Alfatihah!
Kita sedekahkan berbanyak-banyak alfatihah untuk para syuhada’ yang gugur di bumi takbai(tabal) pada hari ini empat tahun yang lalu.Setiap tahun bermula dari trajedi yang berdarah itu umat islam Patani diseluruh dunia menyambut dengan membaca fatihah dan tahlil bagi dihadiah kan pada syuhada’ tersebut.
Kekejaman penjajah thai memang satu perkara yang ma’aruf bagi orang-orang patani.Cuma negara-negara jiran ASEAN dan OIC sahaja yang memekak telinga dan membuta mata atas alasan tak mau campur tangan urusan dalam negeri Thai. Ini termasuk lah pemerintah Malaysia,Indonesia dan Brunai. Mereka mau menjaga ketenteraman serantau. Sejak perjanjian ANGLO-BANGKOK 1902-1909 yang membahagi kan bumi patani diantara Siam dan British bangsa patani hidup dalam keadaan mengharap penuh kehinaan. Mengharap ada ikhwan Islam serantau atau dari tempat yang lain yang bersimpati!!!.
Rupa -rupa nya ia solah-olah satu fobia bagi bangsa melayu,bila nama patani disebut, sehingga untuk menyebut patani pun mereka takut hatta itu kami digelar orang Selatan Thai, orang siam dan pelbagai lagi nama-nama yang menghina bangsa melayu patani. Ingatlah saudara-saudara ,walaupun masakini kami masih dijajah dan dalam keadaan serba kekurangan akan tetapi kami mempunyai anak-anak muda jenerasi baru yang berbekal dengan roh jihad dan keinginan untuk mengorban kan diri demi Islam !!!. Sekali lagi diingatkan, jangan membiarkan perjuangan kami bergerak sendirian.Ini akan membawa kesan yang buruk pada jiran-jiran Patani bila kami merdeka nanti.Kami akan terasa terhutang budi dengan saudara-saudara seugama jika dari sekarang bersama-sama berjuang dengan kami,dan menghulurkan pelbagai bantuan.Semua Islam adalah bersaudara. Di padang ma’syar kita akan di soal oleh allah akan apakah usaha-usaha yang dilakukan untuk membantu umat islam patani yang tertindas.Tirulah saperti bangsa arab yang menjadikan isu Palestin sebagai isu arab. Kerana Thailand dalam kerja penindasan bukan bersendirian. Mereka ada Amerika dan zionis di belakangnya.
Keganasan yang dilakukan setiap hari oleh penjajah thai terhadap orang patani menjadikan mereka bangsa yang paling ganas di alam ini dan meletakkan kami lebih rendah dari taraf binatang makhluk pengacau yang harus dihapuskan. Kami masih bersabar. Sabar. Sabar.Dan terus sabar sehingga sampai ketentuan allah swt!!
Sehingga sekarang perjuangan ini telah menjadi lebih tiga ribu anak -anak yatim yang kehilangan bapa ,yang syahid dalam perjuangan atau menjadi mangsa penghapusan etnik oleh penjajah thai.Mereka mengadakan berbagai pasukan dan ejensi-ejensi bertujuan untuk menghapuskan umat islam.Tentera-tentera terutamanya seghe pran diberi hadiah besar jika dapat membunuh orang-orang kampung yang tak tau apa-apa.Polis menangkap orang-orang kampung tanpa membebaskan mereka kerana mangsa ini terus di ghaib kan.Mungkin orang luar yang membaca berita ini merasakan kan kami sengaja meng sensasi kan isu ini. Percaya lah cerita-cerita ini adalah benar.Orang kampung setiap hari hidup didalam ketakutan.
Penjajah ini menggunakan bangsa melayu sendiri untuk melindungi perbuatan mereka ini.Mereka mengupah golongan Wahbi dan pengkhianat lain lagi bagi menafikan tuduhan dakwaan kami ini.Mereka menjanji kan pada golongan ini kesenangan dan bantuan-bantuan untuk segala urusan golongan ini.Mereka juga mengupah sesetengah pegawai negara jiran bagi menekan pejuang-pejuang yang berlindung dinegara jiran.
Mangsa-mangsa keganasan pengganas thai
وَعَدَ ٱللَّهُ ٱلَّذِينَ ءَامَنُواْ مِنكُمۡ وَعَمِلُواْ ٱلصَّـٰلِحَـٰتِ
لَيَسۡتَخۡلِفَنَّهُمۡ فِى ٱلۡأَرۡضِ ڪَمَا ٱسۡتَخۡلَفَ ٱلَّذِينَ مِ
قَبۡلِهِمۡ وَلَيُمَكِّنَنَّ لَهُمۡ دِينَہُمُ ٱلَّذِى ٱرۡتَضَىٰ لَهُمۡ
وَلَيُبَدِّلَنَّہُم مِّنۢ بَعۡدِ خَوۡفِهِمۡ أَمۡنً۬اۚ يَعۡبُدُونَنِى لَا
يُشۡرِكُونَ بِى شَيۡـًٔ۬اۚ وَمَن ڪَفَرَ بَعۡدَ ذَٲلِكَ فَأُوْلَـٰٓٮِٕكَ
هُمُ ٱلۡفَـٰسِقُونَ (٥٥)
Allah menjanjikan orang-orang yang beriman dan beramal
soleh dari kalangan kamu (wahai umat Muhammad) bahawa
Dia akan menjadikan mereka khalifah yang memegang kuasa
pemerintahan di bumi, sebagaimana Dia telah menjadikan
orang-orang sebelum mereka khalifah yang berkuasa; dan Dia
akan menguatkan dan mengembangkan agama mereka (Islam)
yang telah diredhaiNya untuk mereka; dan Dia juga akan
menggantikan untuk mereka keamanan setelah mereka
mengalami ketakutan (dari ancaman musuh). Mereka terus
beribadat kepadaKu dan tidak mempersekutukan-Ku. Dan
(ingatlah) sesiapa yang kufur (engkar) sesudah itu, maka
mereka itulah orang-orang yang fasik.
(Surah an-Nur: 55)
Allahumma solli ala muhammad wa aali muhammad







Posted by Abu Patani