Thai berkerajaan baru Patani terus menggasak penjajahan

December 16, 2008

Abhisit Vejjajiva dari partai Demokrat telah mengalahkan calun partai Puea Pandin di parlimen dan mengambil alih teraju pemerentahan Thai.Dia menjadi Perdana Menteri yang ke 27. Seorang muda berumur 44 tahun dan berkelulusan Master bidang Ekonomi dari University Oxford .Bagi rakyat Thai munkin tidak akan berlaku apa-apa perbezaan kerana kerajaan Demokrat mengambil alih pentadbiran dalam keadaan ekonomi negara bertambah tenat oleh kerana penentangan yang tidak henti-henti oleh pembangkang yang didalangi oleh raja Thai.

            Tapi bagi rakyat Patani pemerentah penjajah Thai dibawah partai Demokrat lah yang banyak membawa kesengsaran kapad rakyat biasa.Tekanan terhadap rakyat dan perjuangan Patani dijangka akan bertambah lagi.Walaupun pentadbiran tentera bagi wilayah Patani telah di beri autonomi unutuk melakukan apa sahaja penindasan terhadap rakyat Patani tetapi pihak Demokrat dijangka tidak akan berpuas hati lagi selagi tidak ada penyelesaian atau penghapusan kesemua etnik melayu di Patani.

            Baru-baru ini satu Jabatan kerajaan Malaysia telah memanggil wakil-wakil partai perjuangan Patani bagi membincangkan persiapan untuk membuat kumpulan perunding yang baharu bagi bagi membuat perundingan dengan pemerentah Thai yang baru.Mereka tidak mengiktiraf perundingan Bogor yang baru berlangsung pada bulan oktober yang lalu.Meraka bercadang mengatur satu perbincangan yang baru dengan pihak penjajah Thai.Samaada perkara ini mendapat restu dari pihak atasan Malaysia atau tidak belum pasti lagi.

          Satu lagi taktik baru yang disebarkan oleh pihak penjajah Thai ialah dengan mengarahkan beberapa pemimpin rakyat Patani menyebar khabar angin konon satu persetujuan baru telah di capai antara penjajah Thai (Chaovalit) dan Ustaz Shafei bagi pembentukan sebuah kerajaan autonomi . 5hb disember adalah disebut-sebut sebagai tarikh untuk menandatangani perjanjian damai itu!!!!. Nampak nya tarikh tersebut telah berlalu tapi tak ada apa-apa perjanjian pun. Dan mereka juga menyebar fitnah mengatakan bahawa RKK itu sebenarnya diasas kan oleh chaovalit juga.

           Nampaknya penjajah Thai sekarang dalam keadaan benar-benar terdesak dan seolah-olah sedang mengejar masa .Bagi pejuang-pejuang  jangan lah berita-berita remeh temeh ini menghilangkan tumpuan terhadap perjuangan kerana apa pun berlaku kapada pihak-pihak desperado kita tidak akan berganjak dari sumpah yang telah diikrar kan iaitu samaada’ Islam didaulatkan di bumi Patani atau kita gugur semua sekali sebagai syuhada’ !!!! Kalau mereka mau mereka akan dapat bumi yang sudah jadi padang jarak padang terkukur.

          Pemimpin dan ulama sebenar ialah yang benar-benar menjadi pewaris nabi saw.Dua sifat yang ada pada para Rasul dan Nabi alaihi mussalamtu wassalam ialah mereka tidak pernah dibeli dengan kesenangan dunia yang bangkai ini samaada dengan janji-janji kedamaian dan kemakmuran ekonomi; mereka tidak pernah tunduk kapada apa-apa ugutan atau ancaman keseksaan dan kesusahan dunia.Oleh itu kita harus memilih pemimpin yang mirip kapada sifat-sifat Rasullullah saw.

            Pejuang-pejuang haruslah bersiap sedia dengan tindakan-tindakan terbaharu dari kerajaan baru penjajah Thai dan kerajaan baru Malaysia.Kita harus mempertingkatkan lagi amalan kerohanian demi mempertingkat kan lagi kecintaan kita kapada syahid dan jihad.Kemenangan tidak  datang bergolek melainkan dengan kesungguhan jihad kita.

            Kita menyeru sekali lagi kapada kesemua pemimpin-pemimpin terutama yang berada diluar negara Patani supaya marilah sama-sama bersatu bersama rakyat dan menolak segala bentuk perundingan yang belum sampai waktunya.

            Pusat kan tumpuan antum kapada menghalau penjajah Thai walau apa cara sekalipun melainkan mengalah.Banyak kan membaca doa-doa kehancuran musuh dan kunut nazilah.