Selamat menyambut Ramadhan Al Mubaraq

August 10, 2010

1 hb Ramadhan 1431

Salam dari Patanikini dan selamat berpuasa bagi ummah Patani walau dimana saja berada. Semoga bulan Ramadhan tahun ini akan menambah kan lagi kerahmatan yang allah swt sentiasa curah kapada bangsa ini. Dengan kita berebut-rebut mengambil peluang dibulan ini sebagai tetamu allah swt dan memperbanyak bacaan alquraan alkarim, solat malam,bermunajat dengan lenangan airmata dan menghitung kembali dosa-dosa yang telah banyak kita lakukan. Kita bermohon allah swt supaya jangan lah menghisab dan menghukum kita dengan keadilan nya ,tapi hukumlah dengan Rahman dan rahimnya.Telah banyak anugerah allah telah diberi yang tidak kita minta dan telah banyak dosa kita yang diampuni tanpa kita merayu.

Barisan pejuang didalam negara juga telah bermuhasabah dan memperbaharui azam bahawa perjuangan akan diteruskan selagi masih ada kekuasaan penjajah dan toghut bertapak dibumi ini. Mereka memperbaharui keazaman untuk menyambut tawaran allah swt untuk membeli nyawa dan darah mereka dengan jannah jika toghut dapat di hancur hingga keurat tunjang.

Walaupun baru-baru ini beberapa orang petualang telah mengishtiharkan genjatan senjata kearah penjajah tapi ajenda untuk mengkucar kacir saf hadapan ini tidak diambil peduli oleh para Mujahidin. Mereka dengan tidak segan silu cuba mengkucar kacir orang-orang BRN-Coordinate dengan mengishtihar bahawa satu pakatan telah dibuat dengan pimpinan BRN-C  dengan menamakan pakatan ini’Patani Malay Liberation Movement’. Bukan sahaja perkara itu tidak wujud, bahkan seluruh pimpinan dan anggota partai mereka juga terkejut dengan perishtiharan tersebut. Bahkan Pimpinan PULO sendiri menafikan tentang kewujudan hal tersebut.Kita tidak tahu ajenda siapakah mereka ini berkerja,akan tetapi punca perpecahan terakhir dalam PULO dalam pemilihan yang lalu adalah bermula dari komplot kumpulan ini.Sehingga seluruh orang-orang tua dalam PULO terpaksa campur tangan dan berlaku sedikit keretakan.

Kumpulan ini sentiasa membuat kenyataan-kenyataan yang tidak menggambarkan kehendak Partai mereka yang sebenar.Mereka juga sering membawa lapuran-lapuran palsu kapada OIC dan melapurkan juga segala kepalsuan dan pembohongan kapada Majlis Tertinggi mereka.

Seluruh Partai dan kepimpinan perjuangan Patani harus berhati-hati dengan kumpulan ini.Yang pastinya mereka ini dapat peruntukan banyak untuk bergerak kesana kemari, tapi pasti bukan dari partai mereka.

Sekarang disana sini para pemerhati politik Patani terasa kecewa dan sering bertanya tentang kesohehan berita-berita yang datang dari golongan ini. Mereka tak ramai hanya beberapa orang yang kebetulannya teman-teman akrab sejak dari kecil lagi. Mereka ini hanya muncul ketika kerajaan Malaysia menubuhkan Task Force 2010 yang sekarang sudah berkubor.Mereka lah yang telah memutar belit kan maklumat kapada Task Force 2010 sehingga membawa kapada kegagalan badan tersebut.

Pihak kami sangat-sangat berharap semoga semua partai-partai dan para Mujahidin Patani meneruskan muzakarah diantara satu sama lain semoga kita sama-sama dapat menghalau Penjajah Thai dari bumi Patani.

Bermula lah dibulan yang penuh keampunan ini,mudah2an kita mendapat petunjuk dari allah swt.

Kita juga harus berhati dengan ajenda Barat yang mereka munkin salurkan melalui OIC dan di persetujui oleh Penjajah Thai.Mereka mendesak pemimpin Patani yang berada diluar Negara supaya menghentikan segala aktiviti Militan dengan alasan dunia sekarang hanya boleh menyelesaikan segala masaalah melalui consultation dan perundingan.Mereka berjanji akan menyokong perjuangan jika kita sanggup meninggalkan Jihad.Ini lah pra syarat OIC dan barat untuk membantu Patani. Allah swt telah memberi amaran tentang perkara ini dalam alquran alkarim Surah Almaidah ayat 53

 أأَذِلَّةٍ عَلَى ٱلۡمُؤۡمِنِينَ أَعِزَّةٍ عَلَى ٱلۡكَـٰفِرِينَ يُجَـٰهِدُونَ فِى سَبِيلِ ٱللَّهِ وَلَا يَخَافُونَ لَوۡمَةَ لَآٮِٕمٍ۬‌ۚ ذَٲلِكَ فَضۡلُ ٱللَّهِ يُؤۡتِيهِ مَن يَشَآءُ‌ۚ وَٱللَّهُ وَٲسِعٌ عَلِيمٌ (٥٤)

Dia; mereka pula bersifat lemah-lembut terhadap orang-orang yang beriman dan berlaku tegas gagah terhadap orang-orang kafir, mereka berjuang dengan bersungguh-sungguh pada jalan Allah, dan mereka tidak takut kepada celaan orang yang mencela. Yang demikian itu adalah limpah kurnia Allah yang diberikanNya kepada sesiapa yang dikehendakiNya; kerana Allah Maha Luas limpah kurniaNya, lagi Meliputi PengetahuanNya.

Amaran allah swt ini terhadap pejuang-pejuang supaya jangan peduli kepada ugutan,cemuhan dan pujukan musuh. Kerana mereka bertindak demikian kerana mereka sedang merasa.

   Perjuangan rakyat Patani masih utuh dan bertenaga