سلامت هاري راي عيد الفطر

September 30, 2008

                

          Selamat hari raya idul fithri 

                                 

          Kullu am wa antum bikhair

Kami keluarga patanikini memohon ampun dan maaf diatas terkasar bahasa dan sindiran-sindiran kapada seluruh pelayar-pelayar blog ini dan semua pejuang-pejuang yang berada di barisan hadapan dan dimana sahaja.

Dihari yang mulia ini patanikini ingin merayu dan mengajak seluruh ummah dan pejuang-pejuang marilah sama-sama meneruskan jihad untuk menegakkan islam di bumi patani dan menghalau penganas Thai dari bumi bertuah ini.

Kapada mujahidin dibarisan hadapan kita doakan supaya sentiasa istiqamah. Insyaallah kami sentiasa memohon dari allah memudahkan segala halangan-halangan yang bakal ditempuhi.

Dan kapada pemimpin-peminpin dan mereka-mereka yang berada diluar sentiasa lah berusaha mencari penyatuan untuk memperkuatkan lagi saf dan mengusahakan segala jenis bantuan untuk mereka di barisan hadapan.

Insaflah kita bahawa bangsa dan tanahair masih dijajah dan memerlukan segala pengorbanan terutama dari pemimpin-peminpin.Hanya allah swt yang boleh membantu kita.

Bukan OIC,PBB,HDC atau kuasa-kuasa lain !!!!!

Yakin lah perjuangan milik kita jika kita terus bersabar tak jemu dengan peperangan yang panjang.Kita sudah melalui tempuh yang panjang dan tidak salah kalau kita terus menanti dengan penuh istiqamah.Jangan cuba cari jalan pintas.

 

 

 

 


Lakunan penjajah bersama desperado

September 24, 2008

 Baru minggu yang lepas bekas Perdana Menteri Thai Chaovalit Yongchaiyut dengan berani mengishtihar kan bahawa bermula 13 0ktober nanti segala keganasan akan mula berkurang secara mendadak dan akan terus berhenti menjelang 5 disember !!!!

              Kenyataan ini amat menarik sekali kerana ianya datang dari mantan Perdana Menteri yang telahannya jarang-jarang meleset. Beliau begitu berani memperjudikan reputasinya dalam urusan kebangkitan rakyat Patani yang amat kompleks ini. Ada kah beliau telah mendapat jaminan atau persetujuan dari pejuang dibarisan hadapan? Atau hanya satu lagi siri drama saperti yang pernah ditayang kan oleh pemimpin-pemimpin Thai yang lain. Beliau menegaskan perkara ini serious dan bukan bermain drama saperti jeneral Chetta dengan badut-badut langkasuka bulan julai yang lalu. 

              Kemudian pada minggu ini diumumkan oleh akhbar Indonesia dan Bangkok  bahawa satu rundingan damai antara pejuang patani dan kerajaan Thai diadakan di Bogor Indonesia di pengerusikan oleh Yusuf Kalla, wakil Presiden Indonesia. Pihak Thai diketua i oleh Jeneral Kwanchart Klaharn bekas ketua bahagian selatan tentera Thai. Dan pihak Majlis perwakilan Melayu Patani diketuai oleh Saudara Wahyudin Muhammad. Majlis ini adalah penerusan dari Bersatu (yang ditubuh oleh Malaysia untuk memaksa pejuang-pejuang patani berunding dengan penjajah Thai) yang telah berkubur kerana perebutan kuasa diantara Wan Kadir dan Wahyudin.Golongan ini juga telah pergi ka-Mekah almukarramah awal bulan september untuk memungut derma.Mereka mendakwa mewakili semua pejuang-pejuang didalam negeri.

             Saperti yang diramalkan oleh Patanikini bahawa akan ada golongan desperado patani yang akan menjadi rakan kongsi penjajah Thai untuk melakunkan persidangan damai. Sabenarnya pihak Thai sengaja mengubah strateji dari meminta pertolongan Malaysia menjadi orang tengah kapada Indonesia dengan tujuan tertentu. Mereka telah lama mengesyaki Indonesia memberi latihan kapada pejuang-pejuang. Demi untuk mengasingkan Indonesia dari menjadi komited membantu nasib pejuang Patani mereka sengaja memerangkap negara tersebut menjadi orang tengah.Yang keduanya mereka berharap pihak Malaysia memarahi pejuang kerana memaling belakang terdahapnya.

            Walaupun mereka tahu bahawa individu yang berdepan dengan mereka ini tidak ada kena mengena dengan kebangkitan rakyat patani sekarang tapi mereka masih terus berkomunikasi dengan mengadakan beberapa siri perundingan sebelum ini. Sejak dari peristiwa langkawi mereka tidak puas-puas mengadakan rundingan demi rundingan, dan persetujuan demi persetujuan!!

           Golongan desperado dari Bersatu ini sebenarnya baru sedar bahawa kebangkitan rakyat di patani ini adalah benar dan memang kebangkitan asli rakyat. Sebelum ini mereka-mereka teraba-raba kesana kemari bertanyakan tentang siapakah sebenar meneraju kebangkitan ini. Macam-macam tuduhan mereka lemparkan pada perengkat awal kebangkitan dengan mengatakan kebangkitan ini dicipta oleh pihak penjajah. Dan mereka juga pernah menuduh bahawa kebangkitan ini di bantu oleh JI dan alqaedah.Ini bertujuan mengundang Amerika Syarikat supaya campur tangan.

         Dalam senario yang lebih berat lagi ialah pihak penjajah munkin akan mengarah golongan desperado ini menjadi pemerentah tempatan dengan membekalkan senjata kapada golongan ini. Ianya bertujuan untuk memecahbelah kalangan pejuang-pejuang.Bahkan ini diakui sendiri oleh jurucakap kementerian Pertahanan Thai. Jurucakap tersebut menyatakan bahawa tujuan kerajaan Samak Sundaravej mengadakan hubungan dengan golongan ini ialah  untuk memisahkan mereka dari pejuang-pejuang yang lain sekurang-kurang dapat memotong sumber kewangan pejuang-pejuang dalam negeri.

       Bahkan ketua turus tentera darat, Anupong Paojinda menegaskan bahwa pihak tentera tidak ada kena mengena dengan perundingan itu.

       Jadi samaada rundingan ini akan menghasilkan satu lagi drama langkasuka atau lain-lain stunt kita akan sama-sama lihat nanti.Rundingan kedua dijadualkan pada 1 dan 2 november, dan 14 november.Mengikut Sumber dalaman, perundingan ini bermula dengan pengakuan pihak desperado taat setia kapada raja Thai dan berjanji tidak akan membawa patani keluar dari jajahan Thai.Yang lain semua bisa di runding. !!!!! 

      Kita harus memberi nasihat kapada mana-mana orang yang melibatkan diri dalam perjuangan Patani jangan lah mengharapkan kemenangan yang segera saperti masuk pilihanraya. Perjuangan Islam adalah suatu anugerah allah swt kapada umat islam untuk mengorbankan diri demi islam.Kemenangan yang hakiki adalah kita dianugerahkan syahid. Kalau berjuang kerana nak melihat kejayaan didunia maka lebih baik berundur diri awal-awal lagi. Orang Patani bertuah kerana berpeluang membebaskan tanah air serta berjihad Sabilillah!!

    Pejuang-pejuang sabenar tidak akan hilang fokus mereka tentang apa yang di lakukan oleh nyamok-nyamok ini.


Merdekakah, Autonomikah atau menyerahkah?

September 2, 2008

           

 

Sudah ramai pelayar patanikini dan masyarakat patani samaada yang berada di dalam negera atau diluar negara bertanya kapada kami apakah wujud dikalangan pemimpin-pemimpin perjuangan yang sanggup menerima autonomi sebagai penyelesaian dengan penjajah? Kami berasa gugup untuk menjawab dengan jelas.Kerana rata-rata yang kami temui dikalangan pejuang-pejuang(terutama yang bergelar pemimpin)menjawab’apa salahnya sebagai langkah awal?’.

          Mereka kata bukan mereka bukan menolak kemerdekaan penuh,tetapi kalau dah susah sangat dan lama sangat lebih baik kita terima saja autonomi dulu.Terutamanya mereka kata penjajah tak akan bagi merdeka dan Malaysia tak pernah menyokong Patani yang merdeka penuh!

          Bahkan OIC sendiri sudah memutuskan tidak akan memperjuangkan kemerdekaan Patani akan tetapi telah mengambil keputusan mendesak penjajah Thai memberi hak kapada rakyat Patani menentu sendiri dalam urusan ugama, bahasa, undang-undang islam termasuk urusan muamalat, ibadat dan perkara yang tidak terlibat dalam hukum-hukum hudud dan qisas.

          Kerajaan Malaysia adalah penyokong kuat kapada taraf autonomi bagi rakyat Patani.bahkan usaha mendesak pejuang-pejuang Patani menerima rundingan damai dengan penjajah Thai ini bermula sejak zaman kerajaan Tun Mahathir lagi.Yang pertama mereka memaksa supaya semua parti-parti menubuh BERSATU bagi memudah kan rundingan dengan penjajah.Dan yang terserlah sakali ialah ‘Peristiwa Langkawi’ yang mana beberapa pemimpin dari parti-parti BERSATU dipaksa menerima perdamaian dengan tentera Thai dan mengaku taat setia kapad raja Siam.Dalam memorandum itu mereka(penanda tangan memo itu) mengaku tidak akan menunutut hatta autonomi sakalipun.

          Sebenarnya ada beberapa golongan pemimpin(?) yang mau kapada autonomi ini.Pertama mereka yang bekerjasama rapat dengan jabatan-jabatan kerajaan Malaysia.Mereka ini sentiasa mendapat upahan dari tuan-tuan mereka.Kedua mereka-mereka yang bercita-cita tinggi dan sentiasa berada diluar negara, sentiasa berdamping dengan gerakan-gerakan pembebasan yang bersengkongkol dengan pihak barat.Ketiga mereka-mereka yang tidak terlibat langsung dengan kebangkitan yang berlaku didalam negeri Patani.

          Kapada yang masih belum faham apa itu autonomu elok lah kami memberi sedikit pengertian dari segi maana bahasa.

         Mengikut kebanyakan kamus-kamus bahasa inggeris,autonomy ini adalah kemerdekaan,kebebasan dan pemerentahan sendiri!! Tetapi dari segi pemahaman sabenar adalah  pemerentah sendiri yang mengikut selera tuan.Ada berbagai jenis autonomi yang sedang di praktik kan diseluruh dunia.Yang terbaru adalah Acheh. Mereka mempunyai kuasa memerentah sendiri dalam semua bidang kecuali ketenteraan dan dasar luar.Hatta pengawal undang-undang atau polis walau pun dibawah pusat tetapi mesti lah dipenuhi oleh rakyat tempatan mengikut peratus kependudukan.

        Ada juga autonomi dalam corak yang lain.Quebec sabuah wilayah dalam Kanada juga berkuasa autonomi yang agak luas.Tapi mereka ini walau pun ada kuasa autonomi, mereka menganut ugama yang sama dengan pemerentah pusat. Berlainan dengan perjuangan Patani. Penjajah Thai berugama Buddha yang keras.Raja mereka bertaraf maksum tidak boleh dibantah walau sedikit.

        Negara Patani pernah melalui pengalaman yang hampir-hampir autonomi iaitu zaman sabelum Anglo-Bangkok treaty yang mana beberapa negara termasuk Kelantan,Trengganu,Kedah dan Patani membayar ufti bunga emas kapada pemerentah Bangkok sebagai tanda perlindungan dan setiakawan.Dimasa itu negara-negara ini bebas melakukan apa saja untuk negara mereka asalkan jangan menunjuk kan sikap bermusuhan dengan Siam.

         Apakah kemerdekaan?

        Oleh kerana kita pejuang islam maka kita akan mentafsirkan mengikut kaedah Islam.Mengikut Islam kemerdekaan adalah mesti setimpal dengan ayat-ayat Alquran berikut:-

 

1.Surah annisa ayat 59

 

           

  َيُّہَا ٱلَّذِينَ ءَامَنُوٓاْ أَطِيعُواْ ٱللَّهَ وَأَطِيعُواْ ٱلرَّسُولَ

 

 وَأُوْلِى ٱلۡأَمۡرِ مِنكُمۡ‌ۖ

 

فَإِن تَنَـٰزَعۡتُمۡ فِى شَىۡءٍ۬

 

 فَرُدُّوهُ إِلَى ٱللَّهِ وَٱلرَّسُولِ إِن

 

كُنتُمۡ تُؤۡمِنُونَ بِٱللَّهِ وَٱلۡيَوۡمِ ٱلۡأَخِرِ‌ۚ

 

 ذَٲلِكَ خَيۡرٌ۬ وَأَحۡسَنُ تَأۡوِيلاً (٥٩

 

 

 

Wahai orang-orang yang beriman, taatlah kamu kepada Allah dan taatlah kamu kepada Rasulullah dan kepada “Ulil-Amri” (orang-orang yang berkuasa) dari kalangan kamu. Kemudian jika kamu berbantah-bantah (berselisihan) dalam sesuatu perkara, maka hendaklah kamu mengembalikannya kepada (Kitab) Allah (Al-Quran) dan (Sunnah) RasulNya – jika kamu benar beriman kepada Allah dan hari akhirat. Yang demikian adalah lebih baik (bagi kamu), dan lebih elok pula kesudahannya.

(Ayat ini dituju untuk orang-orang mukmin bukan saperti tafsiran golongan wahbi bahawa kita mesti patuh pada raja Thai)

 

2. Surah almaidah

 

إِنَّمَا وَلِيُّكُمُ ٱللَّهُ وَرَسُولُهُ ۥ وَٱلَّذِينَ ءَامَنُواْ ٱلَّذِينَ

 يُقِيمُونَ ٱلصَّلَوٰةَ

 

 

 وَيُؤۡتُونَ ٱلزَّكَوٰةَ وَهُمۡ رَٲكِعُونَ (٥٥)

 

 وَمَن يَتَوَلَّ ٱللَّهَ وَرَسُولَهُ ۥ وَٱلَّذِينَ ءَامَنُوا

ْ

 فَإِنَّ حِزۡبَ ٱللَّهِ هُمُ

 

 ٱلۡغَـٰلِبُونَ (٥٦)

 

[55]
Sesungguhnya Penolong(pemimpin) kamu hanyalah Allah, dan RasulNya, serta orang-orang yang beriman, yang mendirikan sembahyang, dan menunaikan zakat, sedang mereka rukuk.
[56]
Dan sesiapa yang menjadikan Allah dan rasulnya serta orang-orang yang beriman itu penolongnya (pemimpin), kerana sesungguhnya golongan (yang berpegang kepada kepimpinan tersebut) Allah, itulah yang tetap menang.

 

3.

 

وَمَن لَّمۡ يَحۡكُم بِمَآ أَنزَلَ ٱللَّهُ فَأُوْلَـٰٓٮِٕكَ هُمُ ٱلۡكَـٰفِرُونَ

 (٤٤)

 

dan sesiapa yang tidak menghukum dengan apa yang telah diturunkan oleh Allah (kerana mengingkarinya), maka mereka itulah orang-orang kafir.

 

4.

 

أَفَحُكۡمَ ٱلۡجَـٰهِلِيَّةِ يَبۡغُونَ‌ۚ وَمَنۡ

 

أَحۡسَنُ مِنَ ٱللَّهِ حُكۡمً۬ا لِّقَوۡمٍ۬ يُوقِنُونَ ٥٠

 

 

[50]
Sesudah itu, patutkah mereka berkehendak lagi kepada hukum-hukum jahiliyah? Padahal – kepada orang-orang yang penuh keyakinan – tidak ada sesiapa yang boleh membuat hukum yang lebih pada daripada Allah.

 

5.

 

Surah attaubah

 

 

هُوَ ٱلَّذِىٓ أَرۡسَلَ رَسُولَهُ ۥ بِٱلۡهُدَىٰ وَدِينِ ٱلۡحَقِّ

 

 لِيُظۡهِرَهُ ۥ عَلَى ٱلدِّينِ

 

ڪُلِّهِۦ وَلَوۡ ڪَرِهَ ٱلۡمُشۡرِكُونَ (٣٣)

 

[33]
Dia lah yang telah mengutus RasulNya (Muhammad) dengan membawa petunjuk dan ugama yang benar (ugama Islam), untuk dimenangkan dan ditinggikannya atas segala ugama yang lain, walaupun orang-orang musyrik tidak menyukainya.

 

         Kita harus bertanya pada diri kita kenapa kah kita,para mujahidin dibarisan hadapan dan pejuang-pejuang yang telah memberi nyawa mereka terlebih dahulu bermati-matian berjuang? Hanya untuk mendapat kebebasan berbahasa melayu,bebas nikah kahwin,bebas mencari makan,bebas mendirikan masjid ,sembahyang dan bermuamalat? Apakah kerana ini semua kita sanggup mati dan tinggalkan kampung halaman? Sudah tentu lebih dari itu.Ada setengah pemimpin nak jadi Puar(governor wilayah) saja.

        Apakah jawapan yang kita dapat berikan di padang masyar kapada para syuhada(tapi rasanya tak akan berjumpa)? Tidak kah dapat kita menghargai perjuangan pejuang-pejuang dahulu saperi Dato pengkalan,Tengku lamudin dan asyahid Haji Sulong. Assyahid chegu Umar, Sin Bendang lima, chegu din dan ramai lagi yang tak terhitung oleh kita.Dan apakah sia-sia perjuangan orang-orang yang gugur  di takbai pada ramadan 2004 dan masjid kerisik?

Apakah ertinya mereka-mereka yang masih lagi di penjara.Apa kah kita ingin membiarkan mereka mati begitu saja tanpa terbela?

        Berfikirlah wahai pejuang-pejuang autonomi.Jangan berfikir untuk sendiri.Jangan mewakili diri sendiri tanpa meng endah kehendak sabenar pejuang-pejuang.Jangan bimbang pada desakan dan ugutan pihak-pihak tertentu.Ini asam garam perjuangan.Paling kuat pun kita akan di penjara ISA, tapi saya tidak yakin pentadbiran Paklah akan melakukan demikian.!!

        Bahkan golongan yang bekerja kuat menyokong autonomi dan menentang kuat kebangkitan rakyat adalah golongan Wahbi.Mereka ini sanggup bersengkongkol dengan penjajah untuk kepentingan golongan mereka.