kurang adil dan tidak begitu menyeluruh dan tidak begitu tepat sekali, sebab:
    – Ia berlaku pada semua gerakan Patani yang berpunca dari merebut jawatan dan keegowan individu yang dikatan pemimpin itu, yang sepatut mereka merebut-rebut untuk buat kerja, kecuali yang tak berlaku dalam gerakan Mujahidin sahaja(barangkali lah), yang lain ada perpecahan dan keretakan di kalangan mereka.
    – Ada ramai anggota polo yang tidak bersikap demikian (setakat saya tahulah), kasian mereka kalau kita anggap mereka terlibat sama.
    – Merebut kuasa seperti yang dimaksudkan oleh saudara pataniKU itu ia berlaku dimana-mana sahaja tidak berkecuali didunia ini.
    Hanya silap pulo yang kita nampak ialah pendekatannya yang terlalu terbuka (ini pendekatan lamanya), maka ia cepat nampak dan mudah tertunjul bagi segala yang berlaku dalam gerakan ini.
    Kita harap kerjasama antara (BRN-C-PULO)yang sudah mulai terjalin itu akan saling bantu membantu, mantap memantap antara satu samalain, sebab setiap gerakan ada kelebihannya masing-masing yang patut diakui, didokongi, disuburi, dan diaktifkan secara bersama, demi Patani kita.

  72. 555555 says:

    ya allah jauhi patani dan rakyatnya dari penkianat,munafik,meraka yg suka mengambil kesempatan di atas penderitaan orang,dll
    allah hu akabar

  73. 666666 says:

    (Sambungan doa dari 555555) Ya Allah ya tuhanku berilah kebijaksanaan pada seluruh pemimpin-pemimpin Melayu Patani agar mereka tidak melepas apa-ap peluang dan kesempatan yang ada disamping senentiasa berfikir kearah itu untuk kebaikan Patani dan seluruh rakyatnya bagi mengeluarkan mereka dari kesempitan dan penderitaan yang berpanjangan.
    Ya Allah ya tuhanku berilah kekuatan kepada mereka supaya mereka senentiasa sedar bahawa sumbangan menyeluruh adalah amat perlu untuk menggerakan perjuangan Patani kearah mencapai matlamatnya. Aamiin ya rabb.

  74. orangkompong says:

    Salam seperjuangan.saya pun bersetuju marilah kita sama sama berdoa kpd’Allah Swt.sepaya semua ketua gerakan2 bawak amanah perjuangan kita sampai ke matelamat ialah kemerdikaan dan menyatu hati mereka boleh kereja sama di antara satu sama lain…tapi harap ke doa sahaja tak cukupi kita orang bawahan dan anggota umum mesti bertangong jawap dan berkerban apa saja baru lah cempat dapat kejayaan….dalam sejarah lebeh kurang 50 tahun dulu selepas perang dunia ke-2 orang patani buat perjumpaan di masjid besar kota Bharu,kelantan tumboh satu gerakan namanya “Gabungan Melayu Patani Raya” (GAMPA) seramai 500 orang buat surat batahan hantar ke PBB dengan list nama2 di bawah pimpinan Tungku Mahmood Maijudin anak kepada Sultan Abdul Kadir(sultan Patani terakhir)dan di arah angkat bendira Patani di setiap rumah seloroh penduduk dalam 4 wilayah..nasip orang patani tak baik suara kita tak terima di PBB, kemungkinan perjuangan kita belum matang lagi waktu itu, tambah lagi penjajah Britisk blackmail kita(tepu)dia berpehak kepada Siam di penjara dan buang daerah semua pemimpin GAMPA.
    Pada pendapat saya berjuangan kita hari ni dah matang dan ada kemampuan insya Allah kita berjaya kalau kita terus kan lagi menetang habisan..Siam tak buleh di rahsia lagi bahwanya patani,yala,menara dan 4 daerah dalam singora itu adalah wilayah kecil 2 di selatan Siam…bukti nya diplomat dan kedutaan luar ambil perhatian apa terjadi harian di selatan nangeri ini,NGO,PBB dan EU pun dah datang sampai di tempat kita.
    selamat berjuang dan terus halang penjajah dah sampai masanya untuk kita bersatu hati bersatu tenaga lawan satu musuh sehaje ia itu penjajah Siam kafir.
    Allah u Akbar 3

  75. Cikloh says:

    Selamat berjuang dan berhariraya Idul-adhha al-mubaraq…

  76. RIMEUNG PUTEH says:

    يآأَيُّهاَ الَّذِيْنَ آمَنُوا إِذاَ لَقِيْتُمُ الَّذِيْنَ كَفَرُوا زَحْفاً فَلاَ تُوَلُّوْهُمُ اْلأَدْباَرَ. وَمَنْ يٌوَلِّهِمْ يَوْمَئِذٍ دُبُرَهُ إِلاَّ مُتَحَرِّفاً لِقِتاَلٍ أَوْ مُتَحَيِّزاً إِلَى فِئَةٍ فَقَدْ بآءَ بِغَضَبٍ مِّنَ اللهِ وَمَأْوَاهُ جَهَنَّمُ وَبِئْسَ الْمَصِيْرُ

    “Hai orang-orang yang beriman, apabila kamu bertemu dengan orang-orang kafir yang sedang menyerangmu, maka janganlah kamu membelakangi mereka (mundur). Barangsiapa yang membelakangi mereka (mundur) di waktu itu, kecuali berbelok untuk (siasat) perang atau hendak menggabungkan diri dengan pasukan yang lain, maka sesungguhnya orang itu kembali dengan membawa kemurkaan dari Allah dan tempatnya ialah neraka jahannam. Dan amat buruklah tempat kembalinya.” (Al-Anfal: 15-16)..

    Ya ALLAH, TUHAN kami, Segala Kepujian dan Kebesaran Hanya milikMU,
    Ya ALLAH, Yang Maha BERKUASA atas segalanya,
    Yang Maha BESAR dan Maha TINGGI,

    Kami memohon dari KEBESARANMU dan KEKUATANMU, Ya ALLAH,
    Berilah Kemenangan kepada Para Pejuang Islam yang ikhlas di jalanMU, Amiin,
    Ya ALLAH, Semoga ENGKAU Senantiasa di sisi mereka, Amiin,
    Ya ALLAH, Semoga ENGKAU Senantiasa bersama mereka, Amiin,

    Ya ALLAH, ENGKAU Berilah Kemenangan kepada mereka, Amiin,
    Ya ALLAH, ENGKAU Berilah Kekuatan kepada mereka, Amiin,

    Ya ALLAH, Semoga ENGKAU Senantiasa Membela, Memelihara dan Melindungi mereka, Amiin,
    Ya ALLAH, TUHAN kami, Satukan hati, pemikiran dan pandangan mereka, Amiin,
    Ya ALLAH, ENGKAU Fokuskan Matlamat Perjuangan mereka, Amiin,
    Ya ALLAH, ENGKAU Gabungkan Kekuatan dan Hujah-Hujah mereka, Amiin,

    Ya ALLAH, ENGKAU Tetapkan Hati dan Pendirian mereka, Amiin,
    Ya ALLAH, ENGKAU Kuasai musuh-musuh mereka, Amiin,
    Ya ALLAH, ENGKAU Kuasai musuh-musuh mereka, Amiin,

    Ya ALLAH, TUHAN kami, ENGKAU Kuasai musuh-musuh Islam, Amiin,
    Ya ALLAH, ENGKAU Lemahkan dan ENGKAU Kalahkan musuh-musuh Islam, Amiin,
    Ya ALLAH, ENGKAU Pecah-Belahkan kesatuan musuh-musuh Islam, Amiin,

    Ya ALLAH, ENGKAU Lunturkan semangat dan moral musuh-musuh Islam, Amiin,
    Ya ALLAH, ENGKAU Lemahkan kekuasaan dan cengkaman musuh-musuh Islam, Amiin,
    Ya ALLAH, ENGKAU Lemahkan kekuatan tentara musuh-musuh Islam, Amiin,
    Ya ALLAH, ENGKAU Lemahkan ekonomi musuh-musuh Islam, Amiin,
    Ya ALLAH, ENGKAU Campakkan Ketakutan yang amat sangat dalam hati musuh-musuh Islam, AMIN YA RABBAL’ALAMIN……..

    TAK USAH BANYAK GADOH MEMANG KEBENARAN SUDAH TERBUKTI,
    TERUSLAH BERJUANG SAUDARAKU,,,ALLAH BERSAMA KITA JAGAN TAKUT MATI DEMI MEMBELA AGAMA ALLAH,HANYA KEPADANYALAH TEMPAT KITA KEMBALI….
    TAKBIR..الله أكبر…TAKBIR..الله أكبر..TAKBIR..الله أكبر.MERDEKA PATANI.TERIMAKASIH..ASSALAMU’ALAIKUM..WR WB..

  77. Deloras says:

    Have you ever considered about adding a little bit more than just your articles?
    I mean, what you say is valuable and all. Nevertheless just
    imagine if you added some great photos or videos to give your posts more, “pop”!
    Your content is excellent but with images and clips, this website could undeniably be one of the very best in its
    field. Amazing blog!

  78. berita forex says:

    Awesome blog! Is your theme custom made or did you download it from somewhere?

    A theme like yours with a few simple adjustements would really
    make my blog jump out. Please let me know where you
    got your design. Cheers

  79. seo plugin says:

    Hello Web Admin, I noticed that your On-Page SEO is is missing a few factors, for one you do not use all three H tags in your post, also I notice that you are not using bold or italics properly in your SEO optimization. On-Page SEO means more now than ever since the new Google update: Panda. No longer are backlinks and simply pinging or sending out a RSS feed the key to getting Google PageRank or Alexa Rankings, You now NEED On-Page SEO. So what is good On-Page SEO?First your keyword must appear in the title.Then it must appear in the URL.You have to optimize your keyword and make sure that it has a nice keyword density of 3-5% in your article with relevant LSI (Latent Semantic Indexing). Then you should spread all H1,H2,H3 tags in your article.Your Keyword should appear in your first paragraph and in the last sentence of the page. You should have relevant usage of Bold and italics of your keyword.There should be one internal link to a page on your blog and you should have one image with an alt tag that has your keyword….wait there’s even more Now what if i told you there was a simple WordPress plugin that does all the On-Page SEO, and automatically for you? That’s right AUTOMATICALLY, just watch this 4minute video for more information at. Seo Plugin

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: