“Palestin Timur” kian berdarah!

18 Mac 2007 sejak pagi

Lebih 400 orang penduduk menunjuk perasaan dengan mengusung jenazah mereka yang terkorban. “Palestin Timur” kian berdarah!

17 Mac 2007 – 08.00 malam

Tentera Thai telah melepaskan tembakan bertubi-tubi ke atas pelajar-pelajar Islam yang sedang berada di kawasan sekolah ugama di Kampung Pia, daerah Sabayoi. Tiga terkorban dan lebih 20 cedera.

16 Mac 2007 – 08.30 pagi

Van yang dinaiki penduduk Siam diserang hendap oleh orang-orang yang bersenjata. Kesemua penumpang termasuk seorang polis berbangsa Siam terbunuh. Pemandu van tersebut yang beragama Islam berjaya menyelamatkan diri setelah mengucapkan kalimah syahadah dengan kuat. Van tersebut dalam perjalanan dari Betong ka Yala.

15 Mac 2007 – 09.00 malam

Dengan penuh geram tentera Thai telah melepas tembakan bertubi-tubi ke arah penduduk beragama Islam yang sedang berada di dalam sebuah kedai kopi di Kampung Padang Ru. Tiga terbunuh dan 20 cedera parah. Keesokan harinya, penduduk yg terdiri dari kaum wanita dan kanak-kanak menunjuk perasaan selama dua jam sehingga disuraikan oleh Gabenor Yala dengan janji untuk menangkap mereka yang bertanggungjawab melakukan pembunuhan itu.

15 Mac 2007 – jam 08.30 malam

Penduduk beragama Islam yang baru keluar dari masjid di Kampung Baruh, daerah Jaha, Yala telah ditembak dengan pelancar bom M49 oleh tentera Thai kerana membalas dendam kematian penduduk Siam pada pagi hari yang sama. Dua terbunuh dan lebih 20 cedera.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: