PENJAJAH TERDESAK RAKYAT MAKIN BERANI

30,September 2012
Mutakhir ini nampaknya penjajah Thai telah benar-benar kecewa dan dalam keadaan dilemma(bengong).Bermacam-macam cara dan tactic telah mereka guna bagi menindas rakyat Patani.Operasi tentera,peras ugut orang kampung,pembunuhan secara kejam,penculikan orang-orang yang lemah,percubaan untuk menculik pejuang-pejuang di Malaysia dan pelbagai cara yang terfikir oleh mereka telah gunakan.Yang terakhir mereka juga menggunakan khidmat bekas-bekas pejuang bagi menjadi alat mengaku sebagai pejuang yang baru serah diri.Ada antara mereka itu yang dah beberapa kali serah diri.

Maklumat yang baru di terima dari pihak intelligents, penjajah akan mengumpul beberapa orang yang didakwa sebagai pimpinan pejuang(RKK) dengan mengadakan upacara penyerahan diri beramai-ramai berserta senjata-senjata mereka.Mereka-mereka ini adalah terdiri dari orang-orang upahan penjajah yang dulunya diarah mencipta pasukan pejuang palsu. Rakyat jangan mudah terpedaya dengan perang saraf musuh. Mereka sangat-sangat terdesak sejak akhir-akhir ini.

Serangan demi serangan secara terbuka dan bijaksana telah dilancarkan oleh pejuang. Ketika hari kemerdekaan Malaysia yang lalu pejuang telah menaikkan bendera Malaysia di lebih dari 400 tempat. Operasi ini di lakukan bagi memberitau musuh bahawa rakyat Patani masih di jajah dan menolak segala penyelesaian selain merdeka.

Kelmarin rakyat telah menunjukkan keberanian luar biasa.Seluruh rakyat Patani telah menghentikan segala jenis perniagaan dan pekerjaan pada hari jumaat. Sebelum itu pejuang telah menyeru agar rakyat menghentikan segala jenis perniagaan pada hari tersebut.Seluruh peniaga termasuk orang-orang Siam dan China menyahut  cadangan ini dengan bersama-sama berhenti berniaga di tiga wilayah !!. Tindakan ini bagi membuktikan pada penjajah dan dunia seluruhnya bahawa rakyat hanya bersama dengan pejuang menolak penjajahan yang telah berlanjutan. Tindakan seterusnya rakyat akan lebih agresif lagi menzahir non kompromi dengan penjajah. Tunggu dan lihat!!

Walaupun akhir-akhir ini penjajah telah mendapat kerjasama pihak Polis Malaysia bagi menjalankan aktiviti perang saraf,tetapi pihak pejuang juga meningkatkan kegiatan dan operasi.Banyak pemuda-pemudi yang baru telah mula berkhidmat dalam angkatan bersenjata Mujahidin. Perjuang sudah hampir dengan kemuncak kejayaan. Insyaallah segala impian akan tercapai.

About these ads

16 Responses to PENJAJAH TERDESAK RAKYAT MAKIN BERANI

  1. 941100 says:

    mampus siam … hidup patani…insaallah merdeka

  2. Dollah says:

    Apa sahaja yang kita fikir mustahil akan menjadi TIDAK MUSTAHIL lagi (POSSIBLE) dalam dunia ini.. Dengan izin Allah swt. Kuun fayakuun….

  3. sa isma says:

    Moga kejayaan akan dikecapi bersama insyaAllah…

  4. Bubu says:

    Menghalang berniaga hari Jumaat? Operasi paling bodoh pernah aku dgr dilakukan oleh pejuang..
    Pejuang harus menyukarkan pihak berkuasa, kalu menyukarkan kehidupan penduduk awam tu tak lama lah tu..

  5. tokki says:

    revolusi yg berkat sedang mara dan maju di bumi patani
    do`a do`a do`a

  6. pakchumat says:

    Bubu kena hati-hati dulu jangan cepat buat kesimpulan, Pakcumat dengar banyak pihak mengatakan itu permainan Siam. Kita takut itu satu perangkap dan polisi halus Siam. Cuma kenapa BRN masih diam membisu seribu bahasa, menjadikan suasana tidak jelas, keliru… yang boleh dipergunakan Siam…. sudah sampai masanya…. selepas MILF selesai giliran kita pula datang, rebutlah peluang ini sebaik mungkin.

  7. wana says:

    mcm mana nak jual ,kena ugut bunuh dan nak kerat telinga, mcm mana nak memerintah begini kalau setiap perkara di buat dengan paksaan..

  8. masril mat rosdi says:

    InsayAllah kemenagan pasti datang pada pihak kalian…teruskan perjuangan menuju syahid!…Allahuakbar!..

  9. azinang says:

    Satu perkara yg saya org luar tidak faham, org melayu di selatan Thailand menganggap org Siam penjajah ( memang betul pun) tetapi saya dapati org Melayu disana dng bangganya berckp sesama melayu bahasa siam…..pelik.

    Kalau kita perhatikan di Malaysia ini, org cina atau india jarang berckp sesama mereka bahawa Malaysia, tetapi berlaku sebaliknya di selatan Thailand…….kenapa ?

    • Onk-onk says:

      Sebab yg kata Siam itu penjajah dan yg beria-ia nak memerdekakan Patani ialah Melayu Malaysia..
      Itu pun azinang tak tahu jah?

  10. Raja Azrul Shah says:

    Isu menaik bendera dan halangan untuk berniaga pada hari jumaat bukan sesuatu yang baru dilakukan di Patani. Malahan perkara sering berlaku secara berulang-ulang semenjak konflik muncul kembali pada tahun 2004 yang lalu. Polemik yang berlaku ini boleh dianggap sebagai strategi pihak-pihak yang berkonflik. Namun harus kita fahami bahawa penafsiran bagi setiap perkara yang berlaku itu mestilah berdasarkan logik yang berdasarkan ilmu. Jangan sekadar menuduh membabi buta sehingga terperangkap dalam jerat musuh. Bagi isu naik bendera, walaupun kita dapat keupayaan pejuang melakukan serangan secara rahsia dan terancang namun agak mustahil untuk menggantung bendera dalam jumlah yang begitu banyak dalam keadaan yang berjaga-jaga supaya tidak dikesan oleh pihak berkuasa. secara logiknya mustahil ini berlaku kalau bukan pihak berkuasa sendiri yang melakukannya. berkenaan dengan larangan meniaga hari jumaat, saya merasakan ianya membebankan dan menyusahkan rakyat. logiknya, pejuang hari ini berusaha untuk ambil hati rakyat dan mustahil pejuang melakukan perkara-perkara yang menyusahkan rakyat.

  11. awang says:

    FREE PATANI LAND – THAILAND ARE COLONIZER!!!

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.

Join 30 other followers

%d bloggers like this: