Merdekakah, Autonomikah atau menyerahkah?

           

 

Sudah ramai pelayar patanikini dan masyarakat patani samaada yang berada di dalam negera atau diluar negara bertanya kapada kami apakah wujud dikalangan pemimpin-pemimpin perjuangan yang sanggup menerima autonomi sebagai penyelesaian dengan penjajah? Kami berasa gugup untuk menjawab dengan jelas.Kerana rata-rata yang kami temui dikalangan pejuang-pejuang(terutama yang bergelar pemimpin)menjawab’apa salahnya sebagai langkah awal?’.

          Mereka kata bukan mereka bukan menolak kemerdekaan penuh,tetapi kalau dah susah sangat dan lama sangat lebih baik kita terima saja autonomi dulu.Terutamanya mereka kata penjajah tak akan bagi merdeka dan Malaysia tak pernah menyokong Patani yang merdeka penuh!

          Bahkan OIC sendiri sudah memutuskan tidak akan memperjuangkan kemerdekaan Patani akan tetapi telah mengambil keputusan mendesak penjajah Thai memberi hak kapada rakyat Patani menentu sendiri dalam urusan ugama, bahasa, undang-undang islam termasuk urusan muamalat, ibadat dan perkara yang tidak terlibat dalam hukum-hukum hudud dan qisas.

          Kerajaan Malaysia adalah penyokong kuat kapada taraf autonomi bagi rakyat Patani.bahkan usaha mendesak pejuang-pejuang Patani menerima rundingan damai dengan penjajah Thai ini bermula sejak zaman kerajaan Tun Mahathir lagi.Yang pertama mereka memaksa supaya semua parti-parti menubuh BERSATU bagi memudah kan rundingan dengan penjajah.Dan yang terserlah sakali ialah ‘Peristiwa Langkawi’ yang mana beberapa pemimpin dari parti-parti BERSATU dipaksa menerima perdamaian dengan tentera Thai dan mengaku taat setia kapad raja Siam.Dalam memorandum itu mereka(penanda tangan memo itu) mengaku tidak akan menunutut hatta autonomi sakalipun.

          Sebenarnya ada beberapa golongan pemimpin(?) yang mau kapada autonomi ini.Pertama mereka yang bekerjasama rapat dengan jabatan-jabatan kerajaan Malaysia.Mereka ini sentiasa mendapat upahan dari tuan-tuan mereka.Kedua mereka-mereka yang bercita-cita tinggi dan sentiasa berada diluar negara, sentiasa berdamping dengan gerakan-gerakan pembebasan yang bersengkongkol dengan pihak barat.Ketiga mereka-mereka yang tidak terlibat langsung dengan kebangkitan yang berlaku didalam negeri Patani.

          Kapada yang masih belum faham apa itu autonomu elok lah kami memberi sedikit pengertian dari segi maana bahasa.

         Mengikut kebanyakan kamus-kamus bahasa inggeris,autonomy ini adalah kemerdekaan,kebebasan dan pemerentahan sendiri!! Tetapi dari segi pemahaman sabenar adalah  pemerentah sendiri yang mengikut selera tuan.Ada berbagai jenis autonomi yang sedang di praktik kan diseluruh dunia.Yang terbaru adalah Acheh. Mereka mempunyai kuasa memerentah sendiri dalam semua bidang kecuali ketenteraan dan dasar luar.Hatta pengawal undang-undang atau polis walau pun dibawah pusat tetapi mesti lah dipenuhi oleh rakyat tempatan mengikut peratus kependudukan.

        Ada juga autonomi dalam corak yang lain.Quebec sabuah wilayah dalam Kanada juga berkuasa autonomi yang agak luas.Tapi mereka ini walau pun ada kuasa autonomi, mereka menganut ugama yang sama dengan pemerentah pusat. Berlainan dengan perjuangan Patani. Penjajah Thai berugama Buddha yang keras.Raja mereka bertaraf maksum tidak boleh dibantah walau sedikit.

        Negara Patani pernah melalui pengalaman yang hampir-hampir autonomi iaitu zaman sabelum Anglo-Bangkok treaty yang mana beberapa negara termasuk Kelantan,Trengganu,Kedah dan Patani membayar ufti bunga emas kapada pemerentah Bangkok sebagai tanda perlindungan dan setiakawan.Dimasa itu negara-negara ini bebas melakukan apa saja untuk negara mereka asalkan jangan menunjuk kan sikap bermusuhan dengan Siam.

         Apakah kemerdekaan?

        Oleh kerana kita pejuang islam maka kita akan mentafsirkan mengikut kaedah Islam.Mengikut Islam kemerdekaan adalah mesti setimpal dengan ayat-ayat Alquran berikut:-

 

1.Surah annisa ayat 59

 

           

  َيُّہَا ٱلَّذِينَ ءَامَنُوٓاْ أَطِيعُواْ ٱللَّهَ وَأَطِيعُواْ ٱلرَّسُولَ

 

 وَأُوْلِى ٱلۡأَمۡرِ مِنكُمۡ‌ۖ

 

فَإِن تَنَـٰزَعۡتُمۡ فِى شَىۡءٍ۬

 

 فَرُدُّوهُ إِلَى ٱللَّهِ وَٱلرَّسُولِ إِن

 

كُنتُمۡ تُؤۡمِنُونَ بِٱللَّهِ وَٱلۡيَوۡمِ ٱلۡأَخِرِ‌ۚ

 

 ذَٲلِكَ خَيۡرٌ۬ وَأَحۡسَنُ تَأۡوِيلاً (٥٩

 

 

 

Wahai orang-orang yang beriman, taatlah kamu kepada Allah dan taatlah kamu kepada Rasulullah dan kepada “Ulil-Amri” (orang-orang yang berkuasa) dari kalangan kamu. Kemudian jika kamu berbantah-bantah (berselisihan) dalam sesuatu perkara, maka hendaklah kamu mengembalikannya kepada (Kitab) Allah (Al-Quran) dan (Sunnah) RasulNya – jika kamu benar beriman kepada Allah dan hari akhirat. Yang demikian adalah lebih baik (bagi kamu), dan lebih elok pula kesudahannya.

(Ayat ini dituju untuk orang-orang mukmin bukan saperti tafsiran golongan wahbi bahawa kita mesti patuh pada raja Thai)

 

2. Surah almaidah

 

إِنَّمَا وَلِيُّكُمُ ٱللَّهُ وَرَسُولُهُ ۥ وَٱلَّذِينَ ءَامَنُواْ ٱلَّذِينَ

 يُقِيمُونَ ٱلصَّلَوٰةَ

 

 

 وَيُؤۡتُونَ ٱلزَّكَوٰةَ وَهُمۡ رَٲكِعُونَ (٥٥)

 

 وَمَن يَتَوَلَّ ٱللَّهَ وَرَسُولَهُ ۥ وَٱلَّذِينَ ءَامَنُوا

ْ

 فَإِنَّ حِزۡبَ ٱللَّهِ هُمُ

 

 ٱلۡغَـٰلِبُونَ (٥٦)

 

[55]
Sesungguhnya Penolong(pemimpin) kamu hanyalah Allah, dan RasulNya, serta orang-orang yang beriman, yang mendirikan sembahyang, dan menunaikan zakat, sedang mereka rukuk.
[56]
Dan sesiapa yang menjadikan Allah dan rasulnya serta orang-orang yang beriman itu penolongnya (pemimpin), kerana sesungguhnya golongan (yang berpegang kepada kepimpinan tersebut) Allah, itulah yang tetap menang.

 

3.

 

وَمَن لَّمۡ يَحۡكُم بِمَآ أَنزَلَ ٱللَّهُ فَأُوْلَـٰٓٮِٕكَ هُمُ ٱلۡكَـٰفِرُونَ

 (٤٤)

 

dan sesiapa yang tidak menghukum dengan apa yang telah diturunkan oleh Allah (kerana mengingkarinya), maka mereka itulah orang-orang kafir.

 

4.

 

أَفَحُكۡمَ ٱلۡجَـٰهِلِيَّةِ يَبۡغُونَ‌ۚ وَمَنۡ

 

أَحۡسَنُ مِنَ ٱللَّهِ حُكۡمً۬ا لِّقَوۡمٍ۬ يُوقِنُونَ ٥٠

 

 

[50]
Sesudah itu, patutkah mereka berkehendak lagi kepada hukum-hukum jahiliyah? Padahal – kepada orang-orang yang penuh keyakinan – tidak ada sesiapa yang boleh membuat hukum yang lebih pada daripada Allah.

 

5.

 

Surah attaubah

 

 

هُوَ ٱلَّذِىٓ أَرۡسَلَ رَسُولَهُ ۥ بِٱلۡهُدَىٰ وَدِينِ ٱلۡحَقِّ

 

 لِيُظۡهِرَهُ ۥ عَلَى ٱلدِّينِ

 

ڪُلِّهِۦ وَلَوۡ ڪَرِهَ ٱلۡمُشۡرِكُونَ (٣٣)

 

[33]
Dia lah yang telah mengutus RasulNya (Muhammad) dengan membawa petunjuk dan ugama yang benar (ugama Islam), untuk dimenangkan dan ditinggikannya atas segala ugama yang lain, walaupun orang-orang musyrik tidak menyukainya.

 

         Kita harus bertanya pada diri kita kenapa kah kita,para mujahidin dibarisan hadapan dan pejuang-pejuang yang telah memberi nyawa mereka terlebih dahulu bermati-matian berjuang? Hanya untuk mendapat kebebasan berbahasa melayu,bebas nikah kahwin,bebas mencari makan,bebas mendirikan masjid ,sembahyang dan bermuamalat? Apakah kerana ini semua kita sanggup mati dan tinggalkan kampung halaman? Sudah tentu lebih dari itu.Ada setengah pemimpin nak jadi Puar(governor wilayah) saja.

        Apakah jawapan yang kita dapat berikan di padang masyar kapada para syuhada(tapi rasanya tak akan berjumpa)? Tidak kah dapat kita menghargai perjuangan pejuang-pejuang dahulu saperi Dato pengkalan,Tengku lamudin dan asyahid Haji Sulong. Assyahid chegu Umar, Sin Bendang lima, chegu din dan ramai lagi yang tak terhitung oleh kita.Dan apakah sia-sia perjuangan orang-orang yang gugur  di takbai pada ramadan 2004 dan masjid kerisik?

Apakah ertinya mereka-mereka yang masih lagi di penjara.Apa kah kita ingin membiarkan mereka mati begitu saja tanpa terbela?

        Berfikirlah wahai pejuang-pejuang autonomi.Jangan berfikir untuk sendiri.Jangan mewakili diri sendiri tanpa meng endah kehendak sabenar pejuang-pejuang.Jangan bimbang pada desakan dan ugutan pihak-pihak tertentu.Ini asam garam perjuangan.Paling kuat pun kita akan di penjara ISA, tapi saya tidak yakin pentadbiran Paklah akan melakukan demikian.!!

        Bahkan golongan yang bekerja kuat menyokong autonomi dan menentang kuat kebangkitan rakyat adalah golongan Wahbi.Mereka ini sanggup bersengkongkol dengan penjajah untuk kepentingan golongan mereka.

 

14 Responses to Merdekakah, Autonomikah atau menyerahkah?

  1. Ada tak jalan tengah antara autonomi dan merdeka?
    Sebagai contoh, merdeka , dapat sempadan di PBB tetapi masih bayar ufti

  2. syauqi-sabah says:

    salam. Kami Muslimin Malaysia yg mempunyai kesedaran yg sekelumit cuma, berasa malu kerana tidak mampu menghulurkan bantuan tenaga kepada para pejuang Islam di Selatan Thai. Apapun, moga-moga Allah akan memberikan Nusrah kepada kalian.

  3. Teruskan perjuangan.

    Tiada jalan tengah.

    Gerompolan penjajah T’ai faham hanya satu bahasa: kekerasan dan keazaban. “Kompromi” tidak wujud dlm jiwa T’ai. Mereka akan undur hanya bila berdepan dgn kebinasaan yg menyeluruh.

    Juga, jangan harapkan simpati dan pertolongan pemerintah Malaysia. Mereka ini tidak memahami isu Patani. Bahkan ramai orang Melayu Malaysia yg tidak tahu bahawa orang Patani adalah org Melayu seutuh-utuhnya dan bukan “Orang Siam” atau “Thai Islam.” Kalau adapun, hanya org Kelantan sahaja lah yg bersimpati dan memberi bantuan.

    http://patanibook.blogspot.com

  4. Alhikmah says:

    Selamat berpuasa,
    Dalam mengahadapi musuh yang amat licit lagi degil, para pejuang Patani kena bertikad untuk meneruskan perjuangan sahingga tercapai kemerdekaan. tapi para pemimpin Patani kena bijak memilih jalan untuk menyelamat ummah dan Islam di Patani, para pemimpin kena berwawasan.Kekuatan adalah wasilah untuk mencapai matlamat …. oleh demikian saya doakan moga para pemimpin Patani melihat dan mengkaji di setiap sudut demi untuk kepentingan ummah dan Islam, bukan untuk bermegah dengan kekuatan yang ada dengan pejuamg pada hari ini…….. Selamat berjuang

  5. Abu says:

    No autonomy, no negotiation,no retreat and and no surrender, kita akan berperang
    Sampai Patani dapat merdika penuh dari penjajah Thai.

  6. iman says:

    autonomi bukan perkara dimainkan2. kesuluruhan rakyat belum lagi mengerti apakah autonomi ? kalimah autonomi ialah kalimah di-ada kolonialist.kalimah ini tak patuk di atas orang Petani. iman

  7. iman says:

    Merdika. kalaulah betul-betul kita mau kemerdekaan pesti kita ber-perang sehingga titik darah ter-akhir. Maukah kita sanggop sampai kesitu takbulih nanti kepada orang buat kita sendirilah kena buat. berjuanglah sekuat-kuat dan sehabis-san. Iman

  8. iman says:

    Serah diri. haram sama sekali (dayuh) apabila disebut dayuh pintu Neraka selalu terbuka. kalaulah ada keluarga kita serah diri putuslah silah kalau bukih bunuh selalu. Iman

  9. PATTANI ORG says:

    SALAM

    “serah diri. haram sama sekali (dayuh) apabila disebut dayuh pintu Neraka selalu terbuka. kalaulah ada keluarga kita serah diri putuslah silah kalau bukih bunuh selalu”

    INI iSLAM KAH????

  10. salam,

    lebih baik dari dijajah atau mengaku merdeka tapi jiwa dijajah.

  11. orebarat says:

    negeri taning kito tetap merdeka!!!

  12. ANTI WAR says:

    Allahuakbar.. berjuanglah demi kemerdekaan Patani.. Amin..

  13. firman says:

    السلام عليكم ورحمة الله تعالى وبركاته
    سودارا فطاني كيني
    ددالم أية دأتس جوك ادا ككورغن سفرت سفاتوتث (ياأيها…) تافي ايت ( يّها…) سهاج جوك كلمة ذألك سفاتوتث ( ذالك )
    شكرا على اتباهكم..

  14. Pandak Wira says:

    TANAHAIR MAHUKAN KEMERDEKAAN
    BANGSA MAHUKAN PEMBEBASAN
    RAKYAT MAHUKAN REVOLUSI

    PENJAJAH SIAM PASTI AKAN HANCUR!

    DIRGAHAYU PATANI! JAYA DAN MERDEKA LAH 100%

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: