Ulangtahun keempat trajedi berdarah Takbai 2004

Alfatihah!

Kita sedekahkan berbanyak-banyak alfatihah untuk para syuhada’ yang gugur di bumi takbai(tabal) pada hari ini empat tahun yang lalu.Setiap tahun bermula dari trajedi yang berdarah itu umat islam Patani diseluruh dunia menyambut dengan membaca fatihah dan tahlil bagi dihadiah kan pada syuhada’ tersebut.

Kekejaman penjajah thai memang satu perkara yang ma’aruf bagi orang-orang patani.Cuma negara-negara jiran ASEAN dan OIC sahaja yang memekak telinga dan membuta mata atas alasan tak mau campur tangan urusan dalam negeri Thai. Ini termasuk lah pemerintah Malaysia,Indonesia dan Brunai. Mereka mau menjaga ketenteraman serantau. Sejak perjanjian ANGLO-BANGKOK 1902-1909 yang membahagi kan bumi patani diantara Siam dan British bangsa patani hidup dalam keadaan mengharap penuh kehinaan. Mengharap ada ikhwan Islam serantau atau dari tempat yang lain yang bersimpati!!!.

Rupa -rupa nya ia solah-olah satu fobia bagi bangsa melayu,bila nama patani disebut, sehingga untuk menyebut patani pun mereka takut hatta itu kami digelar orang Selatan Thai, orang siam dan pelbagai lagi nama-nama yang menghina bangsa melayu patani. Ingatlah saudara-saudara ,walaupun masakini kami masih dijajah dan dalam keadaan serba kekurangan akan tetapi kami mempunyai anak-anak muda jenerasi baru yang berbekal dengan roh jihad dan keinginan untuk mengorban kan diri demi Islam !!!. Sekali lagi diingatkan, jangan membiarkan perjuangan kami bergerak sendirian.Ini akan membawa kesan yang buruk pada jiran-jiran Patani bila kami merdeka nanti.Kami akan terasa terhutang budi dengan saudara-saudara seugama jika dari sekarang bersama-sama berjuang dengan kami,dan menghulurkan pelbagai bantuan.Semua Islam adalah bersaudara. Di padang ma’syar kita akan di soal oleh allah akan apakah usaha-usaha yang dilakukan untuk membantu umat islam patani yang tertindas.Tirulah saperti bangsa arab yang menjadikan isu Palestin sebagai isu arab. Kerana Thailand dalam kerja penindasan bukan bersendirian. Mereka ada Amerika dan zionis di belakangnya.

Keganasan yang dilakukan setiap hari oleh penjajah thai terhadap orang patani menjadikan mereka bangsa yang paling ganas di alam ini dan meletakkan kami lebih rendah dari taraf binatang makhluk pengacau yang harus dihapuskan. Kami masih bersabar. Sabar. Sabar.Dan terus sabar sehingga sampai ketentuan allah swt!!

Sehingga sekarang perjuangan ini telah menjadi lebih tiga ribu anak -anak yatim yang kehilangan bapa ,yang syahid dalam perjuangan atau menjadi mangsa penghapusan etnik oleh penjajah thai.Mereka mengadakan berbagai pasukan dan ejensi-ejensi bertujuan untuk menghapuskan umat islam.Tentera-tentera terutamanya seghe pran diberi hadiah besar jika dapat membunuh orang-orang kampung yang tak tau apa-apa.Polis menangkap orang-orang kampung tanpa membebaskan mereka kerana mangsa ini terus di ghaib kan.Mungkin orang luar yang membaca berita ini merasakan kan kami sengaja meng sensasi kan isu ini. Percaya lah cerita-cerita ini adalah benar.Orang kampung setiap hari hidup didalam ketakutan.

Penjajah ini menggunakan bangsa melayu sendiri untuk melindungi perbuatan mereka ini.Mereka mengupah golongan Wahbi dan pengkhianat lain lagi bagi menafikan tuduhan dakwaan kami ini.Mereka menjanji kan pada golongan ini kesenangan dan bantuan-bantuan untuk segala urusan golongan ini.Mereka juga mengupah sesetengah pegawai negara jiran bagi menekan pejuang-pejuang yang berlindung dinegara jiran.  

 

Mangsa-mangsa keganasan pengganas thai 

Mangsa dilempar keatas lori dan susun macam kayu apai.Semua yg dilapis bawah syahid !!!

Mangsa dilempar keatas lori dan susun macam kayu api.Semua yg dilapis bawah syahid !!!

Ditanam beramai-ramai dalam kubur besar
Ditanam beramai-ramai dalam kubur besar
pelbagai tindakan saperti binatang mereka lakukan
pelbagai tindakan saperti binatang mereka lakukan
mayat-mayat para syuahada'

mayat-mayat para syuhada

General Paisan pemerentah tentera hari tersebut

General Paisan pemerentah tentera hari tersebut

Apakah kita masih layak berada dimeja perundingan dengan binatang-binatang ganas yang tidak kenal erti kemanusiaan? Apa kah perjuangan kita satu perjuangan keganasan? Sudah tentu tidak.Kita bangsa yang paling benci kapada keganasan.Kita dilarang oleh allah swt melakukan segala jenis keganasan dan kezaliman.Kita hanya bertindak tidak lebih dari apa yang mereka lakukan terhadap kita.!!!! Kita hanya mempertahan ugama allah dan bumi pusaka moyang kita dari terus di jajah.Tidak ada kuasa luar yang berhak menentukan cara mana kita harus lakukan.

 

وَعَدَ ٱللَّهُ ٱلَّذِينَ ءَامَنُواْ مِنكُمۡ وَعَمِلُواْ ٱلصَّـٰلِحَـٰتِ

 

لَيَسۡتَخۡلِفَنَّهُمۡ فِى ٱلۡأَرۡضِ ڪَمَا ٱسۡتَخۡلَفَ ٱلَّذِينَ مِ

 

قَبۡلِهِمۡ وَلَيُمَكِّنَنَّ لَهُمۡ دِينَہُمُ ٱلَّذِى ٱرۡتَضَىٰ لَهُمۡ

 

وَلَيُبَدِّلَنَّہُم مِّنۢ بَعۡدِ خَوۡفِهِمۡ أَمۡنً۬ا‌ۚ يَعۡبُدُونَنِى لَا

 

يُشۡرِكُونَ بِى شَيۡـًٔ۬ا‌ۚ وَمَن ڪَفَرَ بَعۡدَ ذَٲلِكَ فَأُوْلَـٰٓٮِٕكَ

 

هُمُ ٱلۡفَـٰسِقُونَ (٥٥)

 

Allah menjanjikan orang-orang yang beriman dan beramal

 

soleh dari kalangan kamu (wahai umat Muhammad) bahawa

 

Dia akan menjadikan mereka khalifah yang memegang kuasa

 

pemerintahan di bumi, sebagaimana Dia telah menjadikan

 

orang-orang sebelum mereka khalifah yang berkuasa; dan Dia

 

akan menguatkan dan mengembangkan agama mereka (Islam)

 

yang telah diredhaiNya untuk mereka; dan Dia juga akan

 

 menggantikan untuk mereka keamanan setelah mereka

 

mengalami ketakutan (dari ancaman musuh). Mereka terus

 

beribadat kepadaKu dan tidak mempersekutukan-Ku. Dan

 

(ingatlah) sesiapa yang kufur (engkar) sesudah itu, maka

 

mereka itulah orang-orang yang fasik.

 

 (Surah an-Nur: 55)

 

 

Allahumma solli ala muhammad wa aali muhammad

 

 

19 Responses to Ulangtahun keempat trajedi berdarah Takbai 2004

  1. imbalo says:

    Salam
    Lama rasa menunggu tulisan ini, ingatkan tak de lagi yang nak menulis di sini salam kami dari tanah seberang, sekedara mengingat ke empat tahun tarjedi itu kami kutip dan kami sebarkan ke kawan – kawan karib di semerata blog .

    ttp://hangtuahbatam.blogspot.com/2008/10/4-tahun-peristiwa-berdarah-takbai.html

  2. imbalo says:

    ttp://hangtuahbatam.blogspot.com/2008/10/4-tahun-peristiwa-berdarah-takbai.html

  3. iman says:

    Kami menyambutkan hari yang berdarah di Taba dengan Do-a dan Kul hu selepas itui kami lihat filam Taba. tetapi sayangnya kita tidak ada TV sendiri, cuba pakat fikir kalau kita usha mengadakan canal sendiri bagai mana?

  4. Assalamualaikum

    Alhamdulillah tahun ini kita dapat tahu bahawa rakyat melayu Patani di Malaysia ada menyambut hari ulang tahun tragidi Tak Bai / Tabal, nampaknya roh perjuangan yang tunjukan para pejuang telah dihargai bangsanya sendiri.

    Tapi saya ada membaca satu lagi laman web yang diberi nama patani watcher.com sudah lama mereka menyabut hari bersejarah itu, lebih dari itu mereka ada menyambut setiap tahun hari pengislaman negara Patani DS pada 15 Jun, nampaknya kita di Malaysia juga wajib sambut juga hari bersejarah negara kita.

    tentang cadangan itu sangant bagus sekali kerana radio dan TV sendiri boleh diadakan caranya sama seperti buat laman web yang berdaftar dan kena bayar mengikut saiz besar kecil pengguna.

    Tentang cara bagaimana hendak buka langkah perjuangan terhenti atas satu2 pertububuhan dan individu itu meletakam steratigi dan taktik untuk menuju kepada tujuan perjuangan masing2 tapi jangan sapai gadai amanah rakyat dan hak2nya.

    maaf kalau ada terlebih dan menyentuh nurani.

    Berjuang Bersatu Merdeka

  5. jejaka says:

    TV sendiri…..sebelum kita ada Tv patani….. untuk semantara buleh kita sajikan rancangan kita melalui siaran online net dunia YOUTUBE kerana ianya perbelanjaan paling murah…kenapakah tokoh perjuangan kita tidak memberi ceramah masuk dalam youtube?

  6. iman says:

    Kenapakah kita suka pakai bahasa penjajah apabila di bilang dalam apa pun sperti mana Takbai ,Takbai adalah bahasa Siam semejak dari hari ini cubalah guna bahasa sendiri TABA TABA TABA.Allahuakbar.

  7. ADENAN MATSAE says:

    KEPADA IMAN…………….

    SIAM TU SAPA?… YANG MENJAJAH NEGARA PATANI BUKAN SIAM TETAPI BANGSA THAI (SUKHOTHAI). APABILA THAI MENAKLUK KERAJAAN AYUTHYA, THAI TELAH MENGGUNAKAN SIAM ITU SEBAGAI SEJARAH BANGSA THAI. BANGSA SIAM SEBENARNYA ADALAH MELAYU RUJUK SEJARAH BALIK. SILA LAYAR LAMAN NI http://sejarahnagarakedah.blogspot.com/

  8. Kini says:

    Salam, saudara iman,
    Sebenarnya penggunaan bahasa takbai itu adalah terpaksa digunakan setelah pihak penal patanikini membuat kajian dan demi untuk menyampaikan matlamat memberi kefahaman kapada kebanyakan pembaca-pambaca patanikini. Walaubagaimanapun pihak kami berterima kasih diatas cadangan saudara dan akan membaikinya dimasa hadapan.

  9. iman says:

    Terima kasih kepad Kini berkenaan dengan bahasa itu.

  10. iman says:

    Bagaimana kalau kita pakat sembahyang hajat untuk Taksin sepaya ia lagi kuat dan berkuasa sepaya ia ada semangat lawan PAD dan minta sepaya PAD pun lagi kuat sepaya merika berperang sama sendiri. Kelmaring hari MR.Taksin telah habis visa untuk berlidung diri di GB(England).La`natullahhu alaihem.

  11. kuwea says:

    tilikan siam terharap melayu fatoni pada hakikat nya songgoh nya sama, TAksin atau siapa saja, dn sy di sini meminta saudara Iman gana ebarat : kita mari doa sepaya allah hancur kan kekuatan siam tk kira dri siapa saja dri golongan siam yg jahat .. dn tentang pelucutan visa dri taksin itu adalah mainan orang sediga dn di ketahwi olih Taksin sebelum di ada kan ini pelucutan .cuba kembali kaji kata jawab taksin semasa di tanya olih juru ckp media roiter. kenal lah diri kemadian kenallah seteru kamu, kamu akan menang di semua peperangan Insyaallah . slm

  12. firman says:

    السلام عليكم ورحمة الله
    سوداراكو إيمان … كامي سوكوغ دأتس اف يغ سودارا توليس تتافي اية القرآن دأتس ادا جاتوه دان تيدق سمفرنا كران كلمة( من ) كورغث حروف النون دان كلمة ( ذلك ) توليسث تيدق ادا همزة دأتس اليف… هارف سودارا بتول سريوس دغن أيات2 القرآن سكين تريما

  13. firman says:

    kami sedang menunggu tulisan baru dari patanikini… terima kasih

  14. firman says:

    kami sedang menunggu tulisan baru dari patanikini

  15. […] menangkap orang-orang kampung tanpa membebaskan mereka kerana mangsa ini terus di ghaib kan. Klik di sini. Comment (RSS) […]

  16. mujahid says:

    sampaikan salam buat sahabat kami sama-sama mengaji di Jordan Salahuddin Qara’ beritahu ust zakaria sama-sama tinggal di Sweileh Amman Jordan,,,Hidup Islam Jahanam penjajah…..

  17. Chu! says:

    بايق 2 ممباج دوعاء اين (قنوت نازلة) انشأ الله توهن اكن مقبولكن …………………….اللهم انا نجعلك في نحور اعدائنا ونعوذبك من شرورهم اللهم بدد شملهم وفرق جمعهم وشتت كلمتهم وزلزل اقدامهم وسلط عليهم كلبا من كلابك يا قهار يا جبار يا منتقم يا الله ياالله ياالله اللهم يامنزل الكتاب ويا مجري البحار ويا هازم الأحزاب اهزمهم …..وانصرنا عليهم

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: