PATANI OH PATANI KU

12 OGOS 2007

Berita terakhir  adalah pengepungan , penggeledahan dan penangkapan orang-orang kampung di  lima daerah serentak oleh tentera-tentera ganas Thai. Inilah pengkhianatan paling biadab  terhadap hak asasi manusia . Inilah penipuan mereka yang terbaharu terhadap janji-janji mereka kapada Malaysia.

Oops! Sabenarnya orang Patani tiada hak untuk bercakap fasal hak asasi. Kerana pada asas nya orang-orang Patani tidak dianggap sebagai manusia saperti bangsa-bangsa lain di Asean  dan am nya di dunia !! OIC  pun tidak peduli dan peka, Negara seugama dan sebangsa pun tidak peduli.Kesemuanya datang ka Patani untuk bersengkongkol dengan Siam untuk  menyekat orang-orang Patani dari meneruskan perjuangan.Semuanya mahu supaya kebangkitan di hentikan!! Mereka -mereka ini sebenarnya mau supaya Patani terus membayar ufti BUNGA MAS kapada kerajaan Siam!!!!Terus menjadi hamba!!!  

Inilah nasib bangsa yang sentiasa menagih  belas kasihan dari orang lain. Inilah akibatnya bila pemimpin-pemimpin perjuangan Patani selalu mengharapkan bantuan dari luar.Mereka menganggap bahawa perjuangan Patani tidak akan berjaya kalau si anu tak tolong atau negara anu tak tolong!! Mereka tidak mau mengakui bahawa yang menentukan segala-gala nya adalah allah swt.  

Khabar terakhir kononnya OIC dan beberapa negara lain telah dapat mencari formula untuk menyelesai masaalah Patani. Mereka sudah pun membuat keputusan dan khabarnya formula ini telah di setujui oleh penjajah Thai sendiri. Mereka mengatakan masaalah Patani akan selesai sebelum 2010! 

Proses bagi menjayakan formula ini sudah pun bermula dengan menemui golongan-golongan dan semua partai-partai di luar atau dalam negara. Cara mereka menemui orang-orang Patani amat mudah.Dengan hanya memaklum kan keputusan-keputusan tersebut tanpa mengambil kira kepentingan atau keinginan orang-orang Patani. Mereka memaklumkan bahawa kalau kamu setuju ‘buta sabelah mata’ dan kalau menentang ‘buta kedua belah mata’!!!

Mereka sebenarnya orang-orang dari negara yang sudah MERDEKA dan pemimpin-pemimpin mereka sering bercakap fasal betapa pentingnya rakyat menghargai kemerdekaan .Mereka setiap tahun menyambut kemerdekaan negara masing-masing. Tetapi mereka-mereka ini jugalah bila berhadapan dengan orang-orang Patani dengan bangganya memberi tau  bahawa mereka tak akan memberi kemerdekaan kapada Patani !!!…..? Bukan orang-orang Thai yang bercakap tapi setengah-setengah pegawai(Negara Melayu) yang terasa mereka lebih berkuasa dari allah swt. Munkin agaknya penjajah Thai sudah mau mengaku kalah tapi hanya di halang oleh negara-negara tertentu!!!!.

Mereka bimbang kalau Patani diberi kemerdekaan sekarang akan wujud sebuah negara Taliban! Dan suasana ini akan menjadi kan Patani sarang teroris berkumpul dan ini membahayakan negara jiran ASEAN . Sebenarnya perjuangan Patani adalah perjuangan kemerdekaan yang menuntut ketuanan Islam dan Melayu bagi bumi itu. Bukan perjuangan terorisma saperti ALQAIDAH .Mereka menyerang bila di serang, membunuh bila di bunuh! Bukan membunuh buta tuli.Setiap operasi mendapat restu dari para Ulama. Patani tidak akan menjadi negara Taliban.Ia akan menjadi sebuah negara berpelembagaan dan menghurmati hak semua rakyat walaupun berbeza ugama dan bangsa, tanpa mengorban prinsip-prinsip Islam.Dia akan menghurmati semua negara Jiran dan bersedia bekerjasama sarantau.

Orang-orang Melayu sebenarnya bangsa yang agak malang,kalau di banding kan dengan bangsa Arab. Orang-orang Arab walaupun mereka bodoh tapi menganggap masaalah Palestin adalah masaalah Arab.Mereka seluruh nya menghulurkan bantuan kapada orang-orang Palestin.Sekurang-kurang bantuan kebajikan.Walaupun sebahagian besar mereka di bawah telunjuk Amerika dan kuasa-kuasa barat tapi mereka tetap tidak tinggal kan Palestin. Tapi berlainan dengan bangsa Melayu. Sudahlah masing-masing Negara Melayu tidak mengaku mereka bangsa Melayu kecuali Brunei Darussalam. Mereka  tidak  peka pada masaalah Patani.Mereka tidak menganggap masaalah Patani adalah masaalah Melayu.Sedang SEMUA bangsa lain di dunia tidak akan rela kaum mereka di tindas oleh orang-orang lain.Undang-undang tubuh UNO memberi hak kapada mana-mana bangsa untuk menentukan nasib sendiri.

Jadi Patani sabagai sebuah negara pernah berdaulat satu masa dulu yang hanya dijajahh kerana kalah perang juga lebih berhak menentukan nasib mereka sendiri. Kerana Patani dan Thailand adalah berlainan bangsa,ugama, kebudayaan,bahasa dan segala-galanya. 

MUNKIN INI TULISAN TERAKHIR DARI PENGARANG INI DAN UMUR PATANIKINI PUN MUNKIN TAK PANJANG. 

Khabarnya beberapa individu-individu tertentu Patani yang tinggal di Malaysia telah di cap sebagai penghalang kapada cita-cita untuk mengAman kan Patani. Kalau khabar-khabar angin benar-benar menjadi kenyataan maka pengarang memohon maaf kapada semua pelayar-pelayar PATANIKINI dan orang-orang Patani. Perjuangan mesti diteruskan. Jika orang-orang Patani bertolak ansur dari kemerdekaan maka seluruh para Syuhada akan melaknat kan kita yang masih hidup!!!!!!  Mereka pergi dahulu kerana hendak menegak kan KETUANAN ISLAM dibumi Patani. Kalau sekadar mau kan otonomi memadai perjuangan cara berparlimentari.Tidak susah-susah meninggalkan segala kesenangan dunia dan kampung halaman demi menegakkan ugama allah.Tidak susah-susah pergi mati kerana itu. 

Wahai orang-orang Patani keseluruhnya, saudara-saudara tidak akan dapat mengecap kemerdekaan kalau hanya baru di ugut dengan penangkapan atau di halau keluar negara pun sudah gentar!.Saudara-saudara tidak akan mengecap nikmat kemanisan perjuangan kalau enggan berkorban masa, harta benda dan nyawa!!!!!Sesungguhnya kemenangan sudah di ambang pintu. Syahid adalah kemenangan yang hakiki. Bersabar dan teruskan perjuangan dan jangan sekali-kali berhenti dari perjuangan ini.Usah di endahkan mereka yang cuba menghalang cita-cita kita. Tinggalkan pengkhianat-pengkhianat yang bersubahat dengan musuh .

Bangun lah kesemuanya.Bersatulah semuanya samaada yang di luar negara atau didalam negara.Bagi mereka yang sedang bekerja dengan penjajah bersiap sedia lah untuk kita bersama-sama menghalau penjajah dari Bumi kita Insyaaalah. Bersedialah menunggu perintah bagi menggempur musuh seluruhnya.  

PATANI PASTI MERDEKA.

ISLAM AKAN DITEGAKKAN.

MELAYU TAK AKAN HILANG

DARI BUMI PATANI .

ALLAHU AKBAR

ALLAHUMMA SOLLI ALA MUHAMMAD

WA AALI MUHAMMAD.

15 Responses to PATANI OH PATANI KU

  1. Peniaga Peluru says:

    tindakan Thailand dlm melayan karenah terrorist selama ini adalah terlalu berlembut. Bila dah tangkap, puak ini menghasut org kampung berdemontrasi, polis terpaksa akur dan lepaskan suspek.
    Yg tertangkap itu pula bila dlm tahanan mengaku kononnya terpengaruh dan sudah insaf, polis pun berlembut dan lepaskan.
    Harap tentera thai lebih tegas, lebih agresif tak perlu takut kutukan antarabangsa.
    Biar miskin 10 tahun akibat sekatan ekonomi antarabangsa daripada membuang masa entah berapa tahun lagi menghadapi pukul curi puak ini. Mereka bunuh org kemudian lari bercampur dgn org kampung. Bila tentera bertindak balas, mereka canang seluruh dunia kata tentera aniaya org kampung. Ayoh tentera Thai, harap lebih ganas lagi, tiru macam Israel, seorang tentera dia mati atau tercedera, dia akan bertindak balas dgn sewajarnya.

  2. Mampuslah Semangat Siam says:

    Ya Allah Ya tuhanku aku memohon kepadamu ya Allah tunjuklah jalan yang betul kepada bangsa kami dan pejuang kami,

    Ya allah ya tuhanku kuatlah iman dan kesungguhan melaksanakan perintahmu ya Allah dari segala tipu helah saitan manusia yang buta mata hati bagi melaksanakan merintahmu Ya Allah

    Amin ya rabal alamin

  3. Bilal Bin Hakim says:

    Ya Allah Ya tuhanku aku memohon kepadamu ya Allah, hapuskanlah puak pengganas yg membunuh org awam..
    Ya allah ya tuhanku kuatlah semangat dan kesungguhan tentera Thai dlm melaksanakan tugas melindungi negara dari pengganas yg bertopengkan Islam ya Allah .

  4. Cucu Tok Bendangdaya Nusantara says:

    TENTERA THAILAND ADALAH PENGGANAS MODEN YANG PANDAI BERPURA-PURA JENIS BERHATI BINATANG.

    Sekeluarga Dedah Tentera Thai Terlibat Secara Rahsia Membunuh 9 Penduduk Islam Secara Zalim Di Kampong Ketong, Menara, Negeri Patani Darussalam.

    “Kami datang ke sini untuk menceritakan kejadian sebenar berhubung tragedi sembilan orang penduduk Islam maut dan sembilan lagi cedera dalam serangan dan letupan bom di Kampung Ketong, Narathiwat, Rabu lalu.

    “Laporan media dari Thailand dan Malaysia mengenai kejadian itu tidak benar. Pembunuhan itu sebenarnya adalah didalangi secara rahsia oleh tentera Thai dan bukannya kumpulan pemisah seperti didakwa oleh pihak berkuasa Thailand.

    “Saya nampak sendiri anggota tentera Thai berdiri di hadapan rumah ketika terjun menerusi tingkap rumah kami semasa kejadian,” dakwa lelaki berusia 30 tahun yang enggan mendedahkan identiti bersama empat jirannya yang membawa bersama dua bayi berusia enam bulan dan setahun.

    Lelaki yang bekerja sebagai penoreh getah itu bersusah-payah mengambil risiko datang ke kawasan Malaysia bagi menceritakan kejadian sebenar apa yang telah berlaku di kampung itu, yang terletak kira-kira 100 kilometer dari sini. Penduduk kampung itu terdiri daripada tiga orang lelaki dan dua wanita berusia antara 20 hingga 35 tahun, serta dua bayi yang menaiki pikap bertolak dari Kampung Ketong, Menara kira-kira jam 4 petang kelmarin.

    Mereka tiba di Rantau Panjang kira-kira jam 7 malam, sebelum dibantu oleh penduduk kampung bagi menghubungi wakil media dari Kota Bharu, Kelantan dan bertemu pada jam 11 malam. Lelaki berbangsa Melayu yang bertindak sebagai jurucakap itu berkata, mereka datang mendedahkan kejadian itu selepas beliau mendapati bahawa laporan media massa Thailand tidak menceritakan keadaan yang sebenar. Ketika menceritakan kisah sebenar di sebalik kejadian itu, dia mendakwa: “Saya terkejut dari tidur kira-kira jam 1.30 pagi sebaik terdengar bunyi tembakan dan letupan bom berhampiran rumah. Saya bergegas terjun menerusi tingkap bagi menyelamatkan diri.

    “Ketika itu, saya ternampak lelaki berpakaian tentera bersenjata automatik berdiri di depan rumah. Pada masa yang sama juga , saya ternampak rumah jiran kami musnah akibat daripada letupan bom.

    “Menyedari kejadian ngeri itu, saya telah cuba melarikan diri dan anggota tentera berkenaan telah melepaskan tembakan beberapa kali dan terkena pada kaki kiri. Namun saya terus berlari di dalam gelap-gelita sejauh lebih kurang dua kilometer untuk menyelamatkan diri,” katanya yang enggan nama disiarkan.

    Pemuda terbabit mendakwa, penduduk kampung melihat sekumpulan anggota tentera digerakkan keluar dari kampung itu selepas kejadian dengan helikopter kira-kira jam 8.30 pagi. Katanya lagi, dengan bukti pergerakan tentera Thai yang keluar dari kawasan itu akan menambahkan lagi kecurigaan penduduk kampong. Kini mereka benar-benar percaya dan yakin bahawa pasukan keselamatan Thailand adalah satu-satunya manusia yang mendalangi kejadian terbabit. Jirannya yang berusia 33 pula berkata, dia bersama isteri dan dua anak sedang tidur sebelum dikejutkan dengan bunyi tembakan dan letupan bom terhadap rumah jiran, kira-kira tujuh meter dari rumahnya.

    “Dua anak saya berusia lima tahun dan tujuh bulan turut terkejut apabila sebutir peluru tersasar memasuki rumah kami dan kemudiannya terkena pada cermin almari.

    “Kami empat beranak berpelukan sambil berlindung di sebalik dinding kerana terlalu takut sehingga bunyi letupan berhenti selepas kira-kira 20 minit,” katanya.

    Dia yang juga bekerja sebagai penoreh getah di Kampong Ketong berkata, kira-kira jam 2.30 pagi, semua penduduk keluar beramai-ramai meninjau sekitar rumah jirannya sebelum menemui sembilan mayat termasuk beberapa kanak-kanak mati dengan penuh trajis akibat tembakan tepat di kepala masing-masing.

    “Saya sedih dan amat marah apabila melihat keadaan dan cara pembunuhan yang tidak-berperikemanusiaan oleh tentera Thai. Mereka sungguh tergamak membunuh hidup-hidup kelima-lima anak perempuan jiran saya, yang berusia di antara 14 hingga 22 tahun dengan menembak mati semua mereka tepat di kepala,” katanya.

    Seorang lagi jirannya yang berusia 22 tahun berkata, ketika kejadian itu berlaku, seluruh ahli keluarganya sedang nyenyak tidur. Tiga adik serta seorang sepupu saya yang berusia di antara 14 hingga 22 tahun sedang tidur di tingkat atas, manakala saya dan ibu bapa tidur dalam bilik berasingan di tingkat bawah.

    “Secara tiba-tiba, kami dikejutkan oleh letupan bom, tiga adik dan sepupu saya cedera parah akibat letupan bom yang dipasang di tepi rumah,” katanya yang bernasib-baik kerana masih terselamat bersama kedua-dua ibu bapanya.

    “KERJA SIAM, LEMPAR BATU, SOROK TANGAN”
    “TRAGEDI THAI BLACK NINJA BERULANG LAGI”

    KEARAH MENGHALAU KEPARAT SIAM DARI WILAYAH-WILAYAH MILIK BANGSA MELAYU ISLAM.

  5. Imran says:

    Semoga usia moderator Patanikini dan Patani Darus Salam berpanjangan..

  6. megat sri rama says:

    kerajaan malaysia tidak mewakili aspirasi melayu marhaen.

    jangan samakan kami dengan anjing-anjing yang berada di parlimen dan bukit aman.

    kami orang melayu se-nusantara mendoakan kejayaan kamu.

    Semoga beroleh kemenangan. Dirgahayu Melayuku.

  7. rywr says:

    mari kita terima kasih kpd organisasi BRN yg mencetus revolusi yg hibat ini serta membangkit masha rakyat yg begitu susun dan rapi yg mana semua rakyat patani darusalam mengikut barsama ini pencusunnan yg ilagal sesuwai dgn perang gurila…
    di bawah bendira rivolusi ummah patani darusalam
    wasalm
    merdika

  8. Suffian Idris says:

    Saya berdoa kepada Allah yang maha Esa semoga Negeri Fatoni Darussalam Akan merdeka dan terus merdeka.

  9. Jifri Ali says:

    Fatoni Merdeka………..

  10. gsd says:

    mari kita sama sama bersatu dalam perang jihad dgn siam…
    apa yg sedang berlaku di tanah tu bagitu hibat…
    yg mana di buat dan suson oleh BRN….
    SEMUGA TERUS DIA DALAM JIHAD..
    DI TUAFIK DAN HIDAYAH DARI ALLAH…
    WASALAM

  11. gsd says:

    TETAP PATANI MERDIKA….
    MERDIKAA…
    BUKAN UTONUMI…
    HANYA MERDIKA,,,
    WASALAM…

  12. tongkatali says:

    InsyaALLAH Patani akan mendeka.
    Teruskan berjuang…

    p/s…aku amat merindui Mu wahai Tanah Usang Pusaka Moyang Ku

  13. gsd says:

    islam kan bangkit di patani…
    bersama revolusinir ummah patani…
    mari sama sama kita sokong pejuang revolusinir ini…
    semata mata krn merwah ugama bangsa dan tanah air….
    itu hasrat kita bangkit revlusi ….
    ia sebagai perang rakyat semasta…
    ia guna cara yg baik dgn prang gurialla…
    inshaaallah kita kan merdika…
    wasalam…
    DI BAWAH BENDIRA REVOLUSI UMMAH PATANI DARASALAM

  14. jala bumi subur says:

    assalamualaikum….
    demi allah,tuhan saja yg tahu setiap terajedi yg berlaku di tanah melayu (selatan thai) begitunya nasib umat islam tak lepas dari kezaliman.begitulah hidup rakyat amat terdemdam tanam perasaan begitunya sedih
    waqhai saudara ku sedarlah betapa hidup kita di hari ini sudah hilang mana hak kebebasan untuk kita,? mana hak keadilan kita? adakah kamu tau setiap saat adakah? kamu fikir
    saya berharap semuga semua sidang pembaca pakat fikar renungkanlah insyaallah nanti kita dapat merasai kemanisan yg begitunya sedap…
    wassalam

  15. KING COBRA says:

    ASKUM KEPADA AHLI PEJUANGAN
    KITA DI BUMI PATANI SEMOGA PERJUANG KITA DAPAT KEMBALI TANAH AIR KITA PATANI MERDEKA

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: