Tahniah Dato Najib- Perdana Menteri Baru Malaysia

Selamat menerima Perdana Menteri Baru bagi rakyat Malaysia.

Patanikini mengucap tahniah diatas perlantikan Dato Seri Najib Tun Abd Razak sebagai Perdana Menteri Malaysia yang baru. Bagi kami di Patani yang setiap hari ditindas dan dibunuh oleh penjajah Thai,tidak akan mendapat apa-apa kebaikan dari perubahan kuasa ini selagi PM baru masih meneruskan dasar sama iaitu tidak peduli terhadap ketenatan Bangsa Melayu Patani.Sebenarnya oleh kerana Dato seri najib ini anak kapada allahyarham Tun Abdul Razak, harapan kami ialah supaya beliau dapat memulih kembali dasar yang dibawa oleh ayahnda beliau dulu.

Seandainya Tun Razak masih hidup kami yakin satu perubahan Geografi telah berlaku di nusantara ini.Perubahan ini membawa kapada kekuatan kapada bangsa melayu/ugama islam yang tidak dapat di goncang saperti hari ini.

Kita dapat melihat hari ini bangsa melayu setiap hari di goncang gugat bukan sahaja oleh ajenda yahudi/nasara bahkan kuncu-kuncu mereka dari umat islam sendiri pun; yang tidak yakin lagi dengan kebolehan Melayu/Islam untuk membangun negara Malaysia.

Kita berharap Dato Najib renung lah sejenak……yakin lah dengan kebolehan bangsa kita dan ugama Islam.Bantu lah kami membebaskan Patani dari belenggu penjajahan Thai Buddist.

Kami berdoa mudah2an Malaysia kekal ditangan Islam dan orang-orang melayu,

 

Leave a Reply