Palestin, Kerisik dan Karbala

Awal muharram telah disambut oleh umat islam dengan berbagai cara dan ragam.Begitu juga tahun baru masehi disambut oleh orang-orang islam dan kafir seluruh dunia dengan penuh meriah dan bersuka ria.Dinegara-negara serantau berbagai-bagai acara dan ragam berlaku.Di Bangkok disambut dengan kebakaran dalam Pub yang meragut mangsa seramai 60 orang dan ramai yang belum di kenali.Di Kuala Lumpur saperti biasa acara menyanyi dan menari di dataran merdeka.Yang paling memeranjatkan ialah kerajaan Pas kelantan menyambut awal muharram dan tahun baru serentak dengan acara konsert.Bunga api yang telah dibedil bagi menandakan kegembiraan dan kemeriahan.

            Berlainan pula rakyat Palestin di Gaza yang terpaksa menelan asap dan peluru bedilan dari serangan udara Yahudi yang paling ganas sejak perang 1967. Setakat ini lebih 600 orang rakyat Palestin yang terkorban.Sebahagian besarnya kanak-kanak dan perempuan.Rakyat Palestin di hukum kerana mereka menyokong Hamas yang telah mengambil sikap tidak ada kompromi dengan penjajah yang zalim.Banyak juga pemimpin-pemimpin islam yang menyalahkan hamas kerana provokasi mereka terhadap Israel dengan bedilan roket-roket.

            Sejak Hamas dipilih oleh rakyat Palestin untuk memimpin negara mereka dalam pilihan raya yang paling bebas di bumi Arab mereka telah dihukum dengan berbagai cara oleh Yahudi,Amerika dan kuncu-kuncu mereka dari bangsa Arab.Israel telah melakukan sekatan dan kepongan terhadap bumi Gaza.Mereka dihalang dari mengimpot makanan dari luar.Bekalan letrik dan bekalan air diputuskan.Mereka benar-benar hidup terseksa sejak beberapa tahun ini.Tetapi pemimpin Hamas dan pengikut-pengikut mereka yaitu rakyat Palaestin memang di beri oleh allah swt kesabaran yang tinggi.Ini hasil dari istiqamat mereka terhadap Islam dan keyakinan hanya kapada allah swt sahaja.

            Mereka telah menang dalam perjuangan menegak keadilan dan menentang kezaliman. Mereka benar-benar mengambil iktibar dari ayat alquran”

 

يَـٰٓأَيُّهَا ٱلَّذِينَ ءَامَنُواْ ٱسۡتَعِينُواْ بِٱلصَّبۡرِ وَٱلصَّلَوٰةِ‌ۚ إِنَّ ٱللَّهَ مَعَ

 

ٱلصَّـٰبِرِينَ (١٥٣) وَلَا تَقُولُواْ لِمَن يُقۡتَلُ

 

 

 فِى سَبِيلِ ٱللَّهِ أَمۡوَٲتُۢ‌ۚ بَلۡ أَحۡيَآءٌ۬ وَلَـٰكِن لَّا تَشۡعُرُونَ (١٥٤)

 

 

 وَلَنَبۡلُوَنَّكُم بِشَىۡءٍ۬ مِّنَ ٱلۡخَوۡفِ وَٱلۡجُوعِ

 

 

وَنَقۡصٍ۬ مِّنَ ٱلۡأَمۡوَٲلِ وَٱلۡأَنفُسِ وَٱلثَّمَرَٲتِ‌ۗ وَبَشِّرِ ٱلصَّـٰبِرِينَ

 

 

 (١٥٥) ٱلَّذِينَ إِذَآ أَصَـٰبَتۡهُم مُّصِيبَةٌ۬ قَالُوٓاْ إِنَّا

 

 

 لِلَّهِ وَإِنَّآ إِلَيۡهِ رَٲجِعُونَ (١٥٦) أُوْلَـٰٓٮِٕكَ عَلَيۡہِمۡ صَلَوَٲتٌ۬ مِّن

 

 

 رَّبِّهِمۡ وَرَحۡمَةٌ۬‌ۖ وَأُوْلَـٰٓٮِٕكَ هُمُ ٱلۡمُهۡتَدُونَ

 

(١٥٧)

 

 

Wahai sekalian orang-orang yang beriman! Mintalah pertolongan (untuk menghadapi susah payah dalam menyempurnakan sesuatu perintah Tuhan) dengan bersabar dan dengan (mengerjakan) sembahyang; kerana sesungguhnya Allah menyertai (menolong) orang-orang yang sabar. (153) Dan janganlah kamu mengatakan (bahawa) sesiapa yang terbunuh dalam perjuangan membela agama Allah itu: Orang-orang mati; bahkan mereka itu orang-orang yang hidup (dengan keadaan hidup yang istimewa), tetapi kamu tidak dapat menyedarinya. (154) Demi sesungguhnya! Kami akan menguji kamu dengan sedikit perasaan takut (kepada musuh) dan (dengan merasai) kelaparan dan (dengan berlakunya) kekurangan dari harta benda dan jiwa serta hasil tanaman dan berilah khabar gembira kepada orang-orang yang sabar. (155) (Iaitu) orang-orang yang apabila mereka ditimpa oleh sesuatu kesusahan, mereka berkata: Sesungguhnya kami adalah kepunyaan Allah dan kepada Allah jualah kami kembali. (156) Mereka itu ialah orang-orang yang dilimpahi dengan berbagai-bagai kebaikan dari Tuhan mereka serta rahmatNya dan mereka itulah orang-orang yang dapat petunjuk hidayatNya.

 

             Peristiwa pembantaian rakyat palestin secara kejam ini mengingatkan kita pada peristiwa pembantaian di taba dan masjid kerisek pada 2004 oleh penjajah Thai yang mengorbankan lebih seribu syahid, Di masjid kerisek mereka membunuh semua sekali pemuda pemuda yang berumur diantara 14 tahun dan 35 tahun yang tidak bersenjata.Sejak dari kedua-kedua peristiwa itu mereka terus mengganyang secara kejam umat islam Patani yang tidak bersenjata dan penduduk-penduduk awam.

 

             Dan pada 1370 tahun(60 h) yang lalu keluarga rasulullullah yang di ketuai oleh Saidina Husin bin Ali bersama 100 orang keluarga rasulullah dan bani hashim telah di bunuh secara kejam dan mereka di potong kepala setelah syahid.Tetapi Saidina Husin as telah di potong kepala ketika masih hidup setelah di panah dengan begitu banyak didada nya.Tentera Yazid yang berjumlah lebih 30000 orang telah membantai keluarga rasulullah yang terdiri dari kanak-kanak dan  perempuan-perempuan di padang karbala.Rasullullah yang bersabda”Husin daripada ku dan aku dari husin .Ya allah kasihi lah mereka yang mengasihinya , musuhilah mereka yang memusihinya”, telah meramalkan bahawa husin akan di zalimi oleh umat baginda sendiri !!!.

Persamaan ketiga-tiga perisitiwa ini iaitu, palestin ,kerisik dan karbala ialah mereka ini kanak-kanak dan tidak bersenjata serta mereka tidak mau tunduk pada kuasa-kuasa zalim” Mereka-mereka ini akur pada perintah allah swt. :-

 

وَلَا تَرۡكَنُوٓاْ إِلَى ٱلَّذِينَ ظَلَمُواْ فَتَمَسَّكُمُ ٱلنَّارُ وَمَا لَڪُم مِّن دُونِ

 

 ٱللَّهِ مِنۡ أَوۡلِيَآءَ ثُمَّ لَا تُنصَرُونَ (١١٣

 

Dan janganlah kamu cenderung kepada orang-orang yang berlaku zalim maka (kalau kamu berlaku demikian), api Neraka akan membakar kamu, sedang kamu tidak ada sebarang penolong pun yang lain dari Allah. Kemudian (dengan sebab kecenderungan kamu itu) kamu tidak akan mendapat pertolongan. (113)

             Pemimpin umat islam menyalahkan hamas kerana sikap probokatif yang membuat Israel bertindak; begitu juga penjilat-penjilat penjajah di Patani menyalah kan rakyat Patani kerana mengadakan tunjuk peraaan untuk menuntut keadilan: umat islam dan ada ulama-ulama besar penjilat yazid telah menyalahkan Saidina Husin kerana tidak mau baiat dan tunduk kapada yazid.Sebelum Syahid Husin menjelaskan

           “Aku bangkit untuk membela ugama datuk ku yang telah rubah .Manusia saperti aku tidak akan tunduk kapada manusia saperti Yazid.

            Kesemua mereka-mereka ini telah di gambarkan oleh allah swt sendiri dalam surat albaqarah ayat-ayat diatas.

Maka kita harus lah mengucapkan kapada mereka

 

قَالُوٓاْ إِنَّا لِلَّهِ وَإِنَّآ إِلَيۡهِ رَٲجِعُونَ   

 

             

          Kita sebagai insan yang bertuhan kan allah hanya layak memohon pertolongan dari allah dan bukan nya tunduk kapada kehendak musuh dan kuncu-kuncu nya supaya kita berhenti dan mengalah.

          Kita akan mengambil cara yang dibawa oleh Husin bin Ali cucunda Rasullullah saw yang tidak pernah tunduk kapada pemerintah yang zalim,munafiqun dan kafirun.

21 Responses to Palestin, Kerisik dan Karbala

  1. Abu Bakar says:

    Salam,
    Saya tertarik dan selalu baca Patanikini, tapi pada kali ini saya baca agak lain ceritanya… Apa kaitan hal Patani dengan Karbala? saya harap penerbit jangan berselindung di sebalik kesengsaraan ummah Patani, kalau cuba nak guna darah Patani dalam menyibar mazhab yang tidak di anuti oleh orang Islam Patani, saya harap sdr lebih bertanggungjawab dalam hal ini….. cukup untuk pegangan sdr saja… jangan pula nak memecahbelahkan bangsa Patani dengan mazhab pula….(Syiah bukan mazhab orang Islam Patani). Saya harap jangan capur aduk hal ini dengan masaalah Patani.. padah akibatnya.
    Selamat menunai tanggungjawab
    wassalam

  2. isma says:

    Salam. Maaf. Saudara menulis dengan emosi dan PENUH RASA KECEWA begitu juga dengan komen-komen –kebanyakkan datang dari generasi Pattani yang tidak tinggal di sana. Ia tidak menggambar keadaan yang sebenar Pattani saat ini.

    Saya orang Pattani, pemegang passport Thailand dan saya dari keluarga miskin. Saya tidak bernasib seperti anda semua yang dapat jadi warganegara Malaysia. Tetapi saya bersyukur di Thailand. Pada saya hanya pendidikan yang dapat mengubah Pattani hari ini. Jika generasi baru atau ibubapa Pattani tidak mengambil berat akan pendidikan sampai bila pun orang Pattani tetap diperbodohkan. Lihat lah generasi Pattani hari ini, ramai tidak habis sekolah, jadi pembasuh pinggan di restoran Tom Yam. Ini yang menyedihkan. Jika nak kata kerana mereka miskin, orang siam juga miskin. DAN THAILAND MEMANG MISKIN lagi pula tidak stabil. Tetapi semua ini bergantung kepada sikap kita orang Melayu Pattani. Keadaan ini seperti Tanah Melayu tahun-tahun penjajahan dahulu, orang Melayu ramai tidak sekolah sampai mudah diperbodoh oleh orang putih termasuk para pemimpinnya.

    Jangan pula kata pendidikan siam(moden) akan mengancam nilai Islam Pattani. Saya tidak percaya semua ini. Saya sendiri masih kuat dengan jiwa Pattani. Saya belajar kuat sampai boleh menguasai Bahasa Melayu, boleh menulis jawi dan tidak kekok dengan kitab..Saya tidak bercakap Thai (kecuali dengan orang Siam)dan berfikir dalam Bahasa Melayu. Adakah pelajar sekolah kebangsaan di sini automatik akan jadi penyokong UMNO?

    Sepatutnya kita berfikir bagaimana hendak mengubah sikap orang Pattani supaya cakna akan pendidikan anak-anak mereka dan meningkat sistem pendidikan di sini. Terutama yang berpendapatan rendah. Bukan terus menyemai kebencian. Sedang anda semua senang di Malaysia.

    Untuk saudara, mengapa hendak kait dengan Karbala dengan Tragedi Kerisik. Kerisik kampung saya.

  3. Kini says:

    Salam, sdr Abu bakar,
    Terima kasih diatas peringatan dan amaran sdr itu.Insyaallah pembaca-pembaca patanikini tidak akan termakan dengan mana-mana dakyah yang jahat.Tapi kita jangan takut mengambil iktibar dari kisah-kisah benar dalam sejarah islam terutama nya kisah kesedihan yang menimpa keluarga rasul saw.Kerana Saidina Husin bin Ali ialah cucu rasul saw maka pihak kami merasa tidak salah untuk mengambil contoh persamaan dengan perjuangan rakyat patani.
    Kapada sdr Isma, kami amat berterima kasih diatas nasihat sdr tentang kepentingan berilmu.Kerana berpegang pada ilmu yang sesat dan termakan dengan didikan penjajah lah sebahagian rakyat patani lebih rela berpihak pada penjajah Siam dari anak bangsa sendiri.Kami berjuang untuk mengambil kembali tanah air yang dijajah dan berjuang untuk memberi ilmu yang sahih lagi diredai allah swt kapada ummah patani. Wassalam.

  4. Kasturi Mahkota says:

    Kepada Pencinta Kedamaian Seluruh Dunia:

    Sempena dengan Perdana Menteri Thai Thaksin Shinawatra meletakkan Jawatannya, PULO mengeluarkan statemen sebagai berikut:-

    PULO tetap dengan pendiriannya bahawa Thaksin Shinnawatra mesti dibawa ke proses keadilan atas tuduhan jenayah terhadap kemanusiaan.

    Selagi tidak ada hasrat untuk menyelesaikan masalah Patani secara keseluruhannya, berdasarkan kepada pengiktirafan hak-hak asasi dan jenis kebangsaan Melayu, bagi PULO, keadaannya tidak akan berubah samada siapa saja yang akan menjabat Perdana Menteri Thai, dengan mengamalkan polisi pembangunan sebagai alasan untuk menghindari tuntutan yang adil di atas.

    Maka itu, PULO berharap bahawa bakal Perdana Menteri Thai nanti mempunyai hasrat yang jelas untuk menghentikan penggunaan kekerasan, berusaha kearah dialog dan mencari penyelesaian secara politik.

    Yang Benar,

    Kasturi Mahkota

    Ketua Jabatan Urusan luar Negeri, PULO.

  5. ore krisek says:

    salam kasturi (tak kira la, menyamar ke? betul ke?) where r u? bila pulak Thaksin letak jawatan

    untuk isma, syabas saya ucapkan , عندك حق ,

    yang benar

    Ketua Jabatan Anti Asobiah Melayu FaToni

  6. A Bakar says:

    Terima kasih atas penjelasan sdr…
    Hakikatnya apa yang saya jelaskan itu adalah kenyataan yg harus sdr. berfikir sebelum membuat perbandingan dalam apa yg berkaitan dengan sejarah agama…. saya amat tahu tetang sirah Rasul(S) dan keluarganya….Saya amat cinta kpd rasulullah dan kelurganya…. jadi perlu berhati2 dalam buat perbandingan… yang jelas perkara yg sansitif perlu di hindari… dan saya yakin sdr amat tidak suka kpd nama Abu Bakar, Abdul Rahman atau nama2 sahabat rasulullh walaupun di akaui sebagai Khulafaa Rashidin…
    Kami sebenarnya tidak mahu terperangkap dengan agenda yang tersirat di sebalik perjuangan rakyat Patani.

    Insaf dan jujur.

  7. isma says:

    salam.ilmu sesat dan termakan didikan penjajah? Boleh perjelaskan ilmu yang saya dapat ini? Kalau orang seperti saya yang sanggup berhabis wang( masih kecil) untuk meningkat taraf pendidikan umat Pattani dianggap pula berilmu sesat, terserah kepada saudara. Generasi baru Pattani yang berfikir seperti saya( baru berumur 25 tahun),nasionalis Thai lagi tidak suka.Bukan sahaja saudara yang tidak suka.Mungkin orang seperti saya lebih bahaya berbanding saudara yang bersandar pada senjata.Saya membesar sebagai rakyat Thai jauh berbeza dengan zaman saudara sebelum saudara melarikan diri ke Malaysia.Tahu. Memang saya akui tertekan menjadi warga Thailand. dan dianggap second class bukan sahaja di Thailand tapi juga di Malaysia. Tapi realistik la sikit. Jangan biarkan kebencian membutakan mata dan memekakan telinga.

  8. amen says:

    setelah saya baca blog ini, kesimpulan mudah saya buat — kamu datang berlindung di rumah saya dan lepas itu kamu kecam tuan rumah,… tak itu, …tak ini….Kalau kamu nak kecam kerajaan Malaysia atau kerajaan pas kelantan, tolong lepaskan kerakyatan Malaysia.Balik Thailand…Kamu tidak reti diplomatik ke?Maaf, ini bukan soal waris atau saudara seagama atau bangsa tapi sebagai teguran atas tidak diplomatiknya kamu…Kalau nak kecam Malaysia atau Kelantan, tolong lepaskan kerakyatan Malaysia.Harap generasi baru Patani ramai macam isma.isma boleh kenal?

    Penyokong PAS

  9. imbalo says:

    ape nih ………… dah mulai lah ni sombong menyergap… amen tak boleh cakap macam tu … itu sombong namanya…………..

  10. Melayu says:

    Wahai Amen jangan cepat marah , kita orang orang dari Patani anggap orang melyu Di malaysia as a big brothers dan kita pulak bukan orang lain , bapa saudari Di Patani Datuk saudara di Kelantan dan keluarga raja kelantan pun setengahnya dari
    Patani sampai menteripun ada asal dari Patani. Jadi nak halau keluar orang orang patani balik tu biarlah . Melyu pasti bersatu padu , tak kira melayu di Patani keh melayu di malaysia, malayu diIndonesia dan asal kan melayu dimana saja wajib bersatu. Dan ingat ..perjuangan melayu islam di Patani perlu bantuan dari seluroh melayu islam di dunia . kita tak nak melayu islam di hina , dijajah ,baikpun di jajah oleh siam atau di jajah oleh cina atau india di masa depan .Melyu pasti bela tanah melayu ,bangsa melayu dan agama islam .Cuntuh pelastin seluroh orang orang arab rasa tangung jawab ,memberi pertulongan dan menyokong perjuangan Pelastin dan bukan saja.Arab seluruh orang orang islam di dunia menyokong perjuangan pelastin.

    Bersatu tegoh
    Bercerai runtoh

    Malay Union

  11. Aman says:

    di mana ada islam, di situ tiada keamanan..
    macam mana mau aman, anak org islam baru boleh bercakap sudah di ajar membenci org kapir, suruh benci yahudi, seakan yahudi itu sudah meliwat emaknya..

  12. aku says:

    wau…rupa rupanya ada siam kafir di Malaysia menyamar
    sebagai Aman,,Balik ke siam wahai kafir aku mau putung
    tengak mu binatang.

  13. Amoi says:

    tu diaaa Aman..dun play play dgn mrk ini..nanti mrk tempik allah akbar jenuh kau lari tercirit-cirit. Bila tempik perkataan tu, bukan saja berani bunuh org, diri sendiri pun berani bunuh..tu diaaaaa..

  14. jabbar says:

    Kepada adek ku ISMA maksud Pttani dengan Patani tidak sama Orang Siam suka tulis dengan dua T apabila tulis dengan dua T ertinya wilayah Pattani dan apabila tulis dengan satu T ertinya negara Patani.

  15. zaheer says:

    Perhatian semua! bangsa SIAM dan bangsa Thai adalah tidak sama. Mereka berlainan bahasa dan agama. Bangsa Siam beragama Islam sedangkan bangsa Thai beragama buddha. Ini bukti dr waris Raja Maha Besar Siam Islam yg tlh lama diketepikan. Sila baca dakwaan mereka disini http://www.sejarahnagarakedah.blogspot.com

  16. warna baju says:

    Gelombang Warna Di Bangkok
    —————————
    Kerajaan pimpinan penjajah siam berada dalam dalam keadaan tidak menentu ekoran tindakan penyokong pro Thaksin melakukan penentangan habis-habisan terhadap Abhisit Vejjajiva supaya meletakkan jawatan sebagai Perdana Menteri.Situasi di Bangkok juga menyebabkan Selatan Thailand berada dalam keadaan tidak menentu ekoran pelan damai yang diaturkan sebelum ini tidak berjaya diselesaikan.

    Bagi yang tidak memahanmi situasi sebenar di Selatan Thailand janganlah menunding jari terhadap tindakan yang dilakukan oleh perjuang kemerdekaan Pattani Darulsalam. Sehubungan itu, adalah disarankan kepada sesiapa yang hendak memberi komen menghentam tindakan pejuang supuya membuat kajian dan muhasabah diri.

    Perjuangan untuk mendapatkan kemerdekaan dari kerajaan siam telah menyebabkan banyak pejuang-pejuang terkorban kerana mahu melihat generasi akan datang hidup tanpa penindasan dari mereka yang tidak memahami budaya sebenar masyarakat Patani.

    Sebenarnya bukan pertumpahan darah diimpikan oleh pejuang tetapi adalah untuk memperjuangkan kehormatan dan maruah sebuah bangsa tidak dapat dinafikan hak bahawa Patani adalah tanah tumpah darahnya.

  17. warna baju says:

    Saudara Isma
    ————

    Sememang ilmu itu boleh meningkatkan taraf hidup sesebuah bangsa dan menjadi bangsa itu dihormati oleh bangsa lain. Walau bagaimanapun kita tidak membiarkan ilmu yang kita mempengaruhi perilaku kita. Sekiranya ilmu yang kita adalah ini digunakan untuk mempertingkatkan bangsa kita masih berada kedudukan yang paling bawah ia satu tindakan yang boleh mulia.

    Pejuangan tidak bermaksud menggunakan kekerasan semata-mata hanya dengan mengangkat senjata. Tetapi perjuangan juga dapat diimplimentkan dengan strategi yang kita gunakan semasa menghadapi pihak penjajah. Kerajaan Thailand tidak dapat lari dari kenyataan sebenar kerana telah termaktud dalam sejarah Thailand mereka mendapatkan patani dengan cara penjajahan.

    Sehubungan itu, disarankan supaya isma dan muda-mudi selatan Thailand yang merasakan diri mereka berpendidikan tinggi dan merasa susah payah untuk mendapatkan ilmu tersebut supaya mengembleng tenaga dengan pejuang pemisahan patani mencari jalan supaya kita dapat menubuhkan sebuah negara yang merdeka.

  18. abu arsyad says:

    Dalam perbincangan ini,pada pandangan saya kita jangan terjebak dalam kepompong assabiyyah wataniyyah. Kita harus menanamkan dalam diri kita bahawa masalah paletin,patani dan ketika ini di lembah SWAT meupakan masalah kita umat Islam. kita umat yang bersaudara, sekiranya umat patani terluka maka saya disini juga akan terasa. begitu jugak sekiranya umat paletin dibantai,kita jugak harus merasa akan kperitan mereka.

    Kita harus sedar bahawa keadaan ini berlaku,akibat pelindung umat Islam sudah tiada selepas dijatuhkan dan diruntuhkan oleh laknatullah Mustafa kamal yang diperkudakan oleh British.Pelindung itu yakni khilafah sepertimana sabda Rasullullah yang bermaksud, Imam(khalifah) itu umpama peisai yang mana umat akan berperang dibelakangnya.

    Selatan Thai, dibantai, dimana askar2 umat Islam Malaysia, Indonesia, Pakistan dan negeri2 umat Islam.

    Kita kena kembali kepada Islam dengan mengembalikan semula kehidupan Islam dengan penegakan khilafah Islamiyyah.

    wassalam

  19. sampuna says:

    sokong ISMA

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: