Patani- 29-05-2007
Wakil Patanikini telah menemui risalah yang di tabur oleh pihak tertentu tentang satu peristiwa yang menyayat hati tentang keganasan tentera penjajah thai terhadap orang kampung.Risalah itu telah di tulis dalam huruf jawi dan Thai.
Patanikini telah menyalin samula risalah asal itu kadalam tulisan rumi.:-
Kepada saudara kami seagama, sebangsa dan setanahair
Dengan terjadinya peristiwa kekejaman tentera terhadap umat Melayu Patani:-
1) Penembakan terhadap beberapa buah masjid dan musolla.
2) Penembakan terhadap orang-orang kampung yang tidak bersalah.
3) Penembakan tempat-tempat belajar agama, sekolah dan pondok.
4) Penangkapn terhadap anak-anak muda lelaki dan perempuan.
5) Pemerkosaan/rogol terhadap anak-anak muda Melayu Islam.
6) Dan lain-lain.
Peristiwa seperti ini bukan berlaku hanya sekali sahaja bahkan berulang-ulang kali seperti yang baru-baru ini berlaku di sebuah Kampung Basar lapan (Sepung) daerah Jaha pada jam 2:00 petang tanggal 22-05-2007, satu pasukan tahan peran masuk melalui Kampung Lending daerah Jaha. Setelah sampai jam 5:30 petang, pasukan tersebut menuju ke sebuah kampung kecil yang bernama Basar Lapan dan terus memasuki sebuah rumah orang kampung, kemudian menembak kepala keluarga di dalam rumah tersebut. Sedangkan salah seorang anak perempuan dapat menyelamatkan diri, namun yang satu lagi ditangkap dengan tidak ada perikemanusiaan lagi, tahan peran yang berjiwa binatang itu merogol dan membunuh sampai mati. Bukti dari kekejaman itu dapat dilihat dari keadaan mayat yang mana wajah dan bahagian lehernya biru dan lebam. Di bahagian belakang terdapat bekas luka-luka banyak sekali, seluar dalam ditarik sampai ke hujung kaki.Namun si isteri (ibu) apabila melihat kejadian tersebut melarikan diri menuju ke rumah adik perempuannya . Ketika itu didapati hujan sangat lebat, setelah ia membuka pintu rumah dengan tidak sangka didapati satu pasukan lagi sedang menembak terhadap dua anak saudara yang berada di situ. Dia pun langsung pengsan bersama dengan adik perempuan itu. Kemudian pasukan tersebut mengambil kain selimut menutup ke atas mereka berempat serta membakar. Namun dengan izin Allah S.W.T. api hanya menyala sebahagian sahaja. Sebelum pasukan tersebut mengundurkan diri dari tempat itu mereka melepaskan tembakan ke arah rumah-rumah yang lain secara membabi buta.Tindakan biadab seperti ini sangat menikam hati umat Islam di merata tempat. Bagaimanakah jika peristiwa ini berlaku terhadap keluarga kita sendiri. Oleh itu kami atas nama rakyat yang derita berharap kepada tokoh-tokoh agama seperti tok imam, tok guru, ustaz dan sebagainya dengan ikhlas hati mengajak makmumnya melakukan solat hajat pada setiap hari sehingga umat Islam terselamat daripada tindakan yang sangat ganas ini. Wassalam Dari rakyat yang menderita.
Posted by Abu Patani
Posted by Abu Patani
Posted by Abu Patani