Berita kekejaman penjajah Thai

 Patani- 29-05-2007

Wakil Patanikini telah menemui risalah yang di tabur oleh pihak tertentu tentang satu peristiwa yang menyayat hati tentang keganasan tentera penjajah thai terhadap orang kampung.Risalah itu telah di tulis dalam huruf jawi dan Thai.

Patanikini telah menyalin samula risalah asal itu kadalam tulisan rumi.:-

Kepada saudara kami seagama, sebangsa dan setanahair 

Dengan terjadinya peristiwa kekejaman tentera terhadap umat Melayu Patani:- 

1)    Penembakan terhadap beberapa buah masjid dan musolla.

2)    Penembakan terhadap orang-orang kampung yang tidak bersalah.

3)    Penembakan tempat-tempat belajar agama, sekolah dan pondok.

4)    Penangkapn terhadap anak-anak muda lelaki dan perempuan.

5)    Pemerkosaan/rogol terhadap anak-anak muda Melayu Islam.

6)    Dan lain-lain. 

Peristiwa seperti ini bukan berlaku hanya sekali sahaja bahkan berulang-ulang kali seperti yang baru-baru ini berlaku di sebuah Kampung Basar lapan (Sepung) daerah Jaha pada jam 2:00 petang tanggal 22-05-2007, satu pasukan tahan peran masuk melalui Kampung Lending daerah Jaha. Setelah sampai jam 5:30 petang, pasukan tersebut menuju ke sebuah kampung kecil yang bernama Basar Lapan dan terus memasuki sebuah rumah orang kampung, kemudian menembak kepala keluarga di dalam rumah tersebut. Sedangkan salah seorang anak perempuan dapat menyelamatkan diri, namun yang satu lagi ditangkap dengan tidak ada perikemanusiaan lagi, tahan peran yang berjiwa binatang itu merogol dan membunuh sampai mati. Bukti dari kekejaman itu dapat dilihat dari keadaan mayat yang mana wajah dan bahagian lehernya biru dan lebam. Di bahagian belakang terdapat bekas luka-luka banyak sekali, seluar dalam ditarik sampai ke hujung kaki.Namun si isteri (ibu) apabila melihat kejadian tersebut melarikan diri menuju ke rumah adik perempuannya . Ketika itu didapati hujan sangat lebat, setelah ia membuka pintu rumah dengan tidak sangka didapati satu pasukan lagi sedang menembak terhadap dua anak saudara yang berada di situ. Dia pun langsung pengsan bersama dengan adik perempuan itu. Kemudian pasukan tersebut mengambil kain selimut menutup ke atas mereka berempat serta membakar. Namun dengan izin Allah S.W.T. api hanya menyala sebahagian sahaja. Sebelum pasukan tersebut mengundurkan diri dari tempat itu mereka melepaskan tembakan ke arah rumah-rumah yang lain secara membabi buta.Tindakan biadab seperti ini sangat menikam hati umat Islam di merata tempat. Bagaimanakah jika peristiwa ini berlaku terhadap keluarga kita sendiri. Oleh itu kami atas nama rakyat yang derita berharap kepada tokoh-tokoh agama seperti tok imam, tok guru, ustaz dan sebagainya dengan ikhlas hati mengajak makmumnya melakukan solat hajat pada setiap hari sehingga umat Islam terselamat daripada tindakan yang sangat ganas ini. Wassalam                                                                                     Dari rakyat yang menderita.

About these ads

6 Responses to Berita kekejaman penjajah Thai

  1. shazad says:

    hi very interesting post i can understand what you mean

    __________________________________
    A journey of a young UK based Muslim

    http://www.islam4me.co.uk

  2. Cucu Tok Bendangdaya Nusantara says:

    TAKTIK PERANG GERILA HALAU SIAM DARI WILAYAH MELAYU

    Wahai saudaraku,

    Pertama sekali saya ingin mengucapkan sekalung TAHNIAH diatas kejayaan sulong dalam PERANG GERILA saudara pada 22 April 2005 yang lepas terhadap penjajah Thailand. Saudara telah membuktikan bahawa dengan kekuasaan dan izin Allah s.w.t, apa sahaja yang difikirkan mustahil oleh mereka akan menjadi kenyataan. Yakinlah.

    Sebagai seorang yang berbangsa Melayu dari rumpun Kepulauan Melayu Nusantara, saya ingin melahirkan rasa terharu dan bangga diatas kejayaan pihak pejuang kemerdekaan Patani membunoh tentera pengganas Siam yang pernah berperangai bagaikan binatang buas, ganas laparkan darah manusia semasa meleraikan tujuk perasaan secara aman tanpa senjata berat di Tak Bai Police Station, Pekan Tabal, Patani Darussalam. Apakah kita sebagai manusia yang berhati-perut sanggup melihat sanak-saudara sendiri dikerjakan polis Siam tanpa pendakwaan yang sah serta diseksa sebegitu rupa? Ada juga yang diseksa sampai mati. Dan ada juga yang matinya tanpa berkubur. Semua kebimbangan masyarakat Patani yang berakar-umbi sekian lama adalah dari pengalaman dan ianya adalah berasas. Apakah mereka patut dipersalahkan di atas segala kebimbangan ini?

    Saya juga ingin mengambil kesempatan ini semoga pihak saudara kita disana akan sentiasa mengambil sikap waspada dan berhati-hati dalam setiap misi (mission) atau gerakan yang telah dan akan dilancarkan. Pastikan saudara memiliki satu perancangan yang jelas dan mampu dipatuhi semua ahli masyarakat anda sehingga ke akar-umbi. Tempoh masa bagi sesuatu target juga mestilah bersesuaian dengan kemampuan. Sebagaimana yang dimaklumi semua, mobiliti seharian juga adalah terbatas semenjak perintah decree dilaksanakan oleh diktator Thaksin. Namun semangat juang anda janganlah dibataskan walau seincipun. Pupuk dan wawarkanlah dari masa kesemasa kepada semua penduduk kampong dan desa dengan kefahaman dalam bab jihad. Pastikan masjid, surau, madrasah dan pondok menjadi tempat yang paling sesuai bagi menanam kefahaman yang berkaitan akidah, kewajiban dakwah dan bab jihad. Mengatur strategi yang ampuh juga adalah suatu keperluan dalam tertib perang gerila. Tanpa strategi ampuh dan bersepadu dalam suatu misi sulit sebegini rupa bermakna kita sudah kalah sebelum berjuang.

    Bagi merangka strategi jangka panjang, hantarkanlah anak-anak anda supaya tekun menuntut ilmu dunia dalam berbagai bidang terutama sekali dalam bidang pentadbiran negara dan organisasi, ekonomi moden, falsafah moden, akauntan, pembedahan dan perubatan (doctor), guaman (lawyer), akitek bangunan(architect) dan kejuruteraan (engineer) sebagai pemimpin pelapis masa hadapan bagi sebuah Negara Patani Raya yang MERDEKA. Dengan izin Allah bersama usaha yang gigih dari segenap lapisan masyarakat dari setiap peringkat akar-umbi, semoga matlamat perjuangan anda akan tercapai. Insyaallah.

    Saya juga ingin mencadangkan juga semoga anda dapat mewujudkan sebuah gagasan yang bersifat “MULTIPLE-STRATEGY” dalam berbagai bentuk dan penjuru, samada secara halus atau nyata. Samada diperingkat tempatan, serantau atau antarabangsa semoga semua orang tahu bahawa perjuangan Rakyat Patani sebenarnya adalah masalah negara serantau dalam ASEAN. Sekiranya ia terus dibiarkan berlanjutan, lambat-laun ianya akan menjadi sebuah isu antarabangsa yang amat berbahaya seperti apa yang telah berlaku di bumi Arab, Palestin. Malah berpotensi menjadi isu pencabulan hak asasi manusia sejagat. Kepada pemimpin Thailand yang sangat gila-perang, dia mestilah bertanggungjawab dalam segala keputusan strategi politik yang diambil ke atas Wilayah Melayu Patani. Tidak salah sekiranya beliau sendir akan disabitkan dan menjadi tulang belakang kepada pencetus keganasan di Selatan Thailand. Beliau mestilah diadili di mahkamah keadilan antarabangsa di The Hague, Belanda. Tak lain tak bukan, beliau adalah seorang manusia kejam dalam diam bernama Thaksin Shinawatra.
    Gunakan segala kemudahan teknologi komunikasi moden samada melalui kaedah elektronik, komputer atau internet secara kaedah maya sebagai alat perantaraan bagi tujuan mencapai matlamat perjuangan.Doa kami semoga sebuah kejayaan lagi dapat dikecapi, walaupun kecil demi matlamat saudara menuju kearah MENGHALAU SEMUA SIAM dari bumi nenek moyang Bangsa Melayu, Patani Darussalam.

    Tahniah. Moga jumpa lagi.

    PESANAN TERAKHIR: “Negeri Patani adalah milik Bangsa Melayu, bukannya milik orang Siam”

    PATANI MERDEKA PENUH DENGAN PERTOLONGAN ALLAH SWT.

  3. Imran says:

    Saya mencadangkan supaya ada sebahagian daripada pejuang Melayu Patani seperti saudara berjuang melalui penulisan. Blog Patanikini selalu saya ikuti tetapi agak lama untuk kemaskini.

    Saya mencadangkan saudara membukukan segala sejarah perjuangan Melayu Patani untuk tatapan dan bukti kepada generasi akan datang walaupun jasad kita hancur ditelan bumi. Saudara boleh menghubungi saya melalui emel di atas bagi bantuan pernerbitan.

    Akhirul kalam, tidak ada apa yang mendamaikan hati saya kini melainkan melihat Patani Darussalam merdeka penuh.

    Salam anak Patani di bumi Malaysia.

  4. rywr says:

    mari kita terima kasih kpd organisasi BRN yg mencetus revolusi yg hibat ini serta membangkit masha rakyat yg begitu susun dan rapi yg mana semua rakyat patani darusalam mengikut barsama ini pencusunnan yg ilagal sesuwai dgn perang gurila…
    di bawah bendira rivolusi ummah patani darusalam
    wasalm
    merdika
    sukor kpd allah bersama kita terima kasih kpd manusia

  5. gd says:

    tetap patani merdika…
    terus perjuangan …..
    itulah kesungguhan…..
    wasalam

  6. Teruskan perjuangan.

    Lambat laun, orang Melayu Patani akan menang dan memerdekakan bumi Melayu tercinta ini.

    http://patanibook.blogspot.com/

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.

Join 29 other followers

%d bloggers like this: