Tabik untuk Assyahid Kubra Awang Karim

February 16, 2009

 

Alfatihah!

assyahid awang karim

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Patanikini dan seluruh pencinta-pencinta keamanan di bumi patani darussalam menghadiahkan berjuta fatihah untuk assyahid Awang Karim,imam masjid kampung keranji ,daerah Teluban,Patani. Beliau adalah simbol seorang rakyat patani yang tidak pernah mau tunduk kapada segala bentuk kezaliman yang di lakukan oleh penjajah Thai. Seorang warga patani yang benar-benar insaf akan nasib umat islam Patani dan sentiasa berdakwah memberi kesedaran kapada rakyat Patani yang setiap masa ditindas.

 

             Beliau sentiasa dicemburui oleh penjajah dan kuncu-kuncu penjajah dikawasan teluban.Hasil dari konspirasi pihak penjajah dan kuncu-kuncunya beliau telah di tangkap dan di penjara.Beliau dibebaskan setelah dihadapkan kaMahkamah dan telah berjaya membukti kan beliau tidak bersalah diatas kesemua tuduhan-tuduhan.

 

            Hampir kesemua keluarga dan sahabat handai telah menasihati beliau agar berundur diri dari kampung nya,kerana mereka bimbang pihak penjajah akan menggunakan kan kekerasan selepas mereka mengurung beliau dalam penjara.Tetapi beliau telah membuat pilihan yang tepat sebagai seorang syuhada’.Kenapa harus lari meninggalkan tanah air kalau ini yang dikehendakki oleh penjajah.

 

           Pihak penjajah telah mengugutnya secara saikoloji dengan meletakkan beberapa kenderaan tentera berhampiran rumahnya dengan harapan beliau gentar dan terus meninggalkan kampung halaman. Ada juga pegawai melayu yang berkhidmat dalam polis Thai menasihati beliau supaya undur.Tetapi beliau tetap istiqamah dengan pendiriannya.Beliau tidak melakukan apa-apa kesalahan kenapa harus berundur.

 

         Pada hari jumaat tersebut , 3 Safar bersamaan 30 januari,beliau ditembak sebanyak empat das,2 dikepala dan 2 didada,ketika diatas tangga masjid.Beliau sedang naik ka masjid untuk membuat azan jumaat hari tersebut. Penembak tersebut hanya berada diatas kenderaan dan membuka cermin kereta .Selepas itu kenderaan tentera tersebut terus meluru kadalam kem tentera berhampiran ketik siam. Awang Karim Syahid disitu juga. SYAHID KUBRA PATANI!!!!!!  

        Mereka menyangka dapat membunuh Awang mereka berjaya menghapuskan orang melayu dan harapannya, tetapi tak sampai tiga jam selepas kejadian itu ketika perarakan jenazah assayhid keperkuburan beratus-ratus pemuda(datang dari seluruh pelusuk tanah air)  sambil bertakbir allahu akbar telah mengusung jenazah Awang ka tempat pengkebumian.Walaupun si laknatullah Chula Rajmontri memberi amaran  keras untuk menghukum sesiapa yang tidak memandi kan jenazah Assyahid Awang tetapi umat islam yang terdiri dari pemuda-pemuda telah mengengkari perintah tersebut dengan mengkebumikan jenazah tersebut bersama pakaian  yang masih berdarah. 

         Alhamdulillah allah maha agung.Ini petanda jelas bahawa rakyat yang sentiasa ditindas  oleh penjajah ini telah di anugerahkan roh jihad oleh allah swt.Rakyat Patani sudah bersedia untuk berhadapan dengan pengorbanan yang lebih besar.Ramai lagi Awang-awang baru akan muncul di bumi Patani yang tercinta ini.

 

         Kita akan bersama-bersama dengan rakyat Palestin, seluruh umat islam yang ditindas dimana sahaja untuk mempertahankan ugama ini demi kecintaan kita  terhadap pencipta alam ini.   Insyaallah.

 

        Marilah sama-sama kita berdoa sambil menghadiahkan  fatihah kapada Assayahid Awang Karim dan para syuhada’ -syuhada’ lain semoga allah menganugerahi kita lebih ramai lagi para syuhada’.  Amin

 

 

Assyahid bersama anak-anak

Assyahid bersama anak-anak

     

 

 

 

 

 

  

     

 

 

 

 

            Wakil dari pihak penjajah cuba menunjukkan simpati pada keluarga beliau bahawa mereka akan membiayai pelajaran anak-anak assyahid sehingga keUniversiti, tapi tawaran ini di tolak mentah-mentah oleh waris assyahid.

 

Biodata

 

Tarikh lahir : 24 januari 1963

Syahid : 30 januari 2009.

Nama : Abdul Karim bin Hj. Muda  baka Yusof.

Nama Bapa : Hj Muda  Yusof

Nama Ibu : Maimunah.

Isteri Safiah

Adik beradik 3 lelaki 4 perempuan. Anak keempat.

Anak-anak-:

                    Zulkarnain  13 tahun

                    Adnin         11 tahun

                    Furqan 9 tahun

                    Hamlah 

 

Pelajaran :

Sekolah rendah tasban ,kg Keranji

Sekolah Menengah Chen Pachakan Teluban.

Sekolah ugama  Vittaya Darul Salam.

Maktab perguruan Senggora.

Sekolah guru Pelajaran Fisikal

International Islamic University Islamabad : Diploma Dakwah

 

Pekerjaan :

Berniaga.

Imam masjid Attaqwa Keranji( yang dibinanya sendiri).

 

Ditangkap pada :  9 october  2007

Dibebas   :           30 october 2008.

 

perarakan jenazah

perarakan jenazah

perarakan jenazah ka perkuboran

perarakan jenazah ka perkuboran

 

 

 

 

 

 

 

 

 
 
 
Advertisements