Nasib Patani…..Quo Vadis?

Nampaknya mutakhir ini banyak suara-suara simpati dan peka dengan keresahan dan keperitan yang dialami oleh bangsa Melayu/Islam Patani.Pihak patanikini dan rakyat Patani cukup berterima kasih diatas nasihat dan pandangan yang diberi oleh para pembaca terutamanya dari Malaysia dan Indonesia.Pelbagai saranan dan pandangan yang telah diberi oleh para sahabat terutamanya dari para pelayar blog patanikini.

           Diantaranya yang paling kerap ialah yang menggalakkan orang-orang Patani supaya teruskan jihad bersenjata dan jangan mundur dan lemah diatas segala halangan dan kezaliman yang dilakukan oleh penjajah Siam.Ada yang mencadangkan supaya para pejuang meletak kan senjata dan memberi peluang kapada keamanan dan memulakan perundingan dengan pihak penjajah Thai.Sebenarnya ada beberapa perkara atau fakta yang tidak di sedari oleh orang-orang luar atau sahabat-sahabat tentang permasaalahan Patani ini. Ada yang bertanya sudah berapa ratus tahun orang-orang Patani berperang dan sanggup berperang? Kerana dengan segala kekurangan yang ada apa munkin kah kita dapat menandingi Kekuatan  kemajuan Thai yang mendapat sokongan dari semua pihak. Dan tindakan pejuang-pejuang Patani ini seolah-olah melambung wang syiling dan membuat pilihan antara BUNGA dan KEPALA !

          Ada beberapa perkara dan fakta yang pihak kami rasa harus dibentangkan disini kapada para pembaca dan penyokong. Pertama Patani jatuh pada tahun masehi 1786 setelah beratus-ratus tahun berperang dengan bangsa Thai.Patani sentiasa menang dalam peperangan sebelumnya.bahkan tentera Patani pernah mengalahkan benteng Ayuthia ! Kekalahan yang terakhir itu adalah kerana konspirasi dan pengkhianatan dari dalam pimpinan Patani sendiri. Sejak dari tarikh kekalahan itu Patani begitu lemah kerana sebahagian besar dari askar-askarnya telah ditawan dan di cucuk keting(kaki) dan di bawa ke Bangkok. Yang ditinggalkan adalah orang-orang tua perempuan dan kanak-kanak yang telah bunuh oleh askar Siam sebanyak 30000 orang dengan menelentang kan mereka-mereka ini di atas jalaraya dan di pijak dengan gajah  Secara kejam.!!!

          Selepas dari  tarikh tersebut kebangkitan sering berlaku tapi secara kecil-kecilan. Sekali sekala mereka melakukan pembasmian beramai-beramai secara kejam.Negara Patani pernah berdamai dengan Siam dengan membayar bunga emas sebagai perlindungan. Hasil dari tidak melawan dan berhenti berperang ini Siam dengan galakan dari penjajah Inggeris telah pada tahun 1902 mengishtiharkan Patani sebagai sebahagian dari bumi Thai. Pada tahun1909 telah diadakan perjanjian Anglo-Bangkok diantara Inggeris –Siam tanpa memaklumkan pada Raja-raja melayu pada masa itu.

          Rakyat Patani mula bangkit semula sehingga membawa kapada berbagai-bagai peristiwa pembunuhan kejam oleh Siam yang tidak dapat di lupai oleh bangsa Melayu Patani!!!!

         Pada permulaaan kemasukan Jepun ka-Tanah Melayu melalui Siam pihak Inggeris telah minta bantuan Tengku Mahmud Mahyidin (anak raja Patani) yang terkenal dengan gelaran harimau Malaya untuk menyiapkan pasukan gurilla yang di kenali sebagai Force 136. Banyak orang –orang Patani terlibat dalam pasukan ini.Inggeris menjanjikan akan menyatukan Patani dengan persekutuan tanah melayu jika berjaya mengalahkan Jepun. Selepas perang ketika pihak inggeris bersdia melaksanakan janji mereka tiba-tiba Amerika menghalang kerana bimbang Siam akan memihak pada blok Komunis.Selepas itu Tengku Mahmud Mahyidin telah dibunuh secara diupah pembantunya memberi racun kedalam makanannya!!!!.Haji Sulong juga telah dibunuh dengan kejam oleh Siam tanpa diketahui dimana kubornya. Selepas itu bermula lah kebangkitan orang-orang Patani secara tersusun dan terancang.Seandainya dimasa itu wujud nya setikawan Bangsa Melayu dari pemerentah Malaya sudah tentu Patani tidak terbiar saperti hari ini.Kebangkitan ini berperingkat. Bermula dari memujuk tokoh-tokoh gedeber( bandit) dan memberi kefahaman perjuangan kapada mereka sehingga lah dapat dibentuk suatu tentera yang terdiri dari anak-anak muda yang terlatih.Perjuangan mula menurun pada tahun 90 puluhan apabila berlaku gerakan masjid kerisik yang juga didalangi oleh pemimpin pejuang yang berpakat dalam suatu pakatan yang di namakan PRC.

         Setelah pemerentah Thai mengganyang pergerakan masjid kerisik kumpulan Wahdah,sebuah kumpulan ahli-ahli politik melayu yang bekerjasama dengan Chaovalit dalam partai Harapan Baru mengambil kesempatan dengan alasan untuk membila nasib pejuang-pejuang masjid kerisik.Mereka berjaya menggunakan sel-sel yang telah dibentuk oleh pergerakan masjid kerisik.Dari hari itu hampir seluruh masyarakat Patani telah sekali lagi memberi peluang pada keamanan untuk membila nasi rakyat Patani. Kumpulan Wahdah berjaya membina sel-sel mereka sehingga pada keseluruhan tahun 90 han orang -orang Patani telah hampir-hampir menolak jalan Jihad sebagai perjuangan mereka kerana begitu yakin dengan pembelaan dari kumpulan wahdah yang mendapat tempat istimewa disisi penjajah Thai.

        Kedudukan orang-orang melayu agak maju sehingga saudara Wan Mohd Nor Mattar pernah dilantik sebagai Menteri Dalam negeri dan Timbalan Perdana Menteri.Perkara ini tak pernah berlaku dalam sejarah  orang-orang Patani. Hampir seluruh pembesar-pembesar melayu memberi kepercayaan penuh pada penjajah Thai.

        Rupa-rupa nya pihak Thai tidak senang dengan perkembangan terbaharu ini,terutamanya golongan tentera.Kerana bagi tentera jika Negara aman  akan hilanglah sumber pendapatan yang besar bagi Jeneral-jeneral mereka.Selepas itu mereka mula mencipta berbagai masaalah dikawasan Patani. Sehingga lah berlaku pembunuhan beramai-ramai terhadap-pemuda yang hanya bersenjatakan parang didalam masjid kerisik  pada April 2004 !! Mereka menyerang masjid dengan disaksikan oleh rakyat Patani disekitar masjid Kerisik!!.Mereka menyerang masjid seolah-olah satu peperangan yang besar untuk membunuh orang-orang yang tak bersenjata.!!!!

       Pada bulan oktober 2004 mereka melakukan pembunuhan yang lebih kejam.Pembunuhan dilakukan kan keatas penunjuk-penunjuk perasaan yang hanya inginkan jawapan dari penjajah tentang  apa yang berlaku keatas enam orang pengawal kampung yang telah ditangkap beberapa hari sebelumnya. Penunjuk-penunjuk perasaan ini di tindas saperti binatang .Hampir seribu orang telah hilang dalam tunjuk perasaan salama enam jam itu.Berbanding dengan tunjuk perasaan ganas oleh bangsa mereka di Bangkok yang berjalan selama empat bulan hanya beberapa orang sahaja di tembak mati.!!!!

        Sejarah tentera Thai ini dari dahulu hingga sekarang  tidak pernah melayan orang-orang Patani sabagai manusia.Hampir setiap hari orang-orang yang di syakki sebagai pejuang di culik,samaada dibunuh atau di penjara.

        Pihak kami mempunyai senarai 1500 anak-anak yatim yang bapa-bapa dan ibu mereka dibunuh oleh tentera Thai sejak dari tahun 2004.

        Kami orang-orang Patani juga cinta kan keamanan.Kami juga mahu memajukan bangsa kami saperti bangsa-bangsa lain didunia.  Tentang saranan dari saudara Kongkolou  supaya pihak kami meletak senjata dan mulakan perundingan dengan bantuan dari pihak Malaysia adalah di alu-alukan. Kami yakin munkin saudara Kongkolou adalah salah seorang pegawai yang sentiasa memujuk pemimpin-pemimpin Patani menerima tawaran damai.Alasan beliau ialah kerana Malaysia tidak akan membantu orang-orang Patani dalam bidang militer atau perang.Kami juga yakin demikian kerana kami yakin Malaysia merasakan ia akan rugi jika Patani diberi  kemerdekaan.Kalau nak katakan Malaysia tak pernah membekalkan senjata pada mana-mana pihak, kami tak setuju.  Munkin saudara Kongkolou tidak tahu tentang apa yang berlaku dalam proses pembesaran MNLF  tahun 1972 dahulu!!!!

         Dalam rekod kemanusian terhadap rakyat Patani pun ada cerita-cerita menarik juga.Kami tidak pernah meminta Malaysia membekalkan senjata kapada kami.Kami hanya sekadar memohon membenarkan kami tinggal di Malaysia sementara waktu .Dibenarkan mencari rezeki dan memberi peluang pada anak-anak kami untuk belajar dan mengambil peperiksaan.!!!!

         Sudah berapa banyak pejuang-pejuang kami yang ditangkap oleh Polis Malaysia kemudian diserah kapada polis Thai hanya untuk  terus dibunuh.Yang lebih menarik lagi ada orang-orang kami yang  tidak diizin tanam ditanah perkuboran  bila meninggal dunia.

         Saudara kongkolou merujuk kapada Palestin dan Moro yang sudah memulakan perundingan damai.Harus dingatkan perbezaan perjuangan Palestin,Moro dengan Patani adalah mereka(Palestin) disokong dan dibantu oleh seluruh Negara-negara Arab dan Negara-negara Islam!!! Mereka tak pernah bersendirian. Begitu juga Moro(mereka yang telah dibantu oleh Tun Mustapha yang pernah menjadi Perdana Menteri Malaysia selama satu hari !!)ada godfather.Tapi kami yang mempunyai saudara mara lebih dari 250 juta ummah di nusantara tak dapat di pasti dipihak mana mereka akan berada!!!.

        Adakah saudara Kongkolou mengetahui apa yang berlaku di Langkawi tiga tahun yang lalu.Orang-orang kami dipaksa menandatangani satu peristiharan taat setia pada Raja Thai tanpa syarat dan dilarang menuntut kemerdekaan atau otonomi sekalipun. Itu penghinaan yang tak dapat di lupakan.!!!!

        Memang kami dahagakan keamanan.Dan kami tidak akan menolak perundingan jika tawaran ini benar-benar datang dari penjajah Thai secara ikhlas.Tapi apa yang berlaku selama ini pembesar-pembesar mereka sering menegaskan tidak akan berunding denga kami kerana ini akan di anggap mengiktirafkan kami sebagai pejuang dan pihak yang menuntut kemerdekaan Patani. Yang berlaku sekarang hanya desakan dan pujukan dari pihak Malaysia. 

       Selagi pihak tentera Thai masih merasakan peperangan di Patani itu sebagai punca rezeki mereka selama itulah perdamaian tak akan tercapai di bumi Patani.  Sila Jawab persolan ini:-

       Pertama kenapa kah mereka(Siam) tidak rebut peluang yang kami beri selama empat belas tahun (1990-2004) untuk memulakan proses damai waktu itu.Kenapa baru sekarang setelah kami mula bangkit baru sibok dengan perdamaian?

       Kedua oleh kerana Perdana Menteri Sorayud telah terang-terang mengaku salah diatas pembunuhan masjid kerisik dan Tabal bagi pihak herajaan Thai dan sanggup menghukum mereka-mereka yang bersalah,kenapakah baru-baru ini mahkamah senggora mengishtiharkan tidak ada sesiapa yang bersalah dalam trajedi itu.

         Macam mana mahu mulakan perundingan jika segala janji-janji masih belum di kota dan selagi mereka menganggap kami bukan manusia yang layak duduk di meja perundingan,

        Bagaimanakah kami munkin memberi kepercayaan terutama kapada OIC jika negara Thai yang mengganas terhadap orang-orang Patani diberi taraf pemerhati sedang kan orang Patani tak di benar masuk pun.

      Tentang pertanyaan samaada kami boleh bertahan lama atau tidak ini suatu persoalan yang sangat menarik.Untuk makluman umum kami ini mujahidin ,iaitu pejuang-pejuang yang ingin mempertahan kan ugama Islam.Oleh itu kami tidak fikir tentang diri kami. Yang kami fikir hanyalah untuk membela ugama allah….selebihnya allah swt yang menentukan segala-galanya.Kalau  dapat kemenangan ini suatu bonus tapi kalau kalau kami mati insyaallah syahid.!!!! Allah berfirman bermaksud ‘Jika kamu bantu ugama allah ,dia akan menolong kamu dan mengukuhkan tapak-tapak kaki kamu!

       Kami sangat-sangat berterima kasih diatas segala nasihat dan saranan oleh para pembaca .Tolong doakan kami semoga diberkati dan sentiasa mendapat bimbingan dari allah swt.

29 Responses to Nasib Patani…..Quo Vadis?

  1. Apa pendapat rakyat patani tentang minyak di sempadan kelantan yang dikaut oleh persekutuan Malaysia dan Thai?

  2. sandusdawood says:

    sebuah sajak untok mengenangi shuhada2 petani yg telah pergi meninggalkan kita dan juga yg masih bertarung dgn penjajah siam kafir harbi sampai kehari ini, tajuk nya( pejuang menulis sejarah).
    Penjajah datang.
    menjajah bangsa merdeka.
    menguatkuasa hukum imperialis.
    merugol,memenjara,membunuh.
    bersultan di mata,beraja di hati.
    pejuang2 bangsa bangkit melawan.
    di tembak, dikelar, dicincang.
    lawan tetap lawan.
    dari hidup bercermin bangkai.
    baik mati bergalang tanah.
    pengkhianat bangsa.
    bersubahat dengan penjajah.
    menghapus pejuang bangsa.
    dengan upah semurah hati nya.
    menjilat ludah geleliat penjajah.
    menghirup muntah muntah penjajah.
    penjajah dan pengkhianat petani.
    bersepakat menulis sejarah nesta.
    konon merekalah pembila rakyat.
    pejuang bangsa di kata pengganas.
    pejuang bangsa di kata pemisah.
    sepangjang usia pasti di laknat.
    sedangkan merekalah firaun dunia.
    pembunuh bangsa melayu petani.
    perjuangan haram di hentikan.
    sehingga petani di bebaskan pemuda.
    pejuang2 petani menulis sejarah baru.
    merdeka,merdeka,merdeka bangsaku…

  3. Zaidiyyah says:

    سلام اورڠ-اورڠ ڤتنا.

    تروسكن براستقامة دان برتاوقكل-له سڤنوه هاتي د جالن الله سبحان وتعالى. سموڬ ڤرجواڠن سوچي اين داڤت دڤرتاهنكن سهيڠڬ همڤير قيامة دان سموڬ امام مهدي اكن مونچول لالو ممولڠكن حق ك اتس يڠ حق د بومي ڤتنا دان ملڽڤكن كبتيلان د بومي الله سبحان وتعالى. ان شاء الله.

    برجهاد-له سمبيل بردعا،
    ———————-
    دڠن نام الله، سسواتو ايت منوروت اڤ يڠ دكهندقي الله، تيدق اد يڠ منداتڠكن كبايكن ملاءينكن الله; سسواتو ايت منوروت اڤ يڠ دكهندقي الله، تيدق اد يڠ منولق كجاهتن ملاءينكن الله; سسواتو ايت منوروت اڤ يڠ دكهندقي الله، ستياڤ كنيقمتن اداله درڤد الله; سسواتو ايت منوروت اڤ يڠ دكهندقي الله، تياد داي اوڤاي دان كقواتن ملاءينكن دڠن الل

    ان شاء الله.
    الله اكبر! الله اكبر! الله اكبر!

  4. Zaidiyyah says:

    “DENGAN NAMA ALLAH, SESUATU ITU MENURUT APA YANG DIKEHENDAKI ALLAH, TIDAK ADA YANG MENDATANGKAN KEBAIKAN MELAINKAN ALLAH; SESUATU ITU MENURUT APA YANG DIKEHENDAKI ALLAH, TIDAK ADA YANG MENOLAK KEJAHATAN MELAINKAN ALLAH; SESUATU ITU MENURUT APA YANG DIKEHENDAKI ALLAH, SETIAP KENIKMATAN ADALAH DARIPADA ALLAH; SESUATU ITU MENURUT APA YANG DIKEHENDAKI ALLAH, TIADA DAYA UPAYA DAN KEKUATAN MELAINKAN DENGAN ALLAH”

  5. syuhada34 says:

    Teruskan berjuang………insaallah Patani Merdeka!!!!

  6. syuhada34 says:

    Perjuangan itu gerun dan mengerikan
    Hebat dan dasyat menggerunkan hati
    Bagi mukmin di sini harga dan nilainya
    Bagi mukmin di sana harga dan nilainya

    Perjuangan itu bagai sampan di laut
    Di atas lapang tiada perlindungan
    Di bawah air melambung dan menggunung
    Menongkah gelombang yang datang melanda

    Kiri kanan depan dan belakang
    Angin yang menderu tidak tahu bila datang
    Hujan badai yang datang menyerang
    Bak singa yang lapar yang garang

    Kadang-kadang terdampar di batu karang
    Penumpang menerima nasib berlainan
    Ada yang jatuh ada yang tenggelam
    Yang pandai berenang berpaut ke sampan

    Ada yang berjaya berenang ke tepian
    sekali lagi dia melayar sampan
    walau pelayaran mungkin tidak berjaya
    namun harapan hanya pada yang esa……

  7. saif says:

    sebahagian drpd 250 juta umat islam di nusantara hanya mungkin dapat digerakkan jika panji2 jihad yg tidak ada unsur nasionalisma di kibarkan di patani darussalam…
    mungkin juga dasarnya jihad di patani ini suci dari nasionalisma, akan tetapi tiada saluran2 rasmi yg mengatakan mereka ini bebas dari karat2 jahiliah nasionalisma, oleh itu jangan menyalahkan pemuda2 yg rindukan syahid ini jika mereka lebih memilih untuk berhijrah ke pakistan, afghanistan, iraq, somalia, checnya… bukan kerana mereka tidak mahu menolong saudara2 mereka di patani, tapi mereka takut kalau2 kumpulan2 pejuang ini terpalit nasionalisma dalam perjuangan mereka…
    berbaiah lah dengan bendera mujahidin diseluruh dunia dibawah pimpinan syekhul mujahid Usamah Bin Ladin.. insya<LLll ramai pemuda2 yg akan turut serta dalam jihad di patani..

  8. saif says:

    jihad di iraq, yaman, al jazair, somalia dan afghanistan semakin membara tidak lain kerana ALLAH SWT menyatukan hati2 mereka, memperteguh keimanan mereka, memberi pertolongan kepada para mujahidin,
    mereka membantu sesama yg lain dibawah panji2 LA ILAHA ILALLAH…. tanpa mengira bangsa, eropah, turki, arab, badwi,afrika, pastun, uzbek, tajik, berganding bahu dibawah bendera tauhid… tidak ada karat2 jahiliah nasionalisma dlam perjuangan jihad mereka, buangkan perkataan KETUANAN MELAYU sekiranya anda ingin mendapat dokongan mujahidin diseluruh dunia…sucikan perjuangan anda…
    api yg membara di dada2 ramai pemuda2 yg ingin brjihad di patani ini umpama disiram dengan air najis apabila terpalitnya nasionalisma melayu dalam perjuangan dipatani..

  9. zulfikar says:

    Dengan banyaknya komentar dari beberapa sumber yang berbeda-beda, saya kira perlu dipertegaskan sekali lagi kepada mana-mana pihak yang ikut membaca blog ini agar lebih memahami permasalahan tentang konflik yang telah berlangsung selama lima tahun lebih. Kekerasan dan keganasan yang menimpa umat Islam Patani adalah fenomenologi dari suatu perencanaan strategis dan taktis, ini tidak bisa di lihat enteng karena fenomena yang terjadi adalah perencanaan taktis dengan segenap potensi yang di miliki oleh pihak yang merasakan kehilangan “power control” sehingga terjejas bahkan hilangnya kendali terhadap daerah juga teritorial dengan perlawanan rakyat. Dari kronologi setiap peristiwa dari tahun 2004 telah tampak secara jelas bahwa perlawanan masyarakat Patani merupakan Perlawanan multidemensi dari unsur pokok keberadaannya, agama, bangsa, dan daulat yang menjidi simbol konfrontasi terhadap pemerintah Thai.
    Dengan memerhatikan fenomenologi dan kronologi dari peristiwa-peristiwa yang telah terjadi, dan menganalisis setiap peristiwa akan memberikan keterangan praksis dan teoritis bahwa konflik di Patani bisa diselesaikan dengan baik dan benar, karena setiap sub-variabel akan menunjukkan variabel yang lebih besar dan mengarah kepada konsep secara priodik dan sistematis.
    Organisasi Konferensi Islam (OIC)adalah organisasi yang tepat untuk berperan aktif mengatasi konflik sosio-politik Patani, konsepkuensi logisnya OIC adalah organisasi regional bahkan multinasional harus lebih aktif memainkan perannya dalam menyelesaikan konflik yang telah direncanakan.

  10. sandusdawood says:

    Demo mahasiswa2 malaysia menentang kezaliman penjajah
    siam terhadap rakyat melayu islam patani adalah suatu
    anjakan yg buleh bertrusan ,keperihatinan mahasiswa malaysia terhadap masalah patani harus di banggakan ianya merupakan langkah mempertingkatkan kesedaran masyarakat malaysia terhadap nasib saudara2 melayu serumpun,seagama,sebahasa yg selama ini terbiar tampa
    pembilaan di perlakukan dgn penuh kekejaman,seperti penangkapan tampa bicara,pembunuhan yg bertrusan sehingga sampai ketahap mencemarkan kehurmatan masjid
    dan makmum yg sedang menyembah allah, kejahatan penjajah siam kalau di senaraikan sangat menjijikan melambangkan kebencian mereka terhadap penduduk islam
    patani , apalagi sekarang mereka sedang mencuri petrol
    milik rakyat patani di sempadan naratiwat/kelantan tam
    pa membayar sesenpon utk rakyat patani . malah di hala nya dengan senjata yg lebeh moden kedada rakyat patani dgn hasil petrol patani.

  11. sa isma says:

    Saudara ku yg dikasihi.
    Teruskanlah perjuangan ini dengan penuh sabar
    dan bersemangat waja. sesunguhnya kamu tidak sendirian
    dalam perjuangan ini.

  12. Freedom for All says:

    Niat perjuang perlu telus kerana Allah dan untuk kebebasan orang Islam. Berjuanglah dengan pelbagai cara, bukan hanya dengan kekerasan. Pada nasihat saya jika rakyat Patani mahu mencapai kebebasan dari Thailand rakyat Patani perlulah bersatu padu gunakan satu suara perihal berkaitan dengan suara untuk kermerdekaan. Saya rasa organisasi seperti PULO perlu menjadi wakil dan suara utama dan tunggalkemerdekaan untuk Patani. Cuba lihat dahulu di Acheh NAM menjadi organisasi utama untuk suara dan penentang kepada kerajaan Indonesia. Syukur kini sudah aman di Acheh. Lihat pula di selatan Filipina sabanyak sangat organisasi yang berbeza pendapat tentang/untuk kermerdekaan Seperti MNFL, MIFL dan Abu Sayyaf agak sukar jika cara seperti ini. Mujur diFilipina masyrakat antarabangsa memertikan situasi dengan penuh minat dan ada runding diantra kerajaan Filipina dan MIFL. Tetapi situasi di Patani semacam dipencilkan. Walau bagaimanapun organisasi seperti PULO perlulah membuang simbol tuduhan sebagai penganas. Gunakan medium medium antarabangsa kalau perlu guna dan minta bantuan kuasa dunia Amerika, Britain, Russia, China, dan lain-lain. Hendak harap OIC dan negara Islam lain adalah amat terbatas dan perlu mengikut peraturan perundangan dunia. Mungkin jika kita meminta pertolongan USA kita akan anggap sanggup menjual dan mengadaikan negara. Yang penting merdeka dan selepas Peminpin Patani perlu gunakan segala usaha buat kejutan seperti buat kerjasama dengan negara seperti Britain. Saya rasa Britain adalah negara yang harus dipertanggungjawabkan dalam isu ini. Merakalah iaitu British yang buat perjanjian dengan Thailand pada 1909. Pemimpin Islam di Patani harus pandai bermuka-muka dan gunakan strategik licik. Kalau hanya dengan seruan jihad dan menentang dengan tanggan kosong pasti akan gagal. Cuba ikut contoh Nabi Muhammad SAW. Baginda menggunakan strategi dalam perjuang ISlam pada masa itu. Kalau perlu berundaing kita berunding, tetapi perlu kefokusan untuk kebebasan negara/negeri Islam.
    Gunakan kelicikan dan strategi bermuka-muka itu adalah nasihat saya dalam misi ini.

  13. Zaidiyyah says:

    British dan raja sukhothai bertanggungjawab ke atas kesengsaraan Patani kerana mengamalkan polisi dajjal.

    Protokol 1 : Doktrin Asas
    Protokol 2 : Perang Ekonomi Global
    Protokol 3 : Kaedah Penaklukan
    Protokol 4 : Kebendaan Mengganti Agama
    Protokol 5 : Pemerintahan Zalim dan Modernisasi
    Protokol 6 : Kaedah Pengambil Alihan
    Protokol 7 : Peperangan Global
    Protokol 8 : Kerajaan Berperjanjian
    Protokol 9 : Pendidikan Semula
    Protokol 10 : Penyediaan Kuasa
    Protokol 11 : Pemerintahan Satu Parti
    Protokol 12 : Pengawalan Media
    Protokol 13 : Pengalihan Perhatian
    Protokol 14 : Serangan ke atas Agama
    Protokol 15 : Penindasan Kejam
    Protokol 16 : Tekanan Minda
    Protokol 17 : Salahlaku Kuasa
    Protokol 18 : Memenjarakan Lawan
    Protokol 19 : Pemerintah dan Rakyat
    Protokol 20 : Program Kewangan
    Protokol 21 : Bebanan Hutang dan Kredit
    Protokol 22 : Membanteras Kuasa Emas
    Protokol 23 : Menyemai Ketaatan
    Protokol 24 : Kualiti Seseorang Pemerintah

    Aku berdoa kepada Allah SWT semoga malaikat maut segera mencabut nyawa mereka yang terlibat dan bersubahat. Amin…amin..ya Rabbal alamin.

  14. duke says:

    salam perjuanga…

    boleh sy tau adakah PULO masih wujud?

  15. langkasuka says:

    jawapan kepada saudara DUKE …sila lawat http://www.puloinfo.net terima kasih!

  16. haikal says:

    Teruskan perjuangan………bersabar dengan ketentuan Allah!!!!

  17. ibnu syaheed says:

    HARIMAU ALLAH
    ketika desa di banjiri dengan angjing babi penjajah.
    maksiat dan najis ber kejamut.
    alam yang terang di selimutti kabus kelam suram.
    disana sini terdapat tentera2 musuh.
    di tangan mereka cukup langkap dengan senjata perang
    berkerita gebal bermotorsikal dan berjalan kaki.
    berpaling kekanan kekiri bagaikan ayam di sembir helang.
    di tangan mereka tidak ketinggallan ber pengang senapang.
    untuk menembak usitkan bayang2.
    semua orang islam di anggap musuh belaka.
    memeriksa tempat lalu lintas dan jalan2raya.
    memasukki rumah2 dan kobak2 usang.
    merampas kitap2 agama allquran dan buka bacaan.
    guru2 agama guru2 tadika dan pelajar agama di angap musuh utama.
    mereka ber peluang menjual ubat ketagehhan dadah kepada remaja yang
    di cadang angjing mereka.
    taman2 hiburan bertambah maju di bandar2 raya.
    klap2 perzinaan di ada dengan sejara terbuka.
    gadis melayu di tipu dikasi wang dan di rogol.
    Hei……bencana hanjur masyarakat melayu.lantaran imprialisma buzimisma
    dan siamisma.
    dikala itu lahir lah harimau allah.
    mengawam suara dari selatan bergemuroh bunyinya di utara.
    pantas bertindak cepat berkupul kilap bersurai.
    mengamak dan menerkam musuh yang tak bertuhan.
    memburu musuh dengan tikah berani dan garang.
    mebinasa musuh beribu2 jiwa.
    sampai melari diri melintang pukang.
    ada mesembunyi diri dalam gelombang dan lokang.
    berdebar2 jiwa mereka hampir akal melayang.
    itu lah penerimaan mreka yang tak malu mengambil negri orang.
    kau lah harimau allah.
    kau pembela yang handal.
    membujur kau berani lalu.
    melintang kau berani patah.
    kini jasa kau berbunga dan berbuah.
    semua impris mu.
    esok lusa kan jadi kenyataan
    dan esok lusa kan ber buah kemerdekan….

    sarahan ini seorang bapa hantar kepada anak dia
    yang sedang dalam medang.tak berapa lama bapa dia telah gugur syaheed.
    di tembak oleh askar siam ketika dia pergi mengajar.dan sekolah dia mengajar
    ustaz di tembak semua 7 orang

  18. sandusdawood says:

    Agama islam sangat menghurmati kebebasan justru perjuangan menegakanken kebebasan,keadilan dan kemerde
    kaan adalah fardu ain ( kewajipan mutlak) keatas setiap muslim asalkan mempunyai kemampuan mental dan fizikal, akhir2 ini sangat malang bagi masharakat melayu petani,muncul seorang dr lepasan dari saudi arabia dgn jenaka fatwa yg karut marut menasakhkan ayat2 alquraan dlm surah ALAHZAB ( surah alahzab banyak mengesa umat islam sepaya berjihad) perseolan
    nya adakah harus seorang2 itu mengeluarkan fatwa menghentikan hukum hakam sewenang2 nya tampa merujuk
    kpd sekurang2 majlis ugama atau alim ulama sedunia
    dlm masalah ini.apakah mekanesma yg di guna pakai oleh
    sang mufti itu.adakah fatwa ini di keluarkan kerana
    di paksa atau terpaksa demi kepentingan peribadi atau
    utk membudek dan mengampu penjajah siam yg jelas mere
    ka tidak senang dengan ayat2alquraan dlm hubungan dgn jihad.apapon alasan tidak ada satupon kewajaran utk
    mengeluarkan fatwa yg sedemikian melainkan utk keredaan kafir harbi siam demi mengecap pejuang2 islam
    sebagai penganas dan pemisah. wallah aklam…

  19. Anak Melayu says:

    Menanggapi comen Saif..!
    Sebelumnya saya muhun maaf, kerana saya tidak tahu adakah sudara Saif ini berbangsa apa? atau dilahirkan di udara atau tidak berbangsa. Saya syurkan sudara perlu banyak mempelajari sejarah-sejarah perjuangan baik pada masa Rasulullah, para sahabat , perjuangan dan peperangan yang sedang berlaku sekarang, SEBAB seperti komentar sudara Saif itu apabila orang baca akan tahu kata kita ini kurang pengetahuan dan kurang pendidikan tapi egoisnya tinggi.

  20. Fatan says:

    Assalamualaikum, Salam Patani merdeka..!
    Saya nak komen budak Saif sikit, saya tak tahu apa maksud dan tujuan budak saif cakap tu, sebab cara dia cakap tu nak sama dengan hak puak penjajah Siam cakap atau dia telah jadi penjilat pungun siam. mungkin dia anak koli dr. yang menasakhkan ayat Alquraan.
    hak awak duk sebut nama iraq, afghanistan, somalia,yaman dan lain-lain tu orang panggil apa? tu la orang panggil nasionalis. awak perlu belajar lagi cakap macam ning malu ka orang. nanti tuhan laknat..!

  21. Banyak kelemahan says:

    Kerajaan Thailand sebenarnya mahu lebih ramai orang melayu patani ini jadi pemberontak dan penentang mereka lalu mereka berpendapat jika ada pemberontak maka mereka akan ada alasan untuk menghapuskan pemberontakan ini. Kalau negara-negara lain Islam atau pun bukan mengutuk mengapa kerajaan Thailand menggunakan kekerasan untuk menghapuskan pemberontak lalu mereka akan memberi alasan pemberontak adalah pengganas. Negara-negara lain tidak akan dapat komen apa-apa lagi. Baik Amerika, Israel atau kerajaan Thailand ini yang bukan Islam sebenarya mereka lagi suka jika lebih ramai umat Islam seperti Al-Qaeda dan lain-lain kumpulan dalam menentang mereka. Dengan alasan ini mereka akan terus menerus menghapuskan kumpulan-kumpulan yang dikatakan mahu berjihad ini. Cara menghapuskan kumpulan yang mahu jihad ini adalah dengan berkerjasama dengan orang Islam yang tidak suka dengan kumpulan yang mahu jihad ini. Sebenarnya wujudnya provakasi supaya berjihad adalah disebabkan kelemahan umat Islam pada hari. Saya mengakui sebagai seorang Islam kita masih ketinggalan. Ajaran dari Nabi Muhammad S.A.W tidak pula dipraktikan sebaik mungkin. Golongan yang mahu berjihad dan tidak mahu berjihad seharusnya berbincang mencari jawapan terbaik untuk umat Islam pada hari ini. Kalau kita berpecah tidak akan berjaya dan kemana. Apabila Rasullullah S.A.W berhijrah ke Madinah apa yang Baginda lakukan adalah dengan mempersaudarakan kaum mujahirin dan ansar. Pada hari ini mari kita lihat di Plastine umat Islam berpecah Hamas dan Fatah, Lubenon Hisbullah dengan kerajaan nasionalisme, di Iraq pula terdapat syiah serta sunnah dan lain kumpulan yang berbeza. Manakala Saudi Arab dan Iran mempunyai perbeza pendapat, di Somalia banyak kumpulan pemberontak yang kurang pasti motif perjuangan macam mana negara hendak aman dan umat Islam jadi maju lalu wujudlah lanun-lanun, di Sudan umat Islam di Daffur yang kekurangan makanan pun tidak dapat diselesaikan. Baik tidak usah bercerita pasal negara-negara Islam ini banyak sangat perpecahan. Mari kita lihat pula umat islam di rantau Asean ini. Berkaitan dengan hal Patani ini pula dengar khabar ada umat Islam yang menyokong kerajaan Thailand dan ada umat Islam yang menentang. Dengar khabar ada pulak ulama pro, ulama kontra, ulama wahbi, ulama jihad dan lain-lain jenis ulama. Boleh tidak ulama-ulama ini berbincang apa yang perlu dibuat untuk kebaikan umat Islam. Bukan niat saya untuk mengecilkan keilmuan para ulama ini bukankah mereka lebih arif tidakkah ada penyelesaian secara perbincangan. Tuduh menuduh antara satu sama lain. tunding menuding siapa lebih Islam diantara satu sama lain. Bukankah agama Islam menuntut umatnya bermaaf-maafan perbezaan pendekatan seharusnya diselesaikan secara muafakat. Pada saya cara pemberontakan adalah tidak sesuai untuk perjuangan kemerdekaa Patani. Pada pendapat saya bolehkah ditubuhkan satu parti politik untuk umat Islam di Patani. Jika ada pilihanraya umum Thailand apa lagi bolehlah hantar calon diwilayah Patani ini. Bila menang usulkan apa yang dihajati. Tetapi janganlah terlalu cepat untuk menuntut kermerdekaan. Mestilah kerajaan Thailand yang Fasis tidak bersetuju. Usulkan dahulu seperti kepentingan pengajaran agama Islam yang betul kepada anak-anak Patani, penggunaan dan pengajaran bahasa melayu, menuntut pengurangan jumlah tentera, mengwujudkan majlis keselamatan untuk umat Islam, menuntut untuk mengurangkan tempat maksiat, penghapusan dadah dan lain yang berguna untuk umat Islam. Bak perpatah seperti tarik rambut dalam tepung untuk menyelesaikan masalah ini. Untuk pengetahuan Islam di Malaysia pun berpecah ego masing susah hendak cakap bukankah bersatu teguh bercerai roboh. Tidakah kita perlu mencontohi persaudaraan diantara kaum mujahirin dan ansar?. Islam juga menuntut umatnya bersabar dalam apa-apa hal yang dimahukan dan berdoalah kepada Allah. S.W.T. Pertumpahan darah adalah tidak wajar dan Islam melarang umatnya berbunuh-bunuhan tapi sebab musabab. Para ulama mungkin lebih mengetahui hal ini dari saya yang jahil ini. Ini adalah pandangan peribadi saya dan jika ada yang tidak setuju terpulang dan kita harus berbincang dan bukan memperkecilkan pandangan orang lain. Terima Kasih.

  22. sudara mu says:

    Assalamualaikum.
    saya merasa tertarik dengan pandangan sudara BANYAK KELEMAHAN. sebenarnya masalah perjuangan Patani bukan hal baru yg dibicarakan, perang sudah menjadi pilihan terakhir bagi rakyat patani kerana sudah tidak ada jalan lain lagi bagi mereka untuk menentukan kehormatan naksib umat islam patani. penjajah siam sangat-sangat menghina dan benci kepada orang patani, berbagai tuduhan dan fitnah yang dibuat.
    berperang menentang pencurubuhan dan penjajahan siam sudah menjadi fardhu ain bagi rakyat patani, masalah menang atau kalah tidak menjadi soal, yang penting rakyat patani sudah menunaikan tugasnya dengan baik, tidak menjadi dayus dan hamba abdi kepada pengkhianat agama islam dan penjajah tanah air patani.
    orang-orang patani juga mempunyai harga diri dan kehormatan seperti wujudnya bangsa-bangsa lain di atas dunia ini, ingin merdeka dan ingin menentukan naksib bangsanya sendiri…COBA RASAKAN..! bagai mana perasaan bangsa yang sudah merdeka kemudian dicerubuh oleh penjajah asing? bagai mana perasaan kalau kita dihina dan diejek-ejek oleh orang lain, demikian juga perasaan dalam jiwa orang-orang patani. berdo’a lah kepada kami semoga patani cepat merdeka.
    kami akan terus berjuang sampai ketitisan darah terakhir, kehormatan agama islam dan bangsa melayu patani lebih besar dan mulia dari pribadi kami, biar kami mati digelaer sebagai syuhada’ asalkan islam dan melayu tetap hidup dibumi PATANI. Amiin.

  23. sandusdawood says:

    (NEGARA MELAYU ISLAM PATANI)
    Saya ingin mengajak saudara2 merantau dgn saya kealam negara melayu islam petani dgn izin allah, kerana nasib bangsa2 didunia ini,mereka sendiri ygmenentukan dgn perjuangan dan daya usha sendiri.sudah tentu patani akan di perintah berlandaskan shariat islam dlm setiap aspek.memandangkan kesejenihan taburan penduduk yg terdiri dri 95% melayu islam dan baki nya dari siam dan cina. yg ingin saya terukai ialah bida
    ng ekunomi, petani akan menjadi negara kaya memangda
    ngkan hasil bumi yg kaya dgn pertanian dan bejeh tim
    ah ,besi dan yg terbaru petrol dan gas walaupon tela
    h di rompak oleh penjajah siam dengan kerjasama mala
    ysia dlm mengeluarkn hasil kekayaan kita di perairan
    menara(narathiwat)kelantan,sejak tahun 2004 ,bayangk
    an kalau tuntutan kelantan mencecah RM1000juta lebeh
    kurang BHAT10,000 juta itu hanya 5%royalti dari kera
    jaan pusat,maka kalau petani yg memiliki sepenuh nya nya sudah tentu kita akan menjadi berunai yg kedua dirantau ini, saudara2 tulisan saya ini bukan umung2
    kusung cuba lihat di website KICKDEFILLA.WORDPRESS.CO
    M/2009/07 dgn tajuk 1- kebenaran tak buleh di sembuny
    ikan.. tajuk 2- kera di hutandi susukan – jenama baru
    petronas. akhir nya saudara2 sampai bila kita akan di
    jajah dan hasil bumi kita berbilion2 di curi dan pulangan kpd kita adalah pembunuhan,pemimgiran,jangan
    lupa siam berharap kita lari beramai2 agar segala keka
    yaan kita dibulut oleh mereka.harap dgn pendedahan ini rakyat patani akan lebeh berhemah dlm perjuangan
    selain mendapat keredaan allah juga kita dapat memamp
    aatkan kekayaan kita utk kebahagian rakyat kita.

  24. asslamualaikum…kepada saudara2 ku seagama dan sebangsa di pattani…kami dari malaysia menyokong penuh perjuangan kalian…musuh kalian (siam bhuda) adalah musuh kami juga…semoga di suatu hari pattani akan mendapat kemerdekaan atau bergabung dengan malaysia..sila balas kepada kami bagaimana boleh kami bantu saudara2 sekalian di pattani..

  25. RIMEUNG PUTEH says:

    يآأَيُّهاَ الَّذِيْنَ آمَنُوا إِذاَ لَقِيْتُمُ الَّذِيْنَ كَفَرُوا زَحْفاً فَلاَ تُوَلُّوْهُمُ اْلأَدْباَرَ. وَمَنْ يٌوَلِّهِمْ يَوْمَئِذٍ دُبُرَهُ إِلاَّ مُتَحَرِّفاً لِقِتاَلٍ أَوْ مُتَحَيِّزاً إِلَى فِئَةٍ فَقَدْ بآءَ بِغَضَبٍ مِّنَ اللهِ وَمَأْوَاهُ جَهَنَّمُ وَبِئْسَ الْمَصِيْرُ

    “Hai orang-orang yang beriman, apabila kamu bertemu dengan orang-orang kafir yang sedang menyerangmu, maka janganlah kamu membelakangi mereka (mundur). Barangsiapa yang membelakangi mereka (mundur) di waktu itu, kecuali berbelok untuk (siasat) perang atau hendak menggabungkan diri dengan pasukan yang lain, maka sesungguhnya orang itu kembali dengan membawa kemurkaan dari Allah dan tempatnya ialah neraka jahannam. Dan amat buruklah tempat kembalinya.” (Al-Anfal: 15-16)..

    Ya ALLAH, TUHAN kami, Segala Kepujian dan Kebesaran Hanya milikMU,
    Ya ALLAH, Yang Maha BERKUASA atas segalanya,
    Yang Maha BESAR dan Maha TINGGI,

    Kami memohon dari KEBESARANMU dan KEKUATANMU, Ya ALLAH,
    Berilah Kemenangan kepada Para Pejuang Islam yang ikhlas di jalanMU, Amiin,
    Ya ALLAH, Semoga ENGKAU Senantiasa di sisi mereka, Amiin,
    Ya ALLAH, Semoga ENGKAU Senantiasa bersama mereka, Amiin,

    Ya ALLAH, ENGKAU Berilah Kemenangan kepada mereka, Amiin,
    Ya ALLAH, ENGKAU Berilah Kekuatan kepada mereka, Amiin,

    Ya ALLAH, Semoga ENGKAU Senantiasa Membela, Memelihara dan Melindungi mereka, Amiin,
    Ya ALLAH, TUHAN kami, Satukan hati, pemikiran dan pandangan mereka, Amiin,
    Ya ALLAH, ENGKAU Fokuskan Matlamat Perjuangan mereka, Amiin,
    Ya ALLAH, ENGKAU Gabungkan Kekuatan dan Hujah-Hujah mereka, Amiin,

    Ya ALLAH, ENGKAU Tetapkan Hati dan Pendirian mereka, Amiin,
    Ya ALLAH, ENGKAU Kuasai musuh-musuh mereka, Amiin,
    Ya ALLAH, ENGKAU Kuasai musuh-musuh mereka, Amiin,

    Ya ALLAH, TUHAN kami, ENGKAU Kuasai musuh-musuh Islam, Amiin,
    Ya ALLAH, ENGKAU Lemahkan dan ENGKAU Kalahkan musuh-musuh Islam, Amiin,
    Ya ALLAH, ENGKAU Pecah-Belahkan kesatuan musuh-musuh Islam, Amiin,

    Ya ALLAH, ENGKAU Lunturkan semangat dan moral musuh-musuh Islam, Amiin,
    Ya ALLAH, ENGKAU Lemahkan kekuasaan dan cengkaman musuh-musuh Islam, Amiin,
    Ya ALLAH, ENGKAU Lemahkan kekuatan tentara musuh-musuh Islam, Amiin,
    Ya ALLAH, ENGKAU Lemahkan ekonomi musuh-musuh Islam, Amiin,
    Ya ALLAH, ENGKAU Campakkan Ketakutan yang amat sangat dalam hati musuh-musuh Islam, AMIN YA RABBAL’ALAMIN……..

    TAK USAH BANYAK GADOH MEMANG KEBENARAN SUDAH TERBUKTI,
    HANYA ORG2 YG TAKUT MATI,YG MENBELA KESALAHAN DAN BERGABUNG DENGAN MUSUH,MEREKA TERUS BERLARI DARI KEMATIAN PADAHAL KEMATIAN ITU SEDANG MENUGGUNYA,INILAH YG DIKATAKAN MANUSIA TOLOL DIATAS TOLOL DAN SUATU SAAT NANTI DIA MATI DALAM KEADAAN YG HINA…

    TERUSLAH BERJUANG SAUDARAKU,,,ALLAH BERSAMA KITA JAGAN TAKUT MATI DEMI MEMBELA AGAMA ALLAH,HANYA KEPADANYALAH TEMPAT KITA KEMBALI….
    TAKBIR..الله أكبر…TAKBIR..الله أكبر..TAKBIR..الله أكبر.MERDEKA PATANI.TERIMAKASIH..ASSALAMU’ALAIKUM..WR WB..

  26. JejakYGhilang says:

    Assalamualaikum,kepada pejuang-pejuang Islam Patani saya amat simpati apa yang sedang dihadapi oleh masyarakat Islam Patani selama ini dan tidak tahu sampai bilakah penderitaan ini akan berakhir hanya Allah shj yang mengetahui. Saya mulai mengikuti perkembangan Patani ini sejak 6 tahun yang lalu. Daripada kajian & pemahaman saya pejuang2 Islam Patani harus mencari kunci pembuka keamanan bagi untuk menyelesaikan penderitaan yang di hadapi oleh masyarakat Islam Patani. Kuncinya ialah pejuang2 Islam Patani harus mencari WARIS EMPAYAR ISLAM LANGKASUKA. InsyaAllah setelah Waris ini di temui patani akan menjadi kota Islam yg hebat sepertimana empayar zaman terdahulu yang diperintah oleh seorang Raja iaitu WALILULLAH. Waris ini hilang sejak kejatuhan Langkasuka dahulu. Para pejuang harus merendah diri dan mohon pada Allah agar waris ini kembali. Yakinlah masa yang dijanjikan ALLAH hampir tiba. Teruskan usaha dengan penuh sabar yang paling penting kita harus yakin apa yang berlaku ini adalah ketetntuan oleh ALLAH untuk menguji hamba-hambanya yang beriman dan berpegang teguh kepada ALQURAN&SUNNAH serta memahaminya.rajanusantara_group@yahoo.com

  27. Salam alaik ke atas rakyat Pattani Darussalam, saya mohon menyampaikan sedikit komen. Saya adalah salah seorang yang mengikuti perkembangan kalian dan merasa kesal di atas nasib yang menimpa kalian di bumi sendiri. Sesungguhnya benar segala ujian yang menimpa kita adalah ujian dan dugaan dari Allah SWT. Saban hari, kami di Malaysia mahupun di Indonesia berfikir bagaimana cara membantu masyarakat Palestine tetapi lupa akan orang Pattani yang jauh lebih dekat malah sebangsa dengan kami. Ramai orang Pattani yang datang ke Malaysia dan berniaga sama ada di Kelantan mahupun di Kuala Lumpur. Saya sering mendekati peniaga-peniaga Tom Yam asal Pattani atau Narathiwat bertanyakan perasaan dan pandangan mereka terhadap bumi mereka… jawapan-jawapan sedih sahajalah yang bisa diperoleh.

    Saya adalah seorang yang berfikir Pattani harus diberi kebebasan walau dengan apa cara sekalipun. Saya mungkin kurang arif dengan sejarah lampau di bumi melayu ini tetapi saya sedar akan hak kebebasan dan kedaulatan sesebuah bangsa. Saya merasakan tindakan rakyat pattani yang bangun berjihad menentang tanah air sendiri tidak salah malah betul sepenuhnya tetapi ada kekurangannya. Kekurangan itu ialah tiada bantuan dari pihak yang kuat, tanpa bantuan itu mereka seolah-olah anak kecil yang memberontak terhadap ayah mereka dan akhirnya terpaksa akur juga. Ini menyebabkan semakin banyak nyawa yang tidak berdosa terkorban. Pada pandangan saya, buat masa ini Pattani memerlukan bantuan berupa sokongan dari negara-negara serantau yang juga mendokong Islam dan berbangsa Melayu seperti Malaysia, Indonesia dan Brunei Darussalam tanpa berbelah bagi. Tiga negara ini harus lebih tegas, keras dan kuat mendesak kerajaan Thailand untuk memberi kebebasan ke atas Pattani.

    Selain itu, masalah ini perlu di bawa dengan lantang ke OIC dan PBB untuk segera mendapatkan sebuah Resolusi untuk seterusnya merangka tindakan penyelesaian. Perkara ini juga pada firasat saya tidak salah jika di bawa ke ICJ dengan sokongan 3 negara ini pasti berjaya kerana latar belakang sejarah yang sangat jelas. Saya pernah terfikir, mengapa Pattani tidak termasuk ke dalam Persekutuan tanah Melayu walhal Pattani adalah sebuah negeri Melayu yang sah dan berhubungan erat dengan negeri-negeri Melayu lain seperti Kelantan, Pahang, Melaka dan lain-lain.

    Hantarlah wakil-wakil dari Pattani ke 3 negara ini, berunding dengan pemimpin utama di setiap negara dan dapatkan persetujuan. Saya selaku rakyat Malaysia sentiasa berharap perkara-perkara ini terjadi. Jika dilihat, penderitaan rakyat Pattani dan rakyat Palestine adalah sama, kedua-duanya ditindas oleh rejim yang ganas dan zalim. Buat masa ini kami di Malayasia tidak akan pernah berhenti menyumbangkan doa dan dana untuk kalian. Sama-sama kita nantikan Kemerdekaan Pattani Darussalam, InsyaAllah.

  28. Johntravolta says:

    Patani tanah air ku…

  29. Abdul Majeed says:

    Do you need an urgent loan? email abdulmajeedloancompany@gmail.com for more info….

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: