Survival Melayu Patani dan Nusantara

December 26, 2007

               Ketika detik nadi bangsa melayu bergerak deras di bumi berdarah Patani (yang sedang berjuang membebaskan tanah air dari penjajah Siam) kita di kejutkan  dengan gegaran penunjuk-penunjuk perasaan orang-orang hindu yang dikenali dengan nama ‘HINDRAF’ atau Hindu right action force (Gera kan bertindak mempertahankan hak-hak hindu) di kuala lumpur. Seluruh bangsa melayu terbeliak biji mata tidak sangka orang-orang hindu di Malaysia begitu berani dan kurang ajar membuat tuntutan-tuntutan yang mencabar Islam dan orang-orang Melayu!!.

Hanya orang-orang islam yang dihanyut kan dengan arus kebendaan dunia sahaja yang tidak peka dengan penghinaan itu.             

                 Mereka mendakwa kerajaan Malaysia yang di dalangi oleh ekstrimis islam telah menjalankan ethnic cleansing atau genocide terhadap orang-orang hindu di Malaysia.Dalam lapuran mereka kapada United Nation menyatakan bahawa setiap hari orang-orang hindu dibunuh dan kuil-kuil diroboh secara zalim di negara itu. Mereka juga membuat tuntutan pampasan kewangan daripada kerajaan United Kingdom kerana membawa mereka ka Malaya secara paksa untuk menjadi kuli di Tanah Melayu diabad yang lalu.             

               Mereka menuntut supaya kerajaan Malaysia memberi layanan kapada orang hindu sama taraf dengan orang-orang islam. Mereka juga menuntut supaya kerajaan Malaysia menubuhkan Jabatan hal ehwal bukan islam saperti Jakim.          

            Ada tanda-tanda yang kebanyakan pemimpin politik melayu di Malaysia samaada takut kapada ugutan puak-puak hindu atau munkin mempunyai perkiraan politik untuk kepentingan partai masing-masing.Ada pemimpin islam yang berjanji untuk membina semula kesemua kuil-kuil yang di roboh jika partainya berkuasa.Dalam kelam kabut masaalah hindu ini timbul pula puak-puak kristian membantah larangan penggunaan perkataan allah bagi orang kristian.           

             Alangkah hina dan memalukan bagi mana-mana bangsa melayu yang tidak merasa terhina dengan tuduhan dan tuntutan itu.              

              Orang Patani pada tahun 2004 mengadakan tunjuk perasaan didepan balai polis Tabal kerana mendesak ingin tahu nasib enam orang pengawal kampung yang ditangkap oleh polis Thai. Mereka mengadu dan merayu kapada kerajaan  penjajah Thai supaya membebaskan keenam-enam pengawal kampung tersebut. Hanya dengan bersuara demikian mereka disuraikan dengan peluru bedil dan dibunuh secara kejam tanpa henti-henti hingga sekarang. Setiap hari orang-orang melayu (tuan punya tanah Bumi Patani) dibunuh, diburu dan beribu-ribu ditahan tanpa bicara  (ISA).   

  dsc04666.jpg        dsc04681.jpg

                      Penghinaan dan pembunuhan di Tabal,  demonstrasi rakyat Patani  

dsc04665.jpg     kresik01.jpg 

Kekejaman dan massacre oleh penjajah Siam di tabal dan masjid kerisik           

                    Sedangkan orang Hindu yang menuduh ekstrimis islam melaku ethnic cleansing dan memalu gendang perang dalam demonstrasi di Kuala Lumpur hanya  disuraikan dengan air gas pemedih mata. Dan hanya lima orang dikenakan ISA !!              

                  Kalau di Malaysia kerajaan melakukan ethnic cleansing maka apakah jadah istilah yang hendak beri pada apa yang berlaku di Patani?????         

                  Bukan lah maksud Patanikini memehak kapada kerajaan Malaysia, tetapi ingin memberi kesedaran pada orang-orang melayu di Malaysia yang kuasa masih lagi di tangan mereka.Jangan tunggu sampai jadi macam Patani baru mau bangun dan celek.Orang melayu Patani akan mudah terasa dengan apa sahaja nasib malang yang menimpa dan bakal menimpa bangsa melayu dimana saja.           

              Ramai orang melayu tidak tahu sejarah kejatuhan empayar dan kerajaan melayu disekitar segenting kera satu persatu sejak dua ratus lima puluh tahun lalu.           

               Kerajaan-kerajaan melayu duhulu yang di kenali dengan nama Ligor, Rundung,Terang,Cahaya, Gherbi, Bukit/Ujung Salang, Bendelung dan Singgora sekarang telah berubah menjadi Nakhorn Sri Thamarat, Ranong, Chaya, Trang, Krabi, Phuket, Patthalung dan Songkhla. Kesemuanya hanya berlaku dalam masa 250 tahun. Kesemua orang melayu dinegeri-negeri tersebut sudah tidak bisa berbahasa melayu dan redha di jajah Siam!!!!!!.Astaghfirullah, hanya baru dua ratus tahun lebih sahaja.             

                 Begitu juga Patani mula jatuh pada tahun 1786 .Tapi masih tidak berhenti berjuang hingga sekarang. Peperangan sekarang bukanlah yang terhebat pernah berlaku pada bumi Patani. Pada tahun 1831-32  penjajah Siam mengerah 300,000 tentera untuk berperang dengan Patani. Kerajaan British membantu dengan menyekat jalan laut Kedah-Trang, kerana Patani dibantu oleh Kedah Kelantan dan Trengganu untuk menyerang ikut jalan laut.  

asyyahid-hj-sulong.jpg

                 Berikutnya si laknatullah penjajah British telah bersengkongkol dengan Siam membahagi-bahagikan bumi Patani pada tahun 1902 – 1909 dalam perjanjian Anglo-Bangkok treaty !!!

Dengan pengalaman yang telah lalu ini pantang bagi pejuang-pejuang Patani yang sebenar meminta bantuan dari kuasa-kuasa barat, Apa tah lagi untuk melantik mereka menjadi orang tengah dalam sebarang perundingan.             

Rakyat dan Mujahidin Patani lebih rela berperang habis-habisan dari  membenarkan diri di peralatkan oleh kuasa-kuasa atau NGO barat!!!.Awas mana-mana pejuang atau wakil pejuang yang sentiasa berusaha mencari jalan damai dengan pujukan dari luar negara.            

Ingatan ini juga harus diberi kapada kesemua pemimpin-pemimpin perjuangan supaya berhati-hati dengan bermacam-macam taktik yang diguna oleh musuh untuk menghentikan kebangkitan ini.                  

              
Kita harus ingat bahawa buat masa ini tidak ada siapa yang berminat untuk membantu kita hatta bangsa kita sendiri yang berada di Nusantara. Bangsa melayu tidak peka saperti bangsa-bangsa tua lain di dunia. Bangsa Cina ,India dan Yahudi, bahkan Arab pun tidak rela melihat bangsa mereka di tindas oleh bangsa lain,walau pun berada di berlainan negara.
               

                
Baru-baru ini kita di beritau oleh pemimpin melayu di Malaysia tentang kejayaan orang-orang melayu sejak lima puluh tahun dulu.Orang melayu telah berjaya dalam pelbagai bidang.Bahkan sudah ada melayu yang jadi angkasawan!!.Dan pak Lah mengajak orang melayu memandang lima puluh tahun kehadapan.
              

            
Adalah perlu diingat kan sekali lagi, bagi bangsa melayu di Patani bukan hendak memikir kan lima puluh tahun kehadapan, tetapi memikirkan apa akan jadi dengan nasib bangsa melayu Patani esok jika keadaan hari ini berterusan tanpa berubah.Tanpa siapa-siapa pun abang-abang kami yang peduli dan kami bersendirian berjuang.Sedang kan Penjajah Thai mendapat segala bantuan dari kuasa-kuasa barat dan negara-negara jiran untuk menghapuskan kami. Kami harus berperang hari ini untuk terus hidup esok, walaupun tanpa senjata yang cukup dan canggih. Pihak luar terutama nya negara-negara islam sentiasa dibohongi oleh penjajah Thai dengan maklumat palsu tentang suasana di Patani. Mereka membunuh kami secara babi buta setiap hari dan malam.Berbagai taktik baru mereka guna untuk membunuh kami.

Sekarang mereka bukan sahaja dapat bantuan dari negara-negara jiran, bahkan mereka juga telah dapat mendidik tokoh baru dari orang-orang melayu bagi membantu mereka.Dengan kemenangan beberapa pengkhianat dalam pilihanraya baru-baru ini.

Mereka boleh mengharapkan tokoh-tokoh saperti Wan Mahadi dan Nik dir waba untuk membantu propaganda mereka. Pilihanraya kali ini adalah amat mendukacitakan,kerana sebahagian orang-orang melayu masih boleh bekerjasama dengan penjajah terutamanya dengan Panlop Pinmanee yang mengarahkan pembunuhan di Masjid Kerisik.Walau partai mana yang menang pun mereka tetap musuh islam.Mereka akan tetap meneruskan dasar penghapusan orang-orang melayu Patani.
                

                
Tentang sikap orang-orang melayu ini rata-rata nya sama saja, baik yang berada dalam negeri Thai saperti wilayah-wilayah yang majoriti islam saperti ujung salang(phuket), ghrabi, ligor atau setul, atau di luar negara saperti di Malaysia. Orang-orang melayu di Malaysia masih tidak peka dengan apa yang berlaku di Patani.Dan kalau ada yang tahu pun menganggap bahawa masalaah Patani tak ada kena mengena dengan mereka.Ada yang marah-marah pada orang Patani yang berada di Malaysia kerana tak mau terima tawaran penjajah Thai.Yang lebih menduka citakan lagi mereka ini orang-orang politik yang memperjuangkan nasib islam dan melayu di Malaysia. Memang dhaif sungguh nasib bangsa melayu yang berada di Patani atau luar Patani.
              

Bangsa melayu seluruh dunia perlu faham bahawa kami orang-orang Patani tidak rela lagi dijajah walau sedetik pun.

Peperangan kami dengan orang-orang Thai(dulu ta’i) sudah berlanjutan sejak zaman Langkasuka (Patani sebelum islam) lagi. Sudah lebih enam ratus tahun kami berperang dan tidak akan jemu berperang sehingga enam ratus tahun lagi jika bumi ini masih mereka jajah. Mereka keluar seluruhnya atau kita akan sama-sama lihat siapa yang dapat bertahan.              

Wahai bangsa melayu yang masih berugama islam, mari lah sama-sama berganding bahu dengan kami bagi berjihad menegak islam di bumi ini.Semua orang melayu yang masih mengaku orang Patani saudara mereka di alu-alukan berganding bahu di medan perang. Curah lah apa-apa bantuan yang kamu mampu bagi membantu saudara kamu yang dhaif material ini.                Pengajaran bagi umat islam melayu di Malaysia ialah hargailah negara tersebut sebelum terlambat saperti apa yang terjadi pada empayar melayu di sekitar Segenting kera!!!!!   

ALLAHUMMA  SOLLI  ALA

MUHAMMAD 

WA  AALI MUHAMMAD      

Advertisements