Tentera thai berpecah belah :Penjajah haru biru !

       

 

Kita dikejut kan dengan satu pengumuman yang dibuat melalui stesyen televisyen tentera thai TV5 pada petang 17 july 2008 jam 12 tengah hari waktu thai.Bukan terkejut dengan pengumuman atau perintah gencatan senjata tetapi terkejut dengan tindakan terdesak oleh penjajah seolah-olah sudah tiada usaha lain lagi untuk menentang pejuang-pejuang patani!!.Pengumuman ini mendakwa bahawa makhluk yang bercakap itu mewakili 11 kumpulan partai bawah tanah selatan thai dan mengarahkan supaya semua pejuang-pejuang berhenti berperang bermula dari 14 julai 2008. Ironi nya satu jam selepas perentah itu satu peronda tentera thai telah di tembak oleh pejuang di kok pinang iaitu jalan menghala ka Bendang setar(Tentera tersebut sedang dirawat di wad kecemasan kerana perutnya terburai!).Syabas kapada pejuang-pejuang yang masih setia bersama pimpinan mujahidin.

           Ketua turus tentera darat Anupong Poachinda serta merta menyuarakan terkejutnya dengan berita itu kerana pihak tentera tidak tahu menahu tentang perkara itu.Pihak tentera juga menafi membuat perundingan dengan pejuang-pejuang dan tidak akan berunding dengan mereka kata beliau. Beliau menambah  bahawa perkara ini adalah ciptaan bekas ketua turus tentera darat General ChettaThanajaro! Walau bagaimana pun beliau mengesahkan makhluk tersebut sebagai Malipeng Khan!!

(Pengulas TV11 thailand mengatakan makhluk tersebut ialah Lokman B.Lima dan Kasturi Mahkota!!!!!?)

           Disebaliknya General Chetta beria-ria mengata kan bahwa puak-puak ini adalah pejuang sebenar.Beliau mendakwa lagi  bahwa puak ini yang menggelar diri mereka Tai Ruam Pak Tai krong Prathet adalah pemimpin yang mewakili sebelas kumpulan tersebut. Beliau mengaku telah lama terlibat dalam perundingan dengan mereka ini.

 

           Inilah berita yang paling melucukan sejak kami bergerak menentang penjajah thai.

Pertama, tergamak seorang bekas ketua turus tentera darat mengarahkan lakunan yang begitu meng aib dan memalukan seluruh Rakyat, Raja dan kerajaan Thai.Seolah-olah pihak penjajah sudah hampir mengaku kalah.Atau mungkin beliau melakukan stunt ini untuk mengalihkan tumpuan rakyat thai yang sedang menentang habis-habisan kerajaan pimpinan Samak !!.

Keduanya kalau ini kerja-kerja intelligent Thai maka drama ini adalah yang paling memalukan dan benar menjatuhkan imej tentera thai.

Ketiga ia menggambarkan bahwa tentera thai yang dalam dilemma dan buntu sedang berpecahbelah dengan begitu dahsyat sekali.

Dan,

Keempat makhluk yang bercakap melayu tu fasih berbahasa melayu seolah pernah belajar dan dewasa di Malaysia!(Tidak menepati sifat-sifat orang-orang yang mereka dakwa).

 

 

 

General Chetta

 

 

           Oleh itu, wahai seluruh pejuang-pejuang samaada yang berada di barisan hadapan atau dibarisan pembantu hendaklah seluruhnya jangan mudah terpedaya dengan dakyah yang dimainkan oleh musuh. Mereka sanggup melakukan apa saja demi mencapai matlamat mereka untuk menghentikan kebangkitan rakyat Patani yang berjuang untuk kemerdekan bumi yang bertuah ini.Sejak sebulan dua ini mereka telah melakukan kezalimam dan penindasan yang paling dahsyat terhadap orang-orang kampung yang tidak berdosa.Apatah lagi apabila tentera mereka menerima tamparan paling dahsyat dengan beberapa kali konvoi mereka di serang oleh pejuang-pejuang secara berani, helicopter mereka ditembak jatuh ketika sedang melakukan operasi menyelamat tentera-tentera yang parah di kawasan tandak bendang setar! Mereka telah kehilangan seorang Kolonel tentera dan juga leftenan kolonel serta ramai pegawai-pegawai bertauliah yang berpangkat leftenan keatas.

            Amaran ini juga diberikan kapada petualang-petualang yang sanggup menjadi alat penjajah.Ketentuan allah akan tetap berlaku keatas kamu. Dan ketentuan allah adalah pedih sekali.Samaada ianya didunia ini dan juga di akhirat nanti.Sesiapa sahaja yang yang menganjurkan perdamaian dengan penjajah thai adalah penkhianat yang nyata.

Jangan sekali-kali demi mencari kemashuran yang murah tertipu dengan ajakan musuh untuk berdamai dan berunding.Musuh tidak pernah serius untuk berbincang dengan rakyat Patani. Kalau adapun mereka anggap ini sebagai satu helah untuk mengalihkan fokus kita.

            Rakyat akan meneruskan perjuangan sehingga musuh seluruhnya dinyahkan dari bumi Patani.Kita berjuang untuk ganjaran allah di akhirat atau bonus didunia atau kedua-kedua sekali.Musuh berjuang hanya untuk pertahankan maruah raja mereka sahaja.Petualang berjuang untuk perut jahanam mereka dan pada hakikatnya sudah bosan dengan hidup.Kedua-kedua petualang ini telah dikenal pasti oleh pejuang-pejuang.

 

 

Petualang-petualang yang mengambil upah dari penjajah.

(Mereka ini adalah golongan yang menggelar diri mereka puak langkasuka yang bersengkokol dengan penjajah.Pemimpin-pemimpin mereka terdiri dari orang-orang yang kurang akal yang mengatakan mereka akan berjuang menggunakan keris dan boleh memanggil senjata secara seru nama senjata tersebut dan akan terus datang.Mereka mendakwa perjuangan mereka mendapat restu raja Thai.)

 

 

 

Marilah kita sama-sama menadah tangan kalangit untuk membaca doa qunut nazilah :-

 

 

 

20 Responses to Tentera thai berpecah belah :Penjajah haru biru !

  1. Tunggu raja Siam mangkat dulu baru aku boleh enjoy dengan aku punya rifle..sekarang ni nak buat apa pun segan sebab malu alah dengan baginda. Tungguuuuu…

  2. tanya says:

    dah agak dah,,, shukran ……

  3. sesiapa sahaja yg berunding dengan penjenayah adalah pengkianat kapada negara Thai yang berdaulat dan sabit kesalahan boleh dijatuhi hukunman mati. Penjenayah tetap akan dilayan sebagai penjenayah dan akan diadili dengan undang-undang yang ada. Berunding dengan penjenayah bermakna mengangkat martabat penjenayah sebagai duta atau wakil negara. Kenapa ada pemimpin Thai yang bodo sampai begitu sekali?

  4. Penjajah Siam laknatullah skrng telah ketandusan ilmu.

    Byk lagi sketsa2 dongeng sebegini akan di hidangkan oleh mereka di masa terdekat ini.

  5. rosnun says:

    itulah penjajah siam sangat bodoh , budak tadika pun tahu 3 dalang tu penipu saja, bodohnya tentera Siam mereka anggap orang melayu ni bodoh seperti dia ker, kalau aku jadi raja dia 10 ting pun tak cukup lagi nak tutup muka, malulah

    aku nak tengok pula bila Siam perang dengan Kembodia heyyyy heyy berapa hari nak tahan tentera Kembodia …..lari masuk bawah ketiak lahh
    bodoh Siam

  6. orebarat says:

    kawe agok doh..dua ekor talibarut ning diupah penjajah kafir Siam untuk melemah perjuangan Patani kito…dia cakap bahasa Melayu serupa orang Malaysia…laknatullah kafir Siam….

  7. Abu Pelahap says:

    bodo betul siam..dia ingat kita islam ini mau perjanjian damai dgn dia ka?..kita hanya akan berdamai kalau kita dah lemah,..itulah ajaran nabi kita..semasa baginda lemah, baginda telah mengadakan perjanjian dan bermuzakarah dengan orang yahudi di madinah..bila baginda dah kuat, semua yahudi itu pun baginda halau..he..ha..ho..siam tak ada belajar sejarah islam ka? bodo nya siam..

  8. Melepas Khan says:

    Saya, Melepas Khan bin Al-Cabut Khan, ketua Gerakan Atas Tanah SePatani dengan ini ingin mengisytiharkan bahawa kita bangsa Patani tidak pernah ingin membuat pemngumuman gencatan senjata kerana sememangnya kami tidak ada senjata, jadi nak gencat dengan apa?
    Segala keganasan di Patani bukanlah angkara pejuang tetapi adalah angkara pengedar dadah yang marahkan Thaksin dan juga angkara ahli politik yang menjadikan Patani sebagai alat untuk mencapai cita-cita mereka. Kalau mereka ingin menjatuhkan lawan mereka, lalu mereka mencipta kejadian keganasan di Patani termasuk kejadian Kerisek dan Tak Bai. Mereka memilih Patani berbanding Chieng Rai sebab orang Patani adalah paling mudah diperalatkan.
    Manakala penulis-penulis internet termasuk web ini pula cuba menangguk di air yang keruh dengan mendakwa bahawa kejadian serangan di Patani adalah angkara pejuang.
    Semua kumpulan pejuang dalam dunia akan tampil membuat pengakuan tentang serangan mereka sebaik kejadian serangan, paling lewat pun tak sampai 12 jam sebab mereka tahu perancangan dan pelaksanaan perjuangan mereka. Tapi para penulis cabuk web site ini mengetahui kejadian serangan melalui berita TV atau suratkahbar..apa kejadah ini semua? Sebab itu pihak Thai tidak mungkin akan berunding dengan mana-mana kumpulan yang mendakwa pejuang sebab pihak Thai tahu pihak pejuang ini nafsu saja besar, tenaga kurang, asyik claim serangan pengedar dadah atau serangan agenda ahli politik sebagai serangan kumpulan mereka (pejuang)..
    cakap pun tak guna..buang masa saja.

  9. mie says:

    Saya merasa terpanggil untuk menilai analisis yang dilakukan oleh melepas khan yang mempunyai pandangan kritik bukannya kritis. mungkin dengan sedikit ilmu yang ada pada melepas ini, analisis yang dilakukan ini dibuat tanpa menilai segala apa kenyataan yang dilakukan oleh pihak Thai. Anda tidak melihat segala faktor untung rugi pihak siam ke atas diri mereka sendiri dgn membuat konspirasi begini. Amatlah bodoh jika membuat suatu konspirasi yg merugikan bkn sahaja dr segi politik malah ekonomi, hubungan antarabangsa, maruah raja mereka yg buta dsb. Jadi jgn sekali2 membangkitkan isu yang tidak berpendirian sebegini rupa. Amat jahil lah kamu bukan saja di sisi kami malah juga masyarakat. Semoga kebodoh sombongan anda tidak berterusan.

    Selamat Meninggalkan Zaman Kebodohan kepada Melepas Khan!!!
    Kalau Melepas ni org Islam, kembalilah kepada Islam.🙂

  10. Melepak Khan says:

    saya merasa terpanggil utk mengulas analisa melepas Khan yg ada kelogikannya. Saya tak mau ulas byk, cuma nak mencabar penulis-penulis web yg berada bersama pejuang ini mengumumkan dgn segera apa-apa kejadian atau aktiviti pejuang contohnya spt ini:
    PADA JAM 1200 TADI PIHAK PEJUANG TELAH MEMINTAS SEBUAH GEROMBOLAN TENTERA DAN TELAH MELEPAS TEMBAKAN BERTUBI-TUBI. SEHINGGA BERITA INI DITULIS (JAM 1230) KITA TIDAK LAGI MENGETAHUI JUMLAH KECEDERAAN ATAU KEMATIAN DIPIHAK SIAM BUDDHA KAFIR HARBI SEBAB PARA PEJUANG KITA YG MENYERANG ITU TIDAK NAMPAK DENGAN JELAS SASARANNYA KERANA MENEMBAK KE BELEKANG SAMBIL BERLARI SERTA MEMIKUL 5 KILO GRAM PAKU 4 INCI GUNA UNTUK TABUR ATAS JALAN. KETIKA INI PARA PEJUANG KITA SUDAH MENYOROKKAN SENJATA DAN SEDANG DUDUK MAIN DAM SELAMBA SEPERI ORANG KAMPONG YANG LAIN JUGA…ALLAH AKBARRRRR!!!!!

  11. anak pulau setul, taba says:

    apa yang kita boleh buat? mengeluh? mengutuk dalam hati? berbual di kedai kopi? pejuang2 kita (bekas ustaz dan anak pondok) semua dah lari ke malaysia jadi penjual tomyam dan kerja rumah batu. yang tinggal kat sana orang kita yang x terdaya.
    lihatlah saudaraku, apa dah jadi dengan saudara kita di malaysia. melayu hanya mampu berdengki khianat. bangsa kita jatuh bukan kerana orang lain. sejarah membuktikannya. negeri melaka, negeri besut, negeri pattani dan sekarang malaysia sendiri. benarkan orang lain memijak kepala kita demi kuasa. lihatlah bangsa minoriti, india dengan hindrafnya… siam yang hanya ada 70juta di dunia ini (tu pun dah campur cina, india dan melayu yang disiamkan!) berbanding dengan umat melayu di nusantara, beratus juta! kita masih lagi insan yang lemah. sebab apa? sebab kita terlalu mengagungkan ideologi kita. kita sanggup menindas demi kuasa dan kroni kita… letih sungguh otak ini memikirkannya…

  12. makin hangat says:

    yang pasti perancang2 semua hidup senang lenang naik mercedes, avanza, honda, waja
    ( isap okok kepol2) , hok susahnyo anok branok demo hok dok taning nuh…… inilah padahnya perjuangan berasaskan fahaman nasionalis, puak demo, kalu di malaysia gak UMNO lah, tra turun padang etek , bo lah dok negok benang basoh. jangan harap tuhan nok tolong kalu atas dasar melayu gaaak. tengok palistin nuh…….

  13. PULOk says:

    hari ni 10 pegawai Thai mati helikopter jatuh terhempas kat Jala kenapa tak ada laporan pertanggungjawaban oleh mana-mana kumpulan pejuang? Atau ketua pejuang belum baca surat khabar lagi?

  14. prah sungguhhh says:

    malas doh nok tengok blog nih, tak update langsung, takdok lah kata nok komen apa2 yang berlaku, senyaaaaaaaap je , ke tak dapat berita? belum beli surat khabar ke? bom kereta di golok semale guano? , oiiii bangun bangun , !!!!!!

  15. Ah Ning says:

    semoga pattani merdeka dari penjajahan

  16. Pandak Wira says:

    “Pemimpin-pemimpin mereka terdiri dari orang-orang yang kurang akal yang mengatakan mereka akan berjuang menggunakan keris dan boleh memanggil senjata secara seru nama senjata tersebut dan akan terus datang.”

    dah tahun 2008 pun masih ada lagi orang percaya benda2 ni? hahaha. zaman dulu penjajah datang tak pulak dengar keris terbang bunuh penjajah hahaha.

    pengkhianat Melayu semacam ini bukan sahaja memalukan Melayu Patani semata-mata malah memalukan umat Melayu seluruh dunia umumnya. Sejak dari zaman dahulu lagi dah ada spesis semacam ini. Sang Rajuna Tapa muncul dalam pelbagai bentuk

  17. Abjadian Forever says:

    ABJAD…ABJAD…semudah caranya.
    ABJAD…ABJAD…seindah caranya.
    ABJAD…ABJAD…sehebat caranya.

    Pertubuhan Gerak Seni Silat Abjad ( Asli ) Jabat Kilat. Malaysia.p.k.2090. Pimpinan Ustaz Haji Ahmad Che Din

  18. Wawan Jambi Indonesia says:

    Selamat berjuang saudaraku, semoga Allah memberkahi, kami dari jauh cuma bisa membantu dengan do’a

  19. Aw, this was a very nice post. Taking a few minutes and actual effort to make a superb article… but what can I say… I hesitate
    a whole lot and never manage to get anything done.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: