Kehakisan Islam dan Nasionalisma Melayu di Nusantara

Hampir setiap hari umat islam dari pelbagai lapisan masyarakat di patani dibunuh dengan pelbagai cara.Dan hampir kesemua pembunuhan itu dituding kan jari pada pejuang-pejuang islam dengan secara terancang oleh media dan pihak penjajah thai.Perancangan yang disusun secara rapi ini adalah hasil kajian yang dibuat secara teliti oleh musuh-musuh islam sejagat.Mereka benar-benar memahami kelemahan umat islam dalam bidang penerangan dan propaganda.Tujuannya adalah jelas .Untuk melagakan umat islam, membuat umat islam terpesong dari ajenda islam yang sebenar dan supaya pejuang-pejuang islam tidak mendapat sokongan dari negara-negara islam(OIC) blok barat-yahudi dengan itu mengurangkan fokus pejuang-pejuang islam.Pihak penjajah thai dan musyrikin antarabangsa mempunyai ajenda yang sama yaitu untuk menghapuskan samasekali umat islam di Patani.

Orang melayu yang berugama islam mempunyai ciri-ciri apologetic peringkat tertinggi terhadap orang-orang bukan islam.Ini berlaku dimana-mana negara orang melayu samaada diPatani atau diMalaysia. Sebenarnya orang melayu Patani lah yang paling sedih jika apa-apa malapetaka yang tertimpa keatas orang-orang melayu dan umat islam.Justeru itu umat islam Patani berasa sangat kecewa terhadap pemimpin-pemimpin islam-melayu yang berada diMalaysia yang tidak pernah peka pada kesusahan anak bangsa sendiri dan sering lupa pada sejarah malang yang sentiasa menimpa ummah melayu diNusantara.Perubahan yang paling ketara ini berlaku sejak selepas PRU12 Malaysia pada 8hb mach 2008 yang lalu.Pemimpin-pemimpin melayu yakin bahawa dengan menyerah saki baki kuasa yang ada pada mereka kapada orang melayu di Malaysia itu boleh mengekalkan pemerentahan mereka atau dapat menggantikan kerajaan yang ada.Sebab itulah mereka sanggup lakukan apa saja untuk mendapat sokongan padu dari orang-orang cina dan india.

Mereka lupa, malapetaka pertama bagi orang melayu diMalaysia ialah dengan menerima syarat penjajah inggeris bagi kemerdekaan Malaya iaitu dengan memberi kerakyatan kapada orang-orang cina dan india sekali gus seramai 1.2 juta orang dalam dasar yang di panggil Jus Solli. Pada ketika itu negara-negara India,Thailand,Indonesia ,Ceylon dan Filipina juga menghadapi masaalah sama tapi tidak memberi hak kerakyatan yang mudah terhadap pendatang-pendatang yang sengaja dibawa masuk oleh penjajah Inggeris.Begitulah pemurahnya hati orang melayu.

Dasar penjajah Inggeris ini adalah penerusan dasar untuk menghancurkan bangsa melayu-islam di Nusantara.Yang paling ketara ialah apabila Inggeris membahagi-bahagikan bumi Patani-melayu diantaranya dan Siam dalam perjanjian Anglo-Bangkok 1909.

Penghinaan yang terbesar terhadap orang melayu ialah mereka(Inggeri dan Siam) tidak langsung menghubungi raja-raja melayu dalam urusan ini.Bermula dari perjanjian tersebut mereka melakukan berbagai-bagai taktik samaada secara kasar oleh Siam atau secara halus oleh Inggeris untuk memusnahkan Nasionalisma melayu atau pun aqidah islam.

Di Patani orang-orang melayu berjuang habis-habisan untuk mengambil kembali kedaulatan umat islam dan bangsa melayu yang telah di rampas secara beransur-ansur sejak 250 tahun lalu.

Orang melayu yang tinggal di sekitar antara segenting kera dan senggora telah lupa sama sekali bahasa ibundanya dan bahkan mereka tidak lagi mengaku bangsa melayu tapi mengaku diri mereka sebagai Thai muslim.Kejatuhan kerajaan melayu-islam dari segenting kera berlaku setiap 50 tahun, sehingga terakhirnya kerajaan melayu Patani pada 1786.

Bermula tahun 1957 walaupun Malaya diperintah oleh pemimpin melayu didikan inggeris tapi roh mereka bukan roh melayu lagi !!!.Dan pada hari ini ajenda yang diasaskan oleh yahudi-inggeris telah berjaya ditanam kan pada pemimpin-pemimpin melayu samaada berpendidikan inggeris atau arab tentang betapa salahnya kita memanggil Malaysia sebagai negara orang melayu. Ditambah lagi dengan dunia globalisasi dan semangat berlumba-lumba mendapat kemegahan hidup didunia ini melalui kekuatan material.Mereka sedar orang-orang melayu belum bersedia lagi untuk menjadi bangsa yang maju dan berdikari; lalu jawapan untuk memajukan negara setanding dengan negara-negara maju lain adalah dengan memberi peluang kapada orang-orang cina untuk memajukan negara,.

Apa yang pemimpin-pemimpin dan partai-partai melayu berlumba-lumba membuka peluang pada orang-orang bukan melayu pada hari ini sungguh diluar jangkaan hatta orang bukan melayu sendiri pun terkejut.Mereka sungguh terperanjat dengan perubahan mendadak partai-partai melayu yang tidak yakin lagi pada kemampuan sendiri. Apa tidaknya, bahasa melayu yang telah diguna pakai bagi pelajaran Sains dan Matematik sejak 30 tahun lalu telah diubah kedalam bahasa inggeris.Yang lebih menyedihkan lagi ialah perubahan ini berlaku dalam zaman pemimpin melayu yang berkelulusan University Malaya bukannya dari University UK.

Sebenarnya tidak ada negara atas dunia ini yang memberi hak samarata kapada rakyat pendatang dan bangsa asing.

Dalam keadaan orang-orang Patani berhempas pulas menggunakan bahasa melayu disekolah persendirian dan mempertahan kan aqidah islam, di Malaysia orang-orang melayu sudah mencemoh-cemoh kan pejuang-pejuang bangsa dan ugama sebagi rasis dan ortodox. Orang kafir (bukan melayu dan orang-orang kiri) sudah berjaya memperalatkan pemimpin melayu untuk menghancurkan melayu sendiri.Mereka semakin berani mencabar kewibawaan Islam dan Hak orang melayu.Anihnya mereka disokong oleh pemimpin- pemimpin melayu sendiri !!!!.

Dulu hampir seluruh ulama islam mengharam kan orang-orang islam melawat Baitul Maqdis atas alasan jika kita melawat kasana bermakna kita menyokong kedaulatan yahudi keatas bumi Palestin.

Tapi diPatani, selesai sahaja pembataian penjajah thai terhadap umat islam di Takbai 2004 yang membunuh hampir seribu umat islam, berduyun-duyun pemimpin-pemimpin islam membuat lawatan kasana atas alasan untuk mengekalkan hubungan akrab antara Thai-Malaysia.

Yang lebih menyedihkan lagi ketika umat islam di hentam habis-habisan oleh orang-orang buddha siam di Patani, ada pemimpin islam Malaysia yang merestui majlis penyerahan jubah kathin oleh raja Thai kapada tok sami di Wat Pikulthong di kelantan!!!! Munkin untuk menunjukkan pada orang Thai bahawa orang-orang Islam ni tidak berdendam. Tapi dalam keadaan UMAT ISLAM SEDANG DI BUNUH BERAMAI-RAMAI.????.

Bangsa melayu Patani sudah beberapa kali merayu kapada pemimpin-peminpin Melayu sejak dari dulu sampai sekarang,tapi tidak ada yang peduli.Masing-masing dengan ajenda duniawi masing-masing.Bahkan ada yang mencemuhi perjuangan rakyat Patani.Mereka mencemuh orang-orang Patani dengan menggelar kami orang Selatan Thai,orang Siam dan apa-apa lagi perkataan yang menjejekkan.

Apabila ada pemimpin-peminpin perjuangan patani tidak mau bertemu dengan wakil-wakil penjajah Thai mereka memarahi kami hingga kadang-kadang mengugut untuk menangkap ISA atau halau keluar dari Malaysia.Mereka lupa orang-orang ini adalah saudara bangsa mereka sendiri yang berjuang bagi pihak orang melayu untuk memepertahankan MARUAH BANGSA DAN UGAMA ISLAM.

Kami orang-orang Patani bukan minta banyak sangat dari saudara sebangsa di Malaysia.Kami hanya mau saudara-saudara ingat bahawa yang tertindas dan dibunuh setiap hari di bumi Patani itu adalah DARAH DAGING TUAN-TUAN SEMUA !!!!

Kejayaan perjuangan Patani nanti akan menaikkan martabat Melayu dan Islam sejagat, tapi jika masaalah Patani terus dibiarkan berpanjangan akan mengekang kemajuan ASEAN itu sendiri.

ALLAHUMMA SOLLI ALA MUHAMMAD WA AALI MUHAMAD

 

19 Responses to Kehakisan Islam dan Nasionalisma Melayu di Nusantara

  1. iman says:

    Iulah yang saya sedih sekali, saudara kita dari Malaysia ta`mengaku bahawa merika itu orang Melayu, besa yang saya dengar respons dari merika, kami dari Malaysia tetapi kita orang Patani suka mengaku kami orang Melayu(meliputi Islam) mu (Siam) adalah Buza.Wahai kawanku yang berbangsa Melayu dari Malaysia,Brunei,Singapore dan terlebih hurmat dari Indonesia kenapakah ta`akat bahasa Melayu sebagai bahasa terbesar sekali di Asiantanggara, cubalah kita lihat didalam Internet dan lain lagi dimana sebut bahasa Melayu. Malaysia kata bahasa Malaysia dan Indo kata bahasa Indo kedua-dua ini adalah negara yang maju sekali kalau di banding di da irah itu tetapi paling mundur sekali disegai bahasa Melayu kenapa,why,pourquoi ,Limaza? Iman.

  2. […] … Kami orang-orang Patani bukan minta banyak sangat dari saudara sebangsa di Malaysia. Kami hanya mau saudara-saudara ingat bahawa yang tertindas dan dibunuh setiap hari di bumi Patani itu adalah DARAH DAGING TUAN-TUAN SEMUA !!!!   semua […]

  3. Melayu Ipoh says:

    saudara jangan risau… ramai yang faham dan menanti masa untuk melihat patani menjadi sebahagian malaysia…

    Untuk ekonomi… kedai-kedai makan orang melayu banyak yang dipajak kepada saudara sebangsa seagama dari Patani dan terus disokong hingga penuh dikunjungi saban malam hingga dapur rumah jarang sekali berasap selepas matahari terbenam di pantai barat semenanjung

    benar kata saudara….malang sekali.. orang melayu islam di malaysia menolak konsep ketuanan melayu dan menuduh perjuangan melayu sebagai ketinggalan zaman….. mereka buta sejarah sendiri… apa lagi untuk memahami sejarah patani…

  4. Melayu Ipoh says:

    PAS yang menjadi harapan sesetengan penyokong UMNO dalam bergabung membawa aspirasi Melayu-Islam pun tidak boleh diharapkan lagi…. mereka kini berada di atas bahtera anwar ibrahim yang menjunjung konsep kesamarataan…

    melayu malaysia semakin lemah tanpa penyatuan… hanya jika melayu islam malaysia bersatu membina kuasa politik… maka saudara sedarah daging kita di patani akan lebih terbela malah akan lebih mempunyai harapan untuk melihat umat islam sebangsa seagama sebahasa mendiami sebuah negara yang makmur dan perkasa

  5. Melayu Ipoh says:

    اورڠ ملايو د مليسيا .. اكن تتڤ بروسها اونتوق ممبنتو ساودارا كامي د ڤتنا….

    ان شاء الله

  6. salmiah binti manaf says:

    sy merasainya kerana kehilangan ramai saudara di pattani,dan tak mungkin dpt balik kg nenek lagi.setiap hari saudara yang menuntut pengajian agama di pondok tlh di bunuh.yang memakai serban di paksa mencabutnya.jika nk pakai jg terpaksa buang dlu dan pakai selepas melalui sekatan polis.janggut jg kn cukur bg yg berjanggut panjang.kami sdh kehilangan ramai saudara yang arif agama di sana.

  7. ghazi khan says:

    kpd saudaraku d pattani
    kami saudara2mu d malaysia amnya dan d kedah khususnya sgt bersimpati dan mnyokong perjuangan anda
    malangnya org2 politik d malaysia lbh mementngkn diri sndri tanpa peduli nsib agama dan kaum sbgsa dgnnya
    anwar ibrahim pembelot yg harus diingati dan disumpah oleh semua melayu islam kerana melacurkan dan mempersundalkan maruah agam+bgsa dgn konsep kesamarataan demi cita2 tamaknya yg mahu jd pm malaysia
    mnjadi penjilat cina kafir+hindu yg mahu melihat islam+melayu jahanam

    kami berharap semua kaum melayu d malaysia bersatu dan pada saat itu kita akan membebaskn pattani dari pendatang siam ke atas tanah kesultanan melayu pattani!

  8. assalamualaikum

    kejatuhan Pattani, Jala,Bukit, Menara, Sentul ketangan penjajah Siam samalah dengan Kurdistan, Andalusia,India,Filipina,Pelastine,Timur Leste……yang sedang menunggu ialah Afghanistan, Iraq. Satu-satu jatuh dan tak balik sudah. Inilah dugaan Allah kepada kita kerana umat lebih memilih biznes, ternakan,pertanian dan lupa jihad di medan perang. Musuh gelar terroris, pelampau kepada pejuang mereka pun sama, Inggeris gelar penyamun kepada gerakan jihad mereka tolong serahkan ke Guatanamo. Mereka adalah daripada seagama dengan kita sebangsa dengan kita tetapi mereka memperjuangkan nationalis asobiyah, klmaxs,perutlisme………….jangan putus asa kembali kepada cara nabi
    قل هذه سبسيلي أدعوكم على بصيرة أنا ومن اتبعني……وسبحان الله

  9. hermawan@gmail.com says:

    Indonesia, Malaysia, Patani Darussalam adalah serumpun, kepedihan atas penindasan Thai terhadap Umat Islam Patani merupakan kedukaan juga buat kami…Jihad Fisabilillah pilihan yang mulia. from Indonesia

  10. melayu tua says:

    kita kena bunuh satu org shj — sultan !!!
    sebab dia ada d belakang !!!

  11. zaheer says:

    Perhatian semua! bangsa SIAM dan bangsa Thai adalah tidak sama. Mereka berlainan bahasa dan agama. Bangsa Siam beragama Islam sedangkan bangsa Thai beragama buddha. Ini bukti dr waris Raja Maha Besar Siam Islam yg tlh lama diketepikan. Sila baca dakwaan mereka disini http://www.sejarahnagarakedah.blogspot.com

  12. peacebuy says:

    Salam Patanikini,

    Teruskan usaha blogging, memberi khabar berita dan mengeratkan silaturrahim sesama rumpun bangsa dan agama.

    peacebuy
    GEMPAMELAYU.com

  13. kongkolou says:

    Malaysia memang cuba membantu Patani. Msia sebagai sebuah negara berdaulat yang juga anggota PBB (sama seperti Thailand) & atas semangat setiakawan di dalam SEA terikat kepada peraturan antarabangsa, yang mana campurtangannya dlm pergolakan politik negara jiran adalah mempunyai had!…

    Malaysia memang mengakui yang rakyat Patani itu adalah saudara mereka. Sebab itulah Msia menawarkan diri untuk menjadi orang tengah dalam menyelesaikan konflik Patani_thailand secara aman.

    Apakah maksud petikan di bawah?:

    “Kami orang-orang Patani bukan minta banyak sangat dari saudara sebangsa di Malaysia.”

    Adakah permintaan itu berupa sokongan senjata? untuk memerangi Thailand?…Kepada pejuang2 Patani, letakkan dulu senjata anda. Kenapa tidak terima saja tawaran berbincang dengan kerajaan Thailand. Percayalah!…perjanjian damai ini adalah permulaan langkah untuk bebas dari cengkaman Thailand.

    Keamanan itu boleh memacu ekonomi, sosial dan politik Patani ke tahap yang lebih kukuh. & lambat laun Patani akan merdeka.

  14. Tahniah atas nama blog Patanikini. Saya leum membaca semua isi kandungannya, harapannya akan menemui sesuatu yang baru dan membuka minda di sini.

  15. assalamualaikum..saudara2 sebangsa dan seagama di pattani..saya sebagai melayu malaysia juga malu dengan bangsa saya di malaysia khususnya pemimpin2 malaysia yang dibuai kenikmatan dunia..untuk pengetahuan saudara..fahaman kami sebagai rakyat adalah berbeza dengan fahaman pemimpin2 kami yang leka itu..kami lebih gembira dan rasa bertuah jika pattani digabungkan dengan malaysia disuatu hari nanti..kerana apa yang saya faham bahawa pattani dirampas oleh siam dari tangan orang melayu yang sepatutnay kalian adalah saudara sebangsa seagama dan senegara kami..bersabar lah kalian2 saudara di pattani sana..sila khabarkan kepada kami bagaimana bantuan kewangan contohnya boleh dihulur pada kalian.

  16. nan says:

    Salaam saudara mujahidin Fatoni

    Pesanan kami pendek saja iaitu kamu masti berwaspada dng Shiah…..

  17. tun says:

    kuperah kudrat tenaga.
    titipkan semangat dijiwa,
    subur kan tekad nan mulia..
    agar terlepas cengkaman lara..
    patah jiwa tidak melata antara darah dan air mata..
    wahai saudaraku di utara sabarlah semua…
    suatu ketika pasti berjaya….

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: