Ketika detik nadi bangsa melayu bergerak deras di bumi berdarah Patani (yang sedang berjuang membebaskan tanah air dari penjajah Siam) kita di kejutkan dengan gegaran penunjuk-penunjuk perasaan orang-orang hindu yang dikenali dengan nama ‘HINDRAF’ atau Hindu right action force (Gera kan bertindak mempertahankan hak-hak hindu) di kuala lumpur. Seluruh bangsa melayu terbeliak biji mata tidak sangka orang-orang hindu di Malaysia begitu berani dan kurang ajar membuat tuntutan-tuntutan yang mencabar Islam dan orang-orang Melayu!!.
Hanya orang-orang islam yang dihanyut kan dengan arus kebendaan dunia sahaja yang tidak peka dengan penghinaan itu.
Mereka mendakwa kerajaan Malaysia yang di dalangi oleh ekstrimis islam telah menjalankan ethnic cleansing atau genocide terhadap orang-orang hindu di Malaysia.Dalam lapuran mereka kapada United Nation menyatakan bahawa setiap hari orang-orang hindu dibunuh dan kuil-kuil diroboh secara zalim di negara itu. Mereka juga membuat tuntutan pampasan kewangan daripada kerajaan United Kingdom kerana membawa mereka ka Malaya secara paksa untuk menjadi kuli di Tanah Melayu diabad yang lalu.
Mereka menuntut supaya kerajaan Malaysia memberi layanan kapada orang hindu sama taraf dengan orang-orang islam. Mereka juga menuntut supaya kerajaan Malaysia menubuhkan Jabatan hal ehwal bukan islam saperti Jakim.
Ada tanda-tanda yang kebanyakan pemimpin politik melayu di Malaysia samaada takut kapada ugutan puak-puak hindu atau munkin mempunyai perkiraan politik untuk kepentingan partai masing-masing.Ada pemimpin islam yang berjanji untuk membina semula kesemua kuil-kuil yang di roboh jika partainya berkuasa.Dalam kelam kabut masaalah hindu ini timbul pula puak-puak kristian membantah larangan penggunaan perkataan allah bagi orang kristian.
Alangkah hina dan memalukan bagi mana-mana bangsa melayu yang tidak merasa terhina dengan tuduhan dan tuntutan itu.
Orang Patani pada tahun 2004 mengadakan tunjuk perasaan didepan balai polis Tabal kerana mendesak ingin tahu nasib enam orang pengawal kampung yang ditangkap oleh polis Thai. Mereka mengadu dan merayu kapada kerajaan penjajah Thai supaya membebaskan keenam-enam pengawal kampung tersebut. Hanya dengan bersuara demikian mereka disuraikan dengan peluru bedil dan dibunuh secara kejam tanpa henti-henti hingga sekarang. Setiap hari orang-orang melayu (tuan punya tanah Bumi Patani) dibunuh, diburu dan beribu-ribu ditahan tanpa bicara (ISA).
Penghinaan dan pembunuhan di Tabal, demonstrasi rakyat Patani
Kekejaman dan massacre oleh penjajah Siam di tabal dan masjid kerisik
Sedangkan orang Hindu yang menuduh ekstrimis islam melaku ethnic cleansing dan memalu gendang perang dalam demonstrasi di Kuala Lumpur hanya disuraikan dengan air gas pemedih mata. Dan hanya lima orang dikenakan ISA !!
Kalau di Malaysia kerajaan melakukan ethnic cleansing maka apakah jadah istilah yang hendak beri pada apa yang berlaku di Patani?????
Bukan lah maksud Patanikini memehak kapada kerajaan Malaysia, tetapi ingin memberi kesedaran pada orang-orang melayu di Malaysia yang kuasa masih lagi di tangan mereka.Jangan tunggu sampai jadi macam Patani baru mau bangun dan celek.Orang melayu Patani akan mudah terasa dengan apa sahaja nasib malang yang menimpa dan bakal menimpa bangsa melayu dimana saja.
Ramai orang melayu tidak tahu sejarah kejatuhan empayar dan kerajaan melayu disekitar segenting kera satu persatu sejak dua ratus lima puluh tahun lalu.
Kerajaan-kerajaan melayu duhulu yang di kenali dengan nama Ligor, Rundung,Terang,Cahaya, Gherbi, Bukit/Ujung Salang, Bendelung dan Singgora sekarang telah berubah menjadi Nakhorn Sri Thamarat, Ranong, Chaya, Trang, Krabi, Phuket, Patthalung dan Songkhla. Kesemuanya hanya berlaku dalam masa 250 tahun. Kesemua orang melayu dinegeri-negeri tersebut sudah tidak bisa berbahasa melayu dan redha di jajah Siam!!!!!!.Astaghfirullah, hanya baru dua ratus tahun lebih sahaja.
Begitu juga Patani mula jatuh pada tahun 1786 .Tapi masih tidak berhenti berjuang hingga sekarang. Peperangan sekarang bukanlah yang terhebat pernah berlaku pada bumi Patani. Pada tahun 1831-32 penjajah Siam mengerah 300,000 tentera untuk berperang dengan Patani. Kerajaan British membantu dengan menyekat jalan laut Kedah-Trang, kerana Patani dibantu oleh Kedah Kelantan dan Trengganu untuk menyerang ikut jalan laut.
Berikutnya si laknatullah penjajah British telah bersengkongkol dengan Siam membahagi-bahagikan bumi Patani pada tahun 1902 – 1909 dalam perjanjian Anglo-Bangkok treaty !!!
Dengan pengalaman yang telah lalu ini pantang bagi pejuang-pejuang Patani yang sebenar meminta bantuan dari kuasa-kuasa barat, Apa tah lagi untuk melantik mereka menjadi orang tengah dalam sebarang perundingan.
Rakyat dan Mujahidin Patani lebih rela berperang habis-habisan dari membenarkan diri di peralatkan oleh kuasa-kuasa atau NGO barat!!!.Awas mana-mana pejuang atau wakil pejuang yang sentiasa berusaha mencari jalan damai dengan pujukan dari luar negara.
Ingatan ini juga harus diberi kapada kesemua pemimpin-pemimpin perjuangan supaya berhati-hati dengan bermacam-macam taktik yang diguna oleh musuh untuk menghentikan kebangkitan ini.
Kita harus ingat bahawa buat masa ini tidak ada siapa yang berminat untuk membantu kita hatta bangsa kita sendiri yang berada di Nusantara. Bangsa melayu tidak peka saperti bangsa-bangsa tua lain di dunia. Bangsa Cina ,India dan Yahudi, bahkan Arab pun tidak rela melihat bangsa mereka di tindas oleh bangsa lain,walau pun berada di berlainan negara.
Baru-baru ini kita di beritau oleh pemimpin melayu di Malaysia tentang kejayaan orang-orang melayu sejak lima puluh tahun dulu.Orang melayu telah berjaya dalam pelbagai bidang.Bahkan sudah ada melayu yang jadi angkasawan!!.Dan pak Lah mengajak orang melayu memandang lima puluh tahun kehadapan.
Adalah perlu diingat kan sekali lagi, bagi bangsa melayu di Patani bukan hendak memikir kan lima puluh tahun kehadapan, tetapi memikirkan apa akan jadi dengan nasib bangsa melayu Patani esok jika keadaan hari ini berterusan tanpa berubah.Tanpa siapa-siapa pun abang-abang kami yang peduli dan kami bersendirian berjuang.Sedang kan Penjajah Thai mendapat segala bantuan dari kuasa-kuasa barat dan negara-negara jiran untuk menghapuskan kami. Kami harus berperang hari ini untuk terus hidup esok, walaupun tanpa senjata yang cukup dan canggih. Pihak luar terutama nya negara-negara islam sentiasa dibohongi oleh penjajah Thai dengan maklumat palsu tentang suasana di Patani. Mereka membunuh kami secara babi buta setiap hari dan malam.Berbagai taktik baru mereka guna untuk membunuh kami.
Sekarang mereka bukan sahaja dapat bantuan dari negara-negara jiran, bahkan mereka juga telah dapat mendidik tokoh baru dari orang-orang melayu bagi membantu mereka.Dengan kemenangan beberapa pengkhianat dalam pilihanraya baru-baru ini.
Mereka boleh mengharapkan tokoh-tokoh saperti Wan Mahadi dan Nik dir waba untuk membantu propaganda mereka. Pilihanraya kali ini adalah amat mendukacitakan,kerana sebahagian orang-orang melayu masih boleh bekerjasama dengan penjajah terutamanya dengan Panlop Pinmanee yang mengarahkan pembunuhan di Masjid Kerisik.Walau partai mana yang menang pun mereka tetap musuh islam.Mereka akan tetap meneruskan dasar penghapusan orang-orang melayu Patani.
Tentang sikap orang-orang melayu ini rata-rata nya sama saja, baik yang berada dalam negeri Thai saperti wilayah-wilayah yang majoriti islam saperti ujung salang(phuket), ghrabi, ligor atau setul, atau di luar negara saperti di Malaysia. Orang-orang melayu di Malaysia masih tidak peka dengan apa yang berlaku di Patani.Dan kalau ada yang tahu pun menganggap bahawa masalaah Patani tak ada kena mengena dengan mereka.Ada yang marah-marah pada orang Patani yang berada di Malaysia kerana tak mau terima tawaran penjajah Thai.Yang lebih menduka citakan lagi mereka ini orang-orang politik yang memperjuangkan nasib islam dan melayu di Malaysia. Memang dhaif sungguh nasib bangsa melayu yang berada di Patani atau luar Patani.
Bangsa melayu seluruh dunia perlu faham bahawa kami orang-orang Patani tidak rela lagi dijajah walau sedetik pun.
Peperangan kami dengan orang-orang Thai(dulu ta’i) sudah berlanjutan sejak zaman Langkasuka (Patani sebelum islam) lagi. Sudah lebih enam ratus tahun kami berperang dan tidak akan jemu berperang sehingga enam ratus tahun lagi jika bumi ini masih mereka jajah. Mereka keluar seluruhnya atau kita akan sama-sama lihat siapa yang dapat bertahan.
‘Wahai bangsa melayu yang masih berugama islam, mari lah sama-sama berganding bahu dengan kami bagi berjihad menegak islam di bumi ini.Semua orang melayu yang masih mengaku orang Patani saudara mereka di alu-alukan berganding bahu di medan perang. Curah lah apa-apa bantuan yang kamu mampu bagi membantu saudara kamu yang dhaif material ini. Pengajaran bagi umat islam melayu di Malaysia ialah hargailah negara tersebut sebelum terlambat saperti apa yang terjadi pada empayar melayu di sekitar Segenting kera!!!!!
ALLAHUMMA SOLLI ALA
MUHAMMAD
WA AALI MUHAMMAD



January 5, 2008 at 3:33 pm |
wahh..aku ingatkan pembaca berita TV Thai saja berbaju hitam kerana berkabung 15 hari di atas kemangkatan kekanda Raja Thai..rupa-rupanya blog ini pun turut prihatin dan berkabung dgn menukar warna latar menjadi hitam…mantap..mantap..
January 16, 2008 at 8:05 am |
islam kan bangkit di patani…
bersama revolusinir ummah patani…
mari sama sama kita sokong pejuang revolusinir ini…
semata mata krn merwah ugama bangsa dan tanah air….
itu hasrat kita bangkit revlusi ….
ia sebagai perang rakyat semasta…
ia guna cara yg baik dgn prang gurialla…
inshaaallah kita kan merdika…
wasalam…
DI BAWAH BENDIRA REVOLUSI UMMAH PATANI DARASALAM
February 20, 2008 at 3:13 am |
Apa beria-ia sangat nak berebut pasal tanah air yang sedikit itu. Itulah silap Melayu dari dulu lagi, cuba nak ikut kaum lain berebut akan bumi kurniaan Allah ini untuk umat manusia. Mari kita jadikan dunia ini negara kita! Lihat saja Yahudi, Cina dan India, dimana-mana pelusuk dunia mereka ada, dan mereka berjaya dalam semua bidang. Bila kita berjaya dalam berbagai bidang semuanya boleh kita kuasai. Lihat saja Yahudi hampir seluruh dunia mereka telah kuasai. Kita bila lagi? Kalau asyik takut nak hijrah, walaupun amat disarankan oleh Rasulullah. Oh! sayang nak tinggalkan kampung halaman. Kalau kita kaji betul-betul umat Islam yang berada di luar negara Islam lebih maju dari segi fisikal, mental dan bathin mereka biarpun tampuk pemerintahan dibawah bukan Islam. Lihat saja negara Islam yang memerintah sendiri adakah mereka aman damai, tidak sudah-sudah bergaduh dan bergasak sesama-sendiri, apakah jadahnya semua ini. Melayu pun tak jauh beza! Nasib Melayu Patani sudah jadi suratan, apa nak buat Allah tentukan lebih baik Melayu Patani dibawah pemerintahan Siam Buddha dari perintah sendiri. Ambil saja ikhtibar kesilapan orang dahulu, jangan diulang dan didik anak-anak bercita-cita besar supaya maju dalam semua bidang daripada latih anak-anak jadi ‘gedebe’ kampung yang tidak sampai kemana pun. Beberapa soalan perlu anda tanya diri sendiri dulu sebelum angkat senjata, bom sana bom sini; Adakah kerajaan Siam sekarang menyekat kamu dari melakukan ibadah-ibadah asas, solat, puasa haji, tiada bukan? Nah kalau tiada, baik jangan membazirkan wang dan tenaga dengan perjuangan senjata yang tidak tentu dan tahu bila boleh menang, entah-entah tewas saja ditengah jalan. INGAT PERJUANGAN DALAM ISLAM ITU LUAS; Pilihlah yang luas jangan pilih yang sempit kelak nanti tersepit. Wassalam.
September 16, 2009 at 12:46 am |
untuk Ludbafital ….anda silap perhitungan Ludbafital.yang adelh jihad menghalau penjajah dr bumi pattani..bukanya mereka hijrah..apa guna bejayaalam segenap bidang tapi islam yg didaulatkn tidak berada pd tempatnya….islam mesti diatas….kenape kita perlu jdkn yahudi contoh..yabg adepun..contoh pengkhianatan mereka terhadap Allah…anda prlu belaja lg terutama tfsir alquran dn sejarah nabi kita
April 28, 2008 at 5:04 pm |
Semoga Allah mmberi kemenangan kepada Patani…sy sentiasa doakan kesejahteraan masyrakat Patani..
April 30, 2008 at 3:38 pm |
Pada anggapan saya,munkin ludbafital tinggal di negara yg sudah merdeka.Cara memikiran pun sudah maju.(konon)???
Alasan utk. melepaskan tangan,menutup mata dgn apa yang berlaku di negara-negara islam kini.
anda munkin berada di Malaysia,Persoalan saya mengapa Tungku Abdul Rahman dulu tuntut kemerdekaan dari british,alangkah baiknya kalau Malaysia kekal sebagai tanah jajahan British yang maju tu…….
October 10, 2008 at 5:28 pm |
gambar2 yang menyertai tulisan ini, semuanya asli? jaman udah segini maju, patani yang saya kenal waktu kecil ternyata ga jauh berbeda. menyedihkan!
December 2, 2008 at 11:56 pm |
Allahu Akbar! Allahu Akbar! mana orang Indonesia lagi yang ingin membantu saudara2 muslim patani! ooooiii! cepat sebelum ajal menjemput! ayo kita berjihad!
May 23, 2009 at 7:46 pm |
Ya Allah selamatkanlah umat islam pattani yang saban hari ditindas oleh umat kafir laknat, kasihan melihat keadaan bangsa melayu pattani masih terumbang ambing mencari penghidupan yang selesa dibumi sendiri, Yaa Allah berilah pembalasan yang setimpalnya terhadap musuh islam, berilah kekuatan dalam memperjuangkan syiar islam, Allahu Akbar! Allahu Akbar! Allahu Akbar!
June 19, 2009 at 7:42 am |
ludbafital, nama kau ni macam merapu je, dah la komen kau menyakitkan hati, kau ni memang jiwa me layu sejati. tak reti simpati, dah la tak nak menolong sokong pun kau tak nak.tak payah la kau nak ajar org patani pasal hijrah ke apa ke, hijrah nabi untuk mencari kekuatan , kalau orang patani hijrah org siam tepuk tangan dapat tanah percuma . lepas tu hak kerakyatan hilang jadi makin sempitlah tanah melayu . jangan ingat kau tu bijak sangat. dah la cakap macam pengecut ajar pula orang lain suruh jadi pengecut. KEPADA PEJUANG PATANI BERTAHANLAH INSYAALAH KEMENANGAN DATANG . BETULKAN NIAT FISABILILAH UNTUK AGAMA BUKAN UNTUK BANGSA ATAU TANAH, INSYAALLAH BERJAYA TAK DI DUNIA AKHIRAT PASTI ADA GANJARANYA. MATI PASTI AKAN DATANG , CUMA PILIH SECARA BEMARUAH DAN SYAHID ATAU SECARA MALU DENGAN TUNDUK PADA SI KAFIR. TAK MENANG SEKARANG PUN TAK APA BIAR SIAM TAHU DIA BERURUSAN DENGAN ANAK MELAYU BERAGAMA ISLAM YANG BERANI, UNTUK MENDAPAT KEMENANGAN PERJUANGAN INI MASIH JAUH, BIARLAH ANAK CUCU KITA YANG MERASAI NIKMAT KEBEBASAN YANG KITA MULAKAN HARI INI DAN KEJAYAAN BUKABLAH BESOK TETAPI PASTI AKN DATANG.
June 27, 2009 at 8:58 pm |
Saudara2ku di Patani, nyata sekali tulisan ini utk menyedarkan bangsa Melayu supaya memerdekakan patani dari cengkaman Thailand.
Ingatlah perjuangan menuntut kemerdekaan itu bukan setakat mengangkat senjata. Lihatlah Melayu Patani yang serba kekurangan dari segi agihan ekonomi, bijak pandai & pemimpin (ya memang perit untuk diakui). Dengan keadaan yang serba kekurangan ini, apa mungkin anda boleh menentang kerajaan Thai yang maju dan mendapat sokongan dari pelbagai pihak?…
Tulisan ini jelas sekali mencadangkan supaya kemerdekaan Patani diraih dengan peperangan. Saudara2ku di Patani, percayalah…peperangan yang berlanjutan hanya akan memundurkan bangsa Melayu Patani. Jika kemunduran ini berterusan…bagaimana mungkin anda boleh membebaskan diri dari cengkaman Thailand?…
Sudah berapa ratus tahun anda berperang?…600 tahun?…200 tahun?…mengapa tidak gunakan kesempatan ini berdiplomasi dengan kerajaan Thailand?
Gunakan saluran “aman” untuk membebaskan diri dari cengkaman mereka. Pertama sekali dapatkan hak memajukan pendidikan anak2 Melayu yakni lahirkan seberapa ramai cerdik pandai Melayu. Kedua selari dengan perkembangan pendidikan tingkatkan kesedaran bangsa Melayu untuk memajukan ekonomi. Apa salahnya menubuhkan kesatuan2 bercorak ekonomi untuk membantu meningkatkan tahap hidup rakyat Patani.
Percayalah, dengan kelahiran cendekiawan & kebangkitan ekonomi Melayu Patani, anda akan mempunyai kemampuan untuk memerdekakan Patani. Beginilah caranya Msia mencapai kemerdekaan tanpa menumpahkan darah walau setitik pun….
July 15, 2009 at 2:48 pm |
Saya sebagai seorang warga Pulau Pinang dan serta seluruh rakyat Pulau Pinang mendoakan kepada para mujahid di Patani, semoga Allah menghantar bala tentera bersama-sama dengan, bersabarlah kalian, kumpulan kami akan bersama dengan kalian tidak lama lagi…
Ya Allah kuatlah semangat para mujahid yang sedang berjuang di atas agaMu di Patani…
July 24, 2009 at 4:06 am |
Ya Allah ya Tuhan ku, hanya pada mu kami meminta pertolongan dan berserah dan hanya kehendakmu Ya Allah segala benda dan perkara boleh berlaku. Justeru Ya Allah ya Tuhan kami hanya dengan keizinan dan kekuasaan mu sahajalah memungkinkan kemerdekaan negara umat Islam yang menjadi pengikut Nabi Muhammad SAW mencapai kebebasan dan dapat mentadbir sendiri kawasanya. Amin..
September 16, 2009 at 2:19 am |
Assalamualaikum
Berjuang lah, sebenarnya kami di malaysia juga berjuang untuk menjelaskan kembali sejarah bangsa dan tanah melayu setelah di momokkan pejajah-penjajah, raja-raja sekutu dan pemimpin-pemimpin yang bersekongkol dalam perjanjian kemerdekaan tanah melayu dahulu, dengan membetulkan sejarah mungkin dapat membantu saudara-saudara sebangsa dan seagama di sana.
http://sejarahnagarakedah.blogspot.com/
http://www.naim-firdausi.blogspot.com/
http://themalaypress.blogspot.com/
kami disini sudah mula terbuka mata, insyaallah berdoa la pembangkang terutama PAS di Malaysia berjaya, jangan diharap pemimpin kami yang menerajui Malaysia sekarang kerana bangsa sendiri tidak mampu mereka bantu, mereka hanya mementingkan kroni mereka sahaja.