Palestin, Kerisik dan Karbala

January 8, 2009

Awal muharram telah disambut oleh umat islam dengan berbagai cara dan ragam.Begitu juga tahun baru masehi disambut oleh orang-orang islam dan kafir seluruh dunia dengan penuh meriah dan bersuka ria.Dinegara-negara serantau berbagai-bagai acara dan ragam berlaku.Di Bangkok disambut dengan kebakaran dalam Pub yang meragut mangsa seramai 60 orang dan ramai yang belum di kenali.Di Kuala Lumpur saperti biasa acara menyanyi dan menari di dataran merdeka.Yang paling memeranjatkan ialah kerajaan Pas kelantan menyambut awal muharram dan tahun baru serentak dengan acara konsert.Bunga api yang telah dibedil bagi menandakan kegembiraan dan kemeriahan.

            Berlainan pula rakyat Palestin di Gaza yang terpaksa menelan asap dan peluru bedilan dari serangan udara Yahudi yang paling ganas sejak perang 1967. Setakat ini lebih 600 orang rakyat Palestin yang terkorban.Sebahagian besarnya kanak-kanak dan perempuan.Rakyat Palestin di hukum kerana mereka menyokong Hamas yang telah mengambil sikap tidak ada kompromi dengan penjajah yang zalim.Banyak juga pemimpin-pemimpin islam yang menyalahkan hamas kerana provokasi mereka terhadap Israel dengan bedilan roket-roket.

            Sejak Hamas dipilih oleh rakyat Palestin untuk memimpin negara mereka dalam pilihan raya yang paling bebas di bumi Arab mereka telah dihukum dengan berbagai cara oleh Yahudi,Amerika dan kuncu-kuncu mereka dari bangsa Arab.Israel telah melakukan sekatan dan kepongan terhadap bumi Gaza.Mereka dihalang dari mengimpot makanan dari luar.Bekalan letrik dan bekalan air diputuskan.Mereka benar-benar hidup terseksa sejak beberapa tahun ini.Tetapi pemimpin Hamas dan pengikut-pengikut mereka yaitu rakyat Palaestin memang di beri oleh allah swt kesabaran yang tinggi.Ini hasil dari istiqamat mereka terhadap Islam dan keyakinan hanya kapada allah swt sahaja.

            Mereka telah menang dalam perjuangan menegak keadilan dan menentang kezaliman. Mereka benar-benar mengambil iktibar dari ayat alquran”

 

يَـٰٓأَيُّهَا ٱلَّذِينَ ءَامَنُواْ ٱسۡتَعِينُواْ بِٱلصَّبۡرِ وَٱلصَّلَوٰةِ‌ۚ إِنَّ ٱللَّهَ مَعَ

 

ٱلصَّـٰبِرِينَ (١٥٣) وَلَا تَقُولُواْ لِمَن يُقۡتَلُ

 

 

 فِى سَبِيلِ ٱللَّهِ أَمۡوَٲتُۢ‌ۚ بَلۡ أَحۡيَآءٌ۬ وَلَـٰكِن لَّا تَشۡعُرُونَ (١٥٤)

 

 

 وَلَنَبۡلُوَنَّكُم بِشَىۡءٍ۬ مِّنَ ٱلۡخَوۡفِ وَٱلۡجُوعِ

 

 

وَنَقۡصٍ۬ مِّنَ ٱلۡأَمۡوَٲلِ وَٱلۡأَنفُسِ وَٱلثَّمَرَٲتِ‌ۗ وَبَشِّرِ ٱلصَّـٰبِرِينَ

 

 

 (١٥٥) ٱلَّذِينَ إِذَآ أَصَـٰبَتۡهُم مُّصِيبَةٌ۬ قَالُوٓاْ إِنَّا

 

 

 لِلَّهِ وَإِنَّآ إِلَيۡهِ رَٲجِعُونَ (١٥٦) أُوْلَـٰٓٮِٕكَ عَلَيۡہِمۡ صَلَوَٲتٌ۬ مِّن

 

 

 رَّبِّهِمۡ وَرَحۡمَةٌ۬‌ۖ وَأُوْلَـٰٓٮِٕكَ هُمُ ٱلۡمُهۡتَدُونَ

 

(١٥٧)

 

 

Wahai sekalian orang-orang yang beriman! Mintalah pertolongan (untuk menghadapi susah payah dalam menyempurnakan sesuatu perintah Tuhan) dengan bersabar dan dengan (mengerjakan) sembahyang; kerana sesungguhnya Allah menyertai (menolong) orang-orang yang sabar. (153) Dan janganlah kamu mengatakan (bahawa) sesiapa yang terbunuh dalam perjuangan membela agama Allah itu: Orang-orang mati; bahkan mereka itu orang-orang yang hidup (dengan keadaan hidup yang istimewa), tetapi kamu tidak dapat menyedarinya. (154) Demi sesungguhnya! Kami akan menguji kamu dengan sedikit perasaan takut (kepada musuh) dan (dengan merasai) kelaparan dan (dengan berlakunya) kekurangan dari harta benda dan jiwa serta hasil tanaman dan berilah khabar gembira kepada orang-orang yang sabar. (155) (Iaitu) orang-orang yang apabila mereka ditimpa oleh sesuatu kesusahan, mereka berkata: Sesungguhnya kami adalah kepunyaan Allah dan kepada Allah jualah kami kembali. (156) Mereka itu ialah orang-orang yang dilimpahi dengan berbagai-bagai kebaikan dari Tuhan mereka serta rahmatNya dan mereka itulah orang-orang yang dapat petunjuk hidayatNya.

 

             Peristiwa pembantaian rakyat palestin secara kejam ini mengingatkan kita pada peristiwa pembantaian di taba dan masjid kerisek pada 2004 oleh penjajah Thai yang mengorbankan lebih seribu syahid, Di masjid kerisek mereka membunuh semua sekali pemuda pemuda yang berumur diantara 14 tahun dan 35 tahun yang tidak bersenjata.Sejak dari kedua-kedua peristiwa itu mereka terus mengganyang secara kejam umat islam Patani yang tidak bersenjata dan penduduk-penduduk awam.

 

             Dan pada 1370 tahun(60 h) yang lalu keluarga rasulullullah yang di ketuai oleh Saidina Husin bin Ali bersama 100 orang keluarga rasulullah dan bani hashim telah di bunuh secara kejam dan mereka di potong kepala setelah syahid.Tetapi Saidina Husin as telah di potong kepala ketika masih hidup setelah di panah dengan begitu banyak didada nya.Tentera Yazid yang berjumlah lebih 30000 orang telah membantai keluarga rasulullah yang terdiri dari kanak-kanak dan  perempuan-perempuan di padang karbala.Rasullullah yang bersabda”Husin daripada ku dan aku dari husin .Ya allah kasihi lah mereka yang mengasihinya , musuhilah mereka yang memusihinya”, telah meramalkan bahawa husin akan di zalimi oleh umat baginda sendiri !!!.

Persamaan ketiga-tiga perisitiwa ini iaitu, palestin ,kerisik dan karbala ialah mereka ini kanak-kanak dan tidak bersenjata serta mereka tidak mau tunduk pada kuasa-kuasa zalim” Mereka-mereka ini akur pada perintah allah swt. :-

 

وَلَا تَرۡكَنُوٓاْ إِلَى ٱلَّذِينَ ظَلَمُواْ فَتَمَسَّكُمُ ٱلنَّارُ وَمَا لَڪُم مِّن دُونِ

 

 ٱللَّهِ مِنۡ أَوۡلِيَآءَ ثُمَّ لَا تُنصَرُونَ (١١٣

 

Dan janganlah kamu cenderung kepada orang-orang yang berlaku zalim maka (kalau kamu berlaku demikian), api Neraka akan membakar kamu, sedang kamu tidak ada sebarang penolong pun yang lain dari Allah. Kemudian (dengan sebab kecenderungan kamu itu) kamu tidak akan mendapat pertolongan. (113)

             Pemimpin umat islam menyalahkan hamas kerana sikap probokatif yang membuat Israel bertindak; begitu juga penjilat-penjilat penjajah di Patani menyalah kan rakyat Patani kerana mengadakan tunjuk peraaan untuk menuntut keadilan: umat islam dan ada ulama-ulama besar penjilat yazid telah menyalahkan Saidina Husin kerana tidak mau baiat dan tunduk kapada yazid.Sebelum Syahid Husin menjelaskan

           “Aku bangkit untuk membela ugama datuk ku yang telah rubah .Manusia saperti aku tidak akan tunduk kapada manusia saperti Yazid.

            Kesemua mereka-mereka ini telah di gambarkan oleh allah swt sendiri dalam surat albaqarah ayat-ayat diatas.

Maka kita harus lah mengucapkan kapada mereka

 

قَالُوٓاْ إِنَّا لِلَّهِ وَإِنَّآ إِلَيۡهِ رَٲجِعُونَ   

 

             

          Kita sebagai insan yang bertuhan kan allah hanya layak memohon pertolongan dari allah dan bukan nya tunduk kapada kehendak musuh dan kuncu-kuncu nya supaya kita berhenti dan mengalah.

          Kita akan mengambil cara yang dibawa oleh Husin bin Ali cucunda Rasullullah saw yang tidak pernah tunduk kapada pemerintah yang zalim,munafiqun dan kafirun.

Advertisements