Tentera thai berpecah belah :Penjajah haru biru !

July 17, 2008

       

 

Kita dikejut kan dengan satu pengumuman yang dibuat melalui stesyen televisyen tentera thai TV5 pada petang 17 july 2008 jam 12 tengah hari waktu thai.Bukan terkejut dengan pengumuman atau perintah gencatan senjata tetapi terkejut dengan tindakan terdesak oleh penjajah seolah-olah sudah tiada usaha lain lagi untuk menentang pejuang-pejuang patani!!.Pengumuman ini mendakwa bahawa makhluk yang bercakap itu mewakili 11 kumpulan partai bawah tanah selatan thai dan mengarahkan supaya semua pejuang-pejuang berhenti berperang bermula dari 14 julai 2008. Ironi nya satu jam selepas perentah itu satu peronda tentera thai telah di tembak oleh pejuang di kok pinang iaitu jalan menghala ka Bendang setar(Tentera tersebut sedang dirawat di wad kecemasan kerana perutnya terburai!).Syabas kapada pejuang-pejuang yang masih setia bersama pimpinan mujahidin.

           Ketua turus tentera darat Anupong Poachinda serta merta menyuarakan terkejutnya dengan berita itu kerana pihak tentera tidak tahu menahu tentang perkara itu.Pihak tentera juga menafi membuat perundingan dengan pejuang-pejuang dan tidak akan berunding dengan mereka kata beliau. Beliau menambah  bahawa perkara ini adalah ciptaan bekas ketua turus tentera darat General ChettaThanajaro! Walau bagaimana pun beliau mengesahkan makhluk tersebut sebagai Malipeng Khan!!

(Pengulas TV11 thailand mengatakan makhluk tersebut ialah Lokman B.Lima dan Kasturi Mahkota!!!!!?)

           Disebaliknya General Chetta beria-ria mengata kan bahwa puak-puak ini adalah pejuang sebenar.Beliau mendakwa lagi  bahwa puak ini yang menggelar diri mereka Tai Ruam Pak Tai krong Prathet adalah pemimpin yang mewakili sebelas kumpulan tersebut. Beliau mengaku telah lama terlibat dalam perundingan dengan mereka ini.

 

           Inilah berita yang paling melucukan sejak kami bergerak menentang penjajah thai.

Pertama, tergamak seorang bekas ketua turus tentera darat mengarahkan lakunan yang begitu meng aib dan memalukan seluruh Rakyat, Raja dan kerajaan Thai.Seolah-olah pihak penjajah sudah hampir mengaku kalah.Atau mungkin beliau melakukan stunt ini untuk mengalihkan tumpuan rakyat thai yang sedang menentang habis-habisan kerajaan pimpinan Samak !!.

Keduanya kalau ini kerja-kerja intelligent Thai maka drama ini adalah yang paling memalukan dan benar menjatuhkan imej tentera thai.

Ketiga ia menggambarkan bahwa tentera thai yang dalam dilemma dan buntu sedang berpecahbelah dengan begitu dahsyat sekali.

Dan,

Keempat makhluk yang bercakap melayu tu fasih berbahasa melayu seolah pernah belajar dan dewasa di Malaysia!(Tidak menepati sifat-sifat orang-orang yang mereka dakwa).

 

 

 

General Chetta

 

 

           Oleh itu, wahai seluruh pejuang-pejuang samaada yang berada di barisan hadapan atau dibarisan pembantu hendaklah seluruhnya jangan mudah terpedaya dengan dakyah yang dimainkan oleh musuh. Mereka sanggup melakukan apa saja demi mencapai matlamat mereka untuk menghentikan kebangkitan rakyat Patani yang berjuang untuk kemerdekan bumi yang bertuah ini.Sejak sebulan dua ini mereka telah melakukan kezalimam dan penindasan yang paling dahsyat terhadap orang-orang kampung yang tidak berdosa.Apatah lagi apabila tentera mereka menerima tamparan paling dahsyat dengan beberapa kali konvoi mereka di serang oleh pejuang-pejuang secara berani, helicopter mereka ditembak jatuh ketika sedang melakukan operasi menyelamat tentera-tentera yang parah di kawasan tandak bendang setar! Mereka telah kehilangan seorang Kolonel tentera dan juga leftenan kolonel serta ramai pegawai-pegawai bertauliah yang berpangkat leftenan keatas.

            Amaran ini juga diberikan kapada petualang-petualang yang sanggup menjadi alat penjajah.Ketentuan allah akan tetap berlaku keatas kamu. Dan ketentuan allah adalah pedih sekali.Samaada ianya didunia ini dan juga di akhirat nanti.Sesiapa sahaja yang yang menganjurkan perdamaian dengan penjajah thai adalah penkhianat yang nyata.

Jangan sekali-kali demi mencari kemashuran yang murah tertipu dengan ajakan musuh untuk berdamai dan berunding.Musuh tidak pernah serius untuk berbincang dengan rakyat Patani. Kalau adapun mereka anggap ini sebagai satu helah untuk mengalihkan fokus kita.

            Rakyat akan meneruskan perjuangan sehingga musuh seluruhnya dinyahkan dari bumi Patani.Kita berjuang untuk ganjaran allah di akhirat atau bonus didunia atau kedua-kedua sekali.Musuh berjuang hanya untuk pertahankan maruah raja mereka sahaja.Petualang berjuang untuk perut jahanam mereka dan pada hakikatnya sudah bosan dengan hidup.Kedua-kedua petualang ini telah dikenal pasti oleh pejuang-pejuang.

 

 

Petualang-petualang yang mengambil upah dari penjajah.

(Mereka ini adalah golongan yang menggelar diri mereka puak langkasuka yang bersengkokol dengan penjajah.Pemimpin-pemimpin mereka terdiri dari orang-orang yang kurang akal yang mengatakan mereka akan berjuang menggunakan keris dan boleh memanggil senjata secara seru nama senjata tersebut dan akan terus datang.Mereka mendakwa perjuangan mereka mendapat restu raja Thai.)

 

 

 

Marilah kita sama-sama menadah tangan kalangit untuk membaca doa qunut nazilah :-

 

 

 

Advertisements