Selamat menyambut Idul Fithri 1430H

September 19, 2009

Selamat hari raya idul fithri 

Kullu am wa antum bikhair

  

Warga patanikini ingin mengambil peluang bagi menemui seluruh pejuang-pejuang yang masih di barisan hadapan, seluruh umat islam di Patani, warga pelayar patanikini dan mereka-mereka yang cemburu dengan kemajuan kebangkitan ummah di Patani.

 

Maaf zahir dan batin selamat hari raya fithri

   Id Mubarraqah

      Kullu am wa antum bikhair

           Minal aidin Wal Faizin

 

     Mudah-mudahan antum semua di rahmati allah di hari yang mulia ini.Kami terlebih dahulu memohon maaf dan keampunan di atas terkasar bahasa dan bagi pihak seluruh anggota pejuang menyeru rakyat Patani bersabar dan terus beristiqamah bersama kami dalam mengharap ketentuan allah swt keatas bumi kita yang diwarisi dari tok nenek kita ini.

     Dalam kita bertakbir dan bersuka ria jangan lupa bahawa tanah air kita masih di jajah oleh musyrikin harbi.Masih banyak kerja dan tanggungjawab kita yang belum di langsaikan.Masih ramai anak-anak kaum kita yang masih menderita di tindas dan masih meratapi kehilangan orang-orang tersayang dalam keluarga mereka.

     Kita juga harus jangan lupa kapada anak-anak yatim dari para syuhada yang telah meningkat lebih 2000 mangsa.Walaupun ada juga pertubuhan dari anak watan kita yang tampil memberi sumbangan pada mereka tapi mereka ini masih sangat-sangat memerlukan bantuan dan sokongan dari kita semua.Begitu juga dengan ibu-ibu tunggal. Mereka harus di bimbing dan dibantu supaya boleh berdikari.Mereka juga harus di awasi supaya tidak di goda dan di ganggu oleh soldadu  penjajah dan kuncu-kuncu mereka.Juga jangan lupa bahawa masih ramai anak-anak muda kita yang telah terjerumus kekancah maksiat dan hidup bersama kafir Siam.Kita harus berusaha dengan apa cara untuk membawa mereka kembali ka pangkuan kita.

     Di pesada dunia, Palestin masih dijajah dan di tindas, Iraq masih dijajah dan berperang sesama sendiri gara-gara terperangkap dengan hasutan dan tipu helah musuh islam.Negara-negara melayu masih terkial-kial dengan krisis identiti dengan sebahagian pemimpin Islam sanggup berbalah sesama islam untuk menyebelahi kaum kafir gara-gara untuk mendapat kan undi mereka dalam pilihanraya. Afghanistan masih dibayangi kuasa penjajah Amerika.

    OIC masih terperangkap tunduk dengan payung zionis dan Amerika.Mereka masih teragak-agak untuk bertindak membila umat islam yang di tindas kerana takut di tegur oleh bapa mereka Syaitan besar Amerika.Thailand di beri taraf pemerhati sedang umat islam Patani yang di tindas tidak mendapat tempat. Baru-baru ini OIC telah bersetuju menjadi inisiator mengajak partai-partai pejuang Patani supaya bekerja sama satu sama lain untuk berunding dengan penjajah Thai dan berdamai.Darah para syuhada yang telah pergi mereka mau menghapuskannya.

     Kami juga ingin merakam  ucapan  tahniah khusus bagi pelayar-pelayar patanikini yang begitu bersemangat mempertahan dan membila kawan-kawan yang di kritik oleh musuh-musuh  perjuangan Kebangkitan rakyat Patani.Dan ada juga yang menyumbangkan komentar dan tulisan yang begitu bermutu dan akan menjadi rujukan kami bagi artikel-artikel di masa-masa akan datang.Kami menyeru pada saudara-saudara, walau yang berada jauh dari tanah air Patani  teruslah memberi sokongan padu pada Jihad ini sama ada  berupa penulisan atau lain-lain bentuk.Setiap komentar saudara di baca dan di hargai oleh semua pejuang-pejuang.

      Kapada yang masih menentang kami dengan apa alasan sekali pun kami memohon mari lah kita sama-sama berdoa semoga allah swt menunjuk kan kita kajalan yang di redhai nya.Mudah-mudahan kita di anugerah pemikiran yang waras dan sentiasa mendapat hidayah darinya.

 Juga jangan lupa menghulurkan bantuan dengan apa bentuk sekali pun pada mereka yang tidak bernasib baik.

 

Allahu akbar allahu akbar allahu akbar

Walhamdulillah ,wahdah,wahdah,wahdahu

Wala na’budu illa iyya mukhlisina lahuddin

Walau karihal kafirun

 

Alluhmma solli ala Muhammad wa aali muhammad